[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#5

6.5K 420 18
By whatthechic_

Selepas solat maghrib, aku terus ke tempat membakar. "Mana yang dah siap bakar?" soalku pada Syahmi yang sedang mengeluarkan otak-otak frozen.

"Dekat atas meja sana. Ouh alang-alang tolong panggil Darius suruh dia bakar ikan." pinta Syahmi sebelum aku berjalan pergi ke meja makanan.

Air liurku aku tahan daripada jatuh. Tengok je dah tahu sedap. Sosej, otak-otak, ikan bakar dan kepak ayam. Cepat-cepat aku mengambil penyepit untuk mengambil ikan bakar lalu diletakkan di atas pinggan sebelum seseorang mencelah..

"Thankyou," ujar seseorang lalu merampas pinggan daripada tanganku. Darius! Aku paling pantang kalau ada orang curi makanan aku.

"Kau tak boleh ambil sendiri ke??" soalku bengang.

Darius hanya memberikan aku senyuman sinis lalu hanya menghiraukan aku disini. Cis, tak guna.

Aku melihat dia mengambil kepak ayam. Tiba-tiba rasa macam ada mentol menyala atas kepala.

"Eh weh kejap!" aku memanggil Darius sebelum dia bergerak untuk pergi.

Penyepit yang berada di atas meja aku ambil lalu segera menyepit kepak ayam daripada pinggan Darius dan dipindahkan ke pinggan baru.

Wajah lelaki itu seperti tidak percaya.

"Kita tukar-tukar.. Kau ambil ikan bakar aku, aku ambil kepak ayam kau." ujarku selama.

"Engkau tahu tak itu yang last??" soal Darius. Dia pula yang bengang. Aku hanya mengangkat bahu.

"Oh lepas kau makan, Syahmi suruh kau sambung bakar ikan. Okey Bye.." tambahku sebelum berlalu pergi meninggalkan dia yang masih tidak puas hati tentang kepak ayamnya.

Aku duduk di atas batu lalu telefon bimbit yang berada di dalam poket aku ambil untuk memeriksa jika terdapat mesej yang masuk.

MAMA
Macam mana dekat sana? Hantarlah gambar sikit dekat mama.
[ 08:23 p.m ]

Aku membuka kamera lalu snap sekeping gambar selfie aku. Gambar itu aku send bersama gambar-gambar bersama kawan-kawan yang diambil petang tadi.

"Amboi Liana dengan Syahmi tu bukan main bahagia dekat sana." ujarku melihat Liana dan Syahmi yang sedang sibuk bersembang tanpa aku. Aku dapat rasa yang aku akan single sorang-sorang.

Perut yang terasa kembung aku pegang. Banyak ke aku makan tadi? Aku rasa aku cuma makan dua otak-otak, satu kepak ayam, kerang bakar sikit dengan ikan bakar satu je. Lepastu Liana offer aku makan salad yang mak dia buat ha itu ajelah.

Darius yang sedang membakar ikan aku perhati. Wajahnya nampak muram. Seperti tiada mood. Rasa puas hati pula lepas curi kepak ayam dia.

Kawan yang lain aku tengok masih sibuk makan. Lagi-lagi empat orang tu ha. Kesian Darius yang sedang membakar seorang diri.

Eh? Mana dia?

Mataku melilar ke sekeliling mencari kelibat lelaki itu. Oh dekat sana. Dia sedang berjalan ke arah khemah sambil matanya fokus pada skrin telefon bimbit.

Ish dia ni.

Aku berjalan ke arah tempat membakar. Haih, aku lah ni yang kena buat. Sudah beberapa minit disini, aku rasa bosan pula mengipas asap.

Adrian yang tadinya duduk bersama yang lain bangun lalu berjalan ke arah sini.

"Ikan tadi dah bakar ke?" soal Adrian.

"Dah, Darius baru bakar sikit tadi." jawabku seraya bergerak untuk mengambil ayam yang telah diperap untik dibakar. Eh, ada kepak ayam lagi satu. Senyumanku makin melebar.

"Takpe biar aku buat." Adrian mengambil penyepit yang berada di tanganku. Eh alah alah, janganlah buat aku macam ni. Luka pada hati aku masih belum sembuh ni!

Sebelum aku buat reaksi pelik-pelik nanti baik aku bla ke khemah dulu.

Botol air mineral diambil daripada beg lalu berjalan untuk kembali ke sana. Tetapi telinga aku yang sensitif akan bunyi ini dapat menangkap sesuatu.

Aku menoleh memandang ke arah khemah lelaki. Aku tahu ada sesuatu di belakang khemah tu sebab dari sini sudah nampak bayang-bayangnya.

Chill lah, ini Arfah!

Dengan beraninya aku berjalan mendekati khemah dan mengintai apa yang ada disebaliknya.

"Darius?" kataku perlahan. Mataku seperti tidak dapat mempercayai apa yang aku sedang lihat. Dia, baru lepas menangis ke? Pelik. Takkan dia menangis sebab aku curi kepak ayam dia? Mustahil. Sensitifnya dia.

Tapi apa masalahnya? Lelaki pun boleh menangis apa. Diorang pun ada perasaan. Positiflah, mungkin dia sedang kesat peluh dekat muka.

Ah, inilah Arfah. Mudah kesian pada orang. Jangan Arfah, jangan pedulikan dia.

Sebelum dia perasan yang aku tengah mengintai dia, baik aku pergi. Dengan selamba aku berjalan ke meja untuk mencari sesuatu.

Ouh, masih ada. Okey ini betul-betul kepak ayam yang terakhir. Aku ada dua pilihan. Makan, atau..

"Nah." ujarku sambil menghulurkan kepak ayam yang sudah dicucuk pada garpu kepada Darius.

Dia memandangku pelik. Dahinya berkerut. Aku hanya membuat muka kosong.

"Ambillah ni, lenguh dah tangan aku." ujarku sambil menguap. Mengantuk pula.

Darius mengambil garpu daripada tanganku. Hekeleh, tak cakap terima kasih pun.

Aku bercangkung disebelahnya.

"Kau.. apahal?" soalku. Eh! Dah macam orang nak cari pasal pula. Laju aku menepuk dahi.

Darius memandang aku.

"Apahal apa?" soalnya musykil.

Kau menangis ke tadi? Tidak tidak, jangan nampak caring sangat. Cari lain!

"Mata kau sembab do. Kau tidur ke tadi?" soalku. Dah macam orang bodoh bertanya.

Dia memandangku menyampah lalu memalingkan semula wajahnya daripada aku. Kepak ayam yang aku beri tadi dia gigit.

Kepak ayamku..

Keadaan janggal seketika. Dah kenapa aku duduk dekat sini dengan dia? Selamba pulak tu aku pergu duduk sebelah dia.

"Arfah,"

Laju saja aku menoleh memandang dia.

"Apa dia?" soalku.

"Ada nyamuk dekat dahi kau." jawab Darius. Membulat mata aku. Automatik tangan laju mahu memukul dahi sendiri.

"Kejap woi, bukan situ! Dekat kanan kau.. tengah-tengah." kata Darius. Perlahan-lahan aku memukul dahi. Kang kuat-kuat aku juga yang sakit.

Aku melihat tapak tanganku. Peh! Dah lama ke dia hinggap dekat situ? Bukan main banyak darah. Kalau ada satu, mesti dia bawak puak dia yang lain.

Cepat-cepat aku menggosok lengan yang sudah gatal. Wah, sudah banyak rupanya yang gigit aku.

Aku bangun dan pada masa yang sama Syahmi menjerit nama aku dan Darius.

"Wah, mana korang hah? Dating belakang khemah pulak ya." usik Syahmi. Aku memberikan dia sedas jelingan.

Aku berjalan ke arah Liana yang memanggil aku untuk duduk disebelahnya. Kami semua berkumpul di satu tempat berdekatan unggun api.

Ada sebotol kaca diletak di tengah-tengah.

"As you can see.. ada botol dekat tengah. Jadi korang dah boleh agak yang kita akan main game apa, kan?" ujar Sabrina.

