[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#8

6K 385 29
By whatthechic_

ALAT kawalan jauh televisyen aku ambil untuk menukar siaran. Daripada ruang tamu saja aku sudah dapat hidu masakan mama di dapur. Bukan aku tidak tolong ya. Kalau aku tolong, boleh rosak masakan mama tu. Sebab aku tak pandai masak.

Jadi aku hanya tolong mengemas dan menyediakan apa yang patut. Oh! Aku ada bakar brownies. Tahu-tahulah brownies yang aku buat tu semua orang tergila-gilakan. Termasuklah Liana dan Adrian.

Suasana rumah agak bising dengan suara tetamu mama. Mereka mesti kawan pejabat yang mama katakan. Aku melihat jam. Sudah jam lapan setengah malam. Aku sudah jemput yang lain di group whatsapp. Katanya on the way.

Loceng rumah berbunyi. Cepat-cepat aku bangun dan berjalan ke pintu. Buka saja pintu, orang pertama yang aku lihat ialah Syahmi. Kemudian kelibat Adrian muncul dibelakang. Dia memakai baju melayu berwarna putih. Aku hanya memandang Adrian yang sedang berjalan tanpa mempedulikan Syahmi yang masih berdiri di muka pintu.

Indahnya ciptaan tuhan.

"Sorry Arfah. Lambat sikit, aku baru balik dari masjid ni." kata Adrian. Allahuakbar. Kau teguhkanlah iman aku Ya Allah.

"Liana mana?" soalku pada Adrian. Ingatkan diorang datang sama-sama.

"Parents dia hantarkan." jawab Adrian.

Tanpa membuang masa, aku menjemput mereka berdua untuk masuk. Mereka bersalam dengan mama yang sedang bersembang dengan tetamunya. Laju saja si Syahmi ke meja makan untuk melihat makanan. Dasar pelahap.

Aku kembali ke muka pintu sebaik saja mendengar suara Liana memberi salam.

"Lambat kau sampai." ujarku. Aku menjemputnya masuk.

"Ada masalah sikit tadi masa nak convince ibu aku." balas Liana. Dah agak dah. Bukan senang Liana nak pujuk ibunya untuk keluar malam.

Usai melahap makanan, kami duduk di ruang tamu selepas semua kawan pejabat ibu sudah pulang. Aku menghidangkan brownies di atas meja di hadapan televisyen itu.

Mama yang dari dapur membawa lasagna yang baharu di ruang tamu tempat kami duduk. Yang tadi sudah habis dikerjakan kawan pejabat mama.

"Tadi dah makan nasi, nah rasa lasagna makcik buat." ujar mama.

"Aik, bukan Arfah ke yang buat?" soal Syahmi. Aduh! Kantoi.

Mama memandangku pelik. Aku hanya tersengih sambil menggaru kepala.

"Kalau Arfah yang buat, mungkin dah hitam lasagna ni. Dia ni cuma tahu bakar kek je. Masak-masak macam ni.. rentung juga dapur makcik nanti." cerita mama.

"Amboi, mengumpat depan-depan ya mama." celahku. Malu habis apabila mereka gelak dengan cerita mama. Kantoi sudah yang aku ni tak reti masak.

"Awek kau tak ikut ke?" soal Syahmi pada Adrian. Aku yang sejak tadi memandang pintu terus beralih pada Adrian.

"Tak, sebab petang tadi dia dah gerak balik kampung dengan family dia." jawab Adrian. Ouh..

Mataku kembali pada muka pintu yang masih terbuka. Kemudian memandang jam. Hampir jam sepuluh malam. Tapi dia tak datang-datang.

"Kau tunggu siapa Arfah?" soal Liana.

"Tunggu crush dia ler.." Adrian yang tolong jawabkan.

"Darius tak ada cakap ke yang dia nak datang?" soalku pada Adrian yang sedang meneguk air laici.

"Tadi petang aku ada text dia, tapi tak balas. Baca pun tak rasanya." jawabnya.

Aku hanya mengeluh.

"Kejap eh, aku nak bagi kucing aku makan dekat luar." kataku sebelum bangun dan berjalan ke luar rumah.

Selipar aku sarung pada kaki. Aku berjalan ke almari untuk mengambil bekas makanan kucingku. Sebenarnya bukan kucing aku pun. Tapi setiap malam akan ada seekor kucing oren ni datang minta makan. Jadi tak salah kan kalau bagi?

"Hai Oyen! Lambat kau sampai. Ingatkan taknak datang. Baru nak samakan kau dengan Darius tu." ujarku pada si kucing Oyen yang sedang asyik mengunyah whiskas.

Aku hanya duduk mencangkung melihat Oyen makan. Mataku melilar memandang kawasan perumahanku. Mana tahu ternampak kereta Darius baru sampai. Tapi hampa. Mesti dia tak datang punya.

"Kau makanlah Oyen. Aku ada tetamu dekat dalam. Bai." kataku sedih. Mana tak sedih bila orang yang dijemput tak datang.

Kepalaku yang daripada tadi menunduk terus tegak bila dengar bunyi enjin kereta. Honda Civic! Aku dah agak dah. Mesti datang punya.

Darius keluar daripada perut kereta.

"Kau asal lambat?" soalku pada Darius.

"Ada hal kejap tadi." jawab Darius.

Kejap? Bukan main lama kejap kau tu ya.

Kami berjalan masuk ke dalam rumah.

"Kau makanlah dulu. Kalau nak nasi, ada atas meja makan. Rugi tak makan, mama aku masak sedap tau.." pelawaku.

"Eleh, cuba kalau kau yang masak? Kau nak pelawa aku ke tak?" soal Darius sinis. Aku pula yang terkena.

Darius bersalam dengan mama yang berada di meja makan.

"Eh, Darius?" tegur mama.

Aku dan Darius terkejut.

"Makcik kenal saya?" soal Darius. Kalau dia pun terkejut, aku apatah lagi.

"Makcik kerja di office ayah Darius. Takkan tak kenal." jawab mama. Kebetulan apa ni?

"Eh kawanku!" jerit Syahmi dari ruang tamu sebaik saja nampak kelibat Darius yang sedang mengambil nasi dan lauk.

Darius hanya tersengih melihat kawannya itu.

"Lambat kau sampai, bro. Eh bro jangan lupa rasa masak lemak ikan tu. Sumpah sedap. Rasa macam makan dekat kondangan." ujar Syahmi lantas berjalan ke singki meninggalkan kami berdua di meja makan.

Aku menongkat dagu memandang Darius yang sedang makan. Darius yang berasa tidak selesa itu menjelingku sekilas. Terkejut juga aku.

"Kau ni takde kerja lain ke nak buat? Aku nak makan pun tak senang." ujar Darius. Ha iyalah kan. Yang aku pergi duduk dengan dia dekat sini tengok dia makan dah kenapa.

Aku bangun terus ke ruang tamu. Rasa malu pula bila tersedar akan kelakuan sendiri.

Aku duduk disebelah Liana. Amboi masing-masing main Jenga. Mesti ambil dekat bawah laci kan.

Darius yang sudah siap makan datang menyapa kami dan duduk di sebelah Adrian yang sedang menarik satu blok kayu.

"Korang dah study ke untuk exam minggu depan?" soal Liana.

"Belum do. Exam lepas aku study last minute nasib baik dapat cover semua." kata Adrian.

"Diamlah budak akaun. Aku tahulah kau gifted." celah Syahmi. Eleh dengki.

"Ala kalau kau tanya Darius, mesti dia dah study punya. Style dia, seminggu sebelum peperiksaan dah cover semua subjek. Lepastu jadi top ten dalam tingkatan." balas Adrian.

"Actually aku belum sempat belajar apa-apa. Fitnah je semua tu.." nafi Darius.

"Eleh.. kau belajar ke tak belajar still akan conquer top five dalam kelas. Terimalah yang kau pun gifted.." ujar Syahmi.

Darius hanya membuat muka.

Aku daripada tadi diam ternganga mendengar cerita mereka. Sedih juga ya bila dikelilingi budak-budak pandai. Aku study ke tak study.. still akan lupa juga bila dah dapat kertas periksa. Apa kenalah dengan otak aku ni.

Tapat jam sepuluh setengah mereka sudah mahu bergerak balik. Kecuali Darius yang sedang makan lasagna dan brownies di ruang tamu. Siap makan, dia membawa pinggan-pinggan yang sudah kosong ke dapur.

"Rajin rupanya kau ni." aku menyindir Darius yang sedang mencuci pinggan.

Dia hanya menjeling.

"Weh." kataku.

Darius memandangku sebelah mata.

"Apa dia?" soalnya.

"Aku minta maaf tau pasal haritu." ujarku yang masih rasa bersalah. Dia diam.

"Aku takda bagitahu orang jadi janganlah risau." tambahku. Tolonglah cakap sesuatu..

"Ye." balas Darius.

Ye? Ye je? Anggap jelah tu tanda dia maafkan.

"Eh, kenapa Darius yang cuci? Kamu ni Arfah, buli anak orang pulak. Takpe Darius kerja ni sepatutnya Arfah yang buat." ujar mama yang baru keluar daripada tandas. Terkejut betul muka dia.

"Engko ni Arfah, malas betul. Macam manalah besar nanti. Takda siapa nak memperbinikan kau padan muka." kata mama lagi. Aku melihat bibir Darius yang naik dari tepi. Kau gelakkan aku ye?

"Eleh mama ni.."

"Takpe makcik. Dekat rumah pun bukannya selalu buat kerja ni." balas Darius.

Kami berjalan ke pintu.

"Terima kasih sebab sudi datang.. Ada masa nanti datanglah sini lagi." pelawa mama. Amboi.

"Baik makcik," balas Darius.

Aku menemankan Darius ke kereta.

"Weh jap aku nak cakap ni." aku memanggilnya sebelum dia membuka pintu kereta. Darius mengangkat keningnya.

"Kalau kau ada masalah en, ceritalah dekat aku. Jangan pendam sorang-sorang." kataku. Bukan selalu aku cakap berayat-ayat macam ni dekat orang. Pasal kau aku perlu tebalkan muka sekarang ni tahu?

Darius memandangku lama. Pintu kereta yang dibuka tadi ditutup semula lantas berjalan mendekatiku.

Oh tidak.

"Kau memang suka betul ye dekat aku?" soal Darius membongkokkan badannya sedikit. Bibirnya tersenyum sinis.

Aku laju menggeleng.

"Dah kau pergi balik sana." aku menghalau Darius. Aku sempat mendengar tawa Darius sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Selipar aku tanggalkan lantas pintu rumah aku tutup. Aku lihat mama yang berada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Aku melabuhkan punggung disebelahnya.

"Ramai juga kawan Arfah. Ingatkan Liana je." ujar mama.

"Eleh.. ingat Arfah tak tahu buat kawan ke?" balasku.

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.

"Mama betul ke kenal Darius? Tapi Darius tak kenal mama pun?" aku menyoalnya.

"Betul lah. Dia anak bos mama. Tapi rasanya pangkat ayah dia lebih tinggi daripada bos. Kiranya syarikat tempat mama kerja tu family dia punyalah." jawab mama.

Mulutku terlopong. Jadi Darius ni orang ada-ada lah?

"Baik budak tu, tapi kesian.." ujar mama.

Keningku terangkat.

"Kenapa pula?" soalku.

"Keluarga dia. Mama ada dengar-dengar bos mama tu baru je lepas ceraikan isteri dia. Tak tahu pula pasal apa." cerita mama.

Aku hanya mendengar.

"Dah pukul berapa ni? Pergi tidur sana. Esok jangan lupa belajar." arah mama.

Aduh! Kena study esok..

❀❩ to be continued.

Continue Reading

You'll Also Like

405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
29.7K 1.3K 34
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
457K 39K 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah ber...
2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"