I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [C...

By IvyCalluna

65.9K 3.2K 233

[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amn... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Author's note

Bab 10

1.7K 75 1
By IvyCalluna

TOK ! TOK !

"Kejap !"

'Ish, siapa pulak yang ketuk pintu ni, aku belum siap lagi lah..' bebel Amni dalam hati sebelum melangkah untuk membuka pintu.

Buka saja pintu, tersembul wajah Arin dihadapannya.

"Wow ! cantiknya akak !" puji Arin sebaik saja melihat kakaknya yang cantik mengenakan dress labuh warna dark blue mixed soft purple itu yang dihiasi labuci di sekitar lengan dress tersebut.

Amni tersenyum menampakkan lesung pipit dikiri dan kanan pipinya.

"Alaah ! well, akak kau memang cantik apa.. hahaha" Amni apa lagi, masuk bakul angkat sendirilah gamaknya.

Arin menceber.

"Eleh, ujub ! "

"Hahaha.. ni, awalnya siap. Akak belum siap lagi ni haa.. masuklah dulu." tegur Amni seraya mempelawa adiknya masuk.

Arin menutup kembali pintu bilik kakaknya setelah menapak masuk dan melabuhkan duduknya di katil.

"Pasal akak lambat sangat bersiap ni, tadi kemain lagi eh membebel kat Arin suruh cepat siap. Laa ni, dia pulak yang lambat.."

Amni tersengih. Memang betul pun, usai saja menunaikan solat Isyak tadi, dia sudah membebel pada Arin supaya bersiap awal. Siap ugut lagi, kalau lambat dia tinggal. Tapi, tengok sekarang siapa yang lambat bersiap. Amni terus mencapai shawl rona biru laut untuk dipadankan dengan dress yang dipakainya kini.

"Alaa, akak sakit perut tadi. Tu yang lambat sikit nak bersiapnya. Acum !" nampak sangat bohong.

Amni menjeling Arin melalui cermin hias. Arin melemparkan pandangan tajam buat kakaknya.

"Hmm, kalau tak boleh bohong tu, tak yah lah nak buat." perli Arin.

Amni terseringai.

"Hehe.. tak pa, acara start pukul 9:30 malam nanti, ni baru pukul 8:40 malam. Ada banyak lagi masa ni.." kata Amni sambil tangan sibuk membetulkan shawl di atas kepala.

"Hmm, iyalah tu. Tadi kemain beriya suruh kita siap awal, last-last dia sendiri yang lambat.." rungut Arin lagi dengan ayat yang sama.

Mana taknya seawal pukul 8:20 malam tadi dia sudah bersiap kerana takut ditinggalkan kakaknya itu.

"Ehee, iyalah.. sorry, eh.. jadi tak angah pergi hantar kita ni ? " soal Amni kemudiannya.

"Erm, entahlah kak. Tak nampak angah pun tadi.."

"Eh ? tak nampak ? mana perginya angah ?"

Arin sekadar menjongket bahu.

"Hm, dah lah jom.. akak dah siap ni.." ajak Amni lalu mengambil beg tangannya di atas meja membaca.

Mereka sama-sama keluar dari bilik Amni menuju ke tingkat bawah.

******
Iphone 6s miliknya menyanyi nyaring di atas katil. Syameel yang sedang bersiap-siap itu bergerak ke arah katil untuk mendapatkan handphonenya.

"Hello.. Assalamualaikum.." sapa Syameel sekilas panggilan dijawab.

"Hello, waalaikumussalam.."

"Haa, ada apa Adli ?"

"Tak, ni kau dah siap ke ? aku on the way nak ambik kau ni.." ujar Adli pada Syameel di corong talian.

"Dah siap dah. Eh, aku rasa kau tak payah ambik lah, biar aku drive sendiri. Lagipun, kau kan nak ambik student practical kau tu kan ? so, aku taknak lah kacau daun.." ujar Syameel pula sambil berseloroh.

"Eleh, hahaha.. okay lah kalau macam tu, aku tunggu kau kat sana nanti. Jangan lambat tau.."

"Ha'ah.. okay lah. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Panggilan dimatikan. Syameel bergerak semula ke cermin untuk memeriksa penampilan diri. Setelah berpuas hati, dia melemparkan senyuman pada diri sendiri sebelum melangkah keluar.

