Sincerely, M.E

Od cheriexuanza

23.1K 1.3K 249

Dear you, Secrets tend to get revealed when you're feeling most loved and when you're feeling most betrayed. ... Více

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 4

1.4K 84 6
Od cheriexuanza

MIA pandang muka Yaya dan Yaya pandang dia balik. Entah belah mana yang Yaya tak faham pun dia tak pasti. Bukan dia cakap bahasa Jerman pun tadi. Mungkin Yaya masih jetlag kot. Itu je alasan yang boleh diguna pakai setakat ni.

"Kejap! Kau cakap kau jumpa balik mamat yang kau siram hari tu?" Yaya tayang muka tak percaya.

Mia tarik nafas berat sambil julingkan mata ke atas. Penat rasanya nak ulang suara ni. Elok tadi dia rakam je suara dia. Biar Yaya ulang balik kalau nak dengar statement dia tadi.

"Ya, Cik Yaya. I met him again."

Yaya terus bulatkan mata dan tutup mulut dengan tapak tangan. Nampaknya ayat dia baru daftar masuk ke kepala Yaya.

"OMG! You're so dead Mia."

Mia cebik. Dead la sangat! Alhamdulillah...setakat ni dia elok je hidup bernafas macam biasa. Yaya je yang exaggerate.

"You're talking about Mia E. Spencer, Miss Maria. Tak payah nak exaggerate sangat."

"Oh c'mon, Mia. Don't you think he's kinda hot and smexy?" Yaya terus cebik. Walaupun dia tahu Mia kental, tapi kalau dah namanya perempuan tu perempuan juga.

Mia julingkan mata ke atas. Kalau bercakap dengan Yaya tak pernah tak keluar perkataan hot, smexy, handsome, yada...yada. Tapi...itulah yang buat dia terhibur bila keluar dengan Yaya. Ada je ayat-ayat pelik yang akan keluar dari mulut Yaya.

"Yeah. He's hot..." Nak tak nak je Mia jawab. Padahal dalam hati dia mengaku Hezrique memang tergolong dalam kategori tall, fair and handsome. Kalau dia pencari bakat untuk penghias muka depan majalah, confirm dia pun akan ambil Hezrique untuk uji bakat.

"Wow! Ini pertama kali kau setuju dengan aku bab ni kan?" Yaya senyum lebar pandang si teman.

Mia terus tarik senyum nipis. Sorry to burst your bubble, Yaya.

"Aku tak habis cakap pun lagi."

Senyuman Yaya terus mati bila Mia cakap macam tu.

"Apa yang aku nak cakap tadi dia hot-tempered, Cik Yaya. Bukan 'hot' yang kau maksudkan tu."

Yaya terus tarik muka.

Mia yang memandang hanya mampu tarik senyum nipis. Kalau dah macam tu gaya Cik Maria sahih ada orang juga yang sentap kejap lagi.

"Aku rasa mata kau tu ada problem la Mia. Baik kau pergi check."

Mia julingkan mata. Saja nak kenakan Yaya sebenarnya. Sekali-sekala dapat keluar dengan cik pramugari yang selalu 'terbang' ke sana sini buat dia rasa ringan kepala kejap.

Siapa sangka disaat dia rasa 'hilang' semua kawan, Yaya muncul dan hulurkan tangan untuk jadi sahabat. Walaupun penampilan dia sekarang dan Yaya ibarat langit dan kerak bumi bezanya, tapi Yaya jelah satu-satunya orang yang boleh dia panggil sahabat setakat ni.

"Please, suggest me the best opto in town. Nanti aku pergi."

Yaya cebik.

"Cakap dengan kau tak pernah nak kalah kan?"

Mia senyum sebelum sambung balik jamah hidangan fish & chips yang dah suam. Kalau layan Yaya sampai restoran tutup pun tak habis.

"So, macam mana kau dengan Aidil sekarang ni?" Saja Mia tukar topik. Bercakap pasal kisah Aidil dan Yaya, mesti tak semena-mena otak dia akan teringat sama kejadian epik malam tu. Oh...please Mia! Don't go there. Cepat-cepat dia buang memori tu jauh-jauh.

"I don't give a damn. Sekali dia buang aku, sepuluh kali aku berpaling dari dia."

Wow! Mia jungkit kening sebelah. Serius dia tak sangka sekeras macam tu hati Yaya. Dia ingatkan Yaya jenis clingy. Tapi dia sokong sangat tindakan Yaya tu. Once trust is broken, sorry means nothing.

"I'm rooting for you, babe. Dia tak layak dapat kau. You deserve better."

Yaya senyum sambil flip rambut gaya diva mendengar ayat si teman.

Mia senyum. Walaupun Yaya buat gaya macam tu tapi jauh di sudut hati dia tahu Yaya makan hati. Dia kenal Maria Mahmood bukan sehari. Dia tahu gaya Yaya bila tengah sedih.

"You go, girl. I know you can."

Perlahan-lahan Mia nampak senyuman Yaya mula pudar dengan bahu jatuh. Hurm..dia dah agak dah.

"Yeah...I know I can, but it hurts." Akhirnya, Yaya lepaskan juga.

Mia tarik nafas berat. Kalau dah masuk bab hati dan perasaan ni yang dia lemah. Dia bukan orang yang sesuai nak bagi nasihat bab-bab macam ni.

"I know. Tapi sakit tulah buat kita rasa hidup dan bernyawa."

Perlahan-lahan Yaya angguk mendengar kata-kata si teman. Setuju dengan apa yang Mia cakap.

Dalam diam Mia senyum pahit. 'Sakit' tulah yang buat dia jadi macam sekarang ni. Kalau tak kerana 'sakit' tu mungkin Mia yang ada sekarang ni masih kekal jadi Mia yang lama.

"Hey...sekarang ni aku dah officially single la kan?"

Lerrh...mula Mia rasa macam nak cekik-cekik je orang depan ni. Tanya soalan abuden macam saja nak minta kaki dari dia.

"Lagi mahu tanya ke?"Mia jungkit sebelah kening.

Yaya terus sengih sebelum sedut jus epal dari gelas. Bajet suci sangat padahal mata tu dah 'liar' sana-sini cari pengganti yang baru. Bukan Mia tak tahu Yaya ni jenis mesra alam dan cepat buat orang 'sangkut'. Walaupun dah ada Aidil, tapi Yaya tetap ada banyak kawan lelaki.

"Of course. Aku kenalah dapat cop mohor kau. Nanti kau cakap aku main kayu chopstick la, main kayu tiga segi empat la."

"I'm just stating the obvious, Cik Yaya."

Yaya terus bulatkan mata sebelum ternganga lepas Mia cakap macam tu.

Mia jadi pelik. Dah kenapa pula Yaya ni? Takkan sampai macam tu sekali reaksinya kalau iya tak setuju sekalipun.

"Kenapa?"

"Oh! No way." Yaya separuh berbisik.

Mia yang jadi makin pelik bila tengok Yaya tutup mulut dengan tapak tangan. Gaya macam nampak bekas a.k.a 'tupperware' lalu belakang.

"Kau dah kenapa?"

"Miaaa....that mister kan?"

Tiba-tiba Mia rasa tangannya digoncang Yaya gaya macam dia buta dan pekak. Sampai tak boleh dengar apa-apa kalau tak goyangkan tangan.

"Mister mana pulak ni?"

Yaya muncung mulut.

Bila tengok Yaya dah mula buat mulut itik perlahan-lahan Mia pusing belakang. Sikit lagi rahang dia nak jatuh bawah bila tengok langkah 'mister' yang Yaya maksudkan makin dekat ke arah dia.

Hilang terus suara Mia. Apa yang mampu dia buat hanya pandang 'mister' tu atas bawah yang segak dengan suit hitam.

"Who is she, Hezrique?"

Serentak pandangan Mia beralih pada perempuan yang berdiri sebelah Hezrique. Atas bawah dia scan perempuan yang pakai baju tak cukup kain tu. Entah dari planet mana muncul, tiba-tiba pandang dia macam nak ajak sparring.

Hezrique pula terus tarik senyum.

Mia pula yang jadi blur tengok reaksi Hezrique yang nampak sinfully handsome malam ni. Dia memang jarang sungguh nak puji orang terutamanya lelaki, tapi kalau hati dia pun dah pandai menderhaka, nampaknya apa yang mata dia nampak tu tak boleh dinafikan lagi.

Tapi....semua tu dia kena tolak tepi bila tiba-tiba Encik Bos pegang lengan dia dan buat dia terpaksa bangun.

"She's my future wife."

WTH?! Future wife? Sejak bila dia pernah bersetuju nak jadi isteri 'mister' ni?

Sekejapan Mia dengan Hezrique berpandangan sebelum Mia tarik tangan dia. Apa hal pula nak pegang-pegang tangan orang ni? Ada dia bagi kebenaran ke?

Hezrique tayang muka serius.

Mia pula tayang muka bengang. Tapi dari hujung mata dia nampak Yaya dah terpaku tengok dia dengan Hezrique.

"Future wife, uh?!" Suara perempuan tak cukup kain mencelah.

Eh? Wujud lagi!

Mia macam terlupa pasal perempuan yang berdiri depan dia. Pandangan terus dia alihkan pada anonymous lady. Sekejapan dia nampak muka perempuan tu dengan jelas sebelum tiba-tiba pandangan dia bertukar jadi kabur dengan pakej rasa sejuk dekat muka.

"Nina!" Panggil Hezrique sambil tarik tangan perempuan tadi.

Mia pula terus raup muka dengan tapak tangan. Oh! Namanya Nina el-nino. Memang sesuailah dengan Encik Devil. Serius dia rasa muka dah jadi kebas tahap nak lenyapkan diri dari sini je. Kalaulah dia ada kuasa halimunan...

Dalam masa yang sama Hezrique dah rasa serba tak kena. Tengok Nina rasa macam nak bagi cop mohor lima jari, pandang Mia pula rasa macam nak tolong lapkan sisa air di muka Mia. Sudahnya dia lepaskan tangan Nina dan pandang muka Mia.

"Sorry."

Perlahan-lahan Mia tarik senyum nipis sambil geleng kepala. Sakit pula hati bila tengok orang pandang dia gaya macam dia rampas hak orang.

"Sorry, huh? Stuff your sorry in a sack, mister."

Heh! What goes around, comes around, mister. Mia perasan air muka Hezrique terus berubah lepas dia cakap ayat tu. Tapi ada dia kisah? Why the hell would I care?

Tanpa tunggu balasan Hezrique mahupun reaksi Nina el-nino, Mia terus bagi isyarat kepala ajak 'blah' dekat Yaya yang masih melopong macam tak percaya tengok drama sebabak ni.

Lepas capai clutch bag dia terus angkat kaki dari situ. Yaya nak ikut atau tak belakang kira. Serius dia dah tak mampu nak bertahan dekat situ walau sesaat pun.

Semua mata dalam restoran tu dah pandang ke arah mereka. Kalau dia masih tunggu dekat situ silap hari bulan takut ada yang makan kaki kerusi nanti. Jadi sebelum perkara tak diingini jadi ada baiknya dia angkat kaki.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...