Hanya Itu Pintaku

By Farisya_Natasha

11.1K 481 40

Terbitan Eksklusif PBAKL 2017 Terbitan : Karyaseni / Penulisan2u More

Cerita baru!!!
BAB 1 : HANYA ITU PINTAKU
BAB 2 : HANYA ITU PINTAKU
Terbitan Eksklusif sempena PBAKL 2017
BAB 4 : HANYA ITU PINTAKU

BAB 3 : HANYA ITU PINTAKU

1.1K 27 0
By Farisya_Natasha



BAB 3

Lama Aulia memandang mesej yang dititipkan oleh Eiman itu. Lelaki itu memberitahunya, tiket penerbangan ke Auckland sudahpun dibeli. Dan seperti yang Eiman katakan semalam, hujung minggu ini, lelaki itu dan Benjamin akan terbang ke Auckland.

Dua bulan tanpa bersua muka, merupakan perkara baru baginya. Selama mereka kenal, hampir setiap hari mereka berjumpa. Kadang-kadang, tanpa dijemput Eiman pun, dia sendiri datang ke Brews & Bites Café. Mungkin kerana itu, dia berat hati hendak melepaskan Eiman pergi.

Namun begitu, mesej Eiman segera dibalas.

Okay, good. Habis shooting Brews in Town ni, kita jumpa okey? Atau habis you kerja nanti? Your choice – Aulia

Tak sampai dua minit, WhatsAppnya kembali berbunyi.

Kali ni shooting kat Kali mana? I lupa you ada shooting BIT hari ni – Eiman

Dekat aje. Putrajaya – Aulia

Fuh! Ingatkan jauh tadi. Okay. Take care, sayang. Kita jumpa lepas I habis kerjalah. See you later – Eiman

Sebaik saja dia memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan, salah seorang krew memanggil namanya.

“Ya?”

“Dah ready?”

Aulia mengangguk. “Dah!”