******
Amni terintai-intai diruang tamu mencari seseorang. Begitu juga dengan Arin yang datang dari ruang dapur.

"Ada tak ?" soal Amni.

"Tak ada kak.." jawab Arin seraya menggeleng.

Amni menghela nafas berat. Seketika terdengar derapan kaki menuruni anak tangga satu persatu. Amni dan Arin serentak menoleh ke arah tangga dan kelihatan wajah Elyas yang menuruni anak tangga tersebut.

"Eh, Am dengan Arin nak pergi mana ni ? Umi mana ? abah ?" soal Elyas dengan wajah pelik.

"Er, Am dan Arin nak keluar long, ada majlis reunion batch Am malam ni. Umi ada kat dapur tu, abah mungkin dalam bilik bacaan kot. Eh, along ada nampak angah tak ?" soal Amni setelah penjelasan diberikan.

Kini, dia dan Arin sudah berbaik semula dengan Elyas apabila Elyas tidak seperti dulu lagi. Elyas kini lebih matang daripada dulu. Sifat membulinya sudah hilang malah along mereka itu makin penyayang dan suka bergurau mesra. Maklum lah, orang dah nak kahwin katakan.

"Oh.. Entahlah, along tak nampak pun angah tadi. Dalam bilik dia tak ada ke ? dah pergi check ?" soal Elyas.

"Dah, tapi tak ada jugak.." Arin membalas bagi pihak Amni.

Seketika, Hajah Miza datang dari ruang dapur.

"Eh, Amni ? Arin ? tak gerak lagi ke ? Pukul berapa dah ni ?" soal Hajah Miza pabila melihat dua anak gadisnya masih tercegat di situ.

"Macam mana nak gerak umi, angah tak ada. Kang kalau Am drive nanti, abah tak bagi pulak.." keluh Amni perlahan.

"Aik ? angah tak ada ? dia pergi mana ?"

"Entah lah umi.. hm, ni mesti kes tak nak hantar kitorang lah ni.." Amni merungut pula.

"Okay, tak apa.. biar along hantar korang.." putus Elyas akhirnya.

Tidak sanggup rasanya dia menghampakan kedua adiknya itu apatah lagi mereka sudah pun bersiap cantik-cantik macam ni.

Amni dan Arin serentak membuang pandang ke arah Elyas.

"Betul ke long ?" soal Amni kurang percaya.

"Iya lah, apa pulak tak betulnya. Jap eh, along siap dulu. Tak lama pun, 2 minit aje.." tukas Elyas dengan senyuman lalu memanjat tangga untuk ke biliknya.

"Yeyy ! thanks along !" jerit Arin teruja.

Dia sudah tidak sabar untuk menikmati makanan di hotel mewah itu. Pasti sedap ! perhh !

******
Syameel membetulkan suit hitam yang dipakainya sebelum melangkah ke pintu masuk hotel mewah itu. Setelah berpuas hati, dia mulai menghayunkan langkahnya ke dalam hotel tersebut.

Dia kemudiannya berjalan ke arah meja penyambut tetamu untuk bertanyakan kedudukan tempat majlis berlangsung. Setelah diberitahu, kaki terus dihayunkan ke pintu lift untuk ke tempat tersebut.

Belum sempat pintu lift tertutup, ia terbuka kembali apabila dihadang oleh satu tangan manusia. Terpancul wajah dua orang gadis di hadapannya kini.

"Er, sorry.. hihi.." ujar salah seorang dari mereka sebelum memboloskan diri ke dalam lift tersebut.

Syameel tidak menanggapi kedua gadis itu malah mereka langsung tidak dianggap wujud disebelahnya.

******
Arin menyenggol lengan Amni. Amni menoleh tanda 'ada-apa'. Kemudian Arin membisikkan sesuatu ditelinga kakaknya itu.

"Kak, handsome eh mamat sebelah akak tu. hihi.." bisik Arin perlahan takut didengari oleh mamat yang dimaksudkannya tadi.

"Ish, jangan nak menggatal okay, tak ada maknanya handsome kalau kedekut.." balas Amni lagi.

Walaupun dia tidak tahu dan malas ambil tahu pasal lelaki yang berdiri disebelahnya kini, namun dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu sombong plus kerek. Tengok dari muka dingin plus ketat dia saja itu Amni sudah dapat mengagak.

