Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

4

4.2K 97 17
By syyisnn

Hubungannya dengan lelaki itu masih lagi dingin. Setelah apa yang didengarinya tentang lelaki itu, sedikit tercabar kepercayaannya terhadap lelaki itu. Kalau sekarang sudah berani menyembunyikan rahsia sebegini dari pengetahuannya, tak mustahil nanti ada sahaja pembohongan demi pembohongan yang diterima.

Rambutnya yang sudah tidak tersusun rapi itu, diraut kasar. Biarlah hodoh sekalipun wajahnya, dia tidak mahu ambil peduli. Barangan solek di atas meja juga menjadi mangsa tangannya. Sekejap sahaja barang-barang itu sudah terpelanting di atas lantai.

"Ahhh!!!!" Jerit Ellyda. Ditekup mulutnya menahan tangisan. Seboleh-bolehnya dia cuba menahan diri daripada terus menangis. Kedengaran agak biasa namun dia yang menanggung. Bercinta dengan suami orang? Perampaskah aku?

Ellyda menyandarkan badannya di dinding. Dipeluk kedua-dua lututnya dan disembamkan wajahnya. Tangisan yang ditahan itu lantas pecah. Tersedu-sedu Ellyda menangis.

Pipinya ditekup kedua-dua belah tangan. Ingatannya kembali memutarkan setiap satu bait kata dari pasangan itu. Tidak menyangka, secepat itu Danish Mikhail yang dicintanya itu menamatkan zaman bujangnya.

Kata Mikhail, usia perkahwinan mereka sudah pun menginjak yang kelima bulan. Maknanya, Mikhail bertemu dengan isterinya dahulu barulah dirinya. Ya Allah!!

"Apa yang aku buat ni? Aku rampas suami orang ke? Tak..Tak. Aku tak rampas." Tergeleng-geleng kepalanya demi menidakkan statement yang bakal keluar tentangnya.

Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Fikirannya bercelaru tika ini. Bayangan mesra Mikha dengan isterinya berlegar-legar di mindanya. Ahhhh!!

Gambar yang telah diframekan itu diambil dan dibaling ke dinding. Kaca yang menutupi gambar itu pecah dan serpihan kaca itu bertaburan di atas lantai. Cadar yang berada di atas katil itu ditarik kasar dan dibuang jauh. Bantal-bantal itu juga dibaling ke arah pintu.

Ellyda hilang kawalan. Fikirannya benar-benar bercelaru. Dia tidak dapat memikirkan cara yang terbaik untuk perkara ini. Difikirannya, dia ialah perampas. Dia telah merampas hak orang. Betapa bodohnya dia sehingga sanggup merampas suami orang yang jelas bukan hak miliknya.

Serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dicapai dan ingin sahaja Ellyda menoreh tangannya namun deringan telefon membantutkan perbuatannya.

"Hello, Mikha." Ujar Ellyda dengan suara yang serak-serak basah.

"Hei, you kenapa ni?" Jelas nadanya agak risau dengan keadaan Ellyda.

Serpihan kaca di tangannya, diletakkan di atas lantai kembali. Digenggam telefonnya kuat-kuat. Seakan itu adalah tangan Mikha.

"I benci you, Mikha. You tipu I. You hanya permainkan I. You langsung tak berani nak ceraikan isteri you. You kejam, Mikha." Ujar Ellyda senafas. Kata-kata yang agak kasar didengari dilontarkan satu persatu.

Mikhail diam. Halkumnya bergerak-gerak. Sesekali bayangan Aira menjelma lagi. Tak boleh jadi ni.

"Elly, you jangan buat perkara bukan-bukan eh? You tak perlu fikir pasal isteri I. I sendiri akan handle benda ni. You just duduk diam-diam and don't do something foolish. I don't like that. Can you hear me?"

Ellyda diam. Dia tak nak terus mengikut arahan Mikha. Dia nekad. Dia akan bersua muka dengan isteri Mikha.

"No Mikha. I akan jumpa isteri you sendiri. I akan sendiri cakap dengan dia. You jangan halang I. Kalau you halang I, you akan kehilangan salah seorang dari kami."

"What do you mean, Ellyda? You nak apa-apakan diri you? You nak apa-apakan isteri I? Are you insane? Oh, come on!"

"Yes, memang I tergilakan you. I cintakan you, Mikha! How dare you tipu I selama ni? You cakap apa, you single but at the end, you dah pun jadi hak orang. You bukan teruna lagi, Mikha. I hate you so much. You are liar!"

"So apa masalahnya kalau I dah kahwin? I jumpa dia dulu sebelum you. I sayangkan dia, Elly. Pleaselah, open your mind. I dah bercinta dengan dia lama. Zaman I sekolah lagi lah. Aish.."

Ellyda diam. Jadi betullah pasangan itu cakap? Mikha memang senior pasangan itu sewaktu zaman kolejnya lagi.

"I tetap akan jumpa isteri you. You benarkan atau tak, that's my final decision. You suka ke tak, I akan jejakkan kaki I depan rumah you and maybe dalam rumah. Just wait and see, darling."

-*-

Ketukan pintu itu menyebabkan kerjaku tergendala. Pisau yang baru sahaja aku bilas itu, aku letakkan kembali di tempatnya. Bergegas aku menuju ke pintu hadapan sambil mengelap tanganku yang masih basah di belakang apron.

"Ibu!!" Tanpa berlengah, badan ibu menjadi mangsa pelukanku. Setelah agak lama berpelukan, ibu menolakku.

"Ish, Ayra ni pun. Lemaslah ibu. Ni tolong ibu angkat barang-barang ni." Plastik putih di tangan ibu aku ambil dan diletakkan di atas sofa.

Ibu juga turut membuntutiku dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Alat kawalan televisyen menjadi perhatian ibu. Dicapainya dan ditekan punat untuk mencari siaran yang menarik. Namun hampa, siaran pada hari itu tiada yang menarik. Lantas alat kawalan televisyen itu diletakkan kembali dan menghadapku.

"Mikha mana?" Soal ibu sambil memandangku. Aku sekadar menggeleng. "Mikha tak ada ibu. Dia pergi kerja. Mungkin lewat petang baru balik."

Ibu mengeluh. Sejurus itu, kelibat abah muncul di hadapan kami. Beberapa bekas makanan diletakkan di atas meja kecil di hadapan kami. "Jiran sebelah bagi abah tadi."

Aku meminta diri untuk mengambil pinggan dan menyediakan minuman untuk ibu dan abah. Setelah siap, jag yang berisi air sirap bandung itu aku letakkan di atas dulang. Tiga cawan gelas bersama dua pinggan diletakkan bersama.

Aku mengambil telefon pintarku di dalam poket apron. Nombor Mikhail didail lalu aku meletakkan telefonku di cuping telinga.

"Hello, assalamualaikum. Awak bila nak balik? Ibu dengan abah datang ni." Sapaku dulu setelah panggilan itu dijawab.

"Waalaikumussalam. Oh yeke? Ibu abah tanya pasal kita ke?"

Pasal kita? Apa yang cuba disampaikan oleh Mikha sebenarnya?

"What do you mean by 'pasal kita'?" Ujarku dengan nada yang separa berbisik. Sesekali kepalaku disengetkan sambil memandang ke arah ruang tamu. Takut-takut kalau ibu tiba-tiba datang ke sini.

"Manalah tahu kan. Ibu dengan abah kan jarang datang rumah kita. Em, takpelah. Saya balik lepas office hour habis. Kalau ibu abah tanya pasal kita, awak jangan bagitahu pulak. Itu masalah peribadi kita dan biar kita yang selesaikan sendiri. Jangan cerita dekat orang luar even itu ibu ayah kita sendiri. Bye."

Panggilan itu dimatikan. Hatiku seakan terasa dengan kata-kata Mikhail. Seolah-olah Mikhail dapat menghidu perlakuanku di belakangnya.

Dosakah aku membuka aib sendiri?

Isteri derhakakah aku?

Allahu..

Lantas aku menyimpan telefonku dan mengangkat dulang tersebut lalu dibawa ke ruang tamu.

Aku menuangkan air itu ke dalam semua gelas. Satu persatu aku hidangkan untuk ibu dan abah. Bekas makanan yang berisi beberapa potongan kek juga turut dihidangkan.

Akhbar di tangan abah ditutup lalu menyisipkan sedikit air ke bibirnya. Aku sekadar menjadi pemerhati. Hatiku kini dilanda seribu rasa serba salah. Wajah Mikhail mulai terbayang-bayang di mataku.

"Rumahtangga tu sebenarnya manis. Kemanisan tu mesti ada walaupun kita hanya berkahwin atas desakan ibu bapa. Lama-kelamaan, manis yang kita impikan dalam perkahwinan kita akan tiba, sayang. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja. Tak kiralah cinta ataupun tidak pada pasangan, lambat laun perasaan itu tetap hadir walau sebesar zarah."

Aku menoleh ke arah ibu yang ralit berbicara. Seolah-olah ibu dapat membaca isi hatiku. Setiap rumahtangga pasti ada kemanisan yang diimpikan? Adakah perkahwinanku ini akan menjadi manis walau Mikhail tidak menyayangiku lagi?

"Biarlah beribu pun masalah yang datang, setiap pasangan mesti duduk berbincang dan menyelesaikannya. Jangan dibiarkan atau dipendam sendiri. Walaupun masalah itu nampak remeh tapi dari situlah ianya akan menjadi masalah besar. Mulalah kes lari dari rumah, tuntut cerai dan yang paling parah, menjadi mangsa dera. Perkahwinan ini membawa kebahagiaan bukannya penderitaan. Buat apa berkahwin kalau hakikatnya kita akan hidup dalam penderitaan?"

Kata-kata abah ada benarnya. Buat apa berkahwin kalau hakikatnya diri ini menjadi hamba abdi? Definisi perkahwinan adalah menghalalkan segala yang haram. Yelah, zaman sekarang bercinta tapi tiada ikatan yang sah. Mulalah kes mengandung luar nikah. Bukankah itu dilarang Allah? Dari ikatan inilah, setiap yang dilakukan tidak jatuh haram kerana ikatan ini suci dan diberkati Allah. Ikatan ini akan menjadi lebih seri jika penyatuan dua cinta ini menerima cahaya mata. Bukankah anak itu penyeri rumahtangga?

Mungkin aku yang belum matang untuk menyelesaikan masalahku sendiri. Diriku yang masih kebudak-budakan untuk menerima kejutan sebegini. Sikap yang suka memendam inilah membuatkan serba sedikit kepercayaanku terhadap Mikhail goyah.

"Ayra, kalau Ayra ada masalah bincang dengan Mikha baik-baik. Ibu yakin, Mikha akan dengar dan cuba terangkan pada Ayra. Jangan ada rasa was-was dengan setiap butir bicaranya. Itu semua hasutan syaitan untuk meruntuhkan masjid orang."

"Kalau dia curang? Ayra kena tetap percayakan dia ke? Biarkan dia tipu Ayra tapi Ayra tetap percaya yang dia setia orangnya? Macam tu ke ibu?"

Ibu menggeleng. Tanganku diraih. "Bukan itu maksud ibu, Ayra. Lelaki ni tak akan curang kalau kita pandai jaga dia. Istilah jaga yang ibu cakap ni bukan jaga makan, jaga minum dan jaga pakaian je. Jaga perasaan dia lebih penting. Kalau dia rasa tak ada mood, Ayra kena bangkitkan mood dia. Jangan ambil hati kalau dia marah-marah. Mungkin Mikha penat sangat bekerja sampaikan moodnya hilang. Ayra sebagai isteri kena bangkitkan mood dia. Ceriakan dia, picitkan dia kalau dia penat. Bukan buat tak tahu bila dia balik."

"Macam ibulah. Tak perlu disuruh ibu dah tahu apa yang dia kena buat. Bila abah balik, dia akan datang sebelah abah dengan secawan kopi. Kalau dia nampak muka abah pucat je, confirm ibu akan picitkan bahu abah dan bercerita apa yang ibu buat hari ini. Bila ibu buat macamtu, rasa penat tu hilang terus lagi-lagi bila abah nampak senyuman ibu tu. Sayang, walaupun usia perkahwinan kami dah menginjak ke 25 tahun, tapi kami masih lagi rasa kemanisannya. Ye, kadang-kadang kepahitan tu ada tapi tak sebanyak kemanisan."

Hatiku mula dilanda rasa iri hati. Walaupun ibu dan abah dah lama mendirikan rumahtangga namun mereka tetap bahagia. Walau dilanda pelbagai krisis, mereka tetap bersama tanpa berpisah. Mungkin ini merupakan cinta sejati.

"Bahagianya ibu dengan abah."

"Bahagia senang dicari, sayang. Bukan ke pasangan kena saling cinta mencintai? Bukan ke pasangan kena saling percaya mempercayai? Kalau dua-dua tu tak ada dalam diri setiap pasangan, macam mana bahagia itu hadir? Bahagia bukan derita. Datang tanpa diundang. Bahagia datang bila kita yang undang. Kita yang kena beri dia masuk ke dalam perkahwinan kita dan berikan sinar kebahagiaan."

Indahnya ayat ibu. Kebahagiaan milik semua manusia. Mungkin bukan sekarang untuk kita merasa kebahagiaan. Mungkin nanti bila kita bersama-sama pasangan kita dalam melayari bahtera cinta. Bahagia itu akan memberi kita ketenangan. Ianya akan buatkan kita rasa kitalah yang paling bahagia di dunia ini. Bahagia bersama-sama dengan yang tercinta ialah kebahagiaan yang dicari semua orang. Termasuk aku sendiri.

"Ingat pesan ibu. Jangan anggap rumahtangga ni tiada krisis. Krisis tetap akan melanda. Tapi ianya boleh dibuang kalau kita pandai atasinya. Ibu dengan abah balik dulu ye? Jaga diri baik-baik. Jaga Mikha baik-baik. Ibu sayangkan Ayra. Ayra seorang je anak perempuan ibu."

Badanku dipeluk ibu. Pelukan itu aku balas dan menyembamkan wajahku di sebalik tudung ibu. Seusai berpelukan, tangan ibu aku capai lalu aku cium lama. Setelah itu, tangan abah pula menjadi mangsa ciumanku.

Kereta abah meninggalkan perkarangan rumahku. Baru sahaja ingin menutup pintu, kereta Mikhail mula memenuhi semula perkarangan rumahku.

"Ibu dengan abah mana?" Tangannya aku sambut dan mengambil beg bimbitnya.

"Baru je balik. Ibu datang just hantar barang dapur lepastu ibu dengan abah terus balik."

Mikhail mengangguk dan perlahan-lahan mendaki anak tangga. Aku sekadar membuntuti langkahnya.

Dicabut ikatan tali lehernya dan dibuka dua butang di lehernya. "Awak busy buat apa je?"

Mikhail memejamkan matanya. Digerak-gerakkan kakinya untuk menghilangkan sakit sendi. "Saya kan kerja hari ni. Awak lupa ke? Ibu dengan abah pun tak bagitahu nak datang hari ni."

Aku melabuhkan punggungku di birai katil. Sesekali aku bermain dengan cincin emasku. Mikhail pula masih berdiri menghadap cermin diri.

"Kan saya dah bagitahu tadi? Takkanlah awak tak boleh nak balik awal. Bukan selalu ibu dengan abah datang. Diaorang mentua awak. Awak jangan lupa."

"Saya tak lupa, Ayra. Saya tahu diaorang mentua saya. Tapi saya tengah kerja takkanlah diaorang tak boleh nak faham? Saya busy lately ni."

Aku senyum sinis. Aku memandangnya tajam. "Busy apa je? Awak tu kerja akauntan bukannya doktor. Lainlah doktor yang selalu busy. Lagi-lagi kalau ada oncall. Awak cuma ikut office hour je pun."

Mikhail duduk di penjuru katil sebelah kanan dan membelakangiku. "Awak bandingkan gaji saya ke? Ye, saya tahu saya cuma akauntan. Gaji saya tak besar macam gaji doktor. Awak mesti impikan seorang suami yang bekerjaya hebat kan? Siapalah saya sampai awak nak pandang kan? Entah-entah sebelah mata pun awak tak ingin pandang."

Wait! Bila pula aku bandingkan gaji dia ni?

"Awak merepek apa ni, Mikha? Bila saya bandingkan gaji awak? Saya cakap, apa yang awak busykan sampai tak ada masa nak sambut mentua datang rumah. Ke awak dah lupa nak hormat ibu dengan abah saya?"

Mikhail bangun. Diraut wajahnya kasar lantas menoleh ke belakang. Nafasnya juga turun naik tika ini. Mungkin dia cuba untuk menahan sabarnya.

"Apa awak ni? Saya busylah bukan pura-pura busy. Saya masih hormat ibu dengan abah awak. Diaorang mentua saya."

"Busy? Busy dengan kerja ke busy dengan perempuan lain? Dahlah Mikha! Mengaku jelah awak busy sebab awak ada perempuan lain kan? Gambar yang saya terima tu betul kan? Perempuan tu memang skandal awak kan? Cakaplah Mikha!" Bentakku. Intonasiku juga naik daripada tadi.

Mikhail mengeluh kasar. Dia cuba untuk menahan kemarahannya namun isterinya kini lebih memilih untuk mencalarkan egonya.

"Fine! Ya, memang saya ada perempuan lain. Saya memang ada niat nak kahwin dengan dia. And yes, I love her! Tapi saya pun sayangkan awak, Ayra." Bahuku dipegang. Matanya menikam anak mataku.

Titisan jernih mulai turun dari iras mataku. Kenyataan yang sakit sekali. Mikhail mengaku yang dia mencintai perempuan itu. Dia curang.

"Ceraikan saya, Mikha. Awak cintakan dia kan? Go on, Mikha. Tunaikanlah niat awak untuk memperisterikan dia. Lepaskan saya daripada awak! Saya tak nak hidup dengan awak lagi. Saya bencikan awak!"

Tanganku diraihnya. "Never. Saya tak akan pernah ceraikan awak walaupun saya cintakan orang lain. Please, sayang. Saya sayangkan awak dan saya juga sayangkan dia. Please faham keadaan saya."

Sayang ke kalau dalam hati ada dua nama? Sayang ke kalau hatinya beralih arah? Sayang ke kalau sanggup curang di belakang aku? Sayang ke kalau hakikatnya aku diduakan? Sayang ke kalau dalam hati ada niat untuk memperisterikan wanita lain? Itu ke definisi sayang untuk dia? Itu ke definisi sayang bagi lelaki?

"Sudahlah Mikha. Saya bukan boneka untuk awak mainkan saya. Apa kurangnya saya sampai awak boleh jatuh cinta pada perempuan lain? Saya isteri awak, Mikha! Saya bukan patung! Saya ada perasaan. Tapi kenapa awak pijak-pijak perasaan saya? Siapa saya di hati awak sebenarnya?"

Tangan yang diraihnya aku lepaskan dari pegangannya. Aku terasa janggal dengannya. Aku benci padanya. Nasihat yang diberi ibu dan abah langsung tiada gunanya. Mikhail curang.

"Awak isteri saya. Awak suri hati saya. Saya tak tahu kenapa saya boleh cintakan orang lain. Saya tak tahu. Hakikatnya saya masih sayangkan awak, Ayra. Saya tak nak kehilangan awak."

"Dan saya tak nak bermadu! Saya benci untuk berkongsi. Kalau awak rasa awak inginkan saya, buang dia dari hidup awak. Kalau awak rasa awak inginkan dia, buang saya dari hidup awak, Mikha. Ceraikan saya."

"Saya tak akan ceraikan awak! Kenapa awak degil sangat ni?"

Aku lap air mataku. "Saya tak nak. Saya tahu saya tak boleh bagi awak anak kan? Sebabtu awak cari yang lain. Saya tak tunaikan impian awak kan? Saya isteri yang nusyuz kan?"

"Hei, awak merepek apa? Belum rezeki kita lagi untuk dapat anak. Saya tak kisah lah kita ada anak ke tak ada, awak tetap suri hati saya."

Belum rezeki? Ergh.

"Entah-entah awak dah hamilikan dia kan? Sebabtu awak sibuk dan nak kahwin dengan dia kan? Awak takkan cintakan dia kalau dia tak bagi apa yang awak nak kan? Dia dah bagi badan dia dekat awak kan? Dia.."

"Ayra!!"

Pipiku panas dan agak pedih. Terasa air mataku lebih laju berbanding tadi. Aku tekupkan tanganku pada pipiku. Mataku beralih ke arah Mikhail. Tangannya menggigil. Ya, dia baru sahaja tampar aku.

"Sekarang dah berani naikkan tangan kan? Hebat awak, Mikha. Hebat!"

"I'm sorry, Ayra.."

Dicubanya untuk meraih tanganku namun aku larikan. Aku senyum sinis sambil memandangnya. Wajahku yang pedih dek tamparan tadi aku biarkan. Aku bencikan lelaki di hadapanku. Danish Mikhail, aku Ayra Sophia bencikan kau!!

"Let me go!" Lantas aku berlari meninggalkan kamar itu. Kunci kereta aku capai dan memecut meninggalkan perkarangan rumah itu.

Aku sekadar memandu tanpa hala tuju. Kepalaku yang berpinar-pinar ini aku biarkan. Aku sentuh sedikit di hujung bibir. Seakan pedih di situ. Mataku tertangkap kesan merah di jariku. Darah!

Mataku terasa agak kabur. Mungkin kerana air mata yang bertakung hebat di kelopak mataku. Dan seusai itu, duniaku menjadi gelap...

Gelap..

Dan gelap.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 45.1K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...
13.2K 870 48
#1st book - tawar hati? sikitlah. benci? boleh tahan. FARISYA TIARA, Gadis yang menunggu selama beberapa tahun, ditolak mentah- mentah, dan dikejar s...
769K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
6.3K 186 31
"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaa...