Boboiboy - Power Of Elements...

By TheTigerWriter_02

14.5K 724 98

Cerita ini mengisahkan seorang elemental jahat telah terlepas dari penjara yang telah sekian lamanya terkurun... More

Its Time To Call Him
First Training
Golems Attack
The Curse
*Update*
Battle Of The Twins
Apocalypse
Power Of Elements (Part 1)
Power Of Elements (Part 2)
Epilogue
*Update* #2
*Update* 3

The Beginning

2.6K 110 3
By TheTigerWriter_02

Segalanya bermula pada zaman abad ke 14 di sebuah kampung di perdalaman Sabah. Di puncak sebuah bukit yang mempunyai tempat pusat latihan kuasa elemen yang terkenal pada zaman itu. Pusat latihan itu dibuka apabila Sfera Kuasa/Bola Kuasa generasi ke 2 telah menduduki di bumi dan memberikan kuasa elemen kepada kesemua penduduk kampung di tempat itu.

Pusat latihan elemen telah menjadi tempat pusat latihan paling berjaya kerana mempunyai murid yang teramai yang ingin mempelajari kuasa elemen asas seperti Tanah, Air, Angin dan Api. Tempat itu menjadi terkenal bertahun-tahun lamanya sehinggalah seorang murid lelaki sinior dan murid paling kuat di pusat latihan itu, yang bernama Kai. Dia terlalu tamakan kuasa sehinggalah dia berlajar jurus pengambil kuasa dan menggunakannya untuk merampas kuasa murid lain.

Dia telah mengambil kuasa hampir kesemua murid dan guru di pusat latihan tersebut dalam masa 2 bulan. Separuh daripada murid pusat latihan tersebut telah menarik diri daripada menyambung latihan mereka dan hampir kesemua guru berhenti daripada terus mengajar kerana bimbang kuasa mereka akan dirampas oleh Kai.

Sebulan kemudian, Kai telah semakin berani sehinggalah dia berdepan dengan pemilik pusat latihan tersebut atau dikenali sebagai Sifu Ryan, iaitu orang yang pertama mendapat kuasa elemen di kampung itu dan orang yang tertua di kampung itu kerana mempunyai usia yang sangat panjang sehingga mampu hidup selama berabad-abad. Mereka berlawan bermati-matian seperti tiada pengakhir bagi perlawanan epik itu. Tetapi Kai tidak berjaya menewaskan guru elemen terhebat itu.

Sifu Ryan telah penjarakan Kai dalam penjara yang diperbuat daripada 4 elemen asas iaitu Tanah,Api,Angin dan Air yang mustahil untuk ditembusi atau dimusnahkan. Dia telah dipenjarakan seumur hidup kerana telah melakukan kesalahan besar di pusat latihan elemen itu.

Sejak kejadian itu, murid di pusat latihan tersebut semakin berkurangan dan kemudian pusat latihan itu terus dilupakan dan kampung itu ditinggalkan. Berabad-abad lamanya Sifu Ryan menunggu murid baharu untuk mengajar mereka tetapi tiada seorang pun yang mahu menjadi anak muridnya sehinggalah pada tahun 2011 seorang budak perempuan berusia 7 tahun sanggup meredah hutan semata-mata mahu mempelajari kuasa elemen dan menaik taraf kuasanya yang berasal dari datuk moyangnya...

4 Tahun Kemudian

Di pagi yang cerah, Sifu Ryan berjalan bersama tongkatnya di sebuah koridor yang menghadap Gunung Kinabalu. Dia hanya memandang Gunung Tertinggi di Asia Tenggara itu sambil memikirkan sesuatu.

Satu-satunya anak murid perempuannya tidak menahan kerisauannya terhadap tok gurunya itu, kerana sejak dia menyertai latihan kuasa elemen itu 4 tahun lalu, Sifu Ryan tidak pernah senyum ataupun ketawa. Hanya selalu bersendirian dan jarang bercakap. Jadi dia pergi bercakap dengan Sifu Ryan.

-"Em...Sifu?"-Katanya

-"Ada apa Lisa?...dah pergi berlatih"- Balas Sifu Ryan

-"Dah...em...Sifu, kenapa Sifu selalu bersendirian?"-Tanya Lisa

-"Sifu cuma risaukan tentang Kai..."-

-"Kai?!...orang yang telah merampas kuasa kesemua murid di sini?!...bukan ke Sifu dah penjarakan dia di penjara 4 elemen?"- Kata Lisa dengan rasa tertekan

-"Ye, memang saya dah penjarakan dia beberapa abad yang lalu...tapi saya masih risaukan jika dia terlepas.."-

-"Tapi itu mustahil...dia dah berabad duduk di situ, mesti dia dah jadi tulang reput sekarang"-

-"Kan sebelum ini saya pernah cerita yang kami pernah berlawan?..."- Kata Sifu Ryan

-"Em...ye?"-

-"Semasa kami berlawan, dia pernah sempat mengambil sedikit kuasa saya..."-

-"Jadi...Kai..."-

-"Dia mempunyai hayat yang panjang seperti saya..."-

-"Tak apa, penjara itu mustahil ditembusi bukan?"- Kata Lisa

-"Dia penyerap kuasa...dia boleh serap apa sahaja kuasa dan dia boleh menyerap tenaga kamu juga..."- Kata Sifu Ryan sambil berjalan meninggalkan Lisa di belakang

-"Jadi...dia...boleh keluar dari sana bila-bila masa sahaja?"-Tanya Lisa

-"Bila-bila masa sahaja..."-Balas Sifu Ryan tampa memandang ke arah Lisa

Ini menyebabkan Lisa sudah menjadi ketakutan. Dia melihat tangannya sudah bergetar mendengar kata-kata tok gurunya itu...

Lisa : "Tak...tak mungkin...aku tak akan benarkan dia ambil kuasa aku..." Kata Lisa dalam hatinya

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 229 22
* Tak ada kaitan dengan novel sebelum ini. Seperti yang ramai orang tahu,Ali hanya mempunyai ayahnya,Ghazali sahaja sebagai keluarga. Tetapi,adakah k...
17.4K 1K 23
Sejak akhir2 ini,markas tempur-A selalu didatangi dengan power sfera hampir setiap hari. Ini membuatkan stesen tapops hairan. Mereka bercadang untuk...
1K 57 18
Baca la kalau nk Ini kisah BoBoiBoy dengan abang dia iaitu Elemental(iye la kan tak kan sape lagi) Buku cover bukan milik saya. Saya main ambik je...
48.7K 3.5K 85
selepas 2 tahun penyerangan niki terhadap dato othman ali telah menjadi seorang super ejen seperti ibunya ejen aliya. ali telah menyelesaikan kesemua...