"Kedekut apa kak?" balas Arin ingin tahu.

"Senyuman.."

Dan ketika itu, terdengar deheman dari sebelah.

"Ehem !"

Amni dan Arin tersentak namun pintu lift yang terbuka luas itu menyelamatkan mereka. Tanpa membuang masa, cepat-cepat mereka keluar dari perut lift tersebut dan menonong jalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

******
Syameel melangkah keluar dari perut lift. Dari jauh, dia dapat melihat dua orang gadis tadi berjalan di hadapan dengan begitu pantas sekali lagaknya umpama dikejar hantu.

Seketika terdengar helaan nafas dibibir yang merah tanda tidak merokok itu.

"Ingat aku tak dengar ke apa yang korang cakap. Agak-agaklah kalau nak mengumpat aku pun.." gumamnya perlahan sebelum kaki dihayunkan ke destinasi yang ingin dia tuju.

******
Suasana di dalam dewan itu sungguh meriah dengan bunyi tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir. Sebentar tadi, majlis dibuka dengan ucapan dari penganjur majlis tersebut, iaitu bekas presiden mereka semasa di UUM dulu iaitu Jimy Chong.

Di satu sudut, kelihatan Amni dan Arin sedang berbual dengan seseorang. Lebih tepat lagi, Amni yang rancak berbual, Arin sesekali menyampuk bila ditanya saja.

"So, what's your job now Am ?" soal Leeza yang merupakan sahabat Amni ketika di UUM dulu.

'Alah, Leeza ni. Job aku jugak yang ditanyanya. Apa aku nak jawab. Eh, malas lah..' gumam Amni dalam hati sebelum senyuman hambar dipamerkan.

"Aku ? hahaha.. jadi driver anak jiran sebelah rumah aku aje. Buat masa ni tak ada jobs yang datang kat aku lagi. Hahaha, kau pulak ?"

"Iya ke ? hm, tak apa.. jobs jugak lah tu. Aku ? alhamdulillah, sekarang ni aku dah practical kat HKL hampir sebulan lebih dah." ujar Leeza dengan senyuman manis.

"Oh, iya ke ? kau tak bagitahu aku pun. Sampai hati kan.." Amni mula menarik muncung.

Leeza atau nama sebenarnya Siti Leezania binti Abdul Rahim. Seorang gadis yang berperwatakan sederhana namun ayu dimatanya. Leeza mempunyai kulit sawo matang dan agak tinggi lampai. Orangnya baik dan santun bila bercakap.

"Haha, tu lah gunanya reunion ni dibuat. So, masa ni lah kita chitchat chitchat tukar cerita." ujar Leeza dengan tawa kecil.

Amni tidak jadi merajuk sebaliknya sengih ditayangkan.

"Iya lah tu. Untung lah kau kan Leeza. Tercapai jugak cita-cita kau nak jadi doktor kan.."

"Haha, kau ni Am.. kita kena ada usaha kalau nak berjaya. Eh, by the way, Dheera mana ? tak nampak pun dari tadi.."

"Dheera ? haa.. tu, panjang umur." seraya itu mulut Amni muncung ke arah Nadheera yang datang dengan senyuman.

"Haa, mengumpat aku lah tu !" tukas Nadheera seraya mengambil tempat disebelah Leeza.

"Eleh, perasan.. tak hingin kitorang nak jadi wartawan tak berbayar nak buat gosip pasal kau.." perli Amni sekadar mengusik.

Leeza dan Arin ketawa kecil apabila melihat wajah kelat Nadheera.

******
"Attention please, I have a good news for you all. Nak tahu apa good news tu tak ?" Jimy yang merupakan presiden di UUM dulu membuat pengumuman di atas pentas.

"Nak !" jawab para tetamu dengan serentak.

"Hahaha.. okay, good news tu adalah jeng jeng jeng ! Adzim akan buat persembahan buat kita semua. Berikan tepukan gemuruh buat Adzim !"

Bergema satu dewan itu dengan tepukan gemuruh dari para tetamu tidak ketinggalan juga dari Syameel dan Adli meskipun tidak mengenali Adzim.

"Okay, Assalamualaikum semua.." ucap Adzim sebagai mukadimah.

Adzim memang terkenal di kalangan pelajar dulu dengan suaranya yang merdu ketika menyanyi. Pernah suatu ketika dia menghadiri ujibakat nyanyian di Akademi Fantasia, namun rezeki tidak menyebelahinya. Dia tidak terpilih dalam ujibakat tersebut.

"Waalaikumussalam.." jawab para tetamu lagi.

"Haha, okay.. lama baru dapat kumpul balik macam ni kan ? so, this is special for you all. Terimalah One Call Away by Charlie Puth.."

Irama muzik lagu tersebut mengiringi nyanyian Adzim yang merdu itu. Semua para hadirin yang hadir terpegun dengan kemerduan suara Adzim yang memang tak berubah dari dulu lagi.

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

Call me, baby, if you need a friend
I just wanna give you love
C'mon, c'mon, c'mon
Reaching out to you, so take a chance

No matter where you go
You know you're not alone

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

Come along with me and don't be scared
I just wanna set you free
C'mon, c'mon, c'mon
You and me can make it anywhere
For now, we can stay here for a while
Cause you know, I just wanna see you smile

No matter where you go
You know you're not alone

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

And when you're weak I'll be strong
I'm gonna keep holding on
Now don't you worry, it won't be long
Darling, and when you feel like hope is gone
Just run into my arms

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one, I'm only one call away
I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

I'm only one call away..

"Thank you !"

Tepukan gemuruh diberikan sekali lagi buat Adzim usai saja mendedikasikan lagu tadi.

Jimy pula mengambil alih.

"Okay, kalau ada sesiapa yang nak nyanyi, boleh naik atas pentas. Pentas ni terbuka buat korang.." ujar Jimy lalu turun dari pentas.

"Eh, Adli.. student practical kau mana ?" soal Syameel seketika kemudian.

"Entah.. dengan kawan dia kot."

"Erm, kau tak pergi tengok ke ? tak syok pula macam ni.." Syameel sebenarnya sudah naik bosan, dia mana betah dengan majlis macam ni. Lebih-lebih lagi, dia tidak mengenali sesiapa pun disitu kecuali Adli.

"Erm, iya lah.. aku tahu kau bosan. Jap eh, aku pergi cari dulu.."

Kata Adli itu dibalas dengan anggukan. Hilang saja kelibat Adli, Syameel juga bingkas bangun untuk ke meja makanan dan minuman. Memandangkan hidangan secara chartering dan layan sendiri. Dia ingin mengambil minuman kerana gelasnya dari tadi sudah kosong.

******
"Weh korang, aku ambik makanan dulu eh. Tak best pulak sembang tak mengunyah makanan ni.." ujar Amni dengan tiba-tiba.

"Erm, boleh jugak. Kau ambikkan aku cheese cake.." pesan Nadheera.

"Okay, kau pulak Leeza ? ada nak pesan apa-apa tak ?" soal Amni pada Leeza.

"Aku nak salad buah aje lah, nanti kalau nak makan lagi, aku ambik sendiri. By the way, thanks Am !"

"Welcome ! Arin nak makan apa ?" soalnya pada Arin pula.

"Erm, tak apa.. Arin ikut akak aje lah, kesian akak bawa banyak-banyak nanti.." putus Arin.

"Hm, iyalah jom.."

Belum sempat Amni dan Arin melangkah, kedengaran suara garau menegur.

"Eh, Leeza.. kat sini rupanya.." tegur suara itu membuatkan mereka berempat disitu memberi tumpuan.

"Alamak ! sorry, sorry lupa kat awak.." ujar Leeza sambil menepuk dahi.

"Hm, patutlah tunggu tak datang-datang.."

Leeza tersengih. Sedar akan kesilapan diri. Dia yang mengajak lelaki itu ikut bersamanya ke sini tapi dia sendiri yang melupakan lelaki itu. Bala sungguh !

"Hehehe.. sorry ya. Oh ya, ni saya kenalkan sahabat-sahabat saya. Yang ni Nadheera, yang tu Amni dan yang sebelah tu pula Arin, adik Amni.. korang ni doktor kat tempat aku kerja tu, Doktor Adli Shah.." kenal Leeza satu persatu.

Adli mengangguk dengan senyuman setelah saling berkenalan tadi.

"Ehem ! ni sekadar doktor ke apa Leeza ?" soal Amni sambil sebelah keningnya dijongket.

Leeza tersipu malu.

"Tak yah tanya lah Am, sudah terang jangan disuluh lagi. Hahaha" seloroh Nadheera membuat yang lain ketawa.

Malu Leeza dibuatnya.

"Alah, tak yah nak malu lah. Dah pantas usia kita ni cari pasangan hidup, kan Am ?" soalan itu dilontarkan Nadheera buat Amni yang masih lagi tercegat dekat situ.

"Haha, aku iyakan ajelah.. haha, dah aku nak ambik makanan ni. Eh, doktor ada apa-apa nak makan ke? boleh saya ambik sekali." soal Amni pada Adli.

"Eh, panggil Adli aje ya, sini bukan hospital. hehehe.. Tak apa, saya dah makan dah tadi.." tolak Adli sambil berseloroh.

"Oh, iya lah.. gerak dulu. Jom Arin.." ajaknya pada Arin lalu berlalu dari situ.

******
Syameel melihat makanan yang banyak di atas meja. Ada ulam ulaman, makanan pedas dan berkuah, sayur, salad buah, satay hingga ke dessert pun ada.

Syameel bergerak ke arah salad buah. Terliur dia melihat mayonis yang pekat dicampur ke dalam tiga jenis buah yang sudah dipotong dadu itu. Ada buah apple, nanas, dan juga pisang. Salad itu kemudiannya dicedok ke dalam pinggan.

Suara seseorang yang mendendangkan lagu Fall for you nyanyian Secondhand di atas pentas tidak dihiraukannya. Dia masih ralit memandang makanan untuk mencari selera yang sesuai dengannya. Dari tadi dia hanya mencicipi dessert sahaja memandangkan perutnya belum lapar lagi. Dan kini kelaparan itu sudah terasa.

Dia kemudian mencedok nasi putih dan dituangkan kuah kari ayam diatasnya.

"Hm, cukup ni.." katanya lalu berlalu ke meja tadi.

Seketika dia terpandang gelas yang kosong.

'Aik ? kosong ? perasan tadi dah ambik air..' gumamnya dalam hati sebelum mencapai gelas itu dan berlalu semula ke tempat tadi.

******
Kuah satay dituangkan di atas daging satay ayam itu. Bau kuah satay itu menusuk ke dalam rongga hidungnya. Memang dari tadi, dia terasa ingin menikmati satay ayam itu. Hatinya melonjak girang. Rasa tidak sabar semakin membuak-buak. Tanpa dapat ditahan, satu tusuk satay diambil dan berura-ura untuk disumbatkan ke dalam mulut.

Namun, belum pun sempat hasrat tercapai, pandangan Amni berputar. Badannya tiba-tiba sahaja hilang pertimbangan. Dalam sekelip mata, tubuhnya terjelepok menyembah lantai. Persis macam nangka busuk jatuh kedebokk ke tanah ! Dia dilanggar oleh seseorang.

'Aduh ! sakit weh.. siapa pulak yang buat drama langgar melanggar kat padang orang ramai ni. Malu tau aku ! dah lah aku yang jatuh, bukan dia tu..' desis Amni dalam hati. Malunya hanya dia yang rasa.

Arin yang terkejut saat melihat kakaknya jatuh menyembah lantai lantas membantu berdiri.

"Akak tak apa-apa.." soal Arin.

"Mahunya tak apa-apa kalau jatuh macam nangka busuk ni.." balas Amni agak kasar.

Dress yang dipakainya tadi kotor, akibat tertumpah kuah satay. Amni mengeluh berat sebelum kepala didongakkan.

Dan saat itu pandangannya bertembung dengan seseorang. Seorang lelaki berdiri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Pandangan yang penuh dingin tanpa secalit senyuman.

'Aik, macam pernah nampak aje.. kat mana eh ?' bisiknya dalam hati.

Arin menyenggol lengannya seraya berbisik.

"Kak, ni kan mamat handsome dalam lift tadi kan ?"

'Oh iya ! mamat kerek plus dingin plus kedekut senyuman tadi.' baru Amni teringat akan lelaki itu.

Muka lelaki itu dipandang tajam.

'Tak reti nak minta maaf ke apa mamat kerek ni ' desis Amni dalam hati.

