Hipotesis Cinta

By greenypluto

107K 9.5K 1.6K

Dalam bercinta ni, ada tiga variable : 1)Manipulated variable - perasaan suka atau cinta? 2)Responding variab... More

1 - Rakyat Bergaduh
2 - Makhluk Baru
3 - Chipsmore Expired
4 - Shopping?
5 - Caring
6 - Samseng ke?
7 - Malu 7 Keturunan
8 - Peminat Misteri
9 - Semanis Kismis
10 - Perhitungan
11 - Pelawaan
12 - Booking
13 - Fighting
14 - Celup Kecepelup
15 - Keluar
16 - Kasut Roda
17 - Miang
18 - Tuan Puteri
19 - Hamba
20 - New Ship
21 - Jatuh Hati atau Jatuh Sakit?
22 - Cem-Bu-Ru?
23 - Cik Bawang Merah
24 - Ppopgi
25 - Terang Lagi Bersuluh
26 - Cabaran
27 - Suka ke?
28 - Pelik
29 - HELL-O
30 - Selamat Tinggal
31 - Memori Lama
32 - Pilihan Sukar
33 - Hati
34 - Part Time
35 - Pencuri
36 - Pembubaran Rahsia
38 - Dugaan
39 - Encik Tunang
40 - Gelap
41 - Kotak Hitam
42 - Kenapa?
43 - Rahsia Hati
44 - Resah

37 - Bersama Dia, Dan Bintang

1.5K 155 86
By greenypluto

"Apa ni?" soal Hanna. Keningnya bertaut.

Berkelip-kelip mata Hanna memandang sekuntum bunga mawar di depan matanya.


Hairan? Semestinya. Orang tengah syok termenung pasal masa depan, tiba-tiba ada bunga mencemar duli di depan mata. Mahu tak terkejut hormon adrenalin dia.

"Dah tahu, tanya lagi. Ini namanya tayar. Tayar tahu tayar? Fungsinya untuk ketuk kepala orang, tahu?" Shareez berloyar buruk. Seperti dulu, seronok mengenakan Hanna.

Berasap ekzos telinga Hanna mendengar ayat sarkastik Shareez. Dia duduk luar sebab nak ambil angin. Sejuk sikit angin waktu malam. Tapi bila datang je mamat ni, terus rasa nak naik angin. Haih, buat panas hati je!

"Ambillah bunga ni. Khas untuk kau," ujar Shareez.

"U-untuk sa-saya?!"

Sedaya upaya Hanna mengawal riak mukanya, cuba berlagak tenang. Walaupun dirasakan ada yang tak kena dengan Shareez, Hanna diamkan diri. Malas nak bersoal banyak.

"Thanks but no thanks. For your information, saya tak suka bunga. Awak bagi je la kat orang lain," Hanna menolak pemberian tersebut.

"Tak suka bunga? Kenapa? Why would you hate yourself?" Giliran kening Shareez pula bertaut.

"Yes. Saya tak suka bunga. It's a fact and no one can deny it. And for your information once again, I'm a human. Not a flower," bidas Hanna berbaur keperlian.

"For your information, you're a flower to me. It's a fact and no one can deny it. Now, just accept this flower and you will never regret it," ujar Shareez dengan penuh yakin. Seolah menjamin Hanna tidak akan menyesal menerima pemberiannya.

Lama Hanna pandang sekuntum bunga mawar yang malang itu. Malang kerana bakal bertuankan belia yang anti bunga dan sudah pasti tak reti nak jaga bunga.

"Okay."

Melebar senyuman Shareez. Berbunga-bunga hatinya kerana Hanna sudi menerima pemberiannya.

"Terima kasih," ucap Hanna ikhlas.

Dibelek-beleknya bunga mawar itu. Setidak-tidaknya, ada juga orang yang sudi memberi. Bukan senang nak memberi. Lagipun, memberi adalah lebih baik daripada menerima.

Takpe, bunga. InsyaAllah, umur kau akan panjang. Aku akan cuba tatang kau dengan air yang penuh ya.

"Jangan risau. Kasih kau, aku terima. Sentiasa." Shareez kenyit mata seraya dengan senyuman ekstra manis.

Dah menjelma dah dia punya aura ulat bulu. Hanna buat-buat tak dengar. Malas nak layan.

Lagi baik tatap bintang-bintang di langit. Mujur bintang malam ni ada banyak. Cantik-cantik pula tu. Sedap mata memandang. Rasa tenang je hatinya sebab setiap kali dia tatap bintang, pasti momen manis bersama arwah ibunya berlayar di minda.

Itu sajalah satu-satunya kenangan yang Hanna dapat ingat ketika bersama arwah ibunya. Yang lain semuanya samar-samar. Ingatan budak kecil manalah kuat untuk mengingati semuanya. Pemergian arwah ibunya terlalu drastik, iaitu saat Hanna berusia tiga tahun setengah.

Arwah ibunya tak berharta, jadi, tak ada benda yang dia tinggalkan untuk Hanna. Bagi Hanna, cukuplah sekadar memori manis bersama arwah ibu menjadi sesuatu paling bermakna dan berharga dalam hidupnya.

"Cantik sangat ke bintang-bintang tu sampai tak lepas mata kau pandang?" soal Shareez, diselitkan unsur sindiran.

Sebenarnya, dia saja je nak tarik perhatian Hanna.

"Cantik. Cantik sangat-sangat," balas Hanna. Mata masih menatap dada langit.

"Kalau awak nak tahu, dari kecil lagi saya suka tengok bintang tau."

Senyuman Hanna melebar. Seronok apabila teringat kembali zaman masa kecilnya.

Shareez menongkat dagu. Bersedia mendengar apa jua yang bakal dikatakan Hanna. Persis dulu dan tak berubah. Salah satu sebab yang menambat hati lelakinya iaitu Hanna yang selesa bercerita dengannya.

"Masa tu, saya fikir yang bintang ni, walaupun saiz dia kecil berbanding bulan tapi peranan dia besar tau. Cahaya bintang yang sikit tu la dah cukup buatkan seseorang tu rasa gembira, tenang dan... dah cukup buatkan langit yang gelap jadi terang waktu malam," cerita Hanna panjang lebar.

Shareez senyum nipis. Tahu. Dia tahu Hanna suka melihat bintang. Mana mungkin dia lupa wajah bahagia Hanna saat melihat bintang bersamanya suatu ketika dulu. Dan sekarang, momen itu seolah bermain semula.

"Tapi kau tahu tak... Bintang-bintang tu sebenarnya planet-planet yang dah mati?" Sengaja Shareez menduga.

Hanna angguk. "Tahu."

"Dan bentuk bintang sebenarnya bukan bentuk bintang yang ada lima hujung tajam macam Patrick Star," sambung Shareez.

"Tahu." Hanna angguk lagi. Mata masih statik pada dada langit.

"Kebenaran memang menyakitkan, kan? Takpe takpe. Aku faham," ujar Shareez berbaur gurauan.

"No, no. That's not the issue. Bagi saya, bila kita betul-betul suka sesuatu atau seseorang, kita takkan tengok kekurangan dia tapi cuma tengok kelebihan dia je. Macam semua bintang ni la. How their presence light up the sky, how they bring happiness to people and so on. Expectation is not the same as reality. Tapi ramai yang akan still in awe bila tengok bintang walaupun dah tahu bintang tu semua cumalah planet yang dah mati," Hanna bagi pendapat berjela-jela. Puas hati meluahkan apa yang ada.

"Interesting. You amazed me in another way," komen Shareez.

Tidak faham dengan kata-kata Shareez, Hanna mengerutkan dahinya.

"Tak faham, takpe. Aku faham. Jadi, kau tak perlu faham. Faham? Okaylah! Giliran aku pula nak bercerita."

Bertambah berselirat wayar otak Hanna dibuatnya. Apa benda lelaki itu melalut? Ah, malaslah dia nak faham. Buang masa. Baik dia masuk dalam, tidur awal dan mimpi indah. Ada pekdah juga.

Namun belum sempat Hanna atur langkah pertama, tangkas Shareez menghalangnya.

"Hanna, nantilah dulu. Kan aku dah cakap sekarang ni giliran aku pula bercerita? Come on. Bagilah aku peluang. I need someone to be my good listener and I know you're the one."

