Suamiku Adalah Playboy ✔

By adlinkirana

336K 10.8K 910

"Ne, Huzairi." "Hn?" "Aishiteru ne..." More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
22 (Last Update)
23 (New Update!)
24.
25.
26
27
28
Tittle Kana Nishino's songs.
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
(をわすれないで)Wo, Wasurenaide - jangan lupa!
42
Character Of The Story, (おわりだ?) Owarida? Berakhir?
(New!) 43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
Perbandingan
56
57
58
Kana Nishino - Missing You
59
60 😍
Note dari saya(^O^)
61
62
63
64
65
66
-SKIP
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
Special Thanks to The Cast!
Continue a special cast.
New (Genre Romance)
92
93
94
95
96
97
98
99
100 (Ending)

20

6.1K 148 6
By adlinkirana

"Gambar siapa ni?" tanya aku sambil mengintai abang Syakif yang sedang melukis.Abang Syakif tersenyum lembut sebelum memadam kesan kehitaman pada kertas lukisan.

"Kenal Emma Maembong? Tengok tak, drama 'Sayang Papa Saya Tak'?" Tersengih-sengih Abang Syakif menyoalku.Aku terangguk kepala.

"Wah! Tengok...tengok! Raisya dengan Qalish comel.Faris pula dingin.Akhir sekali, dia suka dan angau pada Raisya kan?" teka aku menyimpulkan senyuman manis.Abang Syakif terhibur sebelum mencubit hidungku.

"Mairah, ada boyfriend ke?" Tanya Abang Syakif dan aku tersentak.

"Of courselah tak ada.Mairah kan dah ada suami.
Tu ha abang Airi.Mairah suka kat dia.Mairah sayang dia." Tipu.Semua itu pembohongan dariku.Aku tersenyum tanpa dosa.

"Hahaha, sayang kat suami rupanya.Tapi abang nak tanya ni.Semalam kenapa Airi tindih Mairah dalam bilik.Dia buat apa kat Mairah?" terkebil-kebil mataku melihat Abang Syakif menyoal.Suami ini pasti mimpi!

Aku menggeleng tanpa senyuman.
"Mana ada.Abang salah nampak agaknya.Hahaha..."

∩__∩💧

= ̄ω ̄=

"Eeh...yeke ni? Jangan tipu.Abang nampak dengan mata kepala abang sendiri tau.Airi tu macam nak err...perkosa kamu je." Selamba Abang Syakif mengherdik aku.Aku melopong besar.Sangat tidak suka apabila topik suamiku dibualkan.

"Mana ada.Dia takkan perkosa Mairah lah.Mairah ni masih budak lagi.Mana tahu apa-apa pun." kecut perutku apabila melihat kedipan mata abang Syakif.Mesti dia mahu mengenakan aku.

"Apa-apa je lah.Sejak bila abang pandai melukis?" Tanyaku mengalih kepada topik yang lain.Abang Syakif bangun dari kerusi lalu menyimpan kertasnya di dalam fail lukisan.Membuatkan aku kagum dan suka melihat gayanya yang seolah-olah boleh menjadi arkitek.

"Mairah?" Panggil Syakif pelik apabila merenung wajahnya begitu.Budak ni dah kenapa? Hahaha...gelak hati Syakif secara diam.

Wah...kacak juga yang abang Syakif.Kalau boleh semua lelaki yang aku jumpa itu, kacak-kacak malaikat bila ditenung lama-lama.
Huzairi, Alif, Ikhwan.Dan sekarang tambah lagi satu.Abang Syakif yang menjadi idolaku kerana bakatnya yang pandai melukis.

Jari dijentik kuat.Aku mengerjapkan mata beberapa kali.Sentak aku dibuatnya, Abang Syakif sudah berada tepat di hadapan wajahku.

"Astaghfirullahalazim!" Aku memundurkan langkah.Lalu berpura-pura membetulkan tudung bawal kuningku.Aku menelan air liur apabila melihat wajahnya yang mirip (Cristiano Ronaldo itu.)

"Aik? Baru nak mengucap? Tadi lupa diri bila tenung abang.Abang ni hensem sangat ke sampai Mairah nak tenung abang lama?" Syakif memandang Humairah atas bawah dengan pandangan lembut.Dianggap Humairah seperti adiknya pun sudah cukup tanpa memiliki gadis ini.

Aku menggaru pipi yang tidak gatal.
"Abang ni macam pemain bola Cristiano Ronaldo lah.Mairah suka." Aku dan abang Syakif sama-sama tergelak.Kami selepas itu belajar cara-cara hendak melukis wajah dalam bentuk asas.
.
.
Ratna turun ke bawah dengan pakaiannya yang sudah siap dipakai.Ratna akan menginap dulu di rumah adik sedara sementara menunggu kehadiran Datin Razifah dan Datuk Syafie.Hal penting masih harus dibincangkan oleh mereka pada saat suntuk ini.

Mata Ratna menangkap tubuh Humairah yang sedang mengupas biji apel di tepi singki kaca.Huzairi dan Syakif duduk berbual-bual sambil menyantap pancake yang dimasak oleh Humairah.Bau sedap ini amat menusuk.

"Sayang, sinilah duduk.Kita sarapan sama-sama.Isteri Airi yang masak ni.Sedap tau."
Pelawa Syakif lalu menarik kerusi kayu di sebelahnya.Anina menoleh wajah sebelum meneguk air susu yang dibancuh oleh Huzairi.

"Mama, kak Mairah masak sedap.Marilah makan." Riang Anina menjerit.

Ratna teruja.
"Sedapnya bau.Mairah masak apa ni? Wah...
pancakelah OMG!!!" Pekik Ratna kuat dengan segera melabuh duduk sebelum mengambil pinggan.Aku menguntum sebuah senyuman.

"Akak makanlah banyak-banyak." Suruhku.

"Eh, tak apa ke ni?" ragu-ragu Ratna menyoal.Aku tersenyum angguk.

"Mairah ada buat banyak kat dapur.Siapa-siapa yang masih lapar, makanlah.Tak ada siapa nak halang." Kataku lalu menuang jus oren buat Ratna.Ratna memandangku tidak berkelip mata.Sama juga dengan abang Syakif.

"Pandai rupanya Mairah masak.Sedap ni macam kat restoran mahal je.Kalau beli, dah berapa harga.Baik order kat Mairah je." Ujar Ratna dan mula menyantap.Aku tergelak kecil sebelum duduk di sebelah Anina yang mahu menambah tiga keping lagi pancake.

"Nyum...sedapnya!"

Aku menundukkan kepala.
"Arigatou gozaimasu nee-chan." Semua tersenyum memandangku.

Anak mata Huzairi tidak lepas dari memandang isterinya yang tersenyum gembira.Bibirnya melengkun senyuman tipis.
Humairah memang pandai menjaga hati kakak sedaranya dengan baik.Dia amat senang.

"Siapa nak buah apel? Mairah dah potong ni."
Tanyaku pada semua.Terlihat abang Syakif mengangkat tangan.

"Nah abang, hati-hati tau nanti jatuh." pesanku seraya menghulur magkuk kaca yang berat itu.Syakif mengangguk dan mengambil satu biji apel.

"Beratnya..."

Syakif terkejut.Bekas kaca itu hampir hendak terjatuh dari tangan.

Greb!

Syakif segera menyambut bekas itu tanpa segan silu.Tangannya bersentuhan denganku.Mata kami bertentang.Lama kami termenung.Ratna yang mendengar lagu ditelefonnya, tidak sedar apa berlaku dia hanya menyambung acara makan.

Huzairi tergamam sebelum dilanda perasaan yang tidak sepatutnya.Panasnya hati apabila melihat tangan Syakif menyentuh tangan isterinya.Eii...panas!

"Terima kasih abang sebab to...tolong." merah sudah wajahku lalu menunduk malu.
Aku meletak bekas kaca di atas meja.Tangan kami sudah tidak tersentuh lagi.

Syakif tersipu malu.
"Sama-sama.Lain kali hati-hati cute girl."

Brakkk...

Kerusi ditolak.Huzairi bangun mengangkat piringnya ke singki.Mataku memandang Huzairi dari jauh dengan hati yang bertanya.
Mengapa lelaki itu dingin sekali? Dan sekali lagi aku dikejutkan dengan ungkapan cute girl oleh Syakif.Anina hanya memakan sahaja makanannya.

"My lovely cute imouto.Imouto tu adik perempuan kan dalam bahasa jepun?" Soal Syakif lagi.

Huzairi tersentak geram.Sambil mencuci piring, dia hanya memasang telinga.Kecut hatiku melirik Huzairi dari jauh.Kepalaku terangguk.

'Tiru ayat orang.Tak guna!' Cebik Huzairi menjeling Syakif dan segera berlalu pergi.Syakif, aku dan Anina berasa hairan.Bingung pula menjadi-jadi.

"Kenapa dengan Airi?" Tanya Syakif simpati.
Aku hanya menjongketkan kening.

"Mairah pun tak tahu kenapa.Abang makanlah dulu.Nina, akak pergi naik dulu ya?" Kepala Anina, kuusap lembut.Nina angguk tersenyum.

"Oraight!" Sahut Nina diselakan tawanya.

...

Kertas-kertas kerja disusun rapi di atas meja kerja.

'Hati-hati my lovely cute imouto." Tergiang ungkapan dari Syakif buat Humairah.Huzairi bengang.Kertas yang tersusun rapi tadi, segera dimasukkan ke dalam laci meja.Bam!
Laci ditolak kasar.

Kening Huzairi bertaut marah.Perasaan cemburu kembali menyerangnya.Mengapa
sejak dia bersama dengan gadis itu, perlu cemburu? Bersama Ikhwan.Bersama Syakif!
Abang ipar sedaranya sendiri.Maut datang takkan kembali dengan perasaan cemburu.

Kadang-kadang dengan perasaan cemburu, semua hubungan boleh menjadi musnah.
Semuanya tidak percaya lagi dengan antara satu sama lain.Seolah-olah benci itu semakin berjangkit pada kedua-dia jiwa insan, pasangan kasih.

"Awak." Panggil aku takut-takut di belakangnya.Aku sempat menunduk apabila matanya bertemu denganku.

"Hn?" Gumam Huzairi berpeluk tubuh.Kecut perut juga aku melihat kedinginannya.
Perlahan-lahan aku menutup daun pintu agar tiada siapa-siapa yang menganggu kami.

"Kenapa awak makan sikit sangat? Padahal, saya masak banyak pancake tadi.Masakan saya tak sedap kan?"

"Bukan macam tu lah.Masakan kau sedap."
Balas Huzairi bosan.Wajahnya dipalingkan.
Aku senyum.Teringat semalam bahawa kami kesejukan dan saling memeluk antara satu sama lain di atas katil.

"Habis tu, kenapa tak makan banyak-banyak?" Tanyaku menghampirinya.

Huzairi menghela nafas.
"Dah kenyang.Tak boleh paksa orang makan kalau orang tu, dah kenyang."

Aku diam.Hanya memerhati bibirnya berbicara.Bibir merah itulah membuatku hilang pertimbangan semalam.Aku mudah kalah dengan lelaki ini.Lelaki playboy yang menjadi suami aku sendiri.

"Saya faham awak dah kenyang.Tapi kenapa masa makan awak buat macam tu kat abang Syakif? Sepatutnya awak mesti tunggu semua habis makan, barulah awak minta diri.
Janganlah terus pergi melulu je macam tadi.
Tak elok." Bahunya aku pegang buat sementara.Huzairi pantas menepis perlahan.

"Kau nak bela dia eh? Kau sukalah dia panggil kau macam tu?"

"Panggil apa ni? Saya tak fahamlah." Cebikku lalu merenung anak matanya.Inginkan penjelasan lebih.

"My lovely cute imouto bagai.Itu ayat aku!
Aku sorang je boleh panggil kau macam tu.
Ah...kuso!" rambut pacaknya diramas kasar.

"Lah...jadi sebab tu je ke awak bangun dan terus blah?" soalku sambil bercekak pinggang.

"Ya lah! Habis tu apa lagi?"

"Hah...saya dah agak dah.Awak jealous kan?" Tanyaku ingin dia berterus terang.
Huzairi mengherdik marah.

"Apahal pulak aku nak jealous denga kau ha budak?"

Aku senyum.
"Jealouslah.Abang Syakif tu kan badan sixpack, muka macam pemain bola Cristiano Ronalno, hensem, macho aww...kalaulah isteri dia tu saya.Mesti sweet!"

"Sengaja nak naikkan darah aku? Baik diam sebelum aku cium kau macam semalam!" Bentak Huzairi dan menghempaskan dirinya di atas katil manakala aku memberikan sebuah gelengan kepala.

"Saya nak tanya.Kenapa sejak kebelakangan ni, perempuan-perempuan simpanan awak dah tak kacau awak?" minat aku ingin menyoalnya.Huzairi terdiam sebelum mengeluh berat.

"Daddy yang buat keputusan untuk hapuskan semua perempuan tu dalam senarai kertas aku.So dah tak ada.Diorang dah lenyap." Kata Huzairi membelek-belek jari jemariku dengan muka berkerut.Adui macam budaklah!

"Pasal berita awak berhubungan dengan Britney Spears tu ke?"

"Hn." Responnya sambil mengangguk.

"Daddy kata, aku kena tinggalkan perangai lama aku.Kalau tak, jawatan aku sebagai perwakilan syarikat ditarik.Aku tak nak jadi macam tu.Lebih baik aku tinggalkan perbuatan playboy.Tapi jangan harap yang aku dah terima kau." sambungnya lagi.Aku tergamam.

"Maknanya, awak masih bencikan saya?"
Potongku cepat.

Huzairi mengangguk.
"Hn, hate you."

Dan dua patah kata itu, membuat hatiku tertusuk tajam.Sampainya hati lelaki ini.
Dia sudah mengungkap kata benci dari dulu lagi.Mataku berkaca.

"Aishiteru ne Huzairi." Ucapku dengan tulus dan ikhlas.Hatiku memang ingin meluah sesuatu yang ingin aku kuluahkan.

Huzairi terkedu.Tidak lepas matanya memandang aku yang berdiri sambil menunduk sedih.

"Apa yang...kau cakap tadi?"

Air mataku menitik setitis.
"Kalau awak nak tahu, itulah perasaan saya.
Saya dah lama cintakan awak sejak kita kahwin.Dan selepas kematian abang Hakim, awak hate saya dan bencikan saya.Awak layan saya ni macam musuh awak.Tapi kadang-kadang ada juga kebaikan yang tersembunyi di dalam diri awak."

Wajah Huzairi tegang mendengar Humairah berkata-kata.

"Masa saya 14 tahun dulu, saya sukakan dua-dua.Saya sukakan abang Hakim dan...
awak.Tapi saya tak sangka yang abang Hakim suka kat saya, cinta pada saya.Dan saya tak ada niat pun mahu tolak cinta dia.
Saya cuma keliru sebab pada masa tu, saya cumalah budak yang menyusahkan abang Hakim, menyusahkan awak Huzairi." Sedarnya aku yang kini air mata ku tidak dapat ditahan.Mengalirlah air mata di bahagian kedua-dua pipiku.

"Awak jahat, awak gunakan perempuan, awak berzina dan melakukan dosa.Tapi saya masih lagi dapat terima awak sebagai suami saya.Saya memang berharap yang awak akan berubah.Ingat lagi tak? Masa saya darjah satu, abang Hakim dan awak tingkatan 3.Masa tu awak berdua sibuk sangat nak study kerana exam PT3.Bila saya ajak awak berdua main bersama-sama, awak berdua gembira sangat.Saya pun gembira."

"Hei, kau..."

"Tapi semua tu dah berubah masa umur saya 14 tahun.Jujur, saya nak sangat minta maaf pada awak dan abang Hakim.Dulu saya cintakan abang Hakim.Dan sekarang saya cintakan suami saya yang playboy kaki perempuan.Abang Hakim pun dulu macam tu.Lepas sahaja tamat akhir tahun sekolah, dia meninggal sebab kemalangan.Dan masa tu, dia nak ambil saya balik dari sekolah.
Hiks...hiks...dan bila awak tahu, awak pula tuduh saya sebagai pembunuh yang bunuh abang Hakim."

"Saya tahu, hiks...hiks...awak bencikan saya.
Dan awak tak akan bagi ruang untuk kita bersatu.Tapi kalau saya, kalau ada abang Hakim dan awak, saya akan miliki kedua-duanya sekali.Awak dan dia.Huzairi dan Hakim.Saya cintakan kedua-duanya.Tapi..."

"Kau baru sedar rupanya." Duga Huzairi tersenyum sinis.Kepalaku dituing perlahan.

"Kau tu memang pembunuh yang sengaja nak bunuh abang aku.Masih tak sedar lagi kesilapan kau?"

"Jangan asyik nak cari kesalahan saya! Semua orang memang tak lepas dari buat salah.Saya memang tak bunuh abang Hakim.
Awak tak ada bukti dan abang Hakim meninggal sebab kemalangan.Allah dah takdirkan yang macam tu!" Bentakku tidak terima.Isakku dengan tangisan sedu.

Huzairi tertawa sinis.
"Memang aku nak cari kesalahan kau sebab aku benci kat kau! Kau memang menyusahkan aku.Aku sebenarnya bukan suka kau jadi isteri aku pun! Semua perangai kau aku benci!"

"Kalau awak benci sangat kat saya, jangan cakap dengan saya lagi! Kalau boleh jangan tengok muka saya.Saya cuma nak minta maaf sebab sayalah awak susah.Awak orang kaya, saya ni asalan biasa je." Balasku dengan tangisan.Aku segera meraup wajah dengan kedua-dua tangan lalu menangis lagi.

"Suka hati kau lah budak! Daripada dengar kau bercakap, lebih baik aku dengar burung nyanyi daripada kau.Ah...!" Kata Huzairi tanpa menghiraukan kesedihanku.

"Satu je saya nak awak tahu."

"Cepat cakap, jangan nak buang masa aku!"

Aku menunduk sebelum menguntum senyum.Air mata aku seka sepenuhnya.

"Aishiteru ne Huzairi."

Aku angkat kaki beredar dari bilik kerjanya dengan hati yang remuk tergores akan percakapannya barusan.Amat membuatku berjauh hati dan kecil hati terhadapnya.
Yang penting,aku sudah meluahkan perasaanku yang sebenar.

Huzairi menumbuk tilamnya sekuat hati.Dia berasa sangat tidak berguna kerana telah menengking gadis itu tanpa menyelidik terlebih dahulu.Kepala dipegang kuat.

"Arghh!!! Aku benci kau!!" jerit Huzairi kuat lalu menyepak kerusi kerjanya sehingga tertolak ke dinding.
.
.
Pintu balkon di bilikku, dibuka dengar pergerakan perlahan.Aku menghirup udara segar di pagi hari.Setapak demi setapak aku melangkah ke arah meja mini di sudut tepi balkon itu.

Lagu Tatoe donna ni.Nyanyian yang pernah Hakim nyanyikan untuk aku pada masa aku lulus dalam peperiksaan UPSR.Aku mula teringat bait-bait melodinya sewaktu kami bersama-sama duduk di padang taman permainan.

...

Nishino Kana - Tatoe Donna ni...(rujuk video dalam bab 17)

kyou wa sukoshi iya na koto ga atta
dare ni hanashitemo nanka setsunakute
nee moshimo kimi dattara
yasashiku kiite kureta kana

itsumo no kaerimichi nano ni
doushite konna ni tooku kanjiru no?
nee moshimo kimi ga itara
isshun de tsuite shimatta kana

donna KENKA demo "GOMEN" te ietara
ima demo waratte ite kureta no kana?
kimi no yasashisa ni amae sugiteta no
moshi ano toki sunao ni naretara...

*tatoe donna ni donna ni tsuyoku
negattatte mou modorenai kedo
tooi kimi wo mienai kimi wo
omoi tsudzukete
kimi kara moratta shiawase wa zutto
kokoro no naka de kagayaku no
wasurenai yo
itsuka kono koe ga
kitto todoku to shinjite*

"Sedapnya suara abang.Mairah suka!" Aku menutup buku latihan yang ku pegang.
Hakim tersenyum sebelum membelai kepalaku lembut.

"Lagu ni khas untuk Mairah.Abang hanya boleh nyanyikan untuk Mairah je." Hakim tersenyum lembut sebelum mengucup pipiku.
Serba serbi wajahku merah.

"Untuk orang lain tak boleh?" Tanyaku.
Hakim menggeleng lalu menyandar di bahuku.

"Orang yang abang suka, Mairah.Abang hanya boleh nyanyikan lagu ni untuk orang yang abang suka.Bukan orang lain.Faham tak comel?" Pipiku dicubit lembut.

"Malulah orang tengok.Abang janganlah cubit lagi.Sakit..." aku meringis lalu menyentil pipiku.

"Mana sakit? Mari abang tiupkan." Aku hanya mengangguk sebelum mendekatkan pipiku ke arah bibir Hakim.Umurku baru 12.Aku tidak tahu apa-apa.Jadi janganlah awak semua marah ya.

Chupp!! Satu ciuman mendarat di pipiku.Aku terkedu.

"Aa...bang!!" Aku pantas menepuk pehanya.

"Hahaha...gomen ne...^^"

...

"Hiks...hiks...abang Hakim..." tangisku.

"Mairah, rindukan abang." Sambungku sebelum menyeka air mata yang mengalir.
.
.
Bersambung lagi...mata ashitane!^_^

Continue Reading

You'll Also Like

620K 24.5K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...
4.3K 527 56
﷽ - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masi...
103K 9.7K 49
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...