crush : serendipity | βœ”

By starrydaisy

249K 20.5K 3.3K

🌼 | "let's play a fake relationship, shall we?" qal iman ashraf x alisa nadine with their fake relationship... More

- 0
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
c h a r a c t e r s πŸŒ»β›…
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21 KAH KAH KAH
#CSBeraya
CS 2019 - qal x lisa

- 9

9.6K 889 173
By starrydaisy

St. Girls High School
10:30 A.M

Kelas pagi.... mengantuk. Kroh kroh.

Subjek pertama, Ekonomi dah lepas. Sekarang masa untuk subjek kedua, Matematik Tambahan. Hmm apalah dosa ku pagi pagi dah ada kelas add math, 3 masa pula tu.

Buku subjek add math setebal foundation yang digunakan king coco aku keluarkan daripada bag dan dicampak atas meja.

Ting!

5 Bourganvila's Additional Mathematic class with Madam Rara

Madam Rara
Saya dipanggil pengetua sekarang, mungkin saya akan masuk waktu kedua. Sementara itu, buat latihan untuk bab lepas.

Inilah dia cikgu cikgu, sama macam dalam drama. Tak pernah ada scene yang betul betul dia mengejar, sikit sikit pengetua panggil, sikit sikit ada meeting.

Earphone aku keluarkan lalu dicucuk ke Macbook Pro milikku. Miracle in cell no. 7 full movie aku taip di papan kekunci. Movie ni dah kali keberapa aku tengok, tapi tak pernah boring, sedih gila. So nak try test tengok kalini, nangis ke tidak....

"Ehhh nak buat apa tu?!"

"Comel je anak dia ni!!"

"Halaahhhhh bapa dia tak salah lah!!"

"Weh anak dia macam mana!!?"

Sorry terrrrrremosi.

Satu kelas mulai memandang ke arah aku yang duduk di belakang sekali. Semua memandang geram, konon aku kacau dia orang study la.

Tak boleh rilek dia orang ni, study bagai nak rak tapi nanti time exam benda lain juga yang keluar. Cuma ambil contoh soalan Sejarah SPM baru baru ni, study soalan spot bagai nak rak, sekali bahasa sanskrit keluar.

Aku adalah baca baca daripada luahan students dekat hashtag #SPM2017 dan juga setiap kali aku slide instagram story.

Eh bukan aku pun #SPM2017 ke?

Pintu kelas tiba tiba terbuka daripada luar. Semua mata yang memandang aku tadi beralih ke pintu kelas.

Madam Rara masuk dengan...

Okay apakah ini?

"Okay class, bangunan tingkatan 5 St. Boys sekarang sedang dalam proses membaik pulih jadi pengetua telah pun agihkan kelas kelas tingkatan 5 St. Boys untuk belajar seperti biasa dengan kelas kelas tingkatan 5 St. Girls. I hope you guys are fine with it and dapat beri kerjasama dengan pelajar St. Boys."

Are you kidding me?

"Oh my god Afiq?! sayang!"

Aku pandang ke luar. Oh god... jangan malukan kaum wanita please, Alice?

Ada Afiq, ada Alice dan ada Nia.

Dan aku.

Dalam satu kelas.

Untuk subjek yang aku benci.

Selama 1 jam setengah.

⛅⛅⛅

KRING!

Segala buku nota yang digunakan tadi aku letak kembali di dalam locker, bekas pensel pula aku masukkan ke dalam bag sekolah lalu digalas dengan Macbook dipeganganku.

"Perhatian untuk semua pelajar tingkatan 5, diminta semua bergerak ke hall 1 dengan kadar segera, siapa terus pulang akan terkena renjatan elektrik yang ada pada pagar pagar sekolah, sekian terima kasih."

Ini sekolah apa juvana sih?

Langkah kaki aku atur ke hall 1 di ground floor yang juga terletak di blok keberadaan aku sekarang.

Keadaan hall masih senyap, hanya benerapa orang pelajar sahaja yang sudah tiba dan mengambil tempat.

Aku juga tanpa tangguh terus berjalan ke barisan tempat duduk dan memilih untuk duduk di bahagian atas sekali.
Gula gula Fresh Plus yang sentiasa ada di dalam bag aku buka plastiknya dan mulai mengunyah.

Suasana dewan makin lama makin penuh dan makin bising. Tak lama kemudian, pengetua dan beberapa barisan guru mulai melangkah masuk ke dalam dewan.

"Assalamualaikum saya ucapkan untuk semua pelajar tingkatan 5 yang saya kasihi lagi saya sayangi, tujuan saya kumpulkan pelajar semua adalah untuk memberi sepatah dua kata berkenaan berita gembira yang baru sahaja pihak sekolah terima hari ini."

Antara sembang kencang warga sekolah yang tidak dapat dinafikan lagi adalah yang kononnya 'sepatah dua kata'.