Terasa nak pecah dadanya kerana detakan jantung Hanna yang menggila secara mendadak. Jarak antara dia dan Shareez tika ini sangat dekat sehinggakan dia terbau haruman lelaki yang dipakai oleh Shareez. Wangi dan tiada bau alkohol. Haruman yang tak menyakitkan hidung, malah menenangkan hati.

Sebelum dia hanyut, cepat-cepat Hanna kembali ke dunia realiti.

"O-okay," Hanna akur. Pantas dia melabuhkan punggung semula bagi menjauhkan diri daripada Shareez. Lengan baju sweater diregangkan, menutup pipi yang sudah bertukar merah.

Shareez tersenyum, meraikan kemenangannya. Senang pula pujuk Hanna kali ini. Tak perlulah dia pakai taktik mengugut seperti selalu. Tapi... Macam ada benda tak kena je. Hmm. Apa dia, eh?

Aha! Baru dia perasan sesuatu. Makin melebar senyuman Shareez hingga ke telinga.

"Are you blushing?"

"Ma-mana ada! Saya cu-cuma rasa sejuk. Tu je," laju Hanna menafikan pertanyaan Shareez. Terus ditutup seluruh mukanya. Tak sanggup pandang mata dan senyuman sakat Shareez. Malu tujuh keturunan weh!

"Obviously, you are blushing."

"Mana ada!"

"Ada."

"Eii, mana ada!"

"Eeii, ada."

"Mana ada!"

"Ada."

"I told you, I'm not!"

"Yes, you are blushing, Hanna." Tak putus asa Shareez menyakat Hanna lagi. Entah kenapa aura 'suka mengusik Hanna' makin kuat sejak akhir-akhir ini.

Mengulang kembali nostalgia dulu, mungkin.

Yang jelasnya, Shareez berharap hubungan dia dan Hanna akan jernih seperti dulu.

Atau, naik ke peringkat seterusnya?

🎂🎂🎂

"Wati! Oh, Wati! Wati!" seru Datin Rozita sebaik sahaja tiba di tingkat bawah.

Mata dililaukan ke sekeliling. Sunyi semacam suasana di ruang tamu.

Hairan. Mana pergi semua orang gaji dalam rumah ni? Tak buat kerja ke? Bila aku takde je, mesti duk bergoyang kaki senang lenang. Sajalah tu nak makan gaji buta! Dasar orang gaji betul! omelnya dalam hati.

Datin Rozita menyeru lagi nama Kak Wati.

"Orang gaji aku ni dah pekak ke apa? Aku panggil banyak kali, buat tak dengar je. Hesh, pagi-pagi lagi nak buat aku panas!" bebelnya geram seraya menapak ke ruang makan.

"Wati! Hoi, kau tak dengar ke aku panggil kau ni?! Wati, mana kau? Wati!" Kali ini dinaikkan oktaf suaranya.

"Ya saya, Datin!" sahut Kak Wati. Kelam-kabut dia berlari mendapatkan Datin Rozita di ruang makan. Gundah gulana hatinya saat memandang wajah gerun wanita itu. Pasti mahu menengkingnya. Bersedialah wahai diri!

Selamatkan aku, ya Allah. Sejukkanlah hati Datin Rozita. Mintak-mintaklah aku tak kena buang kerja. Amin! Sempat lagi Kak Wati berdoa dalam hati.

Bercekak pinggang Datin Rozita serentak matanya mencerlung tajam orang gaji di depannya sekarang.

"Kau tahu tak berapa kali dah aku jerit nama kau? Sampai naik sakit tekak aku! Boleh pulak kau buat-buat tak dengar, ya? Kau memang nak aku betul-betul berhentikan kau ke?"

Suara Datin Rozita yang memetir serta-merta membuatkan mata Kak Wati pejam celik, menahan keperitan gelombang suara yang dahsyat itu. Mahu berdarah telinganya mendengar. Tahan je la, Wati. Nasib kaulah dapat majikan macam ni.

"Be-betul, Datin! Saya memang betul-betul tak dengar. Sa-saya tengah ba-basuh baju kat belakang tadi. Tu yang tak dengar Datin panggil," jelas Kak Wati.

Menunduk Kak Wati. Tak sanggup dia nak angkat muka pandang wajah bengis Datin Rozita.

"Kalau sekali dua, takpelah jugak. Ini nak dekat sepuluh kali aku panggil. Bukan main pekak lagi kau eh! Aku pecat karang, baru padan muka!" tengking Datin Rozita lagi.

"Ma-maafkan saya. Tolonglah, Datin. To-Tolonglah jangan pecat saya. Ini je la sumber rezeki yang saya ada untuk sara saya sekeluarga. Maafkan saya, Datin. Saya janji, saya akan lebih peka lagi lepas ni. Tolong jangan pecat saya, Datin. Tolonglah," rayu Kak Wati sungguh-sungguh.

Kalau perlu dia melutut, jujur dia sanggup. Asalkan tak dipecat. Wajah demi wajah anak-anaknya terlayar di minda. Tak sanggup Kak Wati membayangkan anak-anaknya terpaksa hidup susah disebabkan dia.

"Okay, fine! Boleh. Aku boleh maafkan kau dan aku tak akan pecat kau memandangkan kau pun dah lama kerja kat sini. Tapi... Dengan satu syarat."

Seulas senyuman penuh makna terukir. Dipandang Kak Wati lama.

"A-apa syaratnya, Datin?"

Sebotol kecil diseluk dari beg tangan mahalnya berjenama Prada.

"Ni. Kau ambil ni dan tuang dalam air kopi yang Dato' biasa minum tu. Dua titik pun dah cukup dah," terang Datin Rozita.

Botol kecil itu beralih tangan. Berkerut dahi Kak Wati ketika dibelek-beleknya botol tersebut. Banyak tulisan bahasa Inggeris yang sudah tentu dia tak dapat fahaminya. Maklumlah, belajar takat darjah enam je.

"Apa benda ni, Datin?" tanya Kak Wati.

"Ubat."

Terbeliak besar mata Kak Wati. "U-ubat? Kenapa? Dato' sakit ke?"

"Haah. Kalau boleh, dia tak nak ada sesiapa tahu yang dia sakit. So, kau jangan nak mengada-ngada pergi bocorkan hal ni kat orang lain."

Kak Wati angguk, faham dengan arahan majikannya.

"Tapi... Dato' sakit apa, Datin? Teruk tak?" soalnya lagi.

"Sakit... Alah kalau aku bagitahu kau, bukannya kau tahu pun pasal penyakit tu. Tak payahlah kau nak risau. Tak teruk pun sakit Dato' tu. Selagi dia minum ubat, tak teruklah sakit dia nanti." Sempat Datin Rozita menjeling di belakang Kak Wati yang sedang sibuk buat air.

Banyak soal betullah orang gaji aku ni. Buat je la kerja tu, tak payah nak banyak soal sangat. Sibuk pulak nak jaga tepi kain orang. Ish! desis hatinya.

"Berapa kali sehari Dato' kena minum ubat tu?"

"Tak payah kira berapa kali sehari. Setiap hari Dato' minum kopi so kalau Dato' mintak kau buatkan kopi, kau tuang je la ubat tu. Dah, jangan banyak tanya lagi. Aku dah lambat nak pergi meeting ni," ujar Datin Rozita kasar. Malas nak melayan orang yang tak setaraf dengannya. Buang masa dan tenaga je.

"Hah, lagi satu. Kalau Dato' ada mengadu sakit kepala lepas minum, itu cuma kesan sampingan ubat tu. Kejap je, tak lama pun. Kau suruh dia naik atas, tidur. Ingat! Hal ni, hanya kau dengan aku je yang tahu. Kalau kau bocorkan hal ni kat orang lain, aku takkan teragak-agak pecat kau terus. Faham?"

Bercekak pinggang Datin Rozita, menayangkan wajah garangnya. Biar orang gajinya itu ikut setiap arahan yang diberi.

Rancangan kali ini tak boleh gagal. Andainya gagal, habislah usaha dia selama ini. Sia-sia saja dia bersabar dan menunggu lebih daripada 15 tahun. Dan kali ini, dia tak boleh bersabar lagi.