Masing-masing mengiyakan. Aku seorang sajakah yang lembab disini? Kita akan tulis surat dalam botolkah?

"First turn." ujar Syahmi sambil mengangkat tangan. Botol kaca yang berada dihadapannya diputar.

Muncung botol itu berhenti pada Adrian.

"Aduh," keluh Adrian.

Aku hanya diam memandangnya.

"Truth or dare?" soal Syahmi.

Ouh, permainan ni! Aku tahu tu..

Adrian diam sekejap sebelum memilih truth.

"Bila kali terakhir kau terkencing dalam seluar dan ceritakan kisahnya." ujar Syahmi.

Semua sudah melopong. Aku melihat Adrian yang sedang menggaru kepala sambil matanya memandang Sabrina.

Krek. Sabar Arfah, ini semua ujian..

"Uhm, kali terakhir eh. Masa aku tingkatan 1. Waktu tu aku join camping sekolah lama aku. Ala macam biasalah.. kencing malam.." cerita Adrian.

Semua yang berada disitu terhibur mendengar ayat terakhir Adrian membuatkan wajah lelaki itu merah. Ah! Comelnya dia. Pasti dia tengah malu dengan Sabrina.

Kini giliran Liana untuk memutar botol dan muncung botol itu berhenti pada Darius. Lelaki itu memilih dare.

"Nyanyi satu lagu yang kena dengan current situation kau. Sikit pun takpe." cabar Liana.

Darius diam sekejap. Dia betul-betul akan nyanyi ke?

" My days are always better when it's sunny
My hair looks better when it's in the rain
I laugh too much when things aren't always funny
But I'm really good at hiding all the pain

My favourite thing to ever do is stare up at the stars
If I could I swear I'd lay there every day
And everybody says to me, "Remember who you are"
But it's those same people leading me astray. "

Semua orang terdiam. Aku tahu sebab apa. Bukan sebab suara Darius merdu. Tapi sebab lirik yang dinyanyikan oleh lelaki itu.

"Bro kau okey?" soal Adrian. Dia meletakkan tangannya pada bahu Darius.

Darius hanya senyum segaris memandang kami.

"No, i mean yes. I'm good. It's just.. my favorite song." Darius berkata.

"Bro kau tahu kan yang kitorang ada kalau kau ada masalah?" soal Adrian lagi. Yang lain mengiyakan. Aku juga sama.

"Tak bro serius. Dah-dah turn siapa lepas ni?" balas Darius.

Sudah dekat 20 minit permainan ini diteruskan. Semua orang terhibur gelak-gelak tak tentu pasal dengan perangai masing-masing. Tapi sampai sekarang, muncung botol tu tak pernah kena pada aku.

"Okey giliran aku spin." ujar Adrian lalu botol kaca itu diputar.

Jantungku bagaikan ingin berhenti apabila melihat muncung botol itu berhenti tepat-tepat pada aku.

"Ni lah yang kita nanti-nantikan daripada tadi." ujar Syahmi.

"Truth or dare?" soal Adrian.

Pilih. Salah. Satu.

"Dare."

Yang lain sudah tidak sabar untuk mendengar cabaran yang bakal keluar daripada mulut Adrian.

"Bagitahu kitorang, apa nama crush kau." cabar Adrian.

Sumpah! Sumpah aku tak expect yang dia akan cabar aku benda ni. Gila.

Aku diam sekejap. Yang lain sudah tidak sabar untuk menantikan jawapan aku.

Crush? Aku ada crush? Adrian. Takkan Adrian?? Aku memandang Sabrina disebelahku. Rasa bersalah makin menguasai diri. Aku duduk menegakkan badan.

Mata aku pejam sekuat-kuatnya sebelum menjawab soalan itu. Nak cakap ke tak, nak cakap ke tidak?

Argh!!

"Darius!"

❀❩ to be continued.

Omg aku yang tulis aku
yang menjerit apahal hahahaha.
So guys.. make sure vote
And kalau boleh comment la

sikit.. sunyi benor rasanya

Continue Reading

You'll Also Like

113K 8.2K 53
[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in a...
457K 39K 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah ber...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
238K 15.4K 44
#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamany...