Tuah Kasihnya Teja

By anarif

6.2K 213 22

KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa men... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
Tuah Kasihnya Teja 17
Tuah Kasihnya Teja 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 36

BAB 5

367 15 0
By anarif


"Teja!" Dayana terus memeluk Teja sebaik saja anaknya itu muncul di depan rumah. Teja turut membalas pelukan itu ringkas, tetapi ibunya tetap tidak melepaskannya.

"Ya Allah! Risaunya ibu! Bertuah punya budak! Siapa izinkan kamu ke Singapura?" Bebel Dayana sudah tidak menyempat sebaik saja pelukannya terlerai.

"Ada apa-apa jadi pada kamu tak?" Dibelek tubuh Teja depan belakang, lega apabila tubuh anak bongsunya itu masih elok saja, tiada cacat celanya.

Teja tanggalkan beg sandang yang begitu berat di bahunya lalu diletakkan ke atas sofa.

Dia terus berbaring di sofa dan memejamkan matanya tanpa mempedulikan bebelan Dayana.

Pap!

"Aduh! Ibu!!!" Terkejut Teja apabila Dayana pukul pahanya kuat. Dayana mengetap giginya geram.

"Ibu tanya ni, kamu okey tak?" Diulang soalannya.

Teja sapu-sapu pahanya yang sengal sebelum memejamkan matanya kembali.

"Kan adik balik dah ni. Maksudnya tak ada apa-apa la yang jadi."

Dayana pandang Teja dengan gelengan panjang.

Pap!

"Ouch!" Sekali lagi Teja menjerit. Dayana terus berlalu ke dapur dengan rasa geram. Geram-geram pun, dia tetap mengambil air untuk Teja yang baru pulang.

"Lain kali, ibu takkan benarkan Teja ke mana-mana lagi!" Dayana memberi amaran sekembalinya dia dari dapur bersama segelas air kosong untuk Teja.

Teja sambut airnya dalam senyum yang melebar lalu duduk.

"Thanks ibu. Teja tahu ibu sayang Teja, kan?" Teja teguk air dalam gelas itu sekali jalan saja. Habis terus. Gelas kosong dihulur kepada Dayana yang menyambut dengan bibir terjuih.

Teja kemudiannya memeluk tubuh Dayana erat dari sisi. Wajahnya disandarkan ke lengan Dayana yang cuma membatu.

"Teja okey, Teja baik je ni. Tak ada masalah pun. Ibu janganlah risau. Teja reti jaga diri. Ibu kena terima hakikat, Teja takkan selamanya dengan ibu. Ibu tahu kan, Teja tetap akan pergi dari sini satu hari nanti. Kalau bukan sebab Teja akan berkahwin pun, Teja akan keluar dari sini dan belajar berdikari bila Teja dah kerja. Itu tekad Teja. Ibu tahu kan, tekad Teja?" Teja memujuk Dayana lembut.

Dayana yang mendengar cuma mampu melepaskan keluhan pendek. Masakan dia tak tahu. Teja cuma bertolak ansur saja dengannya sekarang. Hakikatnya, sejak Teja berumur 15 tahun lagi, Teja sudah tampal impiannya di dinding bilik. Mahu berdikari bila sudah bekerja. Impian yang tertampal di dinding bilik Teja, janganlah dibuat main.

Secara tidak langsung, tujuannya menampal impian itu, ialah untuk mempersiapkan mental Dayana juga. Dia mahu Dayana tahu dan bersedia. Sekali impian itu tertampal di dindingnya, jangan haraplah Teja akan lupakan impian itu. Dia tak mahu menjadi anak yang menyakitkan hati Dayana. Jarang Teja membuat kejutan begini, tapi Dayana maklum. Kalau Teja sudah bekerja nanti, ini hakikatnya juga. Teja takkan lagi sempat memberitahu ke mana dia pergi setiap kali.

Dayana menyimpan sedihnya. Anaknya itu sudah remaja. Memang sepatutnya belajar untuk berdikari. Dia dan Wafi saja yang masih terlalu risaukan Teja, sedangkan Teja itu memang terlebih berani. Mungkin kerana perangai Teja begitulah, susah untuk mereka melepaskannya.

Tapi, untuk menahan Teja bila dia sudah membuat keputusan, memang susah. Setakat ini Teja masih belum pernah mengejutkannya sebegini rupa. Ke Langkawi katanya, tapi ke negara seberang laut rupanya dia! Mahu tak terkejut Dayana. Susah pula mahu hubungi Teja selepas itu. Manalah hati seorang ibu tidak ribut taufan mengenangkan anak daranya seorang diri di negara orang!

Lambat-laun, dia juga yang perlu mengalah. Teja itu sedang belajar untuk terbang. Kuat sayapnya, pasti Teja akan terus terbang tanpa memandangnya lagi.

"Ibu, ibu marah lagi ke?" Tanya Teja lembut.

Dayana menghela nafas dalam lalu dilepaskannya.

"Taklah. Ibu faham. Alhamdulillah, Teja dah balik dengan selamat. Tapi..." Mencerlung mata Dayana ke arah Teja.

"Lain kali, ibu tak nak Teja buat macam ni lagi. Ke mana pun, jangan bohong dengan ibu. Biarlah ibu risau macam mana pun, Teja wajib cakap dengan ibu." Kali ini, pesannya lebih berbaur amaran.

Teja tarik sengih.

"Teja bukan risau ibu tak izinkan. Teja tak nak ibu risau lebih-lebih. Rimaslah kalau ibu tahu Teja nak ke Singapura, macamlah Teja tak tahu apa akan jadi. Teja nak buktikan, I can manage. Kan, Teja dah buktikan?" Hujah Teja lagi.

Dayana mencemikkan bibirnya.

"Haih. Susahlah macam ni. Yang seorang polis, diktator bukan main. Dengan ibu dah macam banduan juga. Yang seorang lagi, kerja nak lari dari kita aje. Susah betul." Kompelin Dayana buat Teja tergelak senang.

Dia tahu ibunya takkan marah lama-lama padanya.

"Ibu sayang Teja, kan?" Tanya Teja dengan gaya manja.

Dayana juihkan bibirnya.

"Sebab sayanglah ibu membebel ni!" Balasan Dayana buat Teja terkekek ketawa. Dipeluk Dayana erat, dan Dayana turut memeluk tangan Teja yang melingkari batang tubuhnya bersama senyum senang.

"Nak makan?"

"Nak!" Teja terus menjerit suka.

Dayana menggelengkan kepalanya.

"Ibu masak apa?" Tanya Teja dengan rasa suka dan teruja.

Dayana toleh ke arah dapur.

"Adik pergi mandi, then turun makan. Ibu panaskan lauk. Ibu masak gulai ayam dengan sayur campur je hari ni. Tak tahu waktu bila kamu balik..." ada nada bersalahnya kerana dia sendiri tak tahu bila Teja akan sampai ke rumah.

Teja terus rungkaikan pelukannya.

"Sedapnya! Ibu masak apa pun, semua sedap! Adik mandi sekarang!" Teja terus berlari naik ke atas.

Dayana cuma menggeleng melihat beg sandang Teja yang agak besar tersadai saja di atas sofa. Bertuah punya budak. Kata nak berdikari, tapi datang manjanya tu, boleh tahan juga. Macam mana la aku nak lepaskan budak ni sendiri? Sekejap bahasakan diri adik, sekejap bahasakan diri Teja. Dayana melepaskan keluhan pendek.

Beg sandang Teja diheret ke dapur untuk dikorek isinya, tugas wajibnya bila Wafi atau Teja pulang dari mana-mana camping sejak dulu. Sudah terbiasa dia memanjakan anaknya begitu, terutamanya selepas dia kematian suaminya sejak Teja berumur lima tahun. Terasa terpanggil untuk menjadi seorang ibu dan juga ayah, dan terasa wajib untuk tidak membuatkan mereka terasa kehilangan, Dayana curahkan segala-galanya untuk kedua mereka.

Dia boleh menghela nafas lega apabila Wafi yang lebih tua lapan tahun daripada Teja mahu menjadi polis dan diterima menjadi polis selepas memperolehi ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Wafi kini merupakan seorang Pegawai Narkotik yang baru saja bekerja selama setahun lebih.

Kini Teja pula baru melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, mengambil Diploma Reka Bentuk Dalaman di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya, bidang yang memang disukainya.

Selama tiga tahun, impiannya tertampal di dinding biliknya. Sebaik saja dia diterima untuk belajar dalam bidang tu, bukan main suka lagi Teja. Bersungguh-sungguh Teja buat projek seninya, untuk dapatkan A dalam subjek Pendidikan Seni semata-mata untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini, padahal tangannya bukan berseni mana pun! Minat aje lebih.

Kadang-kala Dayana perlekeh juga niat si Teja. Bila melukis pun tak berbakat, ada hati nak jadi interior designer? Tapi, semangat Teja yang kental buatkan Dayana tetap juga menyokongnya. Dia juga gembira dan bersyukur apabila Teja diterima belajar di kolej tersebut yang sememangnya cemerlang dalam bidang Reka Bentuk Dalaman. Rezeki Teja. Macam mana Teja nak teruskan, pandai-pandailah dia.

Habis isi beg Teja dipunggah, Dayana dengar bunyi loceng di luar rumah.Teja yang baru turun terus ke depan. Suara keras Wafi menyergahnya membuatkan Teja tidak jadi mahu ke ruang tamu.

"Teja! Kau ke mana dik? Cakap dengan abang!" Panggil Wafi bila melihat Teja mengelaknya lalu terus ke ruang dapur.

Wafi pantas membuntuti langkah Teja. Dayana cuma menggeleng saja melihat Wafi yang garang bagaikan singa itu. Kerana marah, Wafi lupa mahu menyalami Dayana, dan Teja juga tak ingin mahu bersalam dengan abangnya itu.

"Kamu ni Wafi, masuk bagilah salam dulu. Tak menyempat!" Tegurnya sambil menutup api dapur. Tanpa disuruh, Teja ambil mangkuk hidang yang bersaiz sederhana besar. Masih tak endahkan Wafi yang menyinga memandangnya. Perlahan-lahan dia mencedok gulai ayam ke dalam mangkuk itu dengan penuh berhati-hati.

"Adik ni ibu, tak boleh dibiarkan. Kalau tidak, termengandung dia, baru tahu kita naya. Masa tu, menyesal tak sudah." Selamba saja Wafi luahkan kemungkinan itu. Dijeling Teja yang tidak pedulikannya dengan perasaan membengkak.

Dayana mengerutkan dahinya, memandang Wafi dengan raut tidak setuju.

"Apa doa macam tu? Ibu percaya dengan anak-anak ibu." Keras Dayana membantah, membuatkan Wafi tidak jadi untuk terus memuntahkan marahnya. Dia masih hormatkan ibunya, walaupun marahnya begitu meluap-luap pada Teja sekarang ini.

"Abang, adik selamat dah balik ni. Tak payahlah membebel. Adik pandai jaga diri," ujar Teja bernada geram. Dibawa mangkuk yang sudah berisi gulai ayam itu ke meja. Dayana pula mencedok nasi dan dibawa ke meja.

"Duduklah. Kita makan dulu. Jangan difikirkan benda dah lepas. Ibu dah marah dia tadi. Tak payah sambung lagi," saran Dayana membuatkan Wafi semakin tak puas hati.

Dia tarik kerusi lalu duduk di kepala meja, tempat biasanya sekiranya dia datang ke rumah ini. Selepas berkahwin, Wafi sudah pindah keluar dan tinggal di Damansara. Sekali-sekala dia menjenguk, jika ada kesempatan dan jika ada sesuatu yang terjadi, seperti kali ini.

"Kamu dari mana ni? Ibu baru je beritahu kamu pasal Teja balik ni. Laju je datang," ulas Dayana sebaik saja Teja dan dia turut duduk di meja.

"Kebetulan ada hal area sini tadi. Itu yang singgah tu," balasnya separuh hati.

Wafi pandang Dayana di sebelah kanannya.

"Ibu, kahwinkan aje Teja ni. Wafi risau dia makin gemar buat ikut suka hati dia lepas habis belajar nanti."

Cadangan Wafi yang agak tiba-tiba itu buatkan Teja tersedak air liurnya sendiri. Dia dan Dayana berbalas pandang. Hilang kata Dayana mendengar cadangan yang agak tidak masuk akal di telinganya itu. Mahu gelak pun ada. Apalah yang Teja tahu? Nak kahwin umur begini?

Teja hentak tangannya ke meja. Mencerlung matanya ke arah Wafi.

"Abang ingat ni zaman Hang Tuah ke? Suka-suka hati je nak kahwinkan orang! Tahulah abang tu wali adik! Jangan memandai-mandai eh!" Marah Teja tidak ditahan-tahan lagi.

Paling pantang dia bila orang cuba memaksanya buat sesuatu yang tak pernah masuk dalam plan hidupnya. Pantang besar Cik Teja!

Wafi ejek-ejek Teja di sebelahnya. Dia sedikit pun tidak kisah dengan kemarahan Teja. Dia pandang ibunya kembali.

"Ibu, Wafi risau je. Bukannya suka-suka nak atur hidup adik. Kalau adik kahwin, ibu pun senang hati. Ada orang jaga adik," tambah Wafi lagi.

Makin mendidih darah si Teja, berang apabila Wafi tak pedulikan dia langsung, seolah-olah dia tak wujud di situ. Teja menyandar di kerusinya sambil memeluk tubuh. Diperhatikan saja Dayana yang bermain dengan butiran nasi dalam pinggannya.

"Kamu ada calonnya ke?" Soalan Dayana buatkan Teja rasa seperti mahu menjerit. Bukankah ibu faham akan kehendaknya? Wafi tu memanglah! Mentang-mentang polis, habis dibuatnya aku macam banduan. Gila agaknya.

Wafi terus tersenyum lebar. Sejak tadi dia masuk ke dalam rumah, ini kali pertama dia tersenyum. Tambah meluat Teja lihat senyuman itu di wajahnya.

"Ada, ibu. Kawan di balai. Inspektor Yazid. Dia sebenarnya dah lama berkenan dengan Teja. Wafi kenal baik dengan dia juga. Dia pernah datang rumah dulu. Ibu ingat?"

Teja merengus kasar.

"Tak! Ibu tak ingat!" Teja menyampuk geram.

Dayana lirik Teja di depannya dan Wafi di sebelahnya silih berganti, sebelum dia pandang Wafi. Berdebar-debar Teja menunggu balasan Dayana.

"Adik tu baru umur 18. Masak apa pun belum reti. Kalau si Yazid berkenan juga, suruh dia tunggu. Kalau tak nak tunggu, nasiblah. Selagi ibu tak rasa Teja perlu kahwin, ibu tak nak Wafi sesuka hati atur atau janjikan adik pada sesiapa. Wafi faham kan, maksud ibu?"

Teja kelegaan, manakala Wafi terus berwajah cemberut kembali.

Dijelingnya Teja yang sudah tersenyum tatkala dia hilang senyumnya.

Wafi melepaskan keluhan panjang.

"Ibu jangan menyesal nanti, sudahlah. Wafi bercakap yang baik aje. Ibu tak nak percaya. Ibu janganlah nak ikutkan sangat impian dia ni. Orang perempuan, nanti ke dapur juga, jaga anak jaga keluarga." Sempat Wafi memerli Teja yang sudah mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Sedikit pun dia tidak kisah dengan kata-kata Wafi. Selagi Dayana percaya padanya, dia akan mampu menakluki dunia! Lagipun, Wafi tengah marah dengannya. Macam-macam akan dia katakan untuk puaskan hati sendiri. Biasalah tu.

Dayana angguk sekali.

"Ya, Wafi. Ibu faham. Dua-dua anak ibu. Ibu biarkan kamu bebas buat pilihan selama ni. Kamu kahwin siapa pun, kamu nak kerja apa pun, buat apa pun, asalkan tak berdosa, ibu beri sepenuh kebebasan kepada kamu. Ibu kenalah adil dengan adik juga. Memang dia perempuan, tapi ibu juga perempuan. Kalau ibu tahu ibu nak kejar impian ibu, dan ibu tak nak dikekang, ibu takkan buat perkara yang sama pada anak ibu. Wafi suka, kalau ibu halang Wafi buat apa pun dulu?" Soalan Dayana membuatkan Wafi menelan liurnya.

Wafi terus cedok kuah gulai. Tahu dia sudah kalah bercakap dengan ibunya.

"Ya, baiklah. Wafi mengaku kalah."

Dayana tersenyum melihatnya. Teja lega, dan terharu juga.

"Ibu ni dulu agaknya nak ambik law kut. Tak kesampaian, jadi cikgu pula." Sempat Wafi mengusik Dayana.

Dayana ketawa senang.

"Cikgu tu jadi semuanya, tahu tak? Jadi lawyer budak-budak, kerani budak-budak, jadi pengaturcara budak-budak, segala-galanyalah. Ingat senang jadi cikgu?" Tempelak Dayana buatkan Wafi tersenyum kembali.

Niat hati Yazid tidak jadi untuk terus dikisahkan. Kalau Dayana sudah berkata begitu, begitu sajalah jawapan yang dia mampu beri pada Yazid. Malas mahu bergaduh dengan ibunya. Bergaduh dengan Teja, tak apa lagi. Tapi, kalau Dayana yang selalu bertolak ansur itu sudah naik angin, habislah. Garang-garang dia, garang lagi ibunya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Teja cuma menyuap dalam senyap. Dia yakin dia akan membanggakan Dayana dengan impiannya. Jika ibu percayakannya, dia akan mampu buat apa saja di dunia ini! Teja begitu yakin.

USAI makan, Dayana naik ke atas untuk menunaikan solat isyak. Wafi terus menarik Teja duduk di sofa di depannya. Teja rentap tangannya dari pegangan Wafi.

"Abang ni, tahulah kerja tangkap orang jahat. Agak-agaklah nak berkasar dengan adik pun!" Marah Teja.

Wafi langsung tak merasa bersalah. "Eh Teja. Kau ni, tak kesian ke dengan ibu?

Soalan Wafi buatkan Teja menjegilkan matanya ke arah Wafi.

"Teja tak buat apa pun la, bang. Teja cuma nak berjalan sendiri, cari pengalaman. Itu je. Kalutlah abang ni. Teja ke Singapura je. Kawan Teja, tu ha. Ke Korea, Jepun, mak bapak dia orang relaks je. Ini abang, baru ke negara sebelah, dah kalut. Hish!"

Wafi ketap giginya.

"Ha! Melawan! Abang ni wali Teja. Kalau jadi apa-apa, abang dan ibu yang pening kepala. Kau jangan buat pasal." Jari telunjuk kanan ditujah ke wajah Teja.

Teja cemikkan bibirnya.

"Eee, orang dah 18 tahun la! Bukan budak kecik lagi! Orang tahu la!" Marah Teja tak mahu kalah.

"Apa bising-bising tu? Ibu nak solatlah!" Tempikan Dayana dari atas buat Wafi pukul kepala Teja perlahan kerana geram.

"Kau cakap kuat apasal? Kan ibu dah marah!" Gayanya macam baru berumur 20 tahun sedangkan dia sudah pun berumur 26 tahun. Dengan Teja, gaya kebudak-budakannya memang terserlah.

Teja terus baling bantal di tangannya ke wajah Wafi yang lebih pantas mengelak. Wafi kemudiannya bingkas lalu berlari ke bilik air. Dari tadi dia menahan kehendak alam, gara-gara marahkan Teja.

Teja perhatikan saja Wafi pergi dengan hati membengkak. Geram!

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 234K 83
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
14K 2.1K 35
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
21.2K 2K 40
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
2.9M 148K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...