"Seperti yang diketahui, sudah 20 tahun berlalu sejak kapi terakhir pelajar sekolah kita terpilih untuk masuk ke East Light High School, betul?"

Hall mulai bergema dengan suara suara pelajar yang mengiyakan kata kata puan pengetua.

Cakap tentang East Light High School ni.... aku 100% lupa yang aku ada ambil ujian kemasukan ke sana....

Soalan dia susah bak hang, lebih kurang ujian kemasukan nak ke taman yang ada bidadari kesemuanya!

"Sukacita saya umumkan bahawa selepas 20 tahun pelajar kita tidak terpilih, akhirnya pada tahun 2017, salah seorang pelajar St. Girls telah pun terpilih untuk ke East Light High School!"

Aku nak cakap satu ayat ni tapi aku rasa kalau aku cakap nanti mesti kau orang akan anggap ianya terlalu cliché.

Tapi aku rasa aku nak cakap juga.

Aku hentam keromo je ujian kemasukan ke EL tu. Jadi peluang nak dapat tu..... sangatlah tipis. Lagipun yang sama sama ambil ujian kemasukan tu semua confident level tinggi, mesti ada yang dapat antara mereka. Nak dibandingkan aku dengan mereka.... hmm.

Tapi kalau dapat, alhamdulillah.

Suasana dewan semakin hangat, ada yang berbisik antara satu sama lain, ada yang sibuk buat instagram live, ada yang buat tak kisah sebaliknya bermain Mobile Legend.

"Di tangan saya ada satu sampul, di dalamnya ada surat tawaran yang tertulis nama salah seorang daripada kamu."

Suara puan pengetua bertukar serius. Dia mulai berjalan sambil membawa sampul tadi ke meja putih yang terletaknya screen projector. Ini menunjukkan bahawa nama pelajar yang terpilih akan ditayang dan diumumkan melalui screen projector.

Aku pesan awal awal, kalau aku pengsan sebab aku yang terpilih, ingatlah bahawa aku akan buat speech kemenangan di instagram live sejurus sahaja aku sedar daripada pengsan.

"Dalam kiraan 1...."

Aku pejam mata.

"2...."

"3...."

"prettt!"

Terpapar nama si nama pelajar yang terpilih.

Prettt tu bukan nama pelajar, itu bunyi ala ala nak menggempakkan suasana je, incase ada yang tak faham, hm.

Aku masih tak buka mata. Dengan harapan di kala ini ada orang menggoncang badan aku dan menjerit aku yang terpilih.

Aku turut berharap bila aku buka mata nanti semua mata memandang aku dengan riak bangga terhadap aku.

"Oh my god Nia dapat?!"

Wait...

What?

Aku terus buka mata. Angan angan aku tadi hampeh tak ada pun. Ini bermakna... bukan aku.

Aku alihkan pandangan ke Nia uang tak jauh daripada aku. Dia kelihatan terkejut beruk yang sangat buruk.

Semua berbisik bisik bagaikan menyoal pemilihan Nia. Jauh di sudut hatiku ini, aku pun turut menyoal dalam hati. Tapi... benda dah jadi.

Kau tak terpilih, Lisa. Nia yang terpilih.

Tapi!

Nia tak ambil pun ujian kemasukan?

Tiba tiba bunyi kepala mikrofon diketuk beberapa kali.

"Maaf."

"Surat tadi bukanlah surat tawaran ke East Light."

Aku pejam mata.

"Dan Nur Rania bukan peserta yang terpilih."

Masih berharap.

"Pelajar yang terpilih ialah....

Alisa Nadine, tahniah diucapkan."

Dan seperti yang aku mahukan, badan aku digoncang goncang oleh pelajar di kiri dan kanan aku.

Sejurus aku buka mata, semua mata memandang aku dengan senyuman lebar bagaikan baru lepas nampak Kapten Yoo Si Jin dalam drama korea yang popular iaitu Descendants of the Sun.

Nama aku dalam surat tawaran terpapar di screen projector.

Dan semuanya bertukar gelap.

"Alisa pengsan!"

× × ×

instagram live nanti jangan lupa tengok, kahkah.

btw next chapter dah masuk East Light, no more St. Girls.

23 November 2017 •

Continue Reading

You'll Also Like

18.6K 2.1K 25
DHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ram...
8.4K 652 56
Hanya cerita dan quotes didunia yang boleh dijadikan pengajaran. Tiada niat untuk ditujukan kepada sesiapa sama ada hidup or mati. Yang terasa aku mi...
286K 24.4K 156
Nak move on ? Sila baca buku ni . WARNING : Hati jangan cengey #1 in poetry {19.02.2018} #2 in poetry {5.02.2018} #3 in poetry {7.02.2018}
591 181 19
Mengisahkan seorang perempuan yang bernama Raisha Regina yang mengejar cinta seorang Rykarl Raeez, namun hampa apabila dirinya hanya dianggap sekadar...