crush : serendipity | ✔

By starrydaisy

249K 20.5K 3.3K

🌼 | "let's play a fake relationship, shall we?" qal iman ashraf x alisa nadine with their fake relationship... More

- 0
- 1
- 2
- 3
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
c h a r a c t e r s 🌻⛅
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21 KAH KAH KAH
#CSBeraya
CS 2019 - qal x lisa

- 4

10.3K 829 132
By starrydaisy

"Morning Nadine, sarapan?" papa menyapa aku yang baru sahaja turun menaiki lif daripada tingkat atas. Kelihatan di meja makan, masing masing sudah mula melantak makanan yang terhidang atas meja.

Memperkenalkan keluarga aku. Encik Khalid aka papa, Puan Melissa aka mama, Atilia aka kakak sulung, Azreef aka bengah bengap dan yang terakhir, Arina, adik aku. author taubat dah tak letak nama parents ada dato' , hashtag sis insaf dan sudah berpijak pada bumi yang nyata.

"Morning pa, ma, kak Tilia, bengah and Arin." sapa aku sejurus sahaja aku mengambil tempat di sebelah Arina.

"Bengah bengah, kau ingat aku Makhlokmacho ke? yang macho tu memang la aku macho tapi janganlah samakan aku dengan dia. Ke kau nak aku panggil kau Afiathorrr? tak pun Alisathorrr? gitu? nak?" Azreef dengan mulutnya yang masih penuh dengan mihun goreng buatan mama, ada hati nak cakap panjang panjang, tercekik nanti tahu lah kau bengah.

Aku hanya tayang muka selamba sambil mengunyah roti cheese keluaran Uncle Slocum yang sungguh sedap itu. Nasi goreng yang betul betul di hadapan aku ni pula memang bebetul menguji nafsu. Tambah pula ayam goreng drumstick yang baru Mak Mah letak di sebelah nasi goreng....

"Afiq tak sampai lagi ke Nad? bukan ke selalunya dia ambil kamu hantar pergi sekolah?" soalan mama cukup untuk membuatkan aku macam nak tercekik tulang ayam goreng tadi.

Belum sempat aku menjawab, suara Pak Mat pula datang menyinggah.

"Maaf menganggu semua, ni Pak Mat nak pesan kat Alisa. Kereta Alisa tu, worker dia dah hantar petang semalam. Lupa Pak Mat nak pesan ke kamu malam tadi. Ni kamu nak pergi sekolah dengan Afiq ke naik kereta? ataupun Pak Mat hantarkan sekali dengan Arina?" Pak Mat bertutur sambil menghulur kunci kereta aku.

"Thanks Pak Mat tolong uruskan kereta Lisa. Em, harini Lisa drive sendiri je pergi sekolah. Pak Mat tak payah hantar." jawapan aku pula membuatkan semua pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang?

"Kau biar betik Nad? bukan ke selalunya si Afiq tu ambil kau setiap hari?" soal Atilia. Aku menggeleng.

"Nadine ada masalah ke dengan Afiq?" tu dia big bos sudah bersuara. Apa aku nak jawab ni guys?

"Nad... er.. Nad dengan Afiq.." semua memandang aku dengan muka yang tiada kesabaran. Menanti ayat yang akan meluncur keluar daripada mulut aku.

"Nad dengan Afiq okay je. Cuma harini dia ada hal tak silap, tu yang dia tak dapat ambil."

Kenapa mulut aku yang laser tujuh keturunan ni tak cakap je yang Afiq sendiri putuskan hubungan aku dengan dia?

Sebab? ini dia... "Baguslah kalau macamtu, papa mama dengan parents Afiq tu kan berkawan baik. Kalau ada jodoh kamu dengan Afiq tu, dapat la kita berbesan."

Haa berbesan sangat. Ini berbesen adalah.

Niat nak tambah ayam goreng kali ke sepuluh k tipuje terpaksa dibatalkan memandang topik perbicaraan sungguh lah menjengkelkan maka aku pun meminta diri untuk ke sekolah.

Kereta aku yang terparkir cantik di deretan kereta di kawasan garaj aku dekati dan terus meninggalkan perkarangan banglo 3 tingkat milik keluarga aku. Ceh masih riak, banglo 3 tingkat guys. Next story aku pakai rumah setinggan je, kalau sedar diri la.

10 minit perjalanan, aku sampai di sekolah dan memarkir kereta seperti biasa. Enjin dimatikan. Totebag Cotton On RM10 ke RM20 aku lupa aku sarung ke bahu dan melangkah keluar daripada kereta.

Hari pertama persekolahan tanpa Afiq Aidan. Oooh nope nope nope. Dia tak penting pun guys. Tak mati pun tak ada dia.

"Kalau tak ada ni baru la macam soul soul fish, eh tak! kebulur 8 tahun je." gula gula Chupa Chups perisa strawberry yang sememangnya akan ada stock dalam bag aku dikeluarkan.

Aku terus berjalan menuju ke kelas aku, 5 Bourganvilla dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Subjek first Add Math guys, tepu tak tepu.

Selepas 1 jam pembelajaran, Nia menepuk lembut bahu aku yang masih dengan Chupa Chups leka menekan kalkulator mencari jawapan untuk soalan 3. Siapa dapat jawab, dapat gula gula. Peluang keemasan jangan disia siakan orang kata.

"Kau dengan Afiq macam mana sekarang?" soal Nia disebelah.

Chupa Chups aku keluarkan sebelum menjawab soalan Nia. "Kenapa kau tanya?"

"Yelah kau dengan Afiq kan baru lepas br— i mean gaduh?"

Br? apa br? brrr rambo dalam rap Lisa Blackpink lagu Boombayah ke apa Nia ni?

"Br apa kau?" soal aku. Muka Nia dah pucat.

"Ah sudah kau kenapa Nia-ng rapik? muka pucat?" soal aku lagi buat kali kedua.

"Aku tersasul je. Yelah kau kan gaduh dengan Afiq last Friday." jawab Nia gelabah.

"Ooh. Aku dah break dengan Afiq." selamba aku menjawab.

"Wait really? ooh. Why? Afiq minta?" reaksi Nia tak terlalu terkejut.

Kenapa macam dia dah tahu... ayat tersasul Nia 'br'... can it's stands for break up?

"Haa dia minta. Aku pun iya kan jelah."

Aku sebagai seorang perempuan yang bermaruah #jangantriggered, takkanla nak jadi perigi cari timba? aku mohon undur diri, ceh mohon la sangat. takkan la nak merayu sujud dekat kaki to gain back his love?? dia bukan suami aku so tak perlu la kan? dengan kaki yang entah entah busuk? #sorrynotsorry

"Damn it, macam mana kau boleh kuat eh? it's 3 years, Lisa. Ke selama ni... it's all a fake love?"

Eh minah ni apasal?

"3 years tak 3 years, kalau dia minta break, takkan aku nak halang? kalau aku fight 100% untuk relationship ni
tapi zero from him, tak ada guna juga pun. So better aku back off awal awal sebab aku tahu, at the end, kalau aku fight pun, it's not gonna worth my efforts." mungkin penggunaan ayat aku dah boleh nampak yang aku tak berminat nak sembang pasal Afiq lagi sampai Nia hanya mengangguk biasa sebelum dia menyambung latihan add math tadi. Maka aku pun ikut sama menyambung latihan add math yang terhenti tadi.

⛅⛅⛅

Pukul 2 tepat aku keluar daripada kelas. Sebelum balik, dah berniat nak bungkus Chicken Grill yang paling famous dekat cafe sekolah.

Selepas memesan di kaunter, aku melangkah ke salah satu meja untuk diduduki. Telefon aku dibuka, aplikasi Instagram aku tekan. Tak ada yang menarik....

Ting Ting!

[nadine.cute] stxlkermidnight wants to send a message

"Ni bukan ke username yang sama dengan username yang request follow aku jumaat malam tu?" aku bermonolog sendirian.

stxlkermidnight
things happen for a reason,
cheer up, good things will come,
soon, or sooner. 💎

Bruh who is dis....

Ting Ting!

Okay tu bukan bunyi notification. Tu bunyi loceng menandakan Chicken Grill aku dah siap. Bungkusan mulai bertukar tangan dan aku terus berjalan ke kereta.

Di kawasan dewan aku dapati ramai berkerumun. Aku dekati kawasan dewan. Kot kot Cupcake Aisyah datang, boleh aku masuk vlog dia.

"Okay today I nak announce yang this guy beside me, you guys kenal kan? yes Afiq Aidan. He is my boyfriend now!"

Nak terlepas bungkusan Chicken Grill aku selepas bait bait ayat itu aku dengar. Yang aku pasti, suara tu... suara yang aku kenal sangat.

Mata aku tanpa sengaja bertentang dengan si dia yang baru berucap. Senyuman sinis yang paling sinis dihadiahkan untuk aku tanda dia berjaya rampas sampah....

I mean Afiq.

⛅⛅⛅
excuse the hambar-ness 😤😤

• 18th October 2017 •

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.7K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
511 227 12
"Izinkan aku menunggu dengan baik, agar kita bertemu diwaktu yang baik." - Erisha Hazreen. Setelah sekian lama menunggu seseorang yang dia nanti akhi...
46.5K 3.2K 74
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
89.8K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...