Sebelum dia kembali memulakan penggambaran, wajahnya sempat ditata rias. Bibir cuba diukir dengan senyuman agar hatinya yang resah itu tidak kelihatan terpancar di wajahnya.

 ~~~

SEPERTI YANG dijanjikan, mereka berjumpa di One Utama. Tersenyum-senyum lelaki itu menantinya di hadapan Seoul Garden. Dia menyambut mesra senyuman Eiman itu. Memandangkan minggu ini, minggu terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.

“Demam apa ajak I makan kat tempat lain?” soal Aulia setelah berdiri di hadapan Eiman.

“I tahu you dah muak makan kat Brews & Bites Café.”

Lengan lelaki itu ditampar lembut. “Even I selalu makan kat sana, tapi you masak menu yang berbeza untuk I. Tak kanlah I muak makan kat situ?”

Eiman mengukir senyuman nipis. Jemari Aulia dicapai lalu disulam dengan jemarinya. “Tak adalah. I terliur nak makan kat sini. Nak buat sendiri, malas.”

“Sejak bila you malas dalam bab-bab nak masak ni?”

“Sejak hari ni kut. Saja… nak makan masakan orang lain pula.”

Aulia mencemik. “Macamlah kat sini tak masak sendiri.”

Eiman tergelak kecil. “I tahu.”

“Nasib baik you tak ajak Eid… I mean, Benji sekali,” ujar Aulia tanpa berkias. Dia mahu meluangkan masa bersama Eiman tanpa gangguan sesiapa pun. Termasuk Benjamin.

“I memang ada ajak dia tadi tapi dia menolak. Lagipun, dia nak gantikan shift malam ni.”

Aulia mengangguk lega. “Jomlah masuk. Perut I dah merengek minta isi. Sebab habis aje shooting BIT tadi, I terus balik rumah.”

Ketika mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu, Eiman menyambung bicaranya. “You tak makan banyak ke waktu shooting BIT tu?”

Perlahan kepala Aulia menggeleng. “I makan tapi tak banyak. Risau terlebih kenyang. You kan tahu, untuk satu episod tu, kita orang kena cuba tiga café. Macam yang I buat kat café you dulu. Dishes yang paling laku, tulah yang kami rasa.”

“Patutlah badan maintain.”

Mengherot bibir Aulia. Kata-kata Eiman itu seperti memperlinya. “Alah… orang tu pun sama aje. Jaga badan.”

“I pernah obese dulu. Daddy masak sedap sangat sampai I makan pun tak terkawal. Tapi I tengok, Benji elok aje. Makan banyak mana pun, badan dia macam tu juga. Untung sangat jadi dia. Kalau I tak kawal cara I makan, mungkin I akan jadi macam dulu. Sebab tu I kena jaga badan. Selain nak jadi macam orang lain, I nak jaga kesihatan juga. Sekurang-kurangnya.”

Ketika punggung mencecah kerusi dan badan bersandar santai, sepasang mata Aulia memandang wajah Eiman dengan kening yang berkerut.

“What?” soal Eiman setelah dia memesan Super TomYam Soup untuk mereka.

“You selalu bandingkan diri you dengan Benji, why Eiman? You’re just fine the way you are. Nothing less.”

“I don’t know. Mungkin sebab, he always gets what he wants.”

“Maksud you?”

“In many aspects… he always gets what he wants. I look up to him.” Ulang Eiman lagi.

Perjalanan hidup Benjamin, sangat teratur. Apa yang si abang cita-citakan, pasti tercapai. Manakala dia pula, terlalu banyak cabarannya. Atau mungkin, hanya dia yang merasa sebegitu?

“Tapi dia tetap tak ada girlfriend. Itu kekurangan dia. He may look perfect in many ways, tapi dia tak pandai nak handle perempuan. Tak tahu nak jaga hati orang lain.” Aulia cuba sedaya upaya mencari kekurangan Benjamin. Baginya, latar belakang sempurna tak menjamin sifat seseorang itu juga sempurna.

“Dulu dia pernah bercinta tapi putus dua atau tiga tahun lepas tak silap I. Perempuan tu tinggalkan dia sebab lelaki lain.”

“See! So, dia macam mana waktu tu? Frust tak?”

Eiman geleng kepala. “Biasa aje. Dia bagitahu yang dia dah putus dan dia buat kerja macam biasa.”

“Kadang-kadang I rasa, abang you tu macam tak ada perasaan,” luah Aulia jujur.

Eiman hanya tersenyum nipis. Mungkin Benjamin buat begitu, supaya hati yang terluka dulu, tak dilukai lagi. Mustahil si abang tak merasa sedih ditinggalkan begitu saja. Lagi-lagi disebabkan lelaki lain.

“Ah, dah-dah! Stop cakap pasal dia. I lapar,” sambung Aulia lagi saat terasa perutnya berbunyi.

Eiman yang melihat gelagat Aulia itu menggeleng-gelengkan kepala seraya ketawa kecil. “Pergilah ambil apa yang you nak. I tunggu kat sini.”

Tanpa berlengah, Aulia bergerak menuju ke ruang yang menempatkan pelbagai bahan mentah itu. Satu per satu dicuba. Apabila melihat meja mereka hampir penuh dengan bermacam-macam hidangan mentah, langkah Aulia terhenti.

“You rasa cukup ke tak ni?”

“Cukup. You duduk dulu. Kalau tak cukup, ambil lagi nanti,” tegah Eiman seraya menarik lengan Aulia untuk kembali duduk. Nafsu makan wanita itu, boleh tahan hebat juga.

“Kalau ada yang kenal you, mungkin terkejut tengok you makan banyak macam ni.” Sengaja Eiman mengusik Aulia begitu.

“I ni pengacara ‘ikan bilis’ aje. Siapalah yang kenal.”

“I dah kenal you waktu pertama kali kita jumpa. Sebab I selalu tengok you kat iklan tv. Cuma I tak tahu nama you aje.”

Tangan naik menongkat dagu. Mata Aulia mengecil memandang Eiman.

“Patutlah gugup terus waktu tu!”

Meletus tawa Eiman. Setiap kali mengenangkan kenangan itu, mereka tak habis-habis ketawa. Ah, indahnya kenangan itu. Sungguh! Dia tak menduga, akan dipertemukan dengan wanita yang selalu dilihatnya di kaca tv. Yang waktu itu, hatinya terdetik, cantiknya wanita itu.

“Tak apa. I bukannya pengacara. Yang pengacara tu gugup, apa kes?”

“Perli!” Aulia menjeling manja.

Tawa Eiman masih bersisa namun tangan pantas meletakkan daging yang sudah diperap itu keatas grill pan. Manakala bahan mentah seperti sotong, udang, bebola ikan dimasukkan ke dalam sup tomyam.

“Oh ya… adik you yang nak graduate ni, in culinary juga ke?”

“Tak. Dia aje yang tak ikut jejak daddy. Dia dalam bidang perubatan. Bakal jadi Pharmacist, Insya-Allah. Ni juga antara sebab kenapa mama setuju nak ke Auckland. Sebab Mina dapat scholarship kat sana. Kalau tak, mungkin mama tak setuju untuk daddy balik ke Auckland.”

Terangguk-angguk kepala Aulia. “I tengok Ermina tu cantik even dalam gambar.”

“Tengoklah siapa abang dia.”

Aulia buat muka meluat.

“Auckland waktu ni autumn, kan? You dah ada baju sejuk? Sweater?” soal Aulia sedikit risau. Walaupun di penghujung April, tetapi di Auckland masih musim luruh. Sikit masa lagi, nak ke musim sejuk.

“Dah ada, sayang. Janganlah risau. Lagipun kat Auckland tu kan kalau winter tak turun salji. Lainlah kalau I pergi ke South Island.”

“Tak kisah ada salji ke tak ada salji. Yang penting, you are prepared. You dah lama tak ke luar negara.”

Eiman tersenyum nipis. “Lama sangat. Paling latest pun, Perth. Itupun enam tahun lepas. Kalau Auckland ni, lagilah lama. Sepuluh tahun lepas tak silap I.”

“Tapi elok juga you balik ke Auckland tu… atuk dan nenek you dah tua. Sekurang-kurangnya you melawat mereka sebelum terjadi apa-apa kat mereka. Lupakanlah apa yang jadi dulu tu. Mungkin mereka fikir, bila dah revert tu, daddy you lupakan mereka. Tambahan lagi daddy you berhijrah terus ke Malaysia.”

Terdiam seketika Eiman apabila Aulia mengungkit tentang atuk dan neneknya. Bibir yang tadi tersenyum juga terus sirna. Hanya tangan yang bergerak menyalai daging.

“Tengoklah nanti macam mana. Kalau layanan mereka okey kat daddy, mama, Ermina… I akan terima mereka semula.”

Tersenyum bibir Aulia memandang Eiman. Dalam lembut bicara Eiman, tersembunyi hati yang keras.

“Terima-terima juga. Jangan nanti tak nak balik terus ke Malaysia.” Sengaja Aulia mengusik lelaki itu. Sekadar untuk menceriakan hati Eiman.

“Tak kanlah I nak biarkan girlfriend I yang cantik ni, tunggu I lama-lama kat Malaysia?”

“I pegang kata-kata you. Kalau I lama tunggu, siap you!” gertak Aulia namun disambut dengan tawa oleh Eiman.

“Balik dari Auckland nanti, I nak jumpa parents you,” beritahu Eiman. Dia ingin mengikat Aulia untuk menjadi tunangnya. Kalau boleh, nak jadikan sebagai isteri terus tapi dia tahu Aulia ingin mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu.

“Yang tu nanti I bagitahu mereka. I sempat bagitahu yang I tak balik weekend ni aje. Nak hantar you ke airport. Oh ya lupa! Abah kirim salam. Dia kata, elok-elok kat Auckland tu. Mata jangan liar sangat tengok minah saleh kat sana.” Di hujung kata, Aulia sempat ketawa. Sebab ayat terakhir tu bukan datang dari ayahnya tetapi dari dia sendiri.

Terangkat kening Eiman dipesan begitu. “Waalaikumsalam. Tapi ayat akhir sekali tu macam bukan abah you aje yang pesan.”

“Yang tu pesanan dari anak abah!”

Eiman ketawa. “Percayalah… you wanita pertama yang curi hati I. Tak kanlah I nak sia-siakan hubungan kita?”

“I gurau ajelah. I percayakan you.” Aulia kenyitkan sebelah matanya.

Meskipun baru setahun mengenali Eiman namun kepercayaannya terhadap lelaki itu sangat tinggi. Tidak ada sebab juga untuk dia meragui kesetiaan Eiman. Baginya, dunia Eiman di waktu pagi adalah di ruang dapur. Petang barulah mereka berkesempatan untuk berjumpa. Kadang-kadang, di hujung minggu pun Eiman bekerja. Kerana itu dia percayakan Eiman. Dia yakin, lelaki itu tidak ada masa pun nak berfoya-foya.

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 180K 39
Akibat perjodohan gila yang sudah direncakan oleh kedua orang tua, membuat dean dan alea terjerat status menjadi pasangan suami dan istri. Bisa menik...
493K 37.8K 34
"Tanggung jawab lo cowok miskin !!" - Kalka "B-baik, kamu tenang ya ? Saya bakal tanggung jawab" - Aksa
1.4M 19.9K 38
Karena kematian orang tuanya yang disebabkan oleh bibinya sendiri, membuat Rindu bertekad untuk membalas dendam pada wanita itu. Dia sengaja tinggal...
5.6M 69.1K 40
Cerita Dewasa! Warning 21+ Boy punya misi, setelah bertemu kembali dengan Baby ia berniat untuk membuat wanita itu bertekuk lutut padanya lalu setela...