Psycho Of Love

By AmaraAishh

4.8M 220K 29.7K

[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan l... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
Author's Note
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
Harris' Time
#31
Appreciate's Note
#32
#33
Author's Note
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
Not an Update
#41
#42
#43
#44
Saya punya Nota
#45
#46
#47
Mahu HADIAH?
#48
#49
#50 (Epilog)
New Story
Teaser Psycho Of Love 2.0
Pre-Order POL 2

#16

88K 5.3K 332
By AmaraAishh

Double update sebagai mohon maaf. 👌😊

Harris memandang jalan di depannya dengan pandangan serius. Pedal kaki ditekan kuat sedikit dari tadi. Husna yang berada di sisi hanya memandang Harris secara terkulat-kulat. Dia sendiri dah takut dengan perubahan Harris sekarang. Macam ada sesuatu tak kena walhal Husna tak buat apa-apa pun. Hanya senyap sejak diberi ayat sinis dari Harris tadi.

Apabila pergerakan kereta semakin laju, Husna semakin berasa takut. Stereng kereta juga seperti tidak berfungsi akibat Harris asyik memusing-musingkannya ke kiri dan kanan. Lagak seperti orang stress cuba nak bunuh diri pun ada.

Husna cuba beristighfar dalam hati. Mengucap pun dah. Kalau mati tetiba, sekurang-kurangnya dia dah bersedia. Tapi, dia tak bersedia lagi sebenarnya. Harris semakin gila. Kereta yang dia pandu semakin laju. Hampir mencecah 120 halaju. Husna mengetap bibirnya. Dia kena hentikan Harris sebelum dia jadi janda muda.

"Abang.." Husna cuba memegang tangan Harris yang masih tidak melepaskan stereng kereta. Harris tidak menghiraukan Husna malah dia makin kuat menekan pedal minyak. Husna memejamkan matanya. "Abang. Please stop. Husna takut." Bergetar nada Husna. Gila kau tak takut. Cuba bayangkan kau duduk sebelah orang gila yang bawa kereta. Mesti takut gila an.

"Abang!" Jerit Husna. Sekali lagi, Harris menghiraukan Husna. Perasaan cemburu dia belum padam lagi. Pandangan Syafiq terhadap Husna terngiang-ngiang di fikirannya. Dia kenal pandangan tu. Tu sebab dia tak suka bawa Husna keluar. Tak guna betul. "Abang, kalau abang tak berhenti, Husna lompat."

Harris mengetap bibir lalu menekan pedal brek secara mengejut. Badan Husna terdorong ke hadapan dan tidak sengaja, dahinya terhantuk. Gila. "Auch." Husna mengaduh kesakitan. Dia menggosok dahinya yang terkena laci kereta. Harris mendengus perlahan. Sebab cemburu, Husna pula yang kena walhal Husna tak buat apa-apa pun. Balas pandangan Syafiq pun tak. Yang Harris nak melebih-lebih ni kenapa?

Harris memerhatikan Husna yang dari tadi tidak berhenti menggosok dahinya. Ada benjolan kecil berwarna merah di dahi Husna. Harris mula rasa bersalah. Dia tak bermaksud pun nak buat Husna macam ni dan tak jangka pun benda macam ni boleh berlaku. Perlahan-lahan, Harris mendekati Husna. Dia cuba memegang dagu Husna tapi Husna tepis.

"Awak ni kenapa?! Nak bunuh saya ke?!" Husna menyoal dengan nada kasar. Di pipinya, air mata sudah mengalir. Salah satu sebab, kesakitan yang dia rasa masa terhantuk tadi. Husna memejamkan matanya lalu menggosok dahinya. Sungguh pedih rasa macam kulitnya terkoyak. Nasib baik tiada darah yang mengalir.

Harris semakin rasa bersalah apabila dia melihat air mata Husna. Dia keluar daripada kereta dan berlalu ke pintu belakang. Pintu tersebut dibuka lalu pintu Husna pula dibuka. Harris segera mencempung tubuh Husna. "Awak dah kenapa?! Lepaskan sayalah! Awak nak buat apa ni?!" Husna meronta sambil memukul dada Harris namun Harris hanya membiarkannya. Tubuh Husna didudukkan di tempat duduk belakang. Harris turut duduk di sebelah Husna. Dagu Husna diangkat.

