Boboiboy - Power Of Elements...

By TheTigerWriter_02

14.5K 724 98

Cerita ini mengisahkan seorang elemental jahat telah terlepas dari penjara yang telah sekian lamanya terkurun... More

The Beginning
Its Time To Call Him
First Training
Golems Attack
The Curse
*Update*
Battle Of The Twins
Apocalypse
Power Of Elements (Part 2)
Epilogue
*Update* #2
*Update* 3

Power Of Elements (Part 1)

947 56 11
By TheTigerWriter_02

Tiba-tiba, cahaya itu terus menuju ke arah Kai dengan laju dan melanggarnya dengan kuat sehingga dia terpelanting ke belakang. Cahaya itu secara perlahan-lahan menghilang dan kelihatan Boboiboy dan Lisa. Pada masa yang sama Boboiboy sedang mendukung Yaya

-"Boboiboy"-Kata Yaya sambil tersenyum

Boboiboy membalas senyuman Yaya dan kemudian Yaya berdiri semula. Pada masa yang sama dia berasa tertanya-tanya siapa perempuan yang berada di sebelahnya.

Kemudian Lisa secara tiba-tiba jatuh ke tanah kerana dia telah menggunakan kesemua tenaganya.

-"Lisa?!"-Kata Boboiboy sambil cuba untuk membantunya

-"Ini sahaja yang aku mampu..."-Kata Lisa

Boboiboy berasa risau dengan keadaan Lisa yang cedera dan juga keselamatan kawan-kawannya.

-"Yaya...aku nak korang pergi tempat selamat sekarang"-Arah Boboiboy kepada Yaya

Yaya mengangguk dan kemudian membawa Lisa ke arah Fang untuk membantunya. Lisa sedar yang Boboiboy berjalan meninggalkan mereka, dan kemudian Lisa berhenti dan dia menoleh ke arah Boboiboy

-"Kau nak pergi mana?"-Tanya Lisa dengan perasaan risau

-"Sifu Ryan kata aku sahaja harapan untuk kalahkan dia, jadi aku kena hapuskan dia dengan apa cara sekalipun...walaupun aku kena korbankan nyawa aku"-Balas Boboiboy

Yaya menundukkan kepalanya menandakan dia sedang sedih, manakala Lisa tidak dapat menahan kesedihannya sehingga mengeluarkan air matanya kerana mungkin dia akan kehilangan kawan baiknya.

-"Aku nak ikut kau..."-Kata Lisa sambil menangis

Yaya terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi

-"Tak, ia terlalu bahaya..."-Balas Boboiboy dengan tegas-"Lagipun aku tak nak kau tercedara lagi..."-

Lisa dengan pantas memeluk Boboiboy seperti itu ialah kali terakhir mereka akan berjumpa. Boboiboy melepaskan pelukan Lisa dan kemudian Lisa berjalan ke arah Yaya

Boboiboy menuju ke arah Yaya dan kemudian mengarahkannya

-"Yaya...tolong jaga dia...dan yang lain.."-Kata Boboiboy sambil memegang kedua-dua tangan Yaya.

Yaya mengangguk. Kemudian Yaya dan Lisa membawa Fang ke tempat yang selamat

Tidak lama kemudian Kai tersedar semula daripada pengsan dan melihat Boboiboy berdiri tidak jauh di depannya.

-"Jadi...kau dah boleh kawal sumpahan tu.."-Kata Kai kepada Boboiboy

Setelah Kai memandang mata Boboiboy...Mata Boboiboy bertukar menjadi merah semula menunjukkan sumpahan itu masih di dalam badan Boboiboy. Tetapi Boboiboy dapat mengawal keadaan dengan mengalihkan pandangannya ke arah lain, dan matanya bertukar menjadi biasa semula

-"Aku akan tamatkan semua ni"- Balas Boboiboy

-"Marilah!"- Jerit Kai dan kemudian menyerang Boboiboy dengan bertubi-tubi

Boboiboy mengelak kesemua serangan Kai.

"KERIS PETIR" Boboiboy menyerang Kai

Tetapi serangan Boboiboy itu dapat ditepis oleh Kai dengan mudah dan pada serangan terakhir Kai mengambil salah satu Keris Petir dan menunjukkan kepada Boboiboy yang serangannya itu tidak boleh mengapa-apakannya.

-"Itu je yang kau mampu?"-

"BOBOIBOY HALILINTAR" Boboiboy bertukar menjadi Halilintar dan mengeluarkan Pedang Halilintar

"GERAKAN KILAT" Halilintar dengan sepantas kilat berada di belakang Kai sambil menyasarkan pedangnya

Tetapi Kai menyedari Halilintar sudah berada di belakangnya, dan menyerang Halilinrtar menggunakan kuasa petirnya terlebih dahulu.

Halilintar terpelanting kebelakang tetapi dapat berdiri semula menggunakan pedangnya.

-"Tak guna kau!"-Jerit Boboiboy

-"Aku nak kau tengok kehebatan kuasa aku sebelum aku hapuskan kau"- Kata Kai sambil berjalan ke arah Boboiboy

Semasa Kai berjalan menuju ke arah Boboiboy, batu-batu dan tanah terapung ke udara dan kemudian bergabung ke badan Kai dan membentuk satu baju perisai yang kuat.

Boboiboy terkejut yang Kai membuat baju perisainya sendiri.

-"Kau ingat baju perisai kau tu dapat lindungi kau?!"-

"HALILINTAR SLASH" Halilintar mencincang Kai menggunakan Pedangnya berulang-ulang kali

Serangan itu tersangat pantas dan hebat. Tetapi tiada kesan sedikit pun pada Kai

-"Usaha yang sia-sia"- Kata Kai

"PUSARAN KILAT" Kai mematahkan serangan Halilintar

Halilintar terkena serangan Kai itu dan terpelanting ke belakang. Pada masa yang sama Logo Petir pada Jam Kuasa Halilintar bertukar kepada Logo Angin

"BOBOIBOY BLAZE" Halilintar bertukar menjadi Blaze

-"Jagalah kau!"-Jerit Blaze

"TEMBAKAN METEOR" Meteor jatuh ke arah Kai dengan bertubi-tubi

Serangan itu tepat ke Kai dengan bertubi-tubi sehingga Kai terpelanting ke belakang...tetapi baju perisainya tidak retak sedikit pun

-"Seranglah lagi...Tunjukkan kehebatan kuasa Elemen kau tu"-Kata Kai

-"Kau ingat aku takut?"-Balas Blaze

"CAKERA API" Blaze mengeluarkan Cakeranya

Kemudian Blaze berlari ke arah Kai dan menyerangnya dengan pantas. Mereka berdua berbalas-balas serangan sehingga banyak kerosakan terjadi.

Kembali ke Yaya...dia membawa Lisa dan Fang ke tempat Gopal dan Ying yang berada tidak jauh daripada Boboiboy dan Kai bertarung.

Kelihatan Ying telah dibaringkan di atas tanah sambil dijaga oleh Gopal

-"Gopal...Ying ok ke?"-Tanya Fang dengan perasaan risau

-"Kita kena bawak dia ke hospital segera...dia cedera teruk ni!"-Balas Gopal dengan cemas melihat Ying cedera teruk.

Yaya hanya mampu menangis melihat kawan baiknya yang cedera.

Lisa juga kelihatan sedih melihat mereka berempat.

-"Aku boleh tolong"-Kata Lisa sambil berjalan ke arah Ying

Lisa menghasilkan satu Bebola Air yang kecil, dan bebola air itu secara tiba-tiba bercahaya berwarna biru dengan terang dan kemudian menyapu luka-luka Ying menggunakan bebola air tersebut.

Tidak lama kemudian Ying tersedar dari pengasan tetapi masih lagi lemah

Mereka bertiga berasa sangat terkejut kebolehan Lisa

-"Kau pun ada kuasa macam Boboiboy?"-Tanya Gopal

-"Kebanyakannya sama tapi...kuasa dia lebih hebat daripada aku"-Balas Lisa merendahkan dirinya

-"Siapa nama kau?"-Tanya Yaya

-"Nur Alicia...panggil sahaja Lisa"-Balas Lisa sambil tersenym manis

Tidak lama kemudian kedengaran letupan besar yang berlaku di tempat Boboiboy dan Kai bertarung. Lisa berasa risau dengan keadaan Boboiboy dan kemudian berjalan berpatah balik ke tempat itu...tetapi dihalang oleh Yaya

-"Lisa...Jangan pergi"-Kata Yaya

-"Aku nak tolong Boboiboy...dia boleh terbunuh di sana"-Kata Lisa dengan perasaan risau

Yaya tetap tidak benarkan Lisa pergi

-"Tolonglah...korang tak kenal siapa lelaki tu...aku rasa korang dah tahu kuasa dia"-Kata Lisa

Yaya tunduk kebawah kerana risau dengan keadaan Boboiboy sekarang, kalau boleh dia akan pergi bersama Lisa untuk bantu Boboiboy...tetapi Boboiboy menyuruh dia untuk menjaga Ying dan yang lain-lain.

-"Baiklah"-Kata Yaya

Lisa gembira dengan keputusan Yaya dan kemudian berlari kembali ke tempat Kai dan Boboiboy bertarung.

Kembali ke tempat pertarungan antara Boboiboy dan Kai...Kelihatan Boboiboy telah bertukar menjadi Solar dan telah mengeluarkan Pedang Solarnya...tetapi kelihatan Solar sudah hilang tenaganya dan telah dibelasah oleh Kai dengan teruk sekali. Kepala Solar berdarah kerana terkena batu besar, dan dia tidak mampu untuk bertarung lagi.

Kai dengan pantas mencekik Boboiboy dan kemudian menghempasnya ke tanah dengan kuat. Solar telah cedera teruk dan tidak mampu untuk berlawan lagi dan tidak mampu berdiri semula kerana cedera yang sangat teruk dan tidak lama selepas itu dia bertukar semula menjadi Boboiboy biasa.

-"Kau memang lemah! Kau tak setanding dengan aku...aku pun tak tahu kenapa Sifu Ryan harapkan kau untuk kalahkan aku"- Kata Kai dengan meninggikan dirinya -"Dan sekarang...aku akan tunjukkan kuasa Elemen sebenar yang aku telah ambil dari Sifu kau tu...sebelum kau mati"-

Kai mengumpulkan kekuatannya seperti yang dilakukan oleh Sifu Ryan sebelum ini dan bersedia untuk menembak ke arah Boboiboy, dan kemudian melepaskan ke Boboiboy...

Boboiboy mengalihkan pandangannya sambil menutup mata seperti dia tidak akan selamat dari serangan terakhir Kai itu...Tetapi setelah Boboiboy membuka matanya... tidak apa-apa yang berlaku kepadanya.

Kai berasa terkejut yang kuasa itu tidak keluar dan membunuh Boboioboy

-"Apa...apa yang berlaku ni?! Apasal kuasa ni tak keluar"-Jerit Kai kerana kuasa elemen itu tidak keluar

-"Heh, kau nak guna Kuasa Elemen Sifu Ryan kan...sebenarnya kuasa itu tidak ada pada dia"-Kata Boboiboy

Dengan perasaan tersangat marah...dia mahu menumbuk muka Boboiboy dengan kuat, tetapi sebelum dia mahu menyerang Boboiboy, satu panahan kilat yang kuat terkena Kai dan kemudian terpelanting kebelakang. Rupa-rupanya Lisa yang menyerang Kai dari jauh.

Kemudian Lisa berlari ke arah Boboiboy.

-"Boboiboy kau ok ke?"-Tanya Lisa

-"Apa kau buat kat sini...ia terlalu bahaya"-Kata Boboiboy

-"Dan tengok kau mati?!...Tak, aku tak akan benarkan itu terjadi"-Kata Lisa

Kai bangun semula dan kemudian tersenyum kejam kearah Lisa

-"Wah...rupa-rupanya seorang Puteri datang nak selamatkan Puteranya"-

-"Aku akan habiskan kau Kai!"-Jerit Lisa dan bersedia untuk berlawan

-"Kau ingat aku takut?...Marilah!"-

"TALI KILAT" Lisa mengeluarkan tali yang menghasilkan elektrik untuk menyerang Kai

Continue Reading

You'll Also Like

67K 3.1K 27
Ali merasakan dirinya di buang oleh semua orang sehingga ayahnya sendiri menghalaunya dari rumah Kemana ali akan pergi??. Author tak jangka citer ni...
213K 16.7K 65
Apa jadi kalau Bangtan Boys jumpa BoBoiBoy? Diorang jadi kawan tak? Perangai diaorang lebih kurang je kan?Kecoh ke diaorang nanti? Gempa:AKU BENCI KA...
1K 58 18
Baca la kalau nk Ini kisah BoBoiBoy dengan abang dia iaitu Elemental(iye la kan tak kan sape lagi) Buku cover bukan milik saya. Saya main ambik je...
979 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...