Boboiboy - Power Of Elements...

By TheTigerWriter_02

14.5K 724 98

Cerita ini mengisahkan seorang elemental jahat telah terlepas dari penjara yang telah sekian lamanya terkurun... More

The Beginning
Its Time To Call Him
First Training
Golems Attack
The Curse
*Update*
Battle Of The Twins
Apocalypse
Power Of Elements (Part 1)
Epilogue
*Update* #2
*Update* 3

Power Of Elements (Part 2)

957 57 10
By TheTigerWriter_02

Lisa berdiri di hadapan Kai sambil memegang Tali Kilatnya dalam keadaan bersedia untuk menyerang Kai.

-"Aku akan bunuh korang berdua!"-Jerit Kai

Dan kemudian dia mengarahkan batu-batu yang besar menuju ke arah Boboiboy dan Lisa dengan laju. Tetapi dengan pantas Lisa menghancurkan batu-batu itu menggunakan tali kilatnya.

Kelihatan juga Lisa sudah tidak bertenaga dan juga masih lagi cedera tetapi masih tetap pertahankan Boboiboy.

-"Lisa...sudah, aku tak nak keadaan kau akan jadi lebih teruk"-Kata Boboiboy dengan perasaan risau

-"Sebelum...ini...kau pertahankan aku daripada sumpahan itu..."-Lisa berhenti seketika kerana kurang tenaga -"Sekarang...aku akan pertahankan kau"- Sambung Lisa -"Aku...juga nak balas dendam kerana dia sudah bunuh Sifu"-

Boboiboy yang masih lagi mengalami pendarahan di kepalanya tetap mahu menghalang Lisa daripada meneruskan bertarung...tetapi dia tidak berdaya kerana dia tidak ada tenaga.

-"Jangan Lisa"-

Lisa tidak menghiraukan kata-kata Boboiboy dan tetap berlari ke arah Kai untuk menyerang

-"Aku akan habiskan kau!"-Jerit Kai

-"Heh, kaulah yang akan habis"-Balas Lisa

"LIBASAN KILAT" Lisa menyerang Kai menggunakan talinya.

Lisa menyerang Kai dengan bertubi-tubi sehingga Kai hanya lebihkan bertahan daripada menyerang. Tetapi setelah Kai melihat baju persainya sudah mula retak dan pecah...Dia tidak ada pilihan lain dan menyerang Lisa menggunakan Jurus Darah, dan kemuidan Lisa tidak dapat bergerak dalam keadaan kesakitan

-"Lisa!"-Jerit Boboiboy

-"T...Tak...mungkin kau ada kuasa ni.."- Kata Lisa dalam keadaan kesakitan kerana darahnya dikawal oleh Kai.

-"Kau memaksa aku!"- Kata Kai

Lisa cuba melawan untuk melepaskan diri tetapi gagal. Kemudian Kai mengangkat Lisa ke udara menggunakan jurus darahnya dan kemudian mengunakan batu batuan yang besar dan menyesarkannya ke arah Lisa.

Batu-batuan besar itu tepat ke arah Lisa dan salah satunya terkena kepala Lisa dan menyebabkan kepala Lisa mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri. Lisa terpelanting ke belakang dan jatuh ke tanah dengan kuat.

-"Lisa!"- Jerit Boboiboy dan tidak lama selepas itu dia memaksa diri untuk berlari ke arah Lisa dalam keadaan kesakitan.

Lisa tidak sedarkan diri dan itu menyebabkan Boboiboy berasa panik. Tidak lama kemudian, Kai mengunakkan jurus darahnya dan menarik Yaya, Fang, Gopal dan Ying dari jauh dan kemudian mengangkat mereka ke udara. Mereka berempat berasa kesakitan dan tidak mampu untuk bergerak.

-"Yaya!"-Jerit Boboiboy

-"Le...lepaskan kitorang!"- Jerit Yaya kepada Kai

-"Manusia lemah...korang tak layak dapat kuasa"-

Kemudian Kai menghempas mereka berempat dengan kuat sehingga mereka tidak mampu untuk bangun semula.

Boboiboy hanya mampu melihat mereka berempat terbaring sahaja.

-"Kau...kau memang dah melampau!"-Jerit Boboiboy sambil menumbuk ke arah tanah.

Kai hanya tersenyum melihat Boboiboy...tetapi senyumannya terhenti apabila dia melihat sesatu yang pelik terjadi kepada Boboiboy.

Batuan-batuan dari tanah terapung. Angin bertiup kencang menuju ke arah Boboiboy. Kilat terpancar-pancar berserta dengan guruh. Air dan Api datang secara tiba-tiba mengelilingi Boboiboy.

-"Apa...apa yang kau cuba nak buat hah!"-Kata Kai

-"Kau hancurkan tempat tinggal aku, Kau hancurkan kawan-kawan aku!"- Jerit Boboiboy dengan perasaan sangat marah.

Pada masa yang sama juga, Kai melihat Jam Kuasa Boboiboy tidak kelaruan. Sekejap logo elemen pada Jam Kuasanya betukar kepada Petir, kemudiannya Tanah, dan kemudian bertukar kepada Angin, dan juga turut bertukar kepada Api, Air, Thorn dan Solar secara bergilir-gilir.

Dan pada saat itulah kesemua elemen yang Boboiboy kuasai terapung mengelilingi badan Boboiboy dalam bulatan.

-"Tak...tak mungkin...kau rupanya yang ambil kuasa tu!"-Jerit Kai setelah dia tahu mengapa dia tidak boleh gunakkan kuasa itu semasa dia berlawan dengan Boboiboy.

"Flashback"

~Di Pusat Latihan Elemen~

Boboiboy membuka pintu bilik Sifu Ryan dan masuk ke dalam untuk melawatnya. Dia kelihatan gembira melihat Sifunya itu sudah semakin pulih.

-"Sifu, nampaknya Sifu dah semakin pulih...Jadi bolehlah Sifu tolong latih saya lagi"-Kata Boboiboy sambil bergurau dengan Sifu Ryan

-"Nampaknya kesemua tugas itu saya serahkan pada kamu.."-Balas Sifu Ryan

-"Apa maksud Sifu?"-Tanya Boboiboy dengan rasa keliru

Sifu Ryan mengambil nafas sebelum berkata semula

-"Ingat tak lagi...Sifu pernah kata yang Sifu akan beritahu kuasa apa yang Sifu gunakkan samasa hari pertama kamu berlatih"-Kata Sifu Ryan

-"Mestilah ingat...sampai ke hari ni saya masih tertanya-tanya kuasa apa yang Sifu guna masa hari tu...Hari tu jugak Sifu cakap nak ajar saya macam mana nak hasilkan kuasa tu"-Balas Boboiboy dengan perasaan teruja

-"Sebenarnya, kamu tak perlu berlatih nak hasilkan kuasa tu...Saya sendiri akan berikan kuasa ni kepada kamu"-Kata Sifu Ryan

-"Ap...apa?! Kenapa?"-Tanya Boboiboy dengan perasaan terkejut

-"Sebenarnya kuasa itu tidak boleh dipelajari oleh mana-mana orang yang mempunyai kuasa elemen...dari dulu sehinggalah sekarang"- Kata Sifu Ryan

-"Kenapa? susah nak belajar ke?"- Tanya Boboiboy

-"Sebab kuasa ini hanya boleh diwariskan kepada orang lain...tetapi saya tidak lagi menjumpai orang yang saya boleh percayai untuk mewarisi kuasa ini"-Balas Sifu Ryan

-"Termasuk Lisa?"-

Sifu Ryan hanya berdiam diri.

-"Lisa tahu pasal kuasa ni?"-Tanya Boboiboy

-"Saya tidak pernah beritahu kepada sesiapa pun tentang kuasa ini, kerana ianya adalah rahsia kuasa elemen...tetapi setelah Kai dapat tahu tentang kuasa ini dan dapat mempelajari Jurus Pengambil Kuasa...saya perlukan pewaris untuk melindungi kuasa ini"- Kata Sifu Ryan dengan serius -"Bukan sahaja ingin melatih kamu untuk mengalahkan Kai sahaja tujuan kamu ke sini...tetapi..."-

Sebelum Sifu Ryan menghabiskan kata-katanya Boboiboy terus memintas.

-"Sifu dah jumpa pewaris yang sesuai untuk mewarisi kuasa tu"-Kata Boboiboy dengan gembira

Sifu Ryan hanya tersenyum

Kemudian Sifu Ryan memegang Jam Kuasa Boboiboy dan menyalurkan kuasa itu kepada Boboiboy...setelah Sifu Ryan telah menyalurkan kuasa itu, Jam Kuasa Boboiboy menghasilkan cahaya yang terang dan kemudiannya hilang secara perlahan-lahan.

-"Terbaik"-Kata Boboiboy

-"Gunakanlah kuasa ini pada masa yang sesuai..."-Pesanan Sifu Ryan

"End Flashback"

-"Ini...ini..."-

-"Ini Ialah Kuasa Elemen"-Kata Boboiboy sambil memandang Kai

Secara tiba-tiba Boboiboy berlari dengan pantas dan menumbuk Kai dengan bertubi-tubi sehingga Kai terundur ke belakang setiap satu tumbukan. Pada tumbukan yang terakhir, Kai terpelanting ke belakang dengan laju.

Setelah Kai bangun semula, dia melihat satu cahaya merah yang terang di hadapannya.

-"Aku akan tamatkan semua ni"-Kata Boboiboy

"PEDANG HALLINTAR" Boboiboy mengeluarkan Pedang Halilintar tampa bertukar menjadi Halilintar

"GERAKAN KILAT"

Dengan sekelip mata, Boboiboy sudah berada di belakang Kai dan bersedia untuk menyerang. Tetapi Kai sudah menyangka yang dia berada di belakangnya dan terus mempertahankan dirinya.

"PEDANG KILAT" Kai mengeluarkan pedangnya dan menahan serangan hendap daripada Boboiboy

-"Heh, Tak ada serangan lain ke?"-Kata Kai

-"Macam mana dengan ni?!"-

"TUMBUKAN PEMBEKU" Boboiboy menumbuk Kai dengan kuasa Aisnya dan sekelip mata badan Kai telah menjadi Ais.

-"Apakah?!"-

-"Rasakan ni pulak"-

"TUMBUKAN TINJU BERAPI" Boboiboy menumbuk Kai dengan kuat sehingga badannya yang membeku cair dan terpelanting sekali lagi kebelakang

-"Macam mana? Dah cukup hebat tak?!"-Kata Boboiboy

Kemudian Boboiboy berlari dengan laju menuju ke arah Kai. Tetapi Kai dengan pantas menggunakan Kuasa Jurus Darahnya kepada Boboiboy untuk mematahkan serangannya.

-"Ap...apa benda ni?"-Kata Boboiboy dengan rasa kesakitan

-"Kau...kau cabar kesabaran aku.."-Kata Kai kepada Boboiboy dengan rasa kepenatan -"Aku akan ambil kuasa ni daripada kau!"-

-"Jangan...Harap!"-Jerit Boboiboy

"BOBOIBOY . KUASA . TUJUH" Boboiboy berpecah menjadi tujuh

Setelah Boboiboy berpecah menjadi tujuh kesan Jurus Darah Kai telah hilang kesan kepada mereka.

-"Tak...Tak mungkin!"-Kata Kai dengan rasa terkejut

"AKAR BERDURI" Thorn mengikat Kai menggunakan akarnya supaya dia tidak boleh bergerak.

"TUMBUKAN GEGAR" Gempa menumbuk Kai dengan kuat sehingga dia terpelanting ke belakang

"SEDUTAN TAUFAN" Taufan menarik Kai ke udara

Kelihatan Halilintar dan Solar sudah bersedia untuk menyerang bersama.

"PEDANG SOLAR" Solar mengeluarkan pedangnya

"TOMBAK HALILINTAR" Halilintar mengeluarkan tombaknya

Mereka berdua lompat ke udara dan setelah mereka sampai ke tempat Kai, mereka menyerang dia dengan laju.

"PUSARAN HALILINTAR"

Halilintar menamatkan serangan itu dengan kuasa terbarunya dan hanya melihat Kai terkena renjatan elektrik dengan teruk dan jatuh.

Semasa Kai sedang jatuh dari langit, Blaze dan Ais ingin membuat serangan kombo terakhir untuk menamatkannya.

-"Serangan Berkembar...Blaze dan Ais!"-Kata Blaze dan Ais dengan serentak

Blaze melompat ke atas bangunan dan menghasilkan kuasa terhebatnya.

"METEOR BERAPI" Blaze menghasilkan meteor yang masih berapi dan menuju ke arah Kai

Balik kepada Ais, dia juga turut menghasilkan kuasa terbesarnya.

"SOLAKAN BONGKAH AIS" Ais menghasilkan sebuah Icebergs yang besar dan semakin meninggi menuju ke arah Kai

Kai berasa terkejut dengan serangan mereka berdua dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Meteor dan Icebergs Itu menghempap Kai dengan kuat sehingga menghasilkan letupan yang sangat kuat.

Kai jatuh ke tanah dengan kuat tetapi dia masih terselamat disebabkan oleh baju perisainya itu. Kai berdiri semula seperti biasa dengan rasa marah.

-"Kau ingat aku akan kalah dengan budak mentah macam kau ni!"-Jerit Kai sambil rasa kesakitan

Gempa, Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar memandang sesama sendiri sebelum memutuskan untuk bergabung semula. Setelah telah menjadi biasa semula, Boboiboy memandang Kai dengan rasa tenang.

-"Ye...memang aku tak boleh kalahkan kau, sebab kau lebih berpengalaman untuk gunakan kuasa ini daripada aku"-Kata Boboboy sambil menggenggam tangan kanannya -"Tapi aku sudah diamanahkan oleh Sifu Ryan untuk menjaga kuasa ini..."-

Pada masa yang sama Kuasa Elemen itu berkumpul dan ditumpukan di dalam genggaman tangan Boboiboy

-"Kau nak sangat kuasa ni kan?"- Kata Boboiboy sambil bersedia untuk menyerang -"Sekarang kau ambil lah!"-Jerit Boboiboy sambil belari ke arah Kai

"TUMBUKAN KUASA ELEMEN"- Boboiboy mula menyerang buat kali terakhir untuk menamatkannya

"TEMBAKAN KILAT" Kai menghasilkan tembakan kilat dan menuju ke arah Boboiboy untuk mematahkan serangannya

Tembakan Kilat itu tepat ke arah Boboiboy tetapi serangan itu tidak berkesan kepada Boboiboy kerana hasil daripada Kuasa Elemen yang berada di tumbukan Boboiboy. Boboiboy mengakhirinya dengan menumbuk tepat ke arah badan Kai dan kesannya sangat kuat sehingga Baju Perisai Kai pecah dan musnah serta menghasilkan letupan yang sangat kuat.

Setelah asap tebal mula menghilang...Boboiboy melihat Kai berada tidak jauh dihadapannya kesan daripada tumbukan itu. Boboiboy berjalan menuju ke arahnya.

-"Haha...(Batuk)...Haha...Kau akan menyesal buat aku macam ni"-Kata Kai kepada Boboiboy -"Kematian aku ini hanyalah satu permulaan bagi kemusnahan yang bakal berlaku tidak lama lagi...Ingatlah, Misi aku masih belum selesai"- Kata Kai sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

-"Aku akan lawan sesiapa sahaja demi menyelamatkan bumi"-Balas Boboiboy walaupun dia sudah mengetahui yang Kai sudah mati.

Kemudian fikiran Boboiboy beralih kepada kawan-kawannya yang masih pengsan tidak jauh daripadanya. Boboiboy berlari dan menuju ke arah Yaya dan yang lain

-"Korang, bangun korang"- Kata Boboiboy sambil menggerakkan tubuh mereka satu persatu.

Orang yang pertama sekali yang tersedar ialah Yaya dan kemudiannya Fang dan seterusnya Ying dan Gopal. Setelah Yaya sudah sedar sepenuhnya dia bangun dan terus memeluk Boboiboy yang berada di hadapannya.

-"Kau berjaya Boboiboy!"-Jerit Yaya

Boboiboy melepaskan pelukan Yaya dan memberikan dia senyuman manis. Tetapi senyumannya hilang apabila dia teringat dengan keadaan Lisa. Dia melihat sekeliling untuk mencari salah seorang kawan baiknya dan kemudian menjumpai Lisa yang masih terbaring tidak jauh daripada tempat mereka berlima.

-"Lisa!"-Jerit Boboiboy sambil berlari ke arah Lisa

Boboiboy menggerakkan badannya supaya menyedarkannya...tetapi tiada balasan dari Lisa

-"Lisa...bangun Lisa! Tolonglah jangan tinggalkan aku!"-Kata Boboiboy sambil menangis.

Yaya, Ying, Fang dan Gopal turut bersedih

-"Wow, kau risaukan aku sampai macam tu sekali?"-

Boboiboy berhenti menangis setelah dia mendengar suara yang dia kenal sebelum ini.

-"Aku ingatkan lelaki ni, Gagah"-

Rupa-rupanya suara itu datang daripada Lisa yang sudah tersedar daripada pengsannya

-"Lisa! Kau masih hidup!"-Jerit Boboiboy sambil memeluk Lisa dengan kuat.

Lisa melepaskan pelukan Boboiboy dan memberinya senyuman.

-"Apa jadi dengan Kai?"-Tanya Lisa

-"Iye...apa jadi dengan lelaki itu"- Tanya Fang

-"Aku dah kalahkan dia"-Balas Boboiboy

-"Wau, jadi memang betullah ramalan Sifu...kaulah seseorang itu yang boleh kalahkan Kai"-Kata Lisa dengan rasa teruja

-"Eleh, sebenarnya dia tu takutkan aku.."-Kata Gopal membanga-banggakan diri

~KRIK . KRIK . KRIK . KRIK~

-"Kau tak lawan dia lagi...kalau kau ada masa tu...heh, mesti kau dah lari sampai ke Kutub Utara dah"-Kata Fang

Kesemua orang ketawa dengan gembira.

-"Hehehe, Terbaik"-Kata Boboiboy sambil menunjukkan Ibu Jarinya

Continue Reading

You'll Also Like

88.4K 7.1K 32
๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu, telah berpecah menjadi tujuh dan hilang...
4.5K 229 22
* Tak ada kaitan dengan novel sebelum ini. Seperti yang ramai orang tahu,Ali hanya mempunyai ayahnya,Ghazali sahaja sebagai keluarga. Tetapi,adakah k...
51K 3K 16
Boboiboy ditimpa kemalangan kereta api selepas sampai ke Pulau rintis. Dia boleh dikira mati tapi ada sesuatu yang jadi kepada diri dia dan menyebabk...
9.7K 742 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...