Hujan [Do Kyungsoo]

By kuchens

3.9K 408 106

Kenapa hujan? Hujan membawa dua erti; kesedihan atau ketenangan. Atau kesedihan dalam ketenangan... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Epilog
Bonus
Bonus II

Bab 8

235 25 4
By kuchens


Bulan berganti bulan. Keadaan mereka masih dingin tanpa bicara seperti orang asing yang tidak mengenali sesama sendiri. Hanya kerana seperkara yang diungkit. Tiada siapa pun yang pernah menyangka hari ini akan tiba jua. Tiba merubah hidup mereka. Sabar itu, ada batasnya.

Beg bagasi berisi pakaian Haera letakkan di muka pintu. Nafas dalam diambil dan dihembus sambil dia mengatur langkah kembali ke dalam kondominium yang dikongsi bersama Kyungsoo. Lelaki berkenaan berdiri di sisi kaunter dapur, membelakanginya.

"Kyung..soo." Haera menelan air liur perit apabila Kyungsoo memusingkan badan dan bertatapan dengannya.

Melihat raut Kyungsoo yang tenang, Haera terfikir kebarangkalian perasaan cinta terhadap dirinya mungkin sudah luput. Jika tidak, mengapa apabila dia hendak berangkat pergi, Kyungsoo hanya memaku dirinya dan tidak cuba menghalang? Tapi mengapa dia seakan berharapkan untuk Kyungsoo menghalangnya sedangkan dia yang mengambil keputusan ini?

"Soo.."

"Perlu ke kita buat macam ni..?" Perlahan suara Kyungsoo berbaur kecewa, melontarkan pertanyaan. Soalan yang menambah debar hati Haera.

"Soo.. kadang kala kita perlukan masa untuk bersendirian, kan? Untuk fikirkan semula tentang kita. Tengoklah keadaan kita sekarang. Kita dah macam orang asing. Saya tahu saya adalah punca kita jadi macam ni.. Dan sebab itu saya perlukan masa untuk bersendirian-"

Tanpa menunggu, Kyungsoo memeluk Haera erat. Matanya terpejam seakan cuba memberitahu isi hati yang dibaluti kesedihan. Perlahan-lahan Haera melingkari belakang leher Kyungsoo dan turut merangkul badan lelaki itu dengan kemas. Mereka tahu apa yang mereka rasakan sekarang tetapi ia terlalu perit dan sukar untuk diluahkan.

Sebaik pelukan terlerai, Haera segera menundukkan wajah dan menyeka air mata yang mengugut untuk membanjiri kolam mata.

"Awak akan tinggal dengan siapa nanti..?"

Suara berkenaan mengangkat wajah Haera kembali dengan senyuman tenang. "Dengan kawan saya."

Pasangan muda itu tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang bersarang di dalam hati kepada orang tua mereka. Fikir mereka, sudah cukuplah mereka menyusahkan orang tua mereka dengan perkara remeh. Mereka sudahpun bergelar dewasa dan masalah ini perlu diselesaikan dengan cara mereka sendiri. Sudah menjadi lumrah, setiap perkara pasti ada akibatnya.

Tangan hangat Kyungsoo digenggam tatkala mereka beriringan ke muka pintu. "Jaga diri awak, Do Kyungsoo. Selamat tinggal."

"Awak pun, Yoo Haera."

Gadis terbabit mula menarik beg bagasinya keluar dan beransur meninggalkan Kyungsoo yang berdiri kaku di pintu kondiminium mereka. Haera enggan menoleh lagi. Dia tahu hatinya juga tidak kuat untuk memandang wajah polos itu.

Sesungguhnya, cinta yang tidak kesampaian akan pudar mengikut peredaran masa. Mungkin sesudah itu, mereka akan bertemu kebahagiaan yang sebenar.

"Haera?"

Terkejut kecil Haera bila wajah Chanyeol muncul sebaik pintu lif terbuka. Chanyeol segera menggesa Haera untuk masuk. "Awak nak pergi mana dengan beg bagasi besar ni?" Seperti kebiasaan, dengan cerianya dia bertanya.

"Rumah kawan saya." jawab Haera dengan tenang beserta senyuman lemah. Wajah si tinggi lampai dipandang silih berganti dengan pintu lif yang tertutup.

Chanyeol terangguk-angguk, "Oh, nanti jangan lupa call or message saya tau." Jenaka sentiasa bermain di bibir Chanyeol yang sedikit sebanyak melegakan emosi Haera.

"Kat office pun kita jumpa jugak kan?"

"Tapi ia tak sama." Chanyeol tersenyum senget sekilas dan hilang apabila lif terbuka, memunculkan lobi kondominium. Serentak mereka keluar sambil beg bagasi Haera Chanyeol tolong bawakan walaupun si gadis menolak. "Hujan ni. Awak ada bawa payung tak?"

Haera memandang langit di sebalik dinding kaca. Jika Kyungsoo diibaratkan air hujan, maka mungkin Chanyeol adalah si pemayung. Si gadis hanya mendiamkan diri, membuatkan Chanyeol sedikit termangu.

Susuk seorang lelaki beserta payung turun daripada kereta dan berlari anak ke dalam bangunan. Bibir Haera beransur tersenyum pada jejaka itu yang menghampiri.

"Luhan." Haera memberikan pelukan ringkas.

"Kau pasti tentang benda ni, Haera?" Raut Luhan berkerut bimbang.

Gadis itu mengangguk lemah. "Nanti aku ceritakan pada kau. Jom pergi sebelum hujan makin lebat." Luhan hanya mengiakan dan membimbit bagasi Haera manakala si gadis itu menoleh pada Chanyeol sambil melambai kecil, "Jumpa esok kat pejabat." ucapnya sebelum berlari anak bersama Luhan ke kereta yang menunggu.

.

Kyungsoo berseorangan duduk di sofa, termenung jauh. Bertambah sunyi suasana kondominium itu bersama malam yang melarut. Mungkin ini terbaik untuk mereka. Mungkin dengan jauh terpisah, mereka dapat mendengar isi hati yang tersirat. Mencari jawapan yang akhir. Cincin perkahwinan yang tersarung di jari manis dilihat lama.

"Ke-kenapa kau pilih aku, Kyungsoo..? Kat luar sana ramai lagi perempuan yang boleh kau pilih." Suara Haera mula tersekat-sekat, masih tak dapat menghadam sepenuhnya kejutan yang Kyungsoo berikan. Kotak cincin di tangannya.

Bibir Kyungsoo melakar senyuman berbentuk hati. "Tak kira betapa ramai perempuan sekalipun, aku hanya sayangkan kau, Haera."

"Haera.."

Si gadis tersedar daripada angan. Matanya yang berpusat pada cincin perkahwinan di jari sejak dari tadi beralih pada wajah Luhan yang berdiri di hadapan.

"Kau dah makan belum? Kalau belum, mari makan." ajak lelaki itu dengan lembut. Tangannya dihulur sebelum dipaut Haera dan mereka berjalan menuju ke meja makan.

"Luhan.. takpe ke kalau aku tinggal kat sini untuk sementara?"

"Takpelah. Lagipun aku tinggal dengan adik perempuan aku je. Bilik kosong pun ada lagi tu. Cuma adik aku selalu pulang lewat. Tapi aku dah beritahu dia pasal kau dan she's okay about it."

"Thanks, Luhan.." Lega hatinya apabila Luhan berkata sebegitu. Dia bersyukur dapat memiliki seorang sahabat baik yang sentiasa ada di waktu naik dan jatuh hidupnya.

"Tapi janji dengan aku, yang kau akan balik semula ke kondominium kau dengan Kyungsoo."

Chopstick di tangan diletak lemah. "Ibu bapa aku dan dia inginkan cucu.. Jujur, aku tak pernah terfikir pasal benda ni.."

"Peliklah kau ni, Haera. Setiap pasangan suami isteri nak timang zuriat. Tapi kau? Apa masalah kau sebenarnya?"

"Bagaimana jika aku memang memperoleh anak dengan Kyungsoo nanti, tetapi perkahwinan ini tidak berkekalan? Apa gunanya jika masing-masing tidak bahagia? Aku tak mahu menanggung sebarang risiko."

