Hujan [Do Kyungsoo]

By kuchens

3.9K 408 106

Kenapa hujan? Hujan membawa dua erti; kesedihan atau ketenangan. Atau kesedihan dalam ketenangan... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Epilog
Bonus
Bonus II

Bab 3

249 31 7
By kuchens



"Betul ke awak okay ni?" tanya Kyungsoo dalam keadaan mengiring, memerhati wajah lesu Haera. Dia masih enggan berganjak dan bersiap untuk ke tempat kerja walaupun Haera sudah menggesa.

"Betul.. Lagipun cuti kecemasan saya dah approved. So, don't worry about me." Haera senyum lemah pada Kyungsoo yang tak lekang memandangnya dengan sepasang mata bulat itu. Dengan rambut dibiar serabai, menyerlahkan lagi wajah kebudakan Kyungsoo. Haera seolah-olah menatap Kyungsoo yang berusia belasan tahun – yang Haera rindui.

Kyungsoo menyatakan rasa bimbangnya dengan pelukan erat dan membenamkan muka ke bahu Haera. Hanya bunyi helaan nafas menemani mereka berdua menikmati waktu.

Haera perlahan-lahan mengusap rambut Kyungsoo. Rambut yang selalu dia kusutkan jika ia disikat kemas semasa mereka masih bergelar pelajar sekolah menengah. Ingatan itu membuatkan Haera senyum kecil.

"Bangun cepat.. Nanti lewat pulak.."

Kepala Kyungsoo menggeleng malas.

"Bangun."

Kyungsoo menolak lagi.

"Kalau tak nak bangun.."

Tangan Haera terus merayap ke belakang leher Kyungsoo dan menggeletek. Aksi yang Haera suka lakukan pada lelaki berkenaan sejak dari dulu lagi. Seperti kebiasaan, Kyungsoo cuba menahan kegelian itu dengan memendekkan lehernya sambil merintih perlahan dalam ketawa. Dia benci bila Haera menggeletek belakang lehernya yang sensitif sebab Kyungsoo tahu dia terpaksa mengalah.

"Saya pergi dulu."

Dengan mata masih tertutup, Haera mengangguk. Terasa dahinya dikucup dan suara Kyungsoo tak kedengaran lagi seiring bunyi tapak kaki yang memudar.

Dua jam kemudian barulah Haera terasa tenaganya sudah makin pulih. Dia sudah dapat bangun dan duduk seperti kebiasaan. Kejang perutnya juga sudah berkurangan. Haera melihat telefon bimbit yang dimood senyap.

3 missed calls from P.Chanyeol.

1 missed call from Kyungsoo.

1 message from Kyungsoo.

Hati Haera menguntum gembira sambil membuka mesej yang dihantar. Dia bertuah kerana mendapat lelaki penyayang seperti Kyungsoo sebagai suami. Walaupun Kyungsoo ada kekurangannya yang tersendiri tapi setiap manusia tak sempurna. Itu lumrah.

'Bangun dah? Jangan lupa makan ubat dan makanan yang saya masak untuk awak tu. Kesian dia kalau awak tak makan.. ;'( '

Menggeleng kecil Haera dalam senyuman. Tanpa dibalas, Haera kembali meletakkan gajet itu ke atas katil dan berlalu ke bilik air untuk segarkan badan.

Televisyen ditonton dengan bosan setelah menghabiskan makanan hasil air tangan Kyungsoo yang sempat disedia. Tak lama kemudian, perutnya berkeroncong lagi; meminta untuk diisi. Lalu, Haera menuju ke dapur dan membuka peti sejuk. Semua makanan yang ada dipandang kosong.

"Nak makan apa ni.." Haera sendiri hilang selera makan. Hendak memasak, malaslah pula. Pintu peti sejuk ditutup semula dengan tangan kosong. "Ramyun pun dah habis.. Ais krim pun dah habis.. Coklat pun." Keluhan kecil terusir. Dengan langkah berat, Haera ke bilik tidur untuk menukar pakaian. Sweater yang mempunyai hood disarung.

Bunyi 'beep' berbunyi bertalu-talu di kaunter pembayaran. Banyak juga barang yang dibeli Haera untuk dibuat stok makanan. Sambil itu, Haera melihat ke luar pintu kaca kedai serbaneka; melihat langit petang makin muram. Dedaun pokok galak terbuai dilanggar angin.

Langkah Haera beransur dilajukan sebaik dia beredar daripada kedai berkenaan. Bunyi guruh sayup-sayup berdentum memberi amaran bahawa hujan bakal mencurah bila-bila masa saja.

"Alamak! Dahlah lupa nak bawak payung!" rintih Haera dalam berlari mencari tempat berteduh apabila air hujan mula menimpa dirinya. Tempat menunggu bas yang berbumbung segera dihampiri. Haera berpeluk tubuh, menghangatkan badan.

"Haera?"

Dia berpaling dan Chanyeol yang berpakaian kasual menjelma. Sekaki payung sedang dipegangnya bersama beg plastik terbimbit. Chanyeol tak menjangka dia akan terserempak dengan Haera di kawasan perumahannya.

"Chanyeol? Awak buat apa kat sini?"

"Saya tinggal kat bangunan kondominium sana. Haera, kenapa awak tak datang office tadi? Awak tak sihat ke?" Suara Chanyeol tenggelam timbul disaingi bunyi hujan lebat.

Haera hanya mengangguk. "Tapi saya dah beransur okay. Saya pun tinggal kat sana jugak, Chanyeol."

"Oh? Samalah. Hi, neighbour!" Chanyeol mula tersengih membuatkan suasana kekok mereka berkurangan. Haera hanya tersenyum tawar dan kembali melihat awan yang masih menangis.

"Apa kata awak balik dengan saya? Come with me. Bahayalah kat luar. We can share payung!" Beria Chanyeol mengajak dengan ikhlas. Apa yang dikhuatirinya, ribut pula akan datang. "I promise you will be safe, Haera."

Tangisan awan makin kuat membuatkan Haera menerima pelawaan Chanyeol. Di bawah lindungan payung, mereka berdua berhimpit.

"Jom!"

Berlari anak mereka meredah kaki lima lengang dalam hujan; melawan arus angin yang melanggar. Suasana ini mengingatkan Haera pada memori dulu.

"Haera! Pegang payung tu tinggilah sikit! Tak payahlah rapat sampai kepala aku!" cemuh Kyungsoo yang berusia 13 tahun dengan nada merajuk. Mereka berdua masih berjalan kaki balik ke rumah.

"Janganlah marah, Kyungsoo~" pujuk Haera diselangi ketawa mengekek, memandang rakan baiknya bersilang tangan. Pandangan hadapan yang terhalang akhirnya muncul semula apabila Haera menaikkan payung.

"Tahulah aku pendek.." Bibir Kyungsoo mencebik kecil.

"Nanti kau tinggi jugak nanti kan?" Haera masih ketawa.

Suara jeritan pendek Chanyeol menyedarkan Haera daripada imbauan silam. "Argh, payungku!"

Haera terpaling ke belakang, melihat Chanyeol mengejar payungnya yang melayang. Ketawa kecil Haera hadir menyaksikan telatah Chanyeol yang agak melucukan. Cepat-cepat Chanyeol mengangkat kembali payung dan memayungi mereka sehingga sampai ke dalam pintu bangunan kondominium.

"Kuat betul angin tadi. Nasib baik payung ni tak rosak huhu." gumam Chanyeol sambil mereka menunggu pintu lif terbuka.

"Sayang betul awak pada payung tu." Dengan senyuman kecil, Haera mengusik. Chanyeol hanya tersengih menampakkan barisan gigi.

Ting!

Pintu lif akhirnya terbuka memunculkan ruang kosong lif. Beriringan masuk Haera dan Chanyeol, "Okay, awak tinggal tingkat berapa, Haera? Saya tingkat 7." Butang nombor tujuh ditekan dan menyala. Chanyeol berpaling.

"Tingkat 10."

Pintu bilik pejabat diketuk perlahan. Kyungsoo mengangkat wajah sejenak untuk melihat gerangan manusia yang datang menjengah.

"Eh, Kyungsoo, awak dah nak balik ke?" Bomi dengan hairan bertanya sebaik melihat lelaki berkenaan sudah mula mengemas dan menyusun fail.

"Isteri saya tak sihat hari ni. Saya risaukan dia, jadi saya nak balik awal."

Bomi hanya memerhati dengan bisu. Niat untuk mengajak Kyungsoo keluar makan terpaksa dibatalkan. Walaupun sedikit terkilan, namun dia tetap maniskan wajah. "Oh, yeke? Harap isteri awak okay lepas ni.."

Kyungsoo pamerkan senyum kecil. "Thanks." ucapnya sebelum beredar melepasi gadis berkenaan. Tanpa disedarinya, buku lima Bomi terkepal untuk sedetik.

.

Pemegang pintu utama dipulas. "Haera..?"

Sunyi.

Dek kesuraman petang yang hujan, Kyungsoo terpaksa menghidupkan suis lampu ruang tamu untuk memudahkannya melihat. Kelibat Haera dicari pula di dapur, di dalam bilik tidur dan seterusnya bilik air. Namun, isterinya tetap tiada.

Cuak melanda Kyungsoo apabila panggilannya juga Haera tak jawab. Kyungsoo mengetap bibir sambil mundar-mandir. Bunyi hujan di luar memaksanