Suamiku Adalah Playboy ✔

By adlinkirana

336K 10.8K 910

"Ne, Huzairi." "Hn?" "Aishiteru ne..." More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
22 (Last Update)
23 (New Update!)
24.
25.
26
27
28
Tittle Kana Nishino's songs.
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
(をわすれないで)Wo, Wasurenaide - jangan lupa!
42
Character Of The Story, (おわりだ?) Owarida? Berakhir?
(New!) 43
44
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
Perbandingan
56
57
58
Kana Nishino - Missing You
59
60 😍
Note dari saya(^O^)
61
62
63
64
65
66
-SKIP
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
Special Thanks to The Cast!
Continue a special cast.
New (Genre Romance)
92
93
94
95
96
97
98
99
100 (Ending)

45

1.9K 71 4
By adlinkirana

Kana Nishino - Dear

.........

Memang sengaja menempah kekesalan pada Balqis.Ingatkan dirinya sahaja akan bersama dengan Huzairi.Namun, kelihatan Syakif dan Huzairi dari jauh berjalan dalam keadaan serius sambil berbual-bual.
Perbualan itu terlihat seperti perbualan yang penting.

Balqis bangun dari kerusi mempamerkan senyuman paksa.Wajahnya sedikit kesal apabila Syakif dulu yang membalas senyuman berbanding dengan Huzairi. Dingin sahaja lelaki itu.Dan kali ini rancangan Balqis gagal sepenuhnya! Sudah cantik begini dia siap, takkanlah ini hasilnya?

Tak adil!

"Ohayou gozaimasu.(selamat pagi)" ucap Balqis membungkuk hormat.Dibalas oleh Syakif dan Huzairi dengan senyuman datar.
Huzairi menghembuskan nafas apabila melihat Balqis mengernyitkan mata.
Daripada dia chat di dalam wassap lagi Balqis memang sering gedik begini.

"Saya nak awak buat sesuatu Balqis." Ujar Huzairi memalingkan wajah apabila sekali lagi pandangannya bertemu dengan Balqis.
Gadis itu mengangkat alis.Sepertinya kurang faham.

Mereka bertiga pun duduk di meja cafe tersebut yang telah disediakan.Kelihatan orang pun tidak ramai.Segintir adalah juga yang memesan sarapan untuk disantap pada pagi ini.

"Kami ada kerja untuk awak Balqis.Kerja ni tak susah pun, senang je." Kata Syakif menampilkan senyum yang yakin.Dari situ lagi membuatkan Balqis lagi tertanya-tanya.

"Ha...janganlah buli saya.Saya ni budak lagi."
Balqis sedikit memberontak.Dia kurang selesa.Keselesaannya hilang 100%!

Tersenyum paksa terus Huzairi sambil menghulurkan fail maklumat peribadi Asyraf yang orang suruhannya dapatkan semalam.
Balqis mengambilnya tanpa segan silu.
Dia mendongak.

"Asyraf? Siapa ni?" Tanya Balqis.

"Itu tak penting.Yang penting, saya betul-betul nak awak tolong saya.Perkara ni rumit dan awak kena laksanakan dengan penuh teliti." Pinta Huzairi kini menormalkan dirinya melihat Balqis yang mengangguk.

"Tolong periksa DNA dia dengan abang saya."
Kening Balqis terangkat.Mengapa pula dia harus menurut perintah si Huzairi pula ni?
Bukankah ada banyak lagi perkara yang harus Balqis lakukan? Yang benar saja...

PAP!

Fail diletakkan kasar di atas meja.Pelayan Jepun yang baru ingin menghampiri meja itu juga terkejut tiba-tiba lalu membungkuk badan dan memundur diri.

"Saya, bukannya tak boleh tolong.Boleh, tapi kebelakangan ni saya sibuk sangat sebab nak fokuskan kepada exam.Lagipun, saya ni jarang tau pergi Hospital.Ada masa, duduk klinik je." Jelas Balqis tanpa dosa membalas tatapan Syakif yang bingung.Huzairi bergumam.

"Hn, awak memang sibuk ke sepanjang hari?
Isteri saya pun student.Tapi tak adalah sesibuk macam awak ni.Lagipun saya dah tanya Ikhwan.Jadual awak dengan dia, sama.So, itu tak membuktikan yang awak sedang sibuk.Kerja ni awak tetap juga kena buat." Kata Huzairi melemparkan senyuman sinis.Dia bangun dari duduk dan berjalan pergi meninggalkan Syakif.

"Tunggu abang, Zairi! Balqis, abang minta diri." Pamit Syakif.Balqis baru sahaja ingin menahan, tetapi sudah terlambat.Mulutnya terkumat-kamit ingin berkata-kata soal fail ini.

Balqis duduk semula dengan kesal.Fail coklat ini dipandang benci dan Balqis terpaksa mengambilnya lalu dibawa pulang.

........

Bunyi sudip berlaga-laga dengan periuk didengari dari dapur.Asyraf tertanya-tanya siapakah yang berada di dapur tesebut.Terlalu sibuk melayan kerenah Hafizi dan Hafiqi yang sudah melahap pastri di dalam peti ais. Kek keju yang dimasak oleh Asyraf bersama Chef Yamato memang sedap rasanya.

"Sedap tak kek tu? Nak tou-san tambah lagi?" Soal Asyraf kepada Hafizi dan Hafiqi.
Tangan Asyraf pula masih tidak berhenti ingin membersihkan mulut anak-anaknya.
Ayah yang baik.😂

"Nak lagi tou-san!" Minta Hafiqi.

"Oishi desu!!! (Sedap!!!)" seru Hafiqi lantang.
Membuatkan Asyraf tertawa kecil dan Hafizi kesal menatap adiknya.Asyraf mengangguk.

Pastrinya memang banyak.Asyraf tidak suka jika membuat pastri dalam sekerat jalan.
Jikalau sudah buat, sambunglah sampai ke titik penamatnya yang sempurna.Disebabkan itulah, dia telah menyimpan banyak makanan di dalam peti sejuk.Namun, wajah pucat Humairah dipandang.Cukup lama.

"Tou-san! Bila kakak ni nak sedar?" Tanya Hafizi simpati.

"Entah, asyik tidur je.Tak penat ke?" Hafiqi mencebik memandang Humairah dari jauh.

"Sayang! Tak baik cakap macam tu.Kaa-san dengar ni!" laung Zafirah dari dapur.Dia kembali mengacau bubur ayam yang dimasaknya sekarang.Kebetulan didengari oleh Asyraf, bibirnya diketapkan lembut.

"Bukan ke You benci dia?"

Zafirah tersentak.Dia membalikkan badan.
Langsung saja dia terkejut melihat alis Asyraf yang bertaut sedih.

"Jangan salah faham.I masih benci dia.
I masak bubur ni pun sebab dia sakit dan tak sarapan lagi.Tapi tak bermakna yang I dah terima dia." Cebik Zafirah kembali menaburkan secubit garam ke dalam masakannya.Lalu sayur bawang dipotong perlahan.

Asyraf menggeleng.

"Tapi I tengok gaya You, You risau pada dia.
You memang dah tak benci dia kan?"

Pertanyaan yang menyebalkan! Zafirah menunduk.Wajahnya yang natural tanpa solekan kosmetik berubah kepada khawatir.
Tiba-tiba Zafirah tersenyum kecil.

"I sedar yang I ni siapa.I belagak, riak dan sombong.Sekarang ni rasanya dah tak ada guna lagi nak benci-membenci orang.
I'll change myself, Asyraf." balas Zafirah kepada suaminya yang sudah tidak terkata-kata.

"Tapi kalau betul pun dia cinta pertama You, I dah tak boleh nak buat apa lagi."

"You betul.Sekarang I jujur, yang I memang dah jatuh cinta."

"Pada dia?"

"Ne." Jawab Asyraf.Membuatkan hati Zafirah tertusuk-tusuk dengan palang besi.Sakitnya hati ini.Memang dari awal melihat Humairah, hatinya sakit.Sangat sakit! Namun, Zafirah mengurungkan niat untuk menangis.Tiada gunanya dia menangis di sini.

"Hontou ni?"

Asyraf mendekati Zafirah.Wajah putih mulus kelihatan matang itu diangkat setinggi yang mungkin.Asyraf menggeleng.

"I tak tahu.Bila kami bertemu, jantung I berdengup kencang.Tiba-tiba dengupan itu berlaku.Melihat dia ketawa, senyum dan gembira."

"Asyraf..." rintih Zafirah yang mahu menangis kerana sakit hati mendengarnya.
Asyraf tahu, pasti ini yang akan terjadi kepada Zafirah.Dia pun dapat merasakan perasaan Zafirah bagaimana.

"Jangan menangis.I tahu ni sangat menyakitkan hati You.I minta maaf, I tak boleh lupakan wajah dia dan bayangan dia.
I mencintai dia...mencintai Humairah."

"Hiks...hiks..." akhirnya air mata Zafirah mengalir laju.Zafirah membalikkan badan lalu menutup api dapur.Badannya terhincut-hincut menangis apabila Asyraf merangkulnya dari belakang.

"Saya ni penganggu kan?"

DEC....

Satu suara bergema membuatkan Asyraf dan Zafirah terkejut.Mereka pusing lalu membalas pandangan Humairah.

......

Ini memang sakit bagiku.Tersangatlah sakit mendengar pengakuan suami orang.Apakah semua ini permainan? Semudah itu sahaja dia jatuh cinta padaku? Dan aku apa? Aku tidak mahu menyakitkan persaan siapa-siapa lagi.Sudahlah Ikhwan pun begitu.Lalu Asyraf bagaimana?

"Humairah, awak dah sedar?" Tanya Asyraf mahu menghampiri aku.Namun, aku mengangkat tangan supaya dia berhenti di situ.

Aku menunduk sedih.

"Minta maaf, semuanya salah saya. Saya memang tak patut hadir dan ganggu kehidupan cikgu.Cikgu orang yang baik.
Walaupun bila saya lihat cikgu, saya teringat seseorang yang mirip sama macam cikgu."
peganggu tidak berguna seperti aku memang patut berundur daripada kehidupan mereka berdua.Aku tidak patut meninbulkan masalah lagi.

"Semua, maafkan saya.Selama ni saya memang ganggu suami awak pun cik Zafirah.
Gomen ne.Gomenasai..." aku terduduk di atas lantai.Tidak menangis tetapi wajahku memang menampilkan reaksi kecewa pada diri sendiri.Zafirah dan Asyraf saling berpandangan.Si wanita hanya memegang dahinya lalu dipicit perlahan.Si lelaki pula hanya menarik nafas dalam-dalam.

.......

Semua duduk dalam kedaan yang serius sampaikan tiada pun yang mahu bersuara.
Sunyi sepi susana.Keheningan yang menimpa ini membuatkan aku menggaru kepala sendiri.Kepalaku menunduk.

"Saya tak marah pun." Akhirnya isteri Asyraf bersuara membuatkan bulu romaku menaik mendadak.Aku mendongak tidak percaya.

"Tak marah...tapi ini semua salah saya.
Yalah saya mengaku! Saya yang selalu bersama suami cik Zafirah.Kami selalu bersama tapi kami fokus kepada exam dan pelajaran.Mana ada kami berdating-dating!"
Beritahu aku menyanpaikan kebenaran.
Di sinilah aku boleh melihat Zafirah hanya menatapku.

"Itu saya dah lama tahu.Saya tahu pun dari Asyraf sendiri.Suami saya ni mudah mesra dengan orang.Tapi saya ni tak adalah macam tu.Dingin je..." senyumnya padaku.

Aku terkesima.
"Eh? Cik Zafirah tak marah ke?" Dia menggeleng pula.Dan ini menyentakkan diriku.

"Ma...mana boleh macam tu! Cik Zafirah kan isteri cikgu Asyraf.Takkanlah tak ada sikit pun perasaan cemburu tu? Ah...saya tak percaya semua ni!!!" Aku menyental kepalaku dengan bantal sehingga tudungku menjadi kedut.

Zafirah tertawa.Sama ada melihat Hafiqi dan Hafizi bermain dengan permainan mereka, ataupun aku.

"Awak ni kelakarlah.Saya tak pernah jumpa budak comel macam awak ni.Saya mahu minta maaf soal pristiwa di hospital tu.
Saya tak patut bertingkah laku begitu terhadap awak."

"Eh...apa pula nak minta maaf? Lagipun bukannya cik yang salah.Saya ni yang salah!
Arghhh...saya tak berguna..." aku menggeleng sekuat-kuat hati.Membuatkan Zafirah lagi tertawa.

Asyraf pula hanya membisu.Tidak mampu ingin berkata apa-apa kerana malu ingin bertentang mata dengan Humairah.

"Makanlah...saya tahu yang awak belum sarapan lagi.Bubur ayam ni saya masakkan untuk awak." Ujar Zafirah mencedokkan bubur di dalam mangkuk membuatkan aku terliur.

"Wah...sedapnya! Anak saya pun dah lapar ni!"

"..."

"Mana anak awak?" Tanya Zafirah bingung.
Memandang kiri-kanan.Mana tahu jikalau keberadaan anak Humairah itu benar-benar kenyataan.

Aku tersenyum kecil.Perut yang rata ini aku pegang gembira.Manakala Asyraf hanya menunduk sahaja.Wajahnya merah.
Ahh..kenapa dengannya? Tanyaku dalam hati.

"Saya mengandung seminggu lebih! Hehe..."

Zafirah tercengang sebaik sahaja mendengar kata-kata daripada Humairah.Tanganku ditadah untuk membaca doa.Mereka juga ikut meniru perbuatan aku.Setelah doa makan dibaca, aku pun menyantap bubur yang dimasak oleh Zafirah.Wahh...Oishi desu!!!

"Awak baru belajar tahun ke berapa?" Tanya Zafirah mengambil sayur dengan chopsticknya.Wajah ku tiba-tiba dipandang.

"Emm...rasanya baru tahun pertama.Dah nak masuk dua bulan saya tinggal di Jepun.
Kalaulah selama-lamanya di sini, kan seronok?" Ceria aku menjawab.Membuatkan Zafirah tersenyum sahaja dari tadi.Baginya, Humairah memang tidak menjengkelkan.
Dia seorang yang baik.

Lantas, Zafirah menoleh ke tepi.Asyraf melirik Zafirah dan mereka saling berpandangan.Sama-sama melemparkan senyuman hangat.Humairah sering sekali membawa kebahagiaan di dalam hidup Asyraf.Dan ini pertama kali dirasakan oleh Zafirah.Teringat tentang pujukan Kazidah yang terlampau lembut.

.......imbasan bermula....

"Zafirah memang benci dia omma.Dia lah yang menjadi penganggu hidup Zafirah dengan Asyraf." Adu Zafirah geram memandang balkon biliknya dari jauh.

Manakala Kazidah menunduk sahaja.
Dia tahu siapa itu Asyraf.Dia tahu siapa itu Humairah dan Huzairi.Mereka bertiga saling mencintai.Dan semua ini terdengar seperti karut dan lawak.Tetapi inilah kenyataannya.
Kim Ju memang kejam.Suaminya memang kejam.

Selama lima tahun dia harus berdiam diri daripada menghubungi Razifah.Kazidah faham apa yang dirasakan oleh anakknya.
Humairah tidak bersalah di dalam hal ini.
Itu yang mahu diberitahunya.Tetapi rasakan Kazidah itu belum bersedia dengan niat di hatinya.

"Kadangkala, kita kena mengalah.Omma tahu, Asyraf selalu bersama dan mesra dengan anak muridnya.Tapi Zafirah kena faham.Dan omma tahu, bagaimana rasanya sakit dalam hati ini." Kata Kazidah.

Setitis air mata mengalir.Zafirah mula membaringkan diri di atas katil.Fikirannya mula menerima kata nasihat daripada ibunya.

"Omma faham? Tapi Zafirah masih tak faham.Kenapa dia masih tak luangkan masa bersama dengan Zafirah? Zafirah kesunyian omma." Isak Zafirah.Ibunya menghampiri Zafirah kemudian duduk di birai katil dengan membelai kepala anaknya itu.

"Insafi diri.Omma tak tahu kenapa bila kita dah berjaya kecapi cita-cita, kita mula belagak dengan apa yang kita miliki.Kita dah lupa orang yang berjasa kepada kita.Kita tak pedulikan perasaan orang lain.Lepas tu, kita senang-senang saja nak suruh ini itu pada mereka.Itu tersangatlah tidak berakhlak sayang."

"Ingat Allah SWT.Dia menciptakan hambanya dengan sempurna.Bahkan, kita bernyawa dan masih bernafas di muka bumi ini.Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan ujian yang ditimpa.
Sesungguhnya, Allah SWT akan memberi khabar baik kepada orang-orang yang sabar.
Maka itu, Omma yakin yang Zafirah masih ada peluang untuk memperbetulkannya."

.......

Semenjak mendengar dan menerima nasihat daripada ibunya, Zafirah mula tidak menyentuh lipstik merah yang selalu dipakainya.Dia juga tidak lagi memakai make up yang berlebihan.Bajunya juga kelihatan tidak mencolok dan ia masih tidak bertudung.
Dia perlahan-lahan merubah dirinya sendiri.

"Zafirah?"

Wanita itu menoleh lalu tersenyum.

"How do i look?" Tanya Zafirah mendepakan tangan dengan senyumannya.Membuatkan si penglihat itu tertawa kecil.

"Subhanallah, cantik."

......imbasan tamat.....

Tiada lagi rasa sakit di dalam hatinya.Tiada lagi kekesalan yang menyelubungi seluruh fikiran serta emosinya stabil.Zafirah gembira sekali apabila melihat Humairah yang sedang bermain dengan anak kembarnya di tempat duduk belakang kereta.

Asyraf senyum tetapi masih tidak bersuara.
Ya, mereka semua bahagia apabila menerima kehadiran Humairah itu menjadi nyata seperti sekarang.

"Hei semua, lori tu ikut kitalah..." ceria aku menghiburkan Hafizi dan adiknya Hafiqi.
Mereka teruja.

"Itu lori aiskrim!!! Nak aiskrim!!!" Jerit Hafiqi gembira.

"Mana ada! Itu lori bakery untuk sambutan lah.Kalau aiskrim, dia ada bunyi loceng.Ini tak dengar bunyi loceng pun!" Hafiqi memasamkan wajah apabila abangnya menegur.

"Apa susahnya? Letak je lah loceng besar kat situ.Ha...nanti dengarlah, mesti kuat bunyinya." Balas Hafiqi tidak mahu kalah.
Dia sentiasa betul daripada abangnya.
Kali ini wajah Hafizi pula mencuka masam.

"Tou-san! Kaa-san!"

"Iya sayang?" Sahut pasangan itu serentak.
Aku pula hanya memangkunya dengan berhati-hati.

"Fiqi merepek yang bukan-bukan.Dia kata, dia nak letak loceng lembut dekat lori bakery tu.Ha! Ha! Ha! Mengarut kan?" Tanya Hafizi kepada orang tua mereka.

"Entahlah sayang.Kaa-san pun tak tahu."

"Tou-san suka juga dengan cadangan Fiqi."
Kata Asyraf dalam kesengihan sambil memandu kereta.Hafizi memuncungkan bibirnya.

"Kak Humairah, tengok Tou-san! Dia tak sokong Fizi." Badan aku dipeluknya erat.
Aku tersenyum kecil membelai kepala anak kembar ini.Mengingatkan aku pada Huzairi dan Hakim.Mereka sangat mengemaskan!

Sisa tawa Asyraf dan Zafirah masih kedengaran dan akhirnya berhenti.Anak mata Asyraf cuba melirik Humairah melalui cermin pandang belakangnya di depan.Merenung sahaja wanita comel yang sedang menjaga anaknya.

Hangatnya rasa, membuatkan aku menguap kecil.Adakah masa ini aku habiskan dengan tidur? Mataku beralih memandang cermin tengah atas di hadapan kerana bosan.
Aku terkejut apabila pandangan aku dan Asyraf bertemu.

Kami bertentang mata lama.Asyraf mengedipkan matanya melalui cermin, membuatkan aku terkesima berwajah merah seperti bunga raya.Aku menunduk malu.
Tentu dia melihat nguapan kecil aku tadi.
Ughh...malunya...

⊙﹏⊙

........

Setelah memanggil salam, pintu pun terbuka.
Lalu aku pun melihat siapa yang menyambut kepulanganku.Pemandangan ini mengejutkan aku.

"Daiko-san?" Tanyaku padanya.Pembantu lelaki itu menunduk hormat.

"Ya, cik Humairah.Cik sudah pulang, silakan masuk." Pembantu itu mempersilakan aku masuk dengan wajahnya yang muram seperti asam dan cuka yang bercampuran di dalam air.

"Kenapa pula awak ada di sini? Maksud saya, kerja ini kan khas untuk Ayame-nee?"
Tanyaku lagi tidak lepas memandangi wajahnya yang mula berpeluh semacam.
Mungkin tidak selesa dengan soalan yang aku tuju padanya.

"Saya hanya menurut perintah Tuan Huzairi.
Cik Humairah, hari sudah petang.Cik Humairah perlu mandi dan bersiap-siap untuk malam ini." aku memandangnya tajam.
Perasaanku mula tidak enak setelah melangkah masuk ke halaman rumah yang megah ini.

"Mana Ayame-nee?"

Tajam benar soalan itu.Daiko tersentak.
Pria paruh baya itu hanya menggaru tengkuknya.Menutupi rasa kecurigaannya tehadap Humairah.Namun, sepertinya terlambat.

"Daiko-san, mana Ayame-nee?! Mana perginya Anina?!" Bentakku bertanya kepada Daiko yang membisu sahaja seperti tidak mahu menjawab pertanyaanku.Dia seolah-olah betul-betul bisu seperti tiada mulut.

"Ayame dah tak kerja kat sini lagi."

Aku menoleh.Wajah Huzairi dingin sekali.
Manakala Syakif pula mengendong Anina yang sedang menangis teresak-esak.

"Anina?! Kenapa ni sayang?" Tanyaku menghampirinya.Anina menangis lagi.
Apabila aku mahu tanya, Syakif membawa Anina terlebih dahulu masuk ke dalam rumah yang mewah ini.

"Apa yang awak dah buat pada Ayame-nee?!
Cakap sekarang Huzairi!" Teriakku padanya.
Aku berasa sangat marah apabila aku pulang, didapati orang yang aku sayang sudah tiada dan hilang.

"Saya dah pecat dia.Dia takkan bekerja di sini lagi." Jawab Huzairi.Lututku longgar.
Tidak mampu ingin berdiri.Mendengar sahaja, sudah membuatkan hatiku terluka.Bibirku diketapkan.

"Kenapa awak buat macam tu?! Awak tak patut pecat Ayame-nee! Apa salah dia pada awak?!!"

"Saya patut pecat dia, sebab dia bawa Anina tanpa kebenaran saya dan Syakif.Dia hampir bahayakan Anina awak faham tak?!!" Balas Huzairi membulatkan mata dengan marahnya.

"Tapi tidak dengan cara macam tu! Awak salah!!! Ayame-nee buat macam tu mesti ada sebab Huzairi.Awak patut tanya dia kenapa bawa Anina keluar.Bukannya main pecat je!!!"

"Dia dah langgar peraturan dalam bekerja dengan saya! Awak ni budak atau apa Humairah!!! Susahlah kalau dapat isteri macam awak! Awak langsung tak faham dan asyik kekal je dengan perangai budak awak tu!"

"Apa maksud awak?" Tanyaku geram.
Ini bukan Huzairi yang aku kenal.Dia memang dingin daripada apa yang aku bayangkan.

"Jelaskan apa yang saya nampak dalam gambar ni! Awak berdua-duaan dengan cikgu awak sendiri!!! Kenapa awak ni murah sangat?"

HUZAIRI KEJAM!

"Awak kata saya murahan?" Aku terangguk dengan sendiri.Sudah faham apa yang ia maksudkan.Hanya kerana fitnah, dia menuduhku berdua-duaan.

"Dah tu kenapa awak buat saya macam ni?
Tahukan yang saya ni masih cintakan awak.
Tapi apa yang awak buat? Awak jalinkan hubungan tanpa pengetahuan saya!" pasu bunga yang diterajangnya sehingga pecah membuatkan aku terkejut lalu memandangnya takut-takut.

"Untuk pengetahuan awak, saya bukan murahan! Sampai hati ya awak kata saya macam tu.Kalau awak dah bosan...dah muak...buang sajalah saya daripada hidup awak!!!" tengkingku padanya.Peduli apa dia mahu menjolokku dengan memanggil isteri yang 'derhaka'.

Huzairi tertawa besar lalu memandangku atas bawah dengan sinisnya dia membaling batu.Batu tersebut terkena tepat pada perutku.

"Enghhh..."

"Macam mana saya nak buang awak kalau saya masih cintakan awak?!! Macam mana!!!"
Bahuku digoncangnya kasar.Sehingga membuatkan diriku lemah ingin menjawab.

"Ini bukan drama Huzairi.Ini bukan drama macam dalam tv.Tapi awak sanggup fitnah saya.Kalau awak nak buang saya, saya terima! Saya memang budak kan bagi awak?!" tajam penglihatanku terhadapnya.
Aku memang terasa dicabar oleh Huzairi.

Wajahku ditekupnya kasar serta tudungku dibukanya pantas lalu dibaling ke tepi.
Rambutku yang panjang sepinggang ditarik dengan kuat

"Lepaskan! Sakit..."

"Awak memang tak patut lahir di dunia ni!
Saya dan abang saya, tak patut cintakan perempuan murahan macam awak.Saya dah jemu! Sama juga macam abang saya.Kalau dia hidup sekarang, pasti dia akan jemu juga dengan perangai awak!"

DEC....

Keningku bertaut sedih.Habis remuk hatiku mendengar setiap kata-kata daripada Huzairi.
Aku menunduk sedih.Kepalaku ditolak sehingga aku tumbang jatuh ke tanah.Aku teresak memandangnya.

"Dasar perempuan murahan!!!" Diriku diludah. Hinanya aku di mata Huzairi sekarang.

......

Bersambung semua! ^_^

Gembira tak, Zafirah dah jadi baik!
Jangan lupa Vote dan comment bagi pendapat awak semua.
Jaa nee! ^^

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 941 60
No6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ke...
41.8K 3.8K 73
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- 🕊️ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa...
33.2K 3.7K 110
✿﷽ CERITA PALING CLICHE BUAT AKU!🤙🏻 "Hutang aku kau belum bayar!" "Saya kata hujung bulan ni kan, Tuan nak apa lagi!?" "Orang macam kau ni aku sure...
94.3K 5.6K 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar se...