Apatah lagi apabila rakan subahatnya mengugut untuk membunuhnya minggu lepas. Akan tetapi, dia tidak mahu membuat tindakan drastik. Takut sekiranya ada pihak dapat menghidu perbuatannya. Kerana itu, dia buat secara perlahan-lahan.

Dia ingin lihat satu persatu nyawa diambil secara perlahan-lahan. Dia ingin lihat kematian demi kematian dan keseksaan demi keseksaan mengikut giliran.

Biar hati dan jiwanya lega. Biar dendam yang tersemat dilunaskan secara tunai. Biar matlamat yang satu itu dapat dicapai.

"Fa-faham, Datin."

🍟🍟🍟

"Kenapa ni? Tuan ada masalah ke?" Hanna beranikan diri bertanya. Musykil kerana suasana antara mereka tidak seriuh seperti semalam. Hambar.

Sedari tadi, Shareez mendiamkan diri. Hanya termenung ke arah rumput yang tidak kelihatan pada waktu malam. Mungkin ada masalah di tempat kerja kut, fikir Hanna. Ada baiknya aku masuk dalam daripada kacau dia. Karang tak pasal-pasal dia mengamuk, lepaskan marah kat aku pula.

"Saya masuk dulu, Tuan Muda. Ada kerja sikit nak di-"

Baru Hanna mahu habiskan ayat terakhir, Shareez bersuara.

"Duduk," arahnya keras.

Mendengarkan suara Shareez yang dingin dan beku, laju Hanna duduk semula. Habis kecut segala salur darah di dalam badannya. Takutlah weh, gila tak takut.

"Aku ada benda nak cakap."

Layankan saja, Hanna kalau tak nak kena tengking. "O-okay."

Begitulah Shareez Haikal yang Hanna kenal. Dari dulu sehingga sekarang, tak pernah berubah. Kadang okay, kadang tak. Tiba-tiba moody, tiba-tiba dah okay balik. Shareez yang tak terjangka perangainya. Misteri dan suka berahsia orangnya. Betullah Shareez memang alien sesat dari planet apa entah. Pelik.

Selama kerja di rumah istana ini pun, banyak pemerhatian yang Hanna buat tentang Shareez. Lelaki itu jarang sekali bercakap dengan sesiapa. Walaupun dengan Dato' dan Datin, ayah kandung dan ibu tirinya.

Setiap kali waktu makan malam bersama-sama ketika hujung minggu, kadang-kadang Shareez tak bersuara langsung. Makan, minum, lepas tu terus naik atas, terperap dalam bilik. Pergi kerja, balik kerja lepas tu terus masuk bilik. Sebiji macam robot. Robot yang anti-sosial.

Juga setiap kali Dato' Hamid buka topik tentang perkembangan syarikat dan soal bisnes. Berpatah-patah Dato' tanya, sepatah saja yang dijawab Shareez. Robot tak bertauliah punya anak, ish ish tak patut betul. Hanna mengomen dalam hati.

Apa yang Hanna mampu fikir, mungkin cuma perang dingin. Ataupun, hubungan Shareez dengan keluarganya memang tak berapa nak baik. Ataupun, perangai Shareez memang semula jadi dingin sejak lahir. Entahlah. Banyak sangat kemungkinan.

"Jadi... Ada apa-apa benda Tuan nak cakap?" tanya Hanna janggal, memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Ada. Banyak. Banyak sangat. And I hope you'll be my the only one good listener," Shareez bersuara setelah sekian berdiam diri.

"InsyaAllah." Hanna senyum nipis.

"Kau mesti dah tahu yang Datin tu sebenarnya mak tiri aku. Kan?" teka Shareez.

Walaupun hairan dengan soalan pelik itu, Hanna anggukkan saja. "Hmm, tahu. Kenapa?"

"Well... For your information, aku ni Cinderella versi lelaki. Will you be my Princess Charming?" Shareez cuba bergurau. Sengaja mahu menaikkan suasana antara mereka berdua.

"Well... Saya lebih sudi jadi kereta labu untuk Tuan Muda. How about that? Takpun, kasut kaca?"

Dan ternyata tanpa disangka, gurauannya bersambut. Shareez ketawa lepas, terhibur dengan kata-kata Hanna.

Hanna pula menjeling tajam Shareez yang sedang puas bantai gelak. Seriuslah mamat ni tak faham ke yang aku ni tengah perli dia? Apa dia fikir aku buat lawak antarabangsa?

"Kalau Tuan Muda merapu lagi, seriously, saya takkan teragak-agak pergi dari sini. Lantaklah Tuan cakap seorang-seorang dengan pokok mangga sana tu," Hanna bagi amaran, berura-ura mahu beredar.

"Okay, okay! Tak buat dah, heheh. Orang nak gurau sikit pun tak boleh. Kau tahu tak kau nampak comel gila bila kau marah? Boleh rosak jantung aku tau. Berdegup laju sangat sebab kau punya pasal. Marahlah lagi. Aku tak kesah. Bolehlah aku tidur lena malam ni sebab dapat lepas rindu."

Saat itu hati Hanna seolah direntap kuat. Terkejut, terkedu tak terkata. Biar betul apa yang aku baru dengar ni? Hanna toleh pandangan ke sebelah kanan dan tanpa disangka, anak matanya bertemu dengan anak mata Shareez. Tepat.

"Ya, aku rindukan kau. Kenapa? Tak percaya?"

Tak mampu menentang mata Shareez lagi, Hanna tunduk sebagai tanda mengalah. Belum cukup bersedia untuk menerima kenyataan. Itu yang dia rasakan tika ini. Sekiranya dia percaya pun, apa gunanya? Semuanya sudah terlambat.

"Aku nak kita macam dulu balik. Kalau boleh, aku tak nak kau rasa tak selesa bila dengan aku. Itu je," ujar Shareez walaupun hakikatnya, bukan itu yang dia mahukan.

Dia mahukan hubungan mereka lebih daripada itu, ke peringkat seterusnya. Tapi dia takut Hanna akan bertindak menjauhkan diri daripadanya. Bertambah keruhlah keadaan nanti.

Jangan terburu-buru, Shareez. Sabar. Dia pujuk hatinya.

Hanna hela nafas berat sebelum bersuara. "Maaf, Tuan Muda. Saya rasa sa-"

"Okay, jom pergi balik pada topik asal aku tadi."

Shareez berdehem sekejap, membetulkan kotak suara.

Terkebil-kebil Hanna dibuatnya. Laju betul Shareez potong kata-katanya.

"Pasal mak tiri aku tu... Aku cuma nak kau hati-hati dengan dia. Kalau dia ada suruh kau buat apa-apa, terus bagitahu aku. Jangan pulak kau main ikut je apa yang dia suruh kau buat," Shareez beri amaran. Harap-haraplah ibu tirinya, Datin Sofya tak akan libatkan Hanna dalam rancangannya.

"Contoh apa-apa tu, apa?" Tak dapat Hanna fikirkan point yang itu.

"You will know soon. Apa yang penting sekarang, kau kena dengar cakap aku seorang je kat dalam rumah ni. Jangan percayakan sesiapa selain aku dan jangan degil. Faham?" soal Shareez, inginkan kepastian.

Pantas Hanna mengangkat tangan kanan, nak tanya soalan.

"Hmm. Bahagian mana yang kau tak faham?" Shareez layankan saja telatah comel Hanna. Siap angkat tangan lagi nak tanya soalan. Kenapalah buah hati kau comel sangat, Shareez? Haih, habis jahanam jantung aku berdebar laju sangat.

"Fir? Macam mana dengan Fir? Saya tak boleh percaya dia jugak ke, Tuan?" tanya Hanna.

Hampir tergelak Shareez saat mendengar soalan Hanna. Dirasakannya agak kelakar tapi agak relevan juga.

"Kalau kau rasa dia betul-betul kawan sejati kau, percaya je la," jawab Shareez mudah.

"Em, okay." Hanna angguk. Jelas sudah satu persoalan.

Suasana mula berubah sunyi semula. Masing-masing layan perasaan masing-masing.

Hanna tenggelam dalam dunia yang dipenuhi persoalan tentang semua kata-kata Shareez tadi. Bukan soal Shareez tapi tentang Datin Sofya. Juga tentang botol racun yang Fir jumpa tempoh hari di dalam almari Datin Sofya. Sejahat itukah sisi sebenar Datin Sofya? Dan juga, apa sebab Shareez bersikap dingin terhadap seluruh isi rumah? Mungkin Datin Sofya puncanya?

Entahlah. Tak mampu Hanna fikirkan lagi. Terlalu banyak rahsia tersingkap di rumah istana itu. Shareez pula sangat perahsia orangnya. Mana mungkin dia akan ceritakan tentang Datin Sofya. Apapun, Hanna tak mahu cepat membuat andaian. Takut tekaannya salah, kena terima padah pula di kemudian hari.

"Hanna," perlahan suara Shareez memanggil.

Sempat Shareez mengeluh dalam hati. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Patut ke dia tahu perkara sebenar?

"Walau apa terjadi sekalipun, kau tetap percayakan aku tak?" soal Shareez.

Lama Hanna pandang wajah serius Shareez. Hmm, kenapa cepumas semacam je soalan Shareez kali ni? Ada perkara tak elok dah jadi pada lelaki itu ke? Namun sebelum Hanna hanyut bersangka yang bukan-bukan, cepat-cepat dia berfikir positif. Tapi untuk soalan tu, emm, nak jawab apa eh?

"Mestilah saya percaya," balas Hanna ceria.

"Sebab?" soalnya lagi. Sengaja menguji.

Ah, sudah. Mati aku weh. Sumpah Hanna buntu nak goreng jawapan apa. Tapi jujur, entah kenapa dia jawab dia percaya. Mungkin kerana hatinya sendiri sudah disetkan untuk percayakan lelaki itu.

"Sebab... Tuan Muda majikan saya?" Tak yakin, tapi itulah jawapan yang terpacul dari mulut Hanna.

Terhibur dengan alasan Hanna, Shareez senyum lebar tapi belum sampai tahap ketawa.

"So... Kalau orang lain, orang yang jahat jadi majikan kau, kau percayakan dia jugaklah? Macam tu?" duga Shareez, saja mahu membahan Hanna.

Masam mencuka wajah Hanna. Terkena sudah. Hesh, agak-agak ah. Takkanlah kritikal sampai macam tu sekali? Aku ni bukan spesies yang senang-senang je nak percayakan orang. Ada kuotanya, okay. Memang otak putus tiga wayarlah kalau percayakan majikan yang jahat.

"Baguslah kalau kau percayakan aku," luah Shareez. Lega sikit hatinya buat masa sekarang.

Walaupun tak berapa faham kenapa Shareez cakap sebegitu, Hanna anggukkan saja. Malas nak banyak bersoal. Yang penting sekarang, giliran Shareez pula kena jawab persoalan dia.

"Saya nak tanya sikit ni, Tuan Muda. Datin Sofya tu... Err... Kenapa Tuan macam tak suka dia eh?" Takut-takut Hanna ajukan soalannya.

Terukir sekejap senyuman sinis Shareez sebelum menghilang. Bukan tak suka je, Hanna, tapi aku benci dia kuasa tiga.

"Kau tahu tak macam mana perangai mak tiri Cinderella?" Shareez manipulasi soalan Hanna dengan soalannya.

"Tahu. Jahat, gedik, hipokrit, tamak, dan-"

"Macam tu jugak la perangai sebenar mak tiri aku tu. Sebijik gila. Tak payah cakaplah betapa 'suka'nya aku kat dia," beritahu Shareez. Wajahnya sikitpun tidak menunjukkan sebarang ekspresi.

"Wow. Ingatkan dalam dongeng je ada, rupanya dalam realiti pun wujud lagi spesies mak tiri Cinderella," ujar Hanna bagaikan tidak percaya. Betul ke ini realiti atau dongeng semata-mata?

"Kau pun ada mak tiri kan?" Shareez ingat lagi Hanna pernah beritahunya suatu ketika dulu.

"Ada. Tapi tak pernah jumpa," cerita Hanna.

"Berharap nak jumpa tak?" Shareez angkat kening sambil tayang sengih.

Hanna ketawa halus.