"What are you looking for ?" soal lelaki itu membuatkan Amni mendidih geram.

"What are looking for, what are you looking for.. dah tak reti nak minta maaf ke ? dah lah buat drama kat sini, buat malu aje jatuh kat padang orang ramai ni.." suara Amni agak tegas kedengarannya.

Adli, Leeza dan Nadheera datang mendapatkan Amni dan Syameel.

"Eh, Syam, Amni.. apa yang berlaku ni ?" soal Adli pabila dapat merasakan keadaan tegang yang berlaku antara mereka berdua.

"Awak kenal dia ke ?" soal Amni pada Adli.

Adli mengangguk.

"Iya, sepupu saya. Syameel.." balas Adli sambil tersenyum.

Namun senyuman itu tidak mampu menyejukkan hati Amni apabila melihat riak tidak bersalah pada wajah lelaki bernama Syameel itu.

"Adli, lain kali ajar sepupu awak ni cara nak minta maaf. Dah buat salah, tak reti nak minta maaf pula.." sindir Amni dengan pandangan sinis.

Syameel mencerlungkan matanya pada Amni.

"Excuse me madam.."

'What ?! he calls me madam ? buta ke apa, aku cantik macam ni dia panggil aku madam ? homai ! kurang asam punya kerek !' bebel Amni dalam hati.

Nafasnya turun naik turun naik menahan geram bercampur marah.

"Apa madam-madam ? ingat aku dah kahwin ke ? buta ke apa !" Amni memarahi Syameel.

Sakit hatinya apatah lagi lelaki itu buat muka innocent. Tiada riak bersalah langsung meskipun sudah terang lagi bersuluh lelaki itu melanggarnya dari belakang.

"Oh, bukan madam ya ? but kau ni dah macam mak budak dah aku tengok.." pedih lagi berapi perlian dari Syameel itu.

Amni menggenggam tangannya kuat. Kang tak pasal-pasal, ada yang makan penumbuk sulong gadis ni nanti.

Arin yang menyedari hal itu pantas menenangkan kakaknya. Bahu Amni diusap lembut.

"Dah lah kak, malu orang tengok tu. Jom, kita bersihkan dulu baju akak tu, lepas tu kita balik.." bisiknya perlahan pada Amni seraya memujuk.

Wajah Amni yang putih itu kini sudah bertukar merah padam menahan marah. Dengan berbekalkan kesabaran yang senipis kulit bawang itu, dia menenangkan diri. Kecik besar kecik besar aje lelaki itu dipandangan matanya kini.

"Harap muka aje handsome ! tapi otak kelam ! attitude zero ! " bidas Amni kasar lalu berlalu dari situ.

Makin lama dia menatap wajah lelaki itu, makin panas hatinya. Rasa nak tumbuk pun ada ketika melihat wajah dingin itu.

Mendengar saja itu, ego Syameel tercabar. Belum ada lagi gadis yang berani memarahinya di khalayak ramai sebegitu. Dia tahu dia salah, tapi tak semudah itu dia akan memohon maaf pada seorang gadis yang tidak dia kenali.

Adli menenangkan Syameel. Bahu sepupunya itu ditepuk perlahan.

"Dah Syam.. kau pun satu hal, dah salah tak nak minta maaf, julang sangat ego tu." tegur Adli pula.

Dia turut kesian melihat keadaan Amni tadi, dengan dressnya kotor tertumpah kuah satay bukannya sedikit tapi banyak yang terkena. Dalam masa yang sama, dia geram dengan Syameel yang terlalu menjulang tinggi egonya itu.

"Dah lah, aku nak balik.." ujar Syameel sepatah lalu berlalu dari situ.

Adli hanya mampu menghela nafas berat.

"Leeza, saya balik dulu eh. Saya bagi pihak Syam minta maaf pasal tadi. Sampaikan pada Amni ya. Awak boleh tumpang Dheera kan balik nanti ?"

"Tak apa. InshaaAllah, nanti saya sampaikan. Awak balik lah dulu."

"Terima kasih, saya balik dulu ya. Awak, hati-hati balik nanti. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Usai berpamitan, Adli mulai mengorak langkah untuk keluar dari dewan itu.




















Continue Reading

You'll Also Like

821K 33.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
473K 27.7K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023
33.9K 2.7K 53
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
61.6K 7.6K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...