Unconscious Love ; suri arissa

Von RaaNissa

116K 4.4K 310

RE-EDIT SOON! , jaga dirimu sayangku Saat aku tiada lagi, Mati hanya jasad bukan cinta yang tersemat di dal... Mehr

prolog ; suri arissa
suri 1
Suri 2
Suri 3
Suri 4
Suri 5
Suri 6
Suri 7
Suri 8
Suri 9
update chapter
Suri 10
Suri 11
Suri 12
Suri 13
SURI 15
SURI 16
SURI 17
SURI 18
SURI 19
SURI 20
SURI ARISSA - iklan

Suri 14

3.8K 162 10
Von RaaNissa

Unconscious Love
( I need you to know ... us )

⚪⚪⚪

            MELANGKAH laju kaki, kembali menjejak tempat yang pernah menjadi tempat tidurnya selama tujuh bulan.

'' wei Haq tunggu lah! '' melaung suara Amran dari belakang. Boleh patah kakinya mengikut rentak laju Haq

Haq berhenti dan berpaling ke belakang, cuba menenangkan nafas tercunggapnya. Tapak tangan memaut bahu Amran yang sudah menghampirinya.

'' aku kena cepat, kejap lagi diorang nak lunch nak kena tunggu lama pula leceh. ''

Amran menarik nafas dan hembus. Semput. Dia melakukan perkara yang sama meletakan sebelah tangan atas bahu Haq.

'' kau ingat diorang kerja macam kita office hour sesuka hati je tinggal macam tu pergi lunch. Diorang ada shift lah, ikut turn nak pergi rehat. Bukan semua sekali boleh keluar. ''

Haq menarik nafas lega, terduduk dirinya di bangku kaki hospital. '' aah, aku lupa pula. '' dia bersandar penat. Penat berjalan laju.

Amran turut melabuhkan punggungnya di sebelah Haq. '' kau yakin ke dengan apa yang kau fikir ni? '' dia memandang Haq, perasaannya menjadi serba salah. Entah macam mana dia harus bagitahu Haq untuk tak meneruskan rancangannya ini.

Satu keluhan keluar dari mulutnya. Dia cuma nekad tapi keyakinan tu sendiri tak pasti. Nak berharap takut semuanya tak seperti yang dia harapkan. '' aku tak tahu tapi... ''

'' ....aku tahu jawapannya dekat sini, ''

'' macam mana kalau apa yang kau cari tu tak ada dan tak pernah wujud langsung? ''

Kepalanya menggeleng. '' aku yakin dengan apa yang aku rasa Am. '' Haq memandang Amran. '' aku tahu yang ada seseorang selalu bercakap dengan aku sepanjang aku koma. ''

Amran menarik nafas panjang. Gusar hatinya memikirkan. '' suka hati kau lah, tapi aku nak nasihatkan kau jangan terlalu berharap. ''

Haq bangun berdiri. '' sebab tu kita kena cepat jangan bagi aku simpan terlalu lama jom, '' bahu Amran di tepuk.


          TIGA kuntum bunga ros yang baru berganti yang baru, yang lama di buangkan dalam bakul berdekatan katil.

'' awak tahu tak kenapa saya selalu letak hanya tiga kuntum bungan ros? Bukan empat bukan lima. ''

Sekuntum bunga ros di ambil dan di cium. '' it's as replace for three words, and want you know thats three word? ''

Danial tarik kerusi seperti biasa dan duduk. Seperti biasa dia mengambil tangan Suri dan membawanya ke bibir. '' it's bring means for ... '' menyelak rambut Suri dan di letak sebelah telinga. '' ... i love you. I love you till my last breath, ''

'' Suri awak tahu kan sekarang more than seven month and you still here. Macam yang selalu saya cakap harapan tu sentiasa ada and i.... '' berat sekali nafasnya. Menunduk mukanya sebelum menatap kembali wajah pucat Suri.

'' ... i hope you'll last long___ beside me. ''

Danial bersandar pada kerusi. Walaupun umur Suri masih panjang dari jangkaan tapi keadaan Suri sangat lemah, lemah daripada dulu. Bila-bila masa saja Suri akan di jemput pulang.

Danial membawa tapak tangan meraup seleruh muka. Ya Allah aku memohon padaMu, Kau berilah dia perluang untuk hidup lebih lama lagi Ya Allah.



          '' MEMANG Suri yang tu lah selalu teman encik Haq masa encik koma dulu. ''

Rapuh dirinya, terasa longgar segala sendi. Amran memicik dahi, segala rahsia terbongkar. Tak sangka nurse di sini masih ingat pesakit yang koma selama tujuh bulan lebih.

Haq telan liur, tangannya mengenggam erat tepi kaunter hospital. '' dia... teman saya? ''

Nurse itu pantas angguk kepala.

Haq tarik nafas berat. Susah untuk dia hadam semua ni. Pertanda apa sebenarnya ini. Dia tak kenal gadis itu atau mungkin dia pernah kenal tapi dia tak ingat.

Ahh.. kusut!

'' boleh saya dapatkan phone number dia? ''

Dia perlu jumpa gadis tu dan perlu dapatkan kepastian tentang kecelaruan ini. Siapa dia?

Haq tersentap bila Amran menepuk bahunya. '' bro kau tak nak siasat dulu ke, ntah-ntah ni cuma kebetulan je. ''

Haq pantas menggeleng, mulutnya ternganga nak bersuara tapi tertutup semula bila nurse itu bersuara. '' encik tak silap memang cik Suri selalu jaga encik masa koma. ''

Amran mengetap gigi, cubaanya gagal lagi. Kepalanya ligat berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk menghalang Haq bertemu Suri.

'' kalau macam tu macam mana saya nak jumpa dia? Awak ada alamat dia? '' soalnya gelisah. Gelisah hati ingin bertemu dengan gadis yang sering muncul dalam mimpinya.

Nurse bername tag Aliza berkerut dahi. '' erk encik Haq tak tahu ye? ''

Giliran Haq pula berkerut dahi, bertemu kening dan kening. '' tahu apa? ''



           '' TAHU APA? ''

Danial diam di sebalik dinding, mendengar setiap perbualan Haq bersama nursenya. Matanya kaku tak berkelip.

Perlahan tapak kakinya beredar. Entah kenapa tapi hatinya tak senang. Kenapa Haq mencari Suri?

Jejari mula meramas antara satu sama lain. Keluhan perlahan terlepas. Kenapa mesti dia rasa resah begini? Adakah kerana dia terlalu mencintai Suri Arisaa?

Kalau ya sekali pun, dia sendiri tahu malah sesiapa saja akan tahu yang dia tak mungkin akan memilik Suri.

Kakinya di bawa menyusuri ke biliknya tapi langkahnya mati bila tapaknya berada betul di hadapan wad Suri. Satu lagi keluhan terlepas.

Dia melihat Suri yang terbaring melalui cermin tembus kecil di pintu. Pucat sahaja wajah itu, tiada lagi seri seperti dulu waktu kali pertama dia mengenali Suri.

'' i'm wrong. His come... '' tangan yang tersimpan dalam poket kot putihnya tergenggam kemas.

'' dia datang mencari awak Suri, ''



             TARIK nafas hembus dan diulang untuk beberapa kali lagi. Matanya terpaku sedang jantung berdegup laju.

Otak cuba memproses segala kenangan dan ingatan yang masih ada.

Blank.

Semuanya kabur. Tak ada satu pun yang dia ingat tentang gadis terbaring lemah ini. Matanya menatap lagi. Walaupun tidak ingat tapi jiwanya seakan terseksa.

'' siapa kau sebenarnya? '' keras suaranya kerana keliru dengan apa yang sedang dia lalui.

'' kalau kau seseorang dalam hidup aku, kenapa aku tak ingat langsung kau? '' masih lagi dia menyoal pada jasad yang terbaring lemah itu.

Haq mengenggam tepi katil. Hatinya berkecamuk, jiwanya seakan ingin memberontak bila apa yang cuba dia nak ingat tak dapat hanya kabur saja.

'' bangun. Bangun dan bagitahu aku siapa kau? Apa kenangan kita berdua? Macam mana kau kenal aku? Please! '' kuat dan kasar suaranya. Sudah berdiri dia menahan sabar hati.

Beeb!

Beeb!

Beeb!

Haq sentap. Tergamam melihat mesin penyambung hayat berbunyi kuat. Haq terundur ke belakang, matanya menatap bulat pada Suri.

'' apa aku dah buat? ''

Baru kakinya nak lari keluar tiba-tiba langkahnya di matikan, dia berpaling semula pada Suri. Dahi berkerut-berkerut cuba memproses sesuatu.

Mendengar mesin itu berbunyi dengan situasinya sekarang ia seakan...

.... dejavu,

Haq pergi melangkah menghampiri Suri. Butang putih di sebelah Suri di tekan dan sebelum itu

'' please don't leave, I need you to know me, to know... ''

Diam.

'' ... us? ''



Update.

Road to final yeay 🙌

Need vote and comment to next update

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1.5M 27.4K 60
β€’ COMPLETE β€’ Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. Hawa seorang gadis yang baik dan pemaaf...
888K 17.9K 31
Siti aisyah yang kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat workaholic dan jarang menemaninya di rumah kadang2 terasa juga hati seorang...
1.1M 29.6K 43
Akibat kejadian dia melanggar kereta lelaki itu,dia kini diulit sengsara. Untuk menyelamatkn maruahnya,dia perlu berkahwin dengan lelaki yang baru di...
2.2K 64 31
Bacalah jangan malu malu Nanti tak tahuπŸ˜‰ Dari author mu yang cantik lagi jelita lahh tibe wait wait wait.. ⚠️Note untuk semua readers nama account d...