"Tak terfikir pulak nak berharap. Tapi rasanya takkan jumpa kut. Yelah... Dia kerja besar, mesti sibuk setiap masa. Samalah macam ayah saya. Sentiasa sibuk, mana pernah ada masa nak jenguk saya dengan Abang Hairul kat sini. Tapi saya dikira nasib baik jugaklah because at least, dia masih jalankan tanggungjawab dia bagi nafkah kat kitaorang. And, sedar tak sedar, saya dapat belajar hidup berdikari dengan Abang Hairul even without our parents," berjela Hanna membuka kisah hidupnya.

Dalam diam, Shareez kagum dengan Hanna kerana walaupun jalan cerita hidupnya berliku, personaliti Hanna yang ceria tak pernah padam. Spontan bibir Shareez melukis senyuman kecil.

"Takpe. Nanti kita kahwin, aku bawa kau pergi honeymoon sana. Boleh jugak aku kenal-kenal dengan ayah mertua aku," kata Shareez disertai sengihan nakalnya.

Tahu yang Shareez cuma bergurau, Hanna mencebik bibir. Nak bergurau pun agak-agaklah. Melampaui batas dah tu. Apa dia ingat kahwin tu macam main kahwin-kahwin masa kecik tu ke?

"Pftt. Merepeklah Tuan ni. Kita mana ada apa-apa, nak kahwin apanya? Tuan demam eh?"

"Em, memang aku demam pun. Demam rindu," luah Shareez, bernada serius.

"Dah tu? Pergilah cari ubat. Saya tengok ubat kat almari dapur tu ada berlambak gila kut," beritahu Hanna.

"Buat apa aku nak kena pergi cari ubat jauh-jauh? Kat sebelah aku ni pun dah cukup buatkan demam rindu aku kebah," balas Shareez selamba tanpa berlapis. Entah kenapa malam ini hatinya seolah-olah mahu meluahkan semua perasaan sebenar yang sekian terkurung.

"Penumbuk saya ni pun dah cukup buatkan Tuan bercuti kat hospital tiga hari tiga malam," ugut Hanna berbaur sindiran sambil mengepal kemas penumbuknya.

Terhambur tawa Shareez. Berjaya menaikkan angin Hanna. Seriuslah dia terhibur dengan telatah Hanna. Comel.

"Tak payahlah nak rindu-rindu sangat. Takde siapa nak balas Tuan punya rindu tu," ujar Hanna laju tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sempat Hanna perasan wajah keruh Shareez sebelum sepantas kilat bertukar ceria. Hanna curi-curi pandang Shareez yang sedang ralit dengan bintang di langit. Senyuman lebar terukir di bibir Shareez.

Dia terasa ke tak? Serba salahlah pulak. Tajam sangat ke apa yang aku cakap tadi?

Bukan sengaja Hanna cakap begitu dengan Shareez tapi dia terpaksa. Itu saja cara supaya perasaannya terhadap Shareez akan terus terkubur dan tak akan kembali lagi. Perit? Perit tak terkata. Pedih? Pedih gila weh. Tapi takpe. Aku kan kuat? Mestilah aku boleh lupakan dia. Anggap je dia majikan kau dan tak lebih daripada tu, Hanna. Kau boleh, Hanna.

Maaf, Shareez. Kalau awak muncul lebih awal, mungkin sempat lagi.

Hakikat kehidupan. Tak semua benda kita akan dapat dalam hidup ni. Kadang-kadang, kita harus turutkan hasrat orang lain. Lagi-lagi, orang yang dah banyak berjasa dengan kita.

Saya dah bertunang, Shareez.

🍔🍔🍔

"Sesungguhnya Allah SWT menciptakan bintang-bintang untuk tiga tujuan, iaitu : Sebagai hiasan langit, sebagai petunjuk dan sebagai alat pelempar syaitan-syaitan."

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...
2.8K 230 16
(n.) Adam milik Hawa dan Hawa milik Adam.
215K 14.2K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
171K 8K 89
Izz Zaharin, lelaki yang berusia 17 tahun ini dipaksa 100% oleh papanya untuk masuk Highschool Goldengirls. Highschool Goldengirls hanya ade pelajar...