[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#7

6K 401 7
By whatthechic_

"PUAS HATI?"

Aku terdiam.

Darius memandangku lama. Giginya diketap. Tanpa membuang masa, Darius beredar meninggalkan aku seorang di tangga ini dengan penuh rasa bersalah.

Tulah kau, yang kau mengada-ngada tanya dia soalan tu dah kenapa? Memang cari nahas lah kau ni Arfah.

Aku berjalan kembali ke kelas. Bisingnya. Pintu aku ketuk sebelum melangkah masuk. Tiada guru. Syahmi yang berada di belakang terus berjalan ke arahku.

"Kau pergi mana tadi? Yang kau kejar Darius tu dah kenapa?" Syahmi menyoalku.

"Takdelah, dah dia marah aku tadi. Mana aku tak marah dia jugak." balasku.

Syahmi menepuk dahi.

"Memanglah dia marah. Dia baru je lepas bergaduh lepastu kau pergi langgar dia memanglah dia angin." ujar Syahmi.

"Gaduh? Dengan siapa?" soalku.

Syahmi memuncungkan mulutnya ke arah seseorang yang sedang bersandar pada dinding. Qidran Khalid, bekas teman lelaki aku. Aku putus dengan dia pada awal tahun lepas. Aku yang putuskan. Tak sangka pula yang dia akan berada di dalam kelas yang sama sepertiku pada awalnya.

"Kenapa diorang gaduh?" soalku lagi.

Syahmi mengangkat bahu.

"Entah, aku tengah padam papan putih lepastu aku dengar bunyi meja jatuh. Terkejut doh. Sekali toleh, aku nampak Darius pergi tolak si Qidran tu. Lepastu, macamlah kau tak kenal Qidran tu macam mana, dia pergi tolak Darius balik dekat cermin tingkap. Banyak juga do yang pecah. Berdarah juga aku nampak lengan Darius." cerita Syahmi.

Aku mengerutkan keningku. Tak nampak pun darah tadi?

"Tu yang Darius terus blah tu. Ish, kau tak pelik ke? Darius tu bukan main lain eh dia sekarang? Nak ajak gurau pun aku dah tak berani. Kang baru sebut nama dia, kena lesing pula." tambah Syahmi.

"Aku pun perasan juga. Mungkin dia ada masalah lah tu." balasku.

"Tapi kalau ada masalah kenapa taknak bagitahu kita? Apa guna kawan? Hm," ujar Syahmi lagi. Muncung mulutnya. Mungkin sedih kerana kawannya seorang itu tidak ceria seperti dulu.

"Mungkin belum masanya. Tak semua masalah senang untuk dicerita." aku berkata positif.

Syahmi hanya mengangguk. Setuju agaknya dengan apa yang aku kata.

Kami berdua kembali ke tempat duduk sebaik saja Cikgu Ariana masuk ke dalam kelas untuk mata pelajaran yang terakhir.

Sudah hampir 40 minit Cikgu Ariana mengajar. Tetapi kelibat Darius tidak pun kelihatan. Dimana dia? Sejak habis waktu rehat sampai sekarang dia tak masuk kelas. Cikgu Ariana pun sudah tanya tadi. Semua kata tidak tahu.

Aku teringat akan apa yang Darius beritahu aku ketika di tangga tadi. Ah, serabut! Kalau Darius terus macam ni, pasti akan jejaskan pelajaran dan prestasi dia. Sekarang aku sudah tahu masalahnya. Mungkin aku boleh tolong? Ah, masalah sendiri pun kadang-kadang kau tak boleh selesaikan.

Aku mengurut kepalaku. Satu apa yang Cikgu Ariana ajarkan tidak masuk pada otak.

Tepat jam 1 petang loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Aku sengaja melambat-lambatkan waktu. Satu persatu manusia meninggalkan kelas. Dan tinggal aku seorang disini masih duduk di kerusiku.

Aku memandang tempat duduk di hadapanku. Beg sekolahnya masih disitu. Kemana dia pergi ni? Waktu sekolah dah habis. Takkan dah balik?

Niatku untuk bangun terhenti apabila pintu kelas dihadapanku dibuka dari luar. Darius. Langkah lelaki itu terhenti apabila melihat diriku yang masih berada di dalam kelas. Dia memandangku lama sebelum beg sekolahnya diambil lantas berjalan keluar semula daripada kelas.

Aku bangun lalu mengejar langkah lelaki itu. "Darius," panggilku. Lengan bajunya aku tarik sebaik saja jarak kami beberapa cm dekat. Aku melihat ada tompokan darah pada baju birunya itu. Kemudian calar yang ada pada lengannya.

"Nak apa lagi?" soal Darius.

"Kau pergi mana tadi?" soalan aku balas dengan soalan.

"Bukan urusan kau." balasnya.

Sabar Arfah, sabar.

"Tangan kau tu." ujarku. Luka pada lengannya belum kering. Kalau lambat rawat, makin banyaklah kuman nanti.

"Pandai-pandai akulah nanti." kata Darius lagi.

"Tak, macamlah kau nak terus pergi klinik nanti." balasku. Bukan boleh percaya dia ni.

"Dahtu kau nak aku buat apa sekarang ni?" soal Darius.

"Tunggu sini. Aku datang balik, kau takda kau siap." pesanku sebelum berlari ke aras bawah untuk mengambil sesuatu.

Pintu bilik rawatan aku buka. Hampir semua almari aku buka tetapi tidak jumpa peti kecemasan. Ah, kalau lama-lama dekat sini kang dia lari macam mana?

Aku tutup semula almari. Belum sempat aku ingin bangun untuk keluar, seseorang muncul dimuka pintu.

"Aku suruh kau tunggu dekat kelas kan?" soalku pada Darius yang sedang berdiri. Dia membawa beg sekolah milik aku sekali turun ke sini lalu diletakkan di tepi pintu bersama beg sekolah miliknya sekali.

"Kau lambat sangat." ujar Darius. Betul juga katanya itu. Kesian pula dia aku biarkan tunggu lama.

"Kejaplah. Aku cari kotak ubat tu tak jumpa." balasku lantas sambung mencari. Aku cuba untuk membuka almari terakhir yang berada di belakang. Okey, disitu rupanya.

Aku melihat Darius yang sedang duduk bersandar pada almari. Kotak ubat itu aku bawa padanya.

"Bak tangan kau." arahku.

Botol ubat cuci luka aku ambil lalu cuba untuk buka. Ah kerasnya. Siapa yang tutup ketat-ketat ni?

"Bagi sini lah." Darius merampas botol ubat itu lalu dia buka. Penutup botol itu terbuka pada percubaan kali pertama. Wow, i'm impressed.

Disebabkan aku pernah berada di Kelab St. John Ambulance, jadi aku tahu bagaimana untuk merawat luka-luka kecil seperti ini.

Usai merawat luka, aku biar dia kering dahulu sebelum membalutnya. Siap!

Aku memandang wajah lelaki itu yang beberapa inci saja jaraknya. Baru aku sedar yang lelaki itu juga memandangku. Apa? Kau nak marah aku lagi?

"Kau balik naik apa?" soalku.

"Kereta." jawab Darius.

Aku tersengih.

"Tumpangkan aku balik.." pintaku.

Darius menjelingku lalu bangun daripada duduknya.

"Nope." balasnya.

"Ala tolonglah.. aku penatlah nak balik jalan kaki. Mama aku tak boleh ambil aku sekarang ni." pujukku membuat ekspresi sedih.

Darius mengeluh lantas keluar meninggalkan aku di dalam. Anggap sajalah dia setuju!

Dari jauh aku sudah nampak Honda Civic milik Darius. Pintu kereta di bahagian sebelah pemandu aku buka. Tanpa menghiraukan apa-apa, aku terus masuk dan duduk di kerusi itu.

Wau, bau kereta lelaki.

"Rumah kau dekat mana?" soal Darius.

"Lepas simpang tu terus, lepastu terus lagi sampai lampu isyarat tu terus lagi sampai nampak Taman Mawar Putih. Tapi bukan situ. Kena terus lagi sampai nampak Taman Orkid. Ha kat situlah." terangku.

Darius memandangku tidak percaya. Ha, kan dah kata rumah aku jauh.

Kereta diberhentikan dihadapan rumah teres dua tingkat milikku. Beg sekolah aku capai.

"Thanks!" ujarku.

Aku membuka pintu kereta. Tetapi tindakanku terhenti. Lelaki itu aku pandang.

"Kau.. masih marahkan aku lagi ke?" soalku pada Darius yang hanya memandang luar.

Perhatiannya dialihkan padaku. Tetapi tidak menjawab soalan itu.

"Sabtu ni, mama aku ada buat makan-makan. Kau datanglah. Yang lain pun ada nanti." Aku menjemput dia.

"Aku tak janji." balas Darius.

Aku diam.

"Tapi aku tunggu kau." ujarku lantas cepat-cepat keluar daripada kereta lelaki itu.

Keluar saja, aku cepat-cepat memukul mulutku. Tapi aku tunggu kau?? Takda ayat lain ke hah?

❀❩ to be continued.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...
196K 6.5K 58
"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila me...
238K 15.4K 44
#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamany...
882K 39.6K 42
PUTRI ALYSSA-Adalah seorang gadis kacukan melayu-Amerika. Alyssa dan keluarga nya menetap di New Zealand. Pada suatu hari, Alyssa dipindah untuk bers...