"I'm sorry sayang. Abang..abang tak sengaja."

"Saya tak suka awak jadi macam ni." Ujar Husna sambil menangis kecil. Dia menutup mukanya menggunakan tangan walhal dada Harris sudah cukup menutup mukanya. Harris mengeratkan lagi pelukan mereka. "Kenapa awak jadi macam ni? Apa salah saya? Kalau saya salah, cakaplah."

Harris senyap. Dia mengesat air mata Husna. "I'm jealous. The way he look at you." Husna mengerutkan dahinya. Dia mendongak memandang Harris. Tidak memahami apa yang Harris katakan. Siapa dia? Cara pandangan apa? "Apa awak cakap ni? Saya tak faham."

"Syafiq. Dia pandang sayang dengan pandangan lain. I know because I a man. The way he look at you is the way that I look at you."

"Tapi saya tak balas pandangan dia pun. Bercakap pun tak." Semakin pelik Husna jadinya. Kenapa tahap cemburu Harris sungguh pelik sekali? Okey, memang perasaan cemburu tu ada tapi tak adalah sampai bawa kereta macam orang gila. Itu dah melampau.

Harris mengangguk. "Ya. Abang minta maaf sebab abang biarkan cemburu tu menguasai abang sampai tak perasan puteri abang ni sakit. I'm sorry princess." Ucap Harris lalu mengucup dahi Husna yang mempunyai benjolan merah. Husna menutup matanya sambil mengalirkan air mata yang terakhir pada waktu itu. Mungkin.

"Please jangan bertukar lagi macam ni. Husna takut. Husna nak abang yang dulu. Husna tak nak yang garang, panas baran, psiko macam ni. Please abang." Husna merayu sambil memeluk tubuh Harris. Harris hanya senyap sambil mengangguk. Dia cuba. Walaupun, dia selalu tewas dalam mengawal emosi dia. Selalu tewas.

"Abang cuba sayang. Abang cuba."

***

"Sayang, I've got to go now. Ada masalah pasal pembekallah sayang." Beritahu Harris sambil memakai kotnya. Husna hanya memandang Harris lalu berdiri menghampiri Harris. "Nak ikut," ujar Husna sambil membuat muka kasihan. Harris senyum sambil menggeleng. Dia mencuit hidung Husna. "Tak boleh sayang. Dah malam. Tak apa, abang pergi sekejap je. Lagi 20 minit abang balik."

"Janji?"

"Janji sayang." Jari kelingking bertaut. Husna mengangguk akur. "Jaga diri elok-elok. Tunggu abang tau." Husna mengangguk lagi lalu menghantar Harris sehingga ke muka pintu. Setelah itu, dia mengunci pintu dan duduk semula di atas sofa melayan drama pukul 9 malam ini.

Tiba-tiba Husna terpandang akan sebuah bilik. Bilik yang dia dan Harris tak pernah terokai lagi. Agak-agaknya dalam tu ada apa ya? Nak pergi tengok tak? Tapi, berani ke nak pergi sorang-sorang? Waktu malam ni. Husna mengetap bibir. Dia tak adalah berani mana pun tapi itulah. Nak tengok pagi, dia kerja. Nak tengok masa Harris ada, rasa pelik pula. Baik dia tengok sekarang.

Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik tersebut. Terkunci. Macam ada sesuatu sahaja. Husna segera mengambil kunci pendua lalu membuka pintu bilik tersebut. Setelah itu lampu bilik itu dihidupkan. "Ya Allah.." ujar Husna terkejut. Dia segera memasuki bilik tersebut lalu melangkahkan kaki ke sebuah meja. Husna memandang dinding bilik tersebut. Penuh dengan gambarnya. Dari dia kecil sehinggalah sekarang. Dari mana Harris dapat gambar ini?

Di atas meja, terdapat sebuah buku dan kamera Nikon. Husna membelek buku tersebut. Tidak berhabuk. Maknanya Harris sering membuka buku ini. Ya. Husna membuka muka surat yang pertama. Ia tertulis..

This is book about me and Husna Raudhah binti Ahmad Bakar from 2008. I am 16 years old this time and she is 15 years old. Read and write all my moments with her in this book everyday. This is our diary.

Halaman kedua dibuka.

Nama penuh: Husna Raudhah binti Ahmad Bakar
Nama pendek: Husna
Tarikh lahir: 23.10.1993
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Makanan kegemaran: Ketam masak lemak cili api
Minuman kegemaran: Benda yang bercampur dengan susu
Favourite anime: Detective conan
Favourite cartoon: Hagemaru
Ambition: Accountant
Mission: Beli banglo yang besar, kereta sport dan bawa keluarga ke Mekah
Vision: Make a better day than yesterday
Idol: Nabi Muhammad SAW
Crush: -
Boyfriend: Aqil (2008-2009)
Fiancee: Me (December 2017 - December 2017)
Husband: Me (December 2017 - Forever)

Halaman ketiga dibuka.

Jumaat, 8.10.2008

Aku jumpa seorang perempuan ni. Budak junior. Aku tak tahu form berapa tapi dia menarik perhatian aku. Aku ternampak dia tertidur dalam dewan masa perhimpunan. Baris dia dekat dengan aku tapi bukan dia. Dia menjarakkan diri dia dari aku dengan jarak yang jauh. Pelik aku. Tapi, masa aku usya dia tidur, aku dapat rasakan ketenangan dan keindahan perempuan sebenar. Satu per satu aku tilik. Dahi,bulu kening,bulu mata,mata,hidung dan ahh bibir. Bibir yang terkatup rapat. Mesti belum pernah disentuh lagi. Bila aku pandang bibir dia, aku nampak dia terbangun. Dia pandang aku dengan mata yang membulat. Sekali lagi, aku terpana. Dia terus melarikan pandangan dan wajahnya. Aku tersenyum. Tidak pernah aku jumpa gadis macam ni lagi. Aku nekad, aku akan usya dia puas-puas.

Zaman jahil masa form4. (8.10.2013)

Husna terkejut. Jadi, Harris suka dia sejak dia Tingkatan 3? Biar kebenaran?

Husna menyelak halaman sebelah lagi.

Isnin, 11.10.2008

Aku dah janji nak usya gadis tu, jadi aku buat. Nama dia Husna, dia.. tak apa, aku bagi biodata dia kat halaman pertama sekali. Tadi, aku dapat tahu kelas dan tempat duduk dia di mana. Bila aku lalu, dia pandang. Aku cuba kawal macho aku walhal hati aku dah macam kau tahu..rasa macam bom meletop. Seronok sia. Bila aku lalu lagi, dia tak pandang. Tak apa, aku tak kisah. Esok aku akan lalu lagi kelas dia. Bila agaknya aku boleh rapat dengan dia?

Husna mengerutkan dahinya. Bila masa Harris lalu kelas dia ya? Husna langsung tak ingat. Ya. Memanglah tak ingat. Harris masatu bukannya sesiapa pun bagi Husna. Jadi, memang taklah Husna nak ingat kan? Husna melihat lagi mukasurat sebelah. Ada sekeping gambar. Gambar...dia..

Husna terus mendekatkan gambar itu ke mukanya. Biar betul itu dia? Ke salah orang? Tapi bila diteliti, memang benar itu dia. Dia sedang tidur!! Macam mana Harris boleh..?

Husna membaca tulisan di bawah.

My princess is sleeping. Shh. Btw, ni kat dewan. Dia memang suka tidur ke? I wish that I will be her pillow 😘

Husna memberhentikan perbuatannya apabila menyedari dia dah terlalu lama duduk di dalam bilik itu. Husna menutup semula buku tersebut dan meletakkan di tempatnya semula. Tanpa meninggalkan sebarang kesan yang dia pernah masuk sini, Husna mengunci pintu dari dalam. Sepertimana kali pertama dia cuba masuk tadi.

Husna mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 9.15 malam. Sekejap lagi Harris pulang. Baik dia berpura-pura menonton televisyen. Husna duduk di sofa semula dan menutup matanya. Tak sangka Harris simpan semua maklumat tentang dia selama lapan tahun. Memang gila.

"I'll know everything."











Hint untuk bab ni ialah 200 ⭐

And 65 comments 😜😜😜

Baru sis update kalau dah mencecah k 😂😂👌

K bai 😆👌

Continue Reading

You'll Also Like

600K 20.4K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
338K 12.3K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.3M 296K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
258K 15.6K 58
Sejak berpindah ke sekolah baharu. Heying sering dikacau oleh rakan sekelasnya. Atau lebih tepat,orang yang duduk di sebelahnya. Park Jimin. Namja ya...