Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

3

5.3K 118 7
By syyisnn

Figuranya menerobos masuk ke dalam restoran itu. Matanya terkial-kial melilau mencari seorang gadis yang telah dibuat temu janji. Seakan matanya sudah 'menangkap' figura gadis itu, langkah kakinya dipercepatkan dan diayunkan ke arah meja gadis itu.

"Hai, Elly!" Mikhail menyapa figura gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum dan mempelawa Mikhail duduk.

Minuman di hadapannya, disedut rakus. Seolah-olah ingin sahaja menyejukkan hatinya yang membara. "What's wrong with you, Ellyda?" Pandangannya dilurutkan ke jari Mikhail. Tiada cincin tapi mengapa statement yang didengarinya itu seolah-olah bukan khabar angin?

Keadaan masih menyepi. Masing-masing hanya bermonolog di dalam hati. Mikhail yang agak rimas dengan situasi itu, lantas tangannya mengelus tangan Ellyda.

"You kenapa ni? You ajak I jumpa, tapi at the end, you menyepi macam ni. Tell me, what's wrong?"

Ellyda mengeluh. Perlahan-lahan, dia menarik tangannya agar tidak lagi dielus oleh Mikhail. "You dah berkahwin?"

Tersentak Mikhail. Seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya tadi. Ellyda sudah tahu bahawa dia sudah berkahwin? Tapi, dari mana?

Mikhail diam. Angguk tidak geleng juga tidak. Badannya masih statik menegak tanpa sebarang respons. Dirinya tiada jawapan untuk soalan yang diajukan. Dirinya tidak pernah memikirkan soal ini.

"Answer me, Mikha. You dah berkahwin kan?"

Mikhail mengangguk. Riak wajah Ellyda lantas berubah. "Yes, I dah berkahwin. Hampir lima bulan. Why? Ada apa-apa masalah ke dengan perkahwinan I ni?"

Ellyda terkejut. Adakah dirinya sedang dipermainkan oleh lelaki di hadapannya ini? Cinta yang diungkap setiap hari itu hanyalah dusta semata-mata? Hakikatnya, dia terpaksa berkongsi dengan wanita lain. Wanita yang lagi berhak berbanding dirinya. Buktinya, dia bercinta dengan suami orang.

"You nak mainkan I ke Mikha?" Ellyda menyoal.

Makanan di hadapannya di tolak ke tepi. Seleranya untuk makan hilang secara mendadak. Pertemuan itu seharusnya pertemuan yang menggembirakan, tapi kini sudah menjadi pertemuan yang menyakitkan.

Semua ini gara-gara mulut manusia yang entah dari mana membongkarkan rahsia Mikhail.

"I dengar cerita Mikhail tu dah kahwin. You kenal kan dengan Mikhail?"

Gadis itu ketawa. "Well, kenal sangat. Lagipun Arif, dia tu senior I dulu kat kolej. But, seriously dia dah kahwin? I rasa dia muda lagilah nak berumahtangga bagai."

"Muda apa laginya, sayang. Dah nak dekat 25 tahun dah. Dia baya-baya I je. Tapi tu lah, I dengar lagi, Mikha tu ada skandal belakang isteri dia. Ish, isteri dia dah lah lawa, boleh pulak si Mikha tu pasang baru."

Membara hati Ellyda mendengar kesemua bicara pasangan couple itu. Isteri Mikhail lagi lawa daripadanya? Uh!

"Siapa pulak cakap yang I mainkan you ni? I serius okay pasal kita."

Suara Mikhail memecahkan lamunannya. Wajah Mikhail ditenung lama. Matanya bertentang dengan mata Mikhail. Sesekali, fikirannya menerewang memikirkan kembali kata-kata pasangan itu.

"Serius? You dah kahwin, Mikha. You nak madukan I ke? Please...say no!"

Kedengaran agak tinggi namun suara Ellyda dikawal agar tidak didengari oleh orang lain. Sudahlah berada di dalam restoran. Mahu nanti mereka berdua yang mendapat malu.

Senyuman menghiasi bibir Mikhail. "If I say yes? Elly, I takkan ceraikan isteri I. Never and never. But, I memang sayangkan you. Dalam hati I ni, I memang nak kahwin dengan you."