"Kau suka pada seseorang kan? Sebab tu kau fikir macam tu."

"A-aku tak tahu, Luhan.." Haera tersandar pada kerusi dengan keluhan.

"Budak degil ni.. Perangai kau memang tak pernah berubah, Haera. Ramai perempuan yang masih mencari tetapi masih tidak menemui lelaki seperti Kyungsoo di dalam dunia ini. Kau seorang yang bertuah, Haera."

Luhan menggeleng kecil memandang Haera termenung jauh.

"Sekarang dengar, adakah lelaki yang kau suka itu, lebih baik daripada Kyungsoo? Layan kau lebih baik daripada Kyungsoo layan kau?"

"Dia.. layan aku macam kawan baik. Aku selesa berbual dengan dia. He's charming.."

"Itu bukan cinta. Kau hanya sukakan sikap dia saja sebab kau dan Kyungsoo jarang macam tu sekarang kan? Manusia berubah sikap bila dah matang, Haera. Walau betapa matangnya luaran, dalamnya aku tahu Kyungsoo masih Kyungsoo dulu yang kau sayang. Kita semua begitu. There's a child deep inside our soul."

Haera hanya menyimpan kata.

"Tanya diri kau, bolehkah kau hidup tanpa Kyungsoo di sisi kau? Yang selama ini menjadi tulang belakang kau. Boleh tak? Apa yang kau fikirkan hanyalah hakikat bahawa kau mengahwininya atas dasar persahabatan. Kau takut jika kau tidak lagi menemui lelaki seperti Kyungsoo. Sedangkan, kau tidak sedar, dia sebenarnya amat mencintai kau. Sebaik cincin tersarung di jari kau dan dia, cintanya hanyalah untuk kau. Aku nampak segalanya."

Riak gadis itu bertukar seribu. Hatinya lantas berdegup laju.

..

Kyungsoo tiba di pejabatnya awal daripada biasa. Langsung tak menyapa pekerja lain, lelaki terbabit terus saja mengatur langkah. Wajahnya dingin menebarkan aura tegang. Bomi hairan melihat kehadiran Kyungsoo pagi itu. Dia mengagak sesuatu pasti telah berlaku antara lelaki tersebut dengan Haera.

Setelah membetulkan skirt ketat dan baju yang dipakai, Bomi mengambil beberapa fail berisi kertas kerja untuk ditandatangan. Kasut tumit tingginya membuka langkah ke pejabat Kyungsoo.

"Masuk." arah Kyungsoo setelah pintu diketuk lembut. Matanya masih terlekat pada skrin komputer dan jarinya ligat menekan kekunci. "Ada apa?"

Bomi dengan adab meletakkan fail di tangan ke atas meja. "Saya perlukan tandatangan awak untuk-"

"Letak kat situ je. I'll do it later."

Tangan Bomi tersilang, menilai kelakuan dingin jejaka berkenaan. "Kenapa dengan awak, Kyungsoo?"

"Nothing."

Dari hadapan, Bomi berjalan ke sisi meja pula dan menghampiri Kyungsoo. Dengan gaya menggoda, dia duduk di lengan kerusi si lelaki. "Awak ada masalah kan? Of course dengan Haera kan?" Sinis Bomi tersenyum.

Tangan yang menjalar ke bahunya ditepis. Kyungsoo mendesis jengkel dan terus bangun untuk menghalau Bomi. "Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh beredar."

Dengan riak mengejek, Bomi turut berdiri. Selamba dia membetulkan kolar kemeja Kyungsoo dan tali leher yang tak diikat kemas. "You can tell me anything, Kyungsoo. I will do anything for you."

"I just want you to get out."

Bomi melingkari belakang leher lelaki berkenaan, seakan memprovok. "Even perkara yang Haera yang tak boleh lakukan dengan awak, Kyungsoo." Mata mereka bertatapan. Senyuman sinis kembali terlakar di bibir Bomi, menyampaikan maksud yang terpendam. 

Yang cukup difahami.

Continue Reading

You'll Also Like

10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
130K 3.9K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
26.7K 710 46
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :