Aryan Ariana

By yurafwr

184K 8.6K 1.8K

"Dasar bodyguard gila," getus Ariana. Bibirnya diketap geram. "Bodyguard gila ni lah yang banyak tolong awak... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Aryan Ariana

Bab 3

28K 1.7K 713
By yurafwr

"What?!"

Mata Ariana membuntang. Dia salah dengarkah? Bodyguard?

Tan Sri Hamid tidak bereaksi. Dia hanya membuka langkah ke arah pengawal peribadi yang diupah untuk Ariana itu. Dia berhenti betul-betul disebelahnya.

"Kenalkan, Aryan Firash. Your bodyguard," Tan Sri Hamid memandang kejap jejaka kacak tinggi lampai disebelahnya itu sebelum dikalihkan memandang Ariana. Jelas terlihat air mukanya yang mula kelihatan tegang.

"Are you out of your mind?" mencerlung mata Ariana memandang Tan Sri Hamid. Bibirnya terketap-ketap menahan amarah yang mula bertandang. Kata-kata Tan Sri Hamid sebentar tadi langsung tidak boleh diterima akalnya.

Kemudian dia memandang sekilas jejaka tersebut. Walaupun berkaca mata hitam, dia tahu yang jejaka tersebut turut memandang ke arahnya.

Lelaki tak guna.

"I'm serious, Ari. This is for your own safety. Papa tak mahu hal semalam terjadi pada Ari lagi. Papa betul-betul risaukan keselamatan Ari," tenang Tan Sri Hamid meluahkan kata-katanya. Wajah cantik anak gadisnya dipandang lembut.

Jauh di sudut hati, sungguh dia tidak mahu lakukan semua ini. Dia tahu Ariana tidak suka apabila dirinya dikawal dan dikongkong. Tapi dia sudah tidak punya pilihan lain. Ini sahaja satu-satu cara untuk menjaga keselamatan anaknya.

"For my safety? What a bullshit." Ariana bersuara sinis. Nada suaranya keras.

"Ari, listen—"

Tan Sri Hamid bergerak ke arah Ariana. Tangan gadis itu cuba dicapai.

"Don't touch me!" suara Ariana naik seoktaf. Kakinya melangkah setapak ke belakang. Seolah-olah berasa jijik berada dekat dengan ayah kandungnya itu.

"I thought I made it clear bila saya kata yang saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Tan Sri. This is my life. Tan Sri tak ada hak langsung untuk mencampuri urusan hidup saya!"

"Tentang keselamatan saya ke apa ke, memang tak ada kaitan dengan Tan Sri pun. Kenapa nak ambil peduli pula?!" Ariana menengking kuat. Dadanya berombak menahan marah. Matanya pula memandang tajam ke arah Tan Sri Hamid seperti hendak ditelannya hidup-hidup.

Dia sudah penat apabila Tan Sri Hamid tidak habis-habis hendak mencampuri urusan hidupnya. Daripada zaman dia belajar di universiti lagi, semua benda lelaki tua tu hendak masuk campur. Tak faham lagi ke yang aku terlalu benci pada dia?

"I'm your father. Ayah mana yang sanggup tengok anak dia dalam bahaya? Perkara ni bukan benda main-main. Bila-bila je pembunuh tu akan datang cari Ari. Sebab tu papa upah bodyguard untuk Ari. Papa nak Ari selamat."

Ariana melontarkan pandangannya ke tempat lain. Dia cuba untuk menenangkan diri dan menghilangkan sakit hati yang kian menyucuk. Tangan kanannya naik memicit dahi. Kepalanya mula kusut. Kenapa susah sangat orang tua ni nak faham?

"Pagi tadi Ari siap cuba nak lari lagi. Kenapa degil sangat? Macam mana kalau kena culik?" Tan Sri Hamid menyentuh topik lain. Terkejut dia apabila Hareez, pengawal peribadinya memberitahu yang Ariana cuba nak melarikan diri pagi tadi.

Ariana buat tidak dengar. Matanya terpandangkan jejaka tinggi lampai itu. Dia masih setia berdiri ditempatnya. Ah, disebabkan lelaki itulah dia tidak dapat melarikan diri pagi tadi. Kalau bukan disebabkan dia, pasti sekarang aku tak perlu hadap semua benda mengarut ni. Makin membara api di hatinya apabila teringatkan hal tersebut. Terasa menebal rasa benci terhadap lelaki itu.

"Ari, I'm talking to you."

Tan Sri Hamid menegur apabila melihat Ariana yang seperti buat tidak endah.

"Tan Sri expect saya nak balas apa? Oh god thank you sebab upah bodyguard untuk saya. I'm so touched," Ariana buat muka meluat.

"Saya dah cakap yang saya tak nak bodyguard. Saya. Tak. Nak!" sengaja dia menyebutnya satu persatu. Biar orang tua ni faham sikit.

"Ini bukan pilihan. Tapi arahan. Papa tak kisah Ari nak cakap apa sekalipun, Ari akan tetap ada bodyguard," kali ini Tan Sri Hamid bersuara tegas. Ariana masih tetap dengan kedegilan dan keegoannya yang setinggi langit itu. Dia tahu dia perlu bersikap tegas kerana itu sahaja cara supaya Ariana tidak terus-terusan menolak arahannya.

Dia terus menapak hendak keluar dari bilik tersebut.

"Where are you going, Tan Sri? We're not done yet! I don't want a bodyguard. I don't need anyone to protect me because I'm perfectly fine by myself!"

Bertambah rasa benci Ariana dengan sikap Tan Sri Hamid. Selama ni dia tak pernah peduli tentang aku pun. Kenapa tiba-tiba nak jadi bapa mithali pulak? Sibuk nak jaga keselamatan aku konon. Dia fikir hidup aku ni macam hidup dia yang dikelilingi pengawal-pengawal peribadi bodoh tu.

Langkah Tan Sri Hamid terhenti lalu dia menoleh. "Jadi, Ari nak kata yang Ari boleh jaga diri sendiri?"

"Okay, cuba explain luka kat lengan tu," balas Tan Sri Hamid sambil memandang ke arah lengan kiri Ariana yang masih berbalut.

Ariana terdiam seketika. Baru sahaja mulutnya hendak membidas, Tan Sri Hamid sudah memintas.

"Look, Ari langsung tak mampu nak jaga diri sendiri. Papa buat semua ni bukan untuk diri papa, tapi untuk Ari. Enough, papa tak mahu dengar apa-apa alasan lagi. Ari akan tetap ada bodyguard," Tan Sri Hamid meneruskan langkah ke pintu.

"But—"

"You'll have one and that's final. End of discussion."

"Aryan," Tan Sri Hamid sempat memberikan isyarat mata kepada lelaki itu sebelum dia keluar. Pintu bilik terus ditutup.

Ariana memejamkan mata buat seketika. Dadanya berombak. Hatinya sakit bagai disiat-siat. Dia tahu dia sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Seribu kali dia tolak, sejuta kali Tan Sri Hamid akan memaksanya. Dia sudah cukup kenal dengan sikap Tan Sri yang satu itu.

"Pejam mata sebab tengah fikir dosa kat bapa kandung ke?"

Suara garau tersebut membuatkan mata Ariana kembali terbuka. Tepat anak matanya memandang ke arah jejaka tampan itu yang sedang menapak ke arahnya. Dengan lengkap bersut dan berkaca mata hitam, kini dia berdiri betul-betul dihadapan Ariana. Tangannya pula dimasukkan ke dalam poket.

"Apa awak cakap?" Ariana bersuara serius.

"Berani betul ya awak cakap macam tu dengan saya?" kata Ariana dengan mata yang tidak lekang daripada memandangnya. Terasa hati mendidih panas.

"Awak tahu awak tu siapa? Cuma seorang pengawal peribadi. Kuli orang VIP. Atau dalam bahasa ringkasnya, tempat awak di bawah tapak kaki saya."

"Oh, jadi awak dah approve saya sebagai bodyguard awak ke ni?" balasnya dengan senyuman. Ayat pedas Ariana sebentar tadi seperti tidak meninggalkan kesan kepadanya.

"I'm Aryan Firash. Your bodyguard," Aryan memperkenalkan dirinya seraya menunduk sedikit tanda hormat.

Ariana hanya memandang tingkah lelaki itu. Wajahnya bengis. Langsung tiada senyuman.

"Tak payah nak buat baik lah depan saya. Kalau bukan disebabkan awak pagi tadi, mesti saya dah dapat lari daripada tempat neraka ni. Dasar bodyguard tak guna!"

Aryan kembali berdiri tegak. Dia hanya merenung wajah cantik milik Ariana. Sayang, muka sahaja cantik tapi hati busuk. Kenapa perempuan di hadapannya ini begitu sombong? Terlalu berbangga dan bermegah dengan dirinya. Malah dia lantang menengking bapa kandungnya tanpa rasa bersalah.

Dia sudah berkhidmat dengan ramai VIP yang lain. Ada juga yang sombong dan berbangga dengan kekayaan, tapi dia tidak pernah jumpa yang seperti Ariana. Langsung tiada adab. Langsung tiada rasa hormat terhadap orang tua.

Dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi antara Tan Sri Hamid dan Ariana. Apa pun masalah mereka, tak bermakna Ariana boleh bersikap kurang ajar begitu dengan bapanya. Tan Sri Hamid tetap bapa kandungnya yang perlu dihormati.

"Hoi, awak dengar tak saya cakap apa ni?!"

"Tak payah menjerit, Ariana. Saya ada depan awak ni je," balas Aryan selamba. Naik menyampah Ariana dibuatnya. Boleh pulak si kuli ni buat relax je.

"Berapa Tan Sri bayar awak? Saya boleh bayar lebih daripada tu. Saya harap lepas ni saya tak akan tengok muka awak lagi."

Perlahan Aryan mengukir senyuman kecil.

"Maaf, saya tak nak duit awak," kata Aryan ringkas lalu berjalan ke arah pintu. Pintu tersebut dibukanya.

"Jom. Awak kata awak benci duduk sini?" sindir Aryan. Keningnya dijongketkan.

Makin keruh muka Ariana. "Saya tak nak balik dengan awak."

"Ada saya bagi pilihan?"

Ariana mengetap bibir. Makin sakit hatinya dengan sikap Aryan itu. Tak percaya sungguh yang dia terpaksa menerima lelaki ini sebagai pengawal peribadinya. Perangai Aryan dengan orang tua itu sama sahaja!

"Siapa awak nak mengarah saya? I'm your client, okay. Have some respect," arahnya keras. Sepatutnya dia panggil aku Cik Ariana, bukan suka hati panggil nama aku macam aku ni member dia. Pengawal peribadi ini tiada etika langsung. Dari mana Tan Sri kutip ni?

"Client saya adalah Tan Sri. Jadi saya hanya ikut arahan Tan Sri, bukan awak."

Serentak itu, Aryan pantas menarik lengan Ariana agar mengikutinya keluar dari bilik kerja Tan Sri Hamid itu.

Ariana mengaduh kesakitan. "Hei sakitlah!"

Dia cuba untuk menarik semula lengannya daripada cengkaman Aryan namun gagal. Dia ingat aku ni anak patung?

"Awak dah gila ke, hah? Kenapa nak main tarik-tarik pula ni?" suaranya bergema dalam Villa tersebut. Main kasar ni.

"Jangan menjerit. Dari tadi awak asyik memekik. Tak sakit tekak ke?" sempat Aryan berpaling memberi amaran. Laju dia mengatur langkah keluar dari Villa mewah itu.

"Bukan sakit tekak tapi sakit hati adalah!" Ariana mendongkol geram.

Sampai sahaja di luar pagar, kelihatan sebuah kereta Audi merah sudah terparkir disitu. Aryan menyeluk poket dan kunci kereta dikeluarkan.

Dia kemudiannya membuka pintu dibahagian belakang dan menoleh memandang Ariana. Cengkamannya pada lengan gadis itu dilepaskan.

Ariana terus menggosok lengannya yang terasa sakit itu. Mata dia menjeling Aryan tajam.

"Sakit tahu tak?" adunya kasar.

Aryan tersenyum. Dia pantas menarik lengan Ariana dan membeleknya.

"Mana? Sakit sangat ke?"

"Saya minta maaf berkasar dengan awak. Lain kali jangan degil. Saya bukan Tan Sri yang awak boleh tengking sesuka hati," tambahnya. Dia hanya bersikap tenang.

"Awak ni dari tadi nak menyindir saya. Tak payah nak menyibuk dalam urusan saya dengan orang tua tu," Ariana tarik semula lengannya. Dia ni memang suka nak sakitkan hati aku.

Aryan cuma buat tidak endah. Dia mengerlingkan mata ke arah pintu kereta yang dibukanya tadi.

"Masuk."

"Tak nak."

"Jangan degil. Masuk sekarang."

"Tak nak!"

Tanpa berlengah, Aryan pantas menarik tubuh Ariana dan menolaknya masuk ke dalam perut kereta.

Ariana sudah menjerit nyaring. Terbaring terus dia ke atas kusyen. Gila betul lah dia ni! Dia buat lagi perangai suka memaksa dia tu.

"Awak ni dah kenapa, hah?!" Ariana membetulkan rambutnya yang sudah serabai.

Aryan menunduk sedikit memandang gadis itu yang berada di dalam kereta. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Senyuman kecil terukir di bibir merahnya.

"Saya dah kata jangan berdegil. Awak yang paksa saya untuk berkasar dengan awak."

Ariana bangun untuk duduk dan anak matanya menghadap tepat ke arah Aryan. Serta-merta dia terkedu melihat mata yang berwarna coklat terang milik Aryan itu. Niatnya untuk membidas ayat lelaki itu terus terbantut. Insiden dirinya terserempak dengan Aryan pagi tadi pula yang kembali bermain di ruang mata.

Walaupun dia berasa benci dan sakit hati dengan lelaki itu, kekacakan dan karisma Aryan itu tidak dapat dinafikannya. Pakej lengkap yang ada pada Aryan mampu menggetarkan hati mana-mana wanita.

Tapi aku terkecuali okay. Lelaki kuli macam ni sedikitpun aku tak hadap.

"Handsome sangat ke saya ni sampai awak tenung macam tu?"

Ariana pantas melarikan mata ke arah lain. Rasa malunya cuba ditutup.

"Jangan nak perasan," dia meletakkan kedua tangan ke dada sambil mukanya disombongkan. Badannya bersandar pada kusyen kereta. Menyampah sungguh.

Aryan cuma menahan tawa. Dia menutup pintu kereta lalu bergerak masuk ke tempat pemandu.

"Jadi awak akan ikut saya sepanjang masa?" soal Ariana tiba-tiba apabila kereta yang dinaiki mereka mula meluncur laju meninggalkan perkarangan Villa mewah itu.

Pandangan Aryan tepat melihat imej Ariana melalui pantulan cermin pandang belakang. Bibirnya tersenyum.

"Kenapa?"

"Saya tak suka."

Mata Aryan kembali menghala ke jalan. Nafas dihela perlahan.

"Suka hati awak lah. Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tetap dibayar untuk menjaga awak."

Ariana memutarkan bebola mata. Memang menyakitkan hati kalau bercakap dengan dia ni.

"Oh ya, kenapa awak yang jadi bodyguard saya? Kan ramai lagi bodyguard lain yang dah lama berkhidmat dengan Tan Sri. Kenapa budak baru macam awak pula yang jaga saya? Mampu ke awak nak jaga saya?" bertalu-talu Ariana melontarkan soalan tersebut kepada Aryan.

"Saya bukan bodyguard pasar malam, Ariana. Saya telah dilatih dengan latihan khas bertahun-tahun. Saya juga dah bekerja dengan ramai orang kenamaan. Insyaallah, saya akan lakukan kerja saya sebaik mungkin. Cuma awak tu lepas ni jangan ingkar arahan saya. Apa yang saya arahkan tu untuk kebaikan awak juga. Kalau rasa tak nak mati awal kena bunuh dengan penjahat tu, ikut je cakap saya. Faham?" terang Aryan panjang lebar.

Ariana buat muka toya. "Saya lebih rela mati daripada ada bodyguard macam awak."

Aryan ketawa perlahan.

"Kalau ikutkan hati saya, saya sebenarnya tak ingin langsung nak jadi bodyguard awak."

"Apa?!" berdesing telinga Ariana mendengar ayat berani mati Aryan itu.

"Bodyguards Tan Sri tu semuanya dah tarik diri bila Tan Sri buat tawaran siapa yang sudi nak jadi bodyguard awak. Mereka kata tak sanggup. Katanya,'Perangai Cik Ariana ni lain macam.' Sekarang baru saya faham maksud mereka."

"Apa maksud awak, hah?!" Ariana bergerak merapati Aryan. Dia duduk di tengah-tengah. Wajah Aryan diamatinya.

"Semua orang tak mahu jadi bodyguard awak. Well, tengok lah perangai awak tu," kata Aryan sambil memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah.

Ariana mendengus. "Kalau awak benci sangat dengan perangai saya, tak payah la jadi bodyguard saya. Pergi kerja dengan orang lain. Saya pun tak ingin."

"Saya sejuta kali tak ingin," jawab Aryan laju.

Panas hati Ariana dibuatnya. Terasa dirinya dicabar. Dia pantas menarik wajah Aryan agar bertentang mata dengannya. Kedudukan Ariana yang berada di tengah membuatkan jarak wajah mereka hanya tinggal beberapa inci.

"Eh, awak jangan buat scene tak senonoh pula. Saya masih suci," Aryan tersengih sumbing. Dipandang muka Ariana yang tetap kelihatan cantik walaupun tanpa mekap itu.

"Awak tahu tak, saya rasa macam nak ludah kat muka awak."

Tawa Aryan meletus. Ariana terus meleraikan pegangan pada pipi lelaki itu dan bersandar pada kusyen kereta. Nafasnya dihela kasar. Sakit hati betul.

"Dasar bodyguard gila. Awak dengan orang tua tu perangai sama je. Dua-dua menyusahkan. Dua-dua menyakitkan hati," gumamnya perlahan.

"Tak baik panggil Tan Sri macam tu. Dia ayah awak," tutur Aryan perlahan. Antara dengar tidak dengar sahaja.

"Tak payah menyibuklah. Sedar sikit diri tu," balas Ariana tajam. Baru je jadi pengawal peribadi aku, dah pandai nak menyibuk dalam urusan aku pula.

"Ye, saya sedar diri. Saya ni kuli je. Kira okay lah tu. Sekurang-kurangnya saya bukan anak derhaka," ujar Aryan dengan senyuman yang tersungging di bibir.

Ariana rasa hendak dipijak-pijak lelaki dihadapannya itu. Suka sangat nak menyindir aku. Sibuk sangat hal aku dengan orang tua tu. Tak sedar diri langsung yang dia tu cuma seorang pengawal peribadi. Mulut tak ada insurans langsung.

Tadi pun dia siap main kasar lagi dengan aku. Dia layan aku ni sesuka hati dia je. Patutnya aku yang mengarah dia, tapi terbalik pula. Dia yang asyik mengarah aku. Belum sampai sehari lagi, aku dah cukup sakit hati dengan perangai bodyguard gila ni.

"Mengutuk saya ke? Sampai terkumat-kamit mulut tu."

Ariana buat pekak. Dia mula memejamkan mata. Malas dia mahu melayan. Tak habis-habis menyakitkan hati aku.

"Diam lah."

---

Super short, sorry okay kalau this chapter boring. Susah nak dapatkan feel balik.

What do you guys think?
Vote and comment!

Continue Reading

You'll Also Like

175K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
59.6K 6K 29
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
30K 2.6K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
867K 85.7K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...