Tangan Ellyda dicapai dan digenggam erat. "Listen, I love you and I still love her. Can you feel me?"

Laju sahaja Ellyda menggeleng. Tangannya juga dilepaskan dari genggaman Mikhail. Dirinya kini terasa dipermainkan. "Cintakan I? You duakan isteri you and you kata you cintakan dia? Please, Mikha. Open your mind! Tak ada perempuan yang sanggup bermadu including me."

Kerusinya ditolak kasar dan melangkahkan kakinya pergi dari situ. Mikhail sekadar menghantar pemergian Ellyda dengan lirikan mata. Tangannya meraup kasar wajahnya. Bayangan Aira yang sedang ketawa berlegar-legar di mindanya. Sanggupkah dirinya untuk menduakan isteri yang setia dengan dirinya?

-*-

"Oi, Mayaaaaaaaaaa."

Maya yang sedang menaip sesuati di papan kekunci komputernya menoleh dan menjelingku.

"Wow! Jelingan menggoda. Oh, sayang!"

Seakan geli dengan panggilan dariku, Maya menoleh dan terkumat-kamit bibirnya.

"Engkau nak apa ni, perempuan? Duduk diam-diam boleh tak? Aku nak buat kerja ni. Mulut kau tu membebel je. Diam sekejap for a 5 minutes."

Aku mengangguk tanda faham. Mulutku dikunci selama 5 minit. Tak guna punya kawan. Orang datang sini nak bermanja, last-last kena diam?

Mulutku sudah gatal untuk bercakap. Lantas aku mengambil kertas di atas meja kecil itu dan dikoyakkan beberapa kali. Serpihan kertas itu aku biarkan bertaburan. Sesekali aku memandang Maya, dia masih sibuk dengan komputernya. Yelah, orang bekerjaya katakan.

Kemudian, aku capai telefon Maya yang berada di atas meja. Aku mengesek jariku ke sebelah kanan. Wow! Tak ada password. Maka bermulalah operasi menjelajah ke whatsapp Maya.

Mataku membulat. 'Hubby' yang tertera di skrin telefon itu aku baca berulang kali. Wah yinni perempuan, sudah ada itu boyprend langsung itu aku tak bagitahu. Hendak sahaja jariku menekan nama itu namun suara Maya menyentakkanku. Lantas aku keluar dari aplikasi itu dan meletakkan kembali.

"Ara!! Kau buat apa dengan rumah aku ni?" Terjongket keningku memandangnya. Aku buat apa?

Pandangannya agak menyeramkan. Matanya membulat dan kedua-dua tangannya bercekak pinggang. Agak seram bagiku.

"Kau kenapa ni, Maya?"

Jarinya ditundingkan ke atas lantai dan juga sofa. Beberapa serpihan kertas dek aku yang mengoyakkannya tadi. Tersengih-sengih aku memandang Maya.

"Tak payah nak sengih sangat. Kau kemas balik. Kalau tak, kau dipersilakan keluar dari sini."

Marah sangat ni. Aku baru nak membahan pasal 'hubby' dia tu. Em, lantas serpihan kertas itu aku kutip dan membuangnya dalam tong sampah. Aku baru je datang takkan nak balik dah. Lagipun, Mikha yang suruh aku pergi rumah kawan sebab dia balik lewat hari ni. So?

"Okay, aku dah kemas. Maya, tak payah lah marah-marah macam ni. Okay, tak nak story dekat aku ke?" Pancingku. Sengaja aku ingin dia sendiri yang membuka cerita tentang 'hubby' dia tu.

Maya yang tadi masih berada di atas meja belajarnya kini sudah berada di sebelahku. Dipandang lama wajahku lalu tangannya didepakan dan memelukku. Kedengaran tangisan halus di balik bahuku.

"Hei, kenapa menangis ni?" Soalku sambil mengusap belakang badannya. Biasalah, aku ni macam mak-mak sikit. Tapi sampai sekarang anak pun tiada... :')

Setelah puas melepaskan tangisan, dikesat kasar pipinya yang lencun dek air matanya. "Aku benci dia, Ara! Dia tak guna. Dia tipu aku. Ish, kalau dia ada depan mata aku sekarang ni lama aku tendang dia, tumbuk dia. Biar ah dia mati sekali pun. Aku tak peduli dah!"

Aku sekadar mendengar luahan hatinya yang penuh pelbagai reaksi. Tangan dan kakinya juga tidak lupa untuk menyertai mulutnya. Seakan ingin menendang, menumbuk. Aku pula yang seram sejuk.

"Lek, lek. Yang depan mata kau sekarang, Ayra Sophia bukan dia. Chill bro!"

Maya menggaru kepalanya sambil tersengih. Mungkin malu dengan perilakunya tadi. "Kau tahu tak?" Aku lantas geleng.

"Dia tu kan.."

Tanganku diletakkan di hadapan matanya. "Wait! Dia tu memang tak ada nama ke? Aku ni mana faham, dia dia. Makan terajang kau kejap lagi kang."

"Okay-okay. Amarilah saya mengenalkan dirinya ya? Nama dia ialah Muhammad Farish dan berumur sama dengan Izz. Alaa, senior kita dulu. Dia tu.."

Tak sempat dia menyambung, aku menyampuk kata-katanya.

"Boyfriend kau kan?"

Mukanya juga sudah berubah warna. Malu lettew!

"Mana kau tahu ni? Aku rasa bibir aku yang comel ni belum bagitahu kau apa-apa tau."

Mataku mengerling sekilas ke arah telefon Maya yang berada di atas meja.

"Woi! Rosak privasi aku. Apa yang kau baca tadi?"

Aku mengangkat kedua-dua belah tangan. "Cop! Tak sempat nak baca pun lagi. Baru baca 'hubby' je. Sedap nama. Pandai kau decide kan?"

Tangannya lantas menampar kepalaku. "Banyaklah kau! Sekarang kami dilanda krisis rumahtangga. Engkau diam eh, Ara?"

Mataku menjelingnya tajam. Krisis konon. Bila entah dia kahwin.

"Krisis? Krisis bercinta okay? Krisis berumahtangga tu aku not you. Dah, sambung balik. Dia tu apa tadi?"

"Dia tu kan, dia tipu aku. Dia janji nak datang meminang aku minggu ni, last-last dia kata tak jadi. Dahlah aku excited bagitahu mak ayah aku, dua minggu lepas. Mahu tak mak aku beli macam-macam nak masak, at the end dia kata tak jadi. Weyh, telinga ni dah nak bernanah dengar mak aku membebel marahkan aku tahu? Semua jantan tu punya pasal!"

Aku sekadar membatu. Takkan sebab tu je dah gaduh?

"Atas sebab apa dia tak jadi datang?"

Maya diam. Matanya dipejam rapat. Cuba untuk mengulang kembali apa yang sudah diberitahu buah hatinya dua hari lepas.

"Ibu dan abah dia ada dekat luar negeri. Dia pula kena terbang dekat China ada urusan benda tah. Geram aku lah!"

Tawa yang aku tahan lantas aku lepaskan. "Parents dia busy and dia pun busy, Maya. Bukan dia sengaja cari alasan. Itu pun dikira krisis?"

Maya mengetuk kepalaku. "Bukan telinga dia yang kena marah tau. Telinga ni yang kena marah!" Dipegangnya telinga dan digoyangkan beberapa kali.

Aku menepuk-nepuk bahunya. "Memanglah kau yang kena marah. Kau yang over-excited sangat. Lain kali, sebelum hari kejadian, kau confirmkan dulu dengan dia. Pastikan jadual dia tu tak padat. Jadual parents dia jugak kau kena ambil kira. Kenalah ikut adat, parents lelaki yang masuk minang kau. Ni tak, takkan nak bedal anak orang."

Maya menundukkan wajahnya. "Okay, sorry. Aku bukan nak sound kau tapi aku nak nasihatkan kau. Kalau sekarang ni, kau tak boleh nak faham jadual kerja dia sebagai engineering kapal terbang, better kau break up lah, Maya. Nanti lepas dah kahwin, lagi teruk kau nak kena hadap."

"Tak adalah sampai nak putus, Ara. Aku sayangkan dia lah. Aku nak putuskan percintaan ni dengan ikatan perkahwinan. Support sikit kawan kau ni."

