Pilihan Hati Tuan Syed | Terb...

By CikMardiah

4.3M 64.4K 2.4K

2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Teaser 1
Teaser 2
Teaser 3
Teaser 4
Teaser 5
Teaser 6
Teaser 7
Teaser 8
Teaser 9
Teaser 10
Teaser 11
Teaser 12
Teaser 13
Teaser 14
Teaser 15
HIS KILLER SMILE | TERBIT
UPDATE

Bab 7

82K 3.6K 72
By CikMardiah

GARA-GARA serabut dengan desakan Datin Sri Sophea agar membawa pulang calon menantu keluarga ke rumah, Faliq mengambil keputusan untuk menginap di hotelnya sendiri. Dia membawa langkah D'La House. Tubuh langsung dihumban ke atas katil bersaiz queen itu. Nafas panjang dihela.

   Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya dengan Datin Sri Sophea sebentar tadi. Perbualan yang hampir-hampir mencetuskan perbalahan kecil di antara seorang ibu dan anak. Tak mahu perbalahan itu terus berlarutan, Faliq mengambil keputusan untuk bermalam di sini. Malas nak serabutkan fikiran yang sememangnya dah sedia serabut.

   "Faliq, bila lagi ni?" tiba-tiba Datin Sri Sophea menyoal saat kaki Faliq baru sahaja memijak anak tangga pertama. Terus dia menoleh memandang Datin Sri Sophea yang melangkah menghampirinya. Dahinya berlapis-lapis.

   "Bila lagi apa mummy?" soal Faliq, kembali.

   "Bila nak bawa calon menantu untuk mummy? Mummy dah tak boleh nak tunggu, Faliq. Kalau Faliq betul-betul tak ada calon, mummy ada. Mummy akan kenalkan dia dengan Faliq ya." jawab Datin Sri Sophea. Faliq sudah mengeluh kebosanan. Again?!

   "Mummy, are you serious? Faliq baru balik kerja kut dan mummy terus tanya soalan macam tu dekat Faliq. Mummy, Faliq dah cukup penat tahu tak?" balas Faliq diikuti keluhan panjang di belakang.

   "Mummy serius! Bila Faliq? Bila?"

Ya ampun, desperadonya mummy aku ni.

   "Mummy kenapa nak tergesa-gesa sangat ni? Kalau ada jodoh Faliq, ada lah tu. Lagipun, kan Faliq dah minta mummy bagi masa 2 bulan dekat Faliq untuk bawa balik bakal menantu dekat rumah ni. Kenapa tiba-tiba mummy desak Faliq macam ni?"

   "No, mummy tak boleh tunggu sampai 2 bulan. Rumah ni sunyi Faliq, sunyi! Mummy nak ada orang yang boleh temankan mummy dalam rumah ni."

   "Fatini kan ada. Daddy?"

   "Adik kamu tu keluar pagi balik tengah malam. Mana ada masa nak temankan mummy kat rumah ni! Sibuk dengan travel backpacker dia tu. Daddy? Dia tak habis-habis sibuk dengan business dia. Jarang nak ada dekat rumah ni," keluh Datin Sri Sophea.

Faliq merengus perlahan.

   "Later, mummy..."

   "Mummy arrange kan date dengan anak Datin Zaharah eh? Budak Fazira tu," bersinar-sinar mata Datin Sri Sophea saat melontarkan ayat itu. Faliq berdecit dulu.

   "No mummy... please lah. Mummy please don't do that okay? Jangan serabutkan Faliq lagi dengan benda-benda tu. Please." Faliq menukar arah melangkah menuju ke arah pintu keluar. Terpinga-pinga Datin Sri Sophea memandang Faliq yang menonong pergi.

   "Faliq nak pergi mana tu?!"

   "Faliq stay hotel malam ni. Bye!"

Daripada dia terus bertikam lidah dengan Datin Sri Sophea itu, adalah lebih baik kalau dia larikan diri sekejap. Datin Sri Sophea merengus. Kenapa degil sangat anak lelakinya ni? Sama degil dengan anak perempuannya Sharifah Fatini.

Faliq menyentuh perutnya yang tiba-tiba berkeroncong. Jam mewah yang terlilit kemas di pergelangan tangan kirinya itu dikerling. 10 malam dan dia belum dinner. Patut lah lapar. Terus tak menunggu lama, dia mencapai ganggang telefon di atas meja lampu. Angka nombor tiga didailnya.

   "Dinner untuk I. Hantar dekat tempat I, thanks!" terus Faliq putuskan talian. Dia bangun dari duduk lalu berlalu ke arah kamar mandi. Dia nak mandi, badan dah melekit-lekit.


JANNA menolak perlahan troli yang membawa makanan menuju ke D'La House. Geram juga dia bila disuruh menghantar makanan ke situ sedangkan ini bukan termasuk dalam skop tugasnya. Tetapi tugas pekerja dari Food & Beverage Department. Kenapa aku yang dari Housekeeping Department kena buat kerja-kerja ni? God! Kekurangan pekerja ke apa? Ke semua pakat curi tulang ni? Report kang baru tahu!

   Janna menekan loceng D'La House. Hampir sepuluh minit menunggu, Janna menolak pintu menggunakan kad akses. Kata Miss Zaida tadi, dia dibenarkan untuk masuk ke dalam D'La House itu setelah sepuluh minit menunggu. Janna meliarkan pandangan ke setiap sudut ruangan mewah itu. Sepuluh kali ganda besar dari rumah pak long. Bapak besar!

Janna telan liur apabila melihat susun atur dan perabot mewah di situ. Malas membuang masa, terus Janna serve hidangan makanan di atas meja makan bulat.

   "Macam mana you boleh masuk sini?" soalan Faliq yang tiba-tiba itu buat Janna melatah kecil. Mujur sahaja pinggan yang dipegangnya sudah diletakkan di atas meja. Kalau tidak memang dah terpelanting pinggan yang dipegangnya. Terus Janna menoleh memandang Faliq yang hanya menyarung bathrobe putih di tubuh. Sebelah tangannya menggosok kepala dengan tuala bersih.

What? Lelaki ni lagi?

Janna terdiam. Lidah terus terasa kelu untuk membalas. Terkejut sebenarnya!

   "I tanya you ni, macam mana you boleh masuk ke sini?" soal Faliq lagi seraya menapak menghampiri Janna yang diam statik tidak bergerak di meja makan bulat itu.

   "Errr saya... saya datang untuk serve makanan yang Syed Faliq minta tadi," jawab Janna terketar-ketar. Apatah lagi bila bebola mata lelaki itu bergerak-gerak merenungnya tajam bagai nak telan. Nak telan? Oh no! Jangan lah.

Mata Faliq terarah pada makanan yang sudah terhidang atas meja sebelum kembali memandang Janna di hadapan.

   "Kenapa you yang datang serve makanan ni? Siapa yang suruh you serve? Ini bukan kerja you," soal Faliq bertubi-tubi. Janna melawan pandang Faliq. Kenapa aku lemah dengan pandangan dia? Hey wake up Nadhratul Jannah! Kau sejak bila ni takut berhadapan dengan lelaki? Janna berdehem.

   "Saya tak tahu. Orang atasan yang suruh saya serve makanan jadi saya ikut aje lah. Lagipun saya memang tengah free sekarang ni," jawab Janna lagi. Faliq tayang muka tanpa senyuman lalu ditariknya kerusi sebelum dilabuhkan duduknya di situ. Dia mula membuka tudung yang menutup hidangan tersebut. Tangan mencapai garfu dan pisau. Perlahan-lahan Janna pusing tubuh untuk beredar dari situ.

   "Where are you going?" tiba-tiba Faliq menyoal sambil memotong daging panggang sehingga menjadi potongan kecil sebelum ditolak masuk ke dalam mulut.

   "Errr keluar lah. Takkan saya nak tengok Syed Faliq makan pulak?" balas Janna perlahan.

   "Duduk," arahan Faliq buat mata Janna terbuntang luas. Dia suruh aku buat apa tadi? Duduk? Duduk mana? Atas riba dia? Eh, tergatal pulak.

   "I suruh you duduk kan? Come, have a seat." Faliq menjuihkan bibir ke arah kerusi kayu yang terletak bertentangan dengannya. Janna telan liur seraya memandang pintu yang terbuka luas. Hesy ni kalau orang nampak ni boleh kena salah faham walaupun pintu terbuka seluas-luas alam.

   "What? You takut kena tangkap basah ke? Don't worry, ruangan ni ada CCTV. Kalau ada orang datang cekup, tunjuk aje rakaman CCTV tu dekat dia orang. In case kalau dia orang tak percaya. Come and have a seat," belum sempat Janna membalas, Faliq sudah bersuara dulu. Lambat-lambat Janna ambil duduk berhadapan Faliq yang sedang menjamah makanan. Dipandang wajah Faliq yang sedang makan. Makan pun handsome ya anak-anak. Hesy Janna, wake up!

Janna meliarkan pandangan ke sekeliling ruangan mewah itu untuk kesekian kalinya. Mewah betul. Kalau aku nak check-in masuk sini even untuk satu malam pun tak mampu weh. Boleh rabak purse aku! Hmm mimpi aje lah mampu Janna! Mimpi kan tak kena bayar. Free of charge.

   "So, macam mana kerja dekat sini?" soal Faliq tiba-tiba. Tajam Janna pandang Faliq di hadapan. Terakhir kali dia berempat mata dengan Faliq, beberapa minggu yang lepas. Disebabkan dia terlanggar tourist yang bernama Kevin.

   "Okey. So far so good," jawab Janna sedikit gementar. Oh chill Janna!

   "So, after 3 bulan you kat sini, you nak buat apa?" Faliq menyoal lagi. Janna terdiam. Macam mana dia tahu aku nak kerja sini cuma untuk 3 bulan aje? Siapa bagitahu dia?

Faliq senyum sinis.

   "Hotel ni I punya. So, I boleh dapatkan maklumat you dengan mudah." sambung Faliq apabila Janna mendiamkan diri.

   "Syed Faliq stalk saya?"

   "Can't I?"

Janna berdecit perlahan. Aku lupa yang dia ada kuasa dalam hotel ni. Macam-macam benda dia boleh dapat dengan hanya semudah petik jari. Janna pandang Faliq yang perlahan-lahan menghabiskan makanannya. Makanan pun hiasan aje lebih, memang cepat lah habis. Eh tapi kenyang ke? Kalau aku celah gigi aje tu.

Faliq menyapu perlahan pinggir bibirnya dengan sapu tangan kecil yang disediakan di tepi pinggan. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi memandang Janna di hadapan. Ada sesuatu yang menarik dalam diri Janna. Make me want to know her more!

   "Do you mind to have an ice-breaking session with me?" tajam Faliq pandang Janna sambil tangan naik memeluk tubuh.

   "Maksud Syed Faliq?"

   "I tahu you faham maksud I. Takkan lah bakal doktor gigi macam you lambat nak faham apa maksud I, kan?" Faliq jongket sebelah kening seraya ukir senyuman sinis. Janna telan liur. Dah kenapa dengan mamat ni tetiba nak berice-breaking dengan aku? Buang tebiat ke apa? Terus dia pandang jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan. Dah jam 11:15 malam.

   "Errr dah lewat ni Syed Faliq. Lain kali aje lah," Janna berura-ura mahu bangun namun suara tegas Faliq buat dia kembali henyak punggung pada kerusi.

   "Just sit there young lady! I'm asking you."

Janna pandang Faliq di hadapan. Dari kening, turun ke mata, hidung dan bibir. Okey too perfect!

   "I nak tahu pasal family you. Boleh share dengan I?" Faliq jongket sebelah kening. Berkerut-kerut dahi Janna.

   "Memang Syed Faliq patut ambil tahu ke pasal background family saya?" Janna jongket sebelah keningnya juga. Apa dia ingat aku tak boleh nak angkat kening macam dia jugak ke? Faliq senyum sikit.

   "Bila I tanya you, that means I patut tahu. So, tell me."

Janna cari nafas.

   "Saya anak tunggal. Parents saya dah tak ada, dah meninggal masa saya kecil lagi. And then saya tinggal dengan pak long dengan mak long saya sampai sekarang. Dia orang yang jaga saya," Janna menjawab, tenang. Faliq diam, menilik wajah bersih Janna. Cantik.

   "So, apa perancangan you lepas berhenti kerja dekat sini?"

   "Saya akan tunggu panggilan daripada mana-mana hospital atau klinik. Saya dah pun hantar form dekat dia orang thru online,"

Faliq menganggukkan kepalanya berkali-kali.

   "So, apa status you sekarang ni? Single? Engaged? Married? Widow?" soalan Faliq buat Janna tersentak. What? Soalan apakah ini? Dia nak try aku ke apa? Hesy Janna, mimpi lah kau! Kau dengan Syed Faliq ni ibarat langit dengan bumi, pipit dengan enggang.

Janna pandang Faliq lama sebelum dia membuka suara.

   "Someone lover."

Terjongket kening Faliq.

   "Really?"

   "Kenapa? Saya ni nampak macam tak laku ke?"

Faliq senyum sinis. Ya-ya-ya, dia memang suka senyum macam tu. Entah bila lah boleh nampak dia senyum ikhlas sikit?

   "I tak cakap apa-apa pun. Okey, you boleh kemas meja. I'm done. Thanks for your service," Faliq bangun dari duduk lalu bergerak menuju ke arah ruang tamu. Cepat-cepat Janna mengemas meja makan sebelum menolak troli meninggalkan ruangan mewah itu. Hati tiba-tiba rasa sesuatu. Ah, persetankan aje semuanya!


JANNA menyeluk tangannya di dalam kocek uniform lalu dikeluarkan telefon bimbit yang berdering. Nama Hakimi terpampang pada skrin telefon. Terus dia menggesek ibu jarinya pada skrin telefon.

    "Helo, abang." Janna menyapa.

   "Hey kiddo!" sapa Hakimi pula dihujung talian. Janna gelak kecil.

   "Ada apa abang call Janna lewat malam macam ni?" soal Janna, pelik. Dah pukul 12 malam pun abang sepupunya masih call dia. Minggu ni dia berkerja shift dari 10 malam sehingga 10 pagi, sebab tu lah dia masih berada di sini.

   "Saja, rindu." jawab Hakimi, pendek.

   "Pelik aje abang malam ni. Abang ada apa-apa masalah ke nak share dengan Janna?"

Diam. Kedengaran bunyi helaan nafas di corong telefon.

   "Nothing. Saja call Janna, rindu nak dengar suara." balas Hakimi, perlahan.

   "Seriously abang?"

   "Abang tengah serius ni, Janna."

Janna diam agak lama sebelum Hakimi kembali bersuara. Tersedar yang Janna mungkin tak selesa dengan tutur katanya.

   "Mak dengan abah abang macam mana? Dia orang sihat?" Hakimi mengubah topik perbualan. Cuti beberapa minggunya sudah tamat. Kini dia berada di Langkawi menyelesaikan beberapa urusan kerjanya di sana.

   "Alhamdulillah, dia orang sihat-sihat aje. Abang?"

   "I'm fine. Janna tengah kerja ke sekarang?"

   "Haah kerja. Boleh duduk relaks kejap ni sebab tak ada kerja sangat."

   "Kerja elok-elok. Abang tutup telefon dulu, take care. Nanti abang balik. Good night, assalamualaikum."

   "Waalaikumussalam."

Janna pandang skrin telefon sehingga lah ianya bertukar gelap. Dah kenapa dengan Abang Kimi ni? Something fishy! Ah, lantak lah. Tak ada kena mengena dengan aku pun heh.

Continue Reading

You'll Also Like

81.3K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
3.1M 30.9K 28
"Marry me " - Tengku Faiz Aryan "hah?." -Darmia Arissa "I said.marry.me" "tapi Saya tak kenal awak" "tapi saya cukup kenal awak miss Darmia Arissa." ...
3.8M 83.7K 66
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi...
1.6M 54.1K 74
Ini kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bah...