"Aku sentiasa support kau. Cuma dalam kes sekarang, kau yang salah. Awal-awal bagitahu mak ayah kau kenapa? Dah tahu Farish tu kerja engineering mestilah jadual tak tentu. Kadang-kadang kena on the spot datang tempat kerja sebab kapal terbang rosak. Weyh, cuba kau fahamkan keadaan dia. Dia kerja untuk apa? Untuk sara anak bini dia. Now, dia dengan kau dah rancang nak kahwin so? Support dia, Maya."

Maya memandang aku. Dipeluknya aku lagi. Mengalir lagi air matanya. Habislah, basah baju aku.

"Aku sayang kau, Ara."

Aku usap belakang badannya.

"Aku pun sayangkan kau, Maya."

Krisis Maya sudah selesai. Tapi krisis aku dengan Mikha? Pasal foto-foto Mikha dengan perempuan tu? Aku belum dapat apa-apa penjelasan dari dia.

"Eh! Lupa nak tanya kau tadi."

Tersentak lamunanku. Aku sekadar menjongketkan keningku.

"Kau dengan Mikha cane? Okay tak? Ada krisis tak?"

Aku sekadar mendiamkan diri. Kalau pada Izz aku boleh cerita, kenapa tidak Maya? Sampul itu aku keluarkan dan memberi padanya.

"What?! Mikha curang?"

Aku angkat bahu. Penjelasan masih tiada dalam genggamanku.

"Kau biarkan je dia? Please, Ara. He is your husband. Takkan kau nak biarkan dia curang belakang kau?"

Cincin dijari aku pandang sekilas. Entah kenapa hatiku tidak mahu membahas soal perkara ini.

"Sokay, Maya. Aku tak nak besarkan masalah ni. Aku pun dah ceritakan kat kau. And thanks for your opinions."

Sampul itu aku ambil dan memasukkan kembali ke dalam tas tangan. Tanganku diraih Maya.

"Ara, aku tak nak kau sakit. Kau kawan aku and aku nak kau sentiasa bahagia. Siapa perempuan tu? Kau kenal?" Aku geleng. "And then kau biarkan Mikha dengan dia? Kalau dia dah tak suka kau, cakap jelah. Jangan buat kau macam ni. Itu ke erti setia yang kau dambakan sebelum ni?"

"Maksud kau apa, Maya?"

Tanganku diperkemaskan lagi.

"Dulu kau bagitahu aku, kau nak suami yang setia, penyayang, caring pasal kau and other else. Now, setia yang kau maksudkan tu apa? Kau nak suami kau tu tak pandang perempuan lain kan? Only you in his heart, right? But, now apa, Ara? Dia curang belakang kau. Dia cintakan perempuan lain. What's wrong with him?"

Aku diam. Betul kata Maya. Ciri-ciri lelaki idaman aku ialah setia. Setia yang langsung tidak mendambakan kasih dan cinta dari wanita lain. Cuma aku yang akan bertakhta di hatinya.

"Then, kau masih percayakan Mikha yang terang-terang ada perempuan lain? Entah perempuan tu bakal madu kau."

Tersentak aku mendengarnya. Hatiku sedikit terguris. Tak mungkin Mikha akan menduakan aku. Tak mungkin...

"Stop it, Maya. Aku malas nak cakap pasal ni. Jom kita masak? Lama dah mulut aku ni tak rasa masakan kau." Ujarku untuk menukar topik perbualan. Tangannya aku raih dan menariknya ke dapur.

Biarlah krisis ini, aku sendiri yang menanggung. Meluah itu sekadar membuang bebanan yang aku galas. Sekurang-kurangnya, beban yang aku galas berkurangan sedikit. Rasa marah juga makin hari makin berkurangan.

Sejauh mana soal percaya aku pada Mikha, biarlah aku seorang yang rasa. Kepercayaan yang aku beri pada Mikha, biarlah aku sendiri yang yakin bahawa Mikha tidak sesekali mengkhianati aku.

Walau statement yang Maya ataupun Izz bicarakan benar belaka, namun hatiku tetap lebih mempercayai naluriku sendiri. Kata-kata Maya dan Izz tidak salah mahupun dusta namun hati ini terlalu mencintai Mikha dan tak mampu untuk kehilangannya.

Continue Reading

You'll Also Like

225K 4.1K 42
AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangg...
807K 19.6K 90
[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami...
428K 12.5K 43
[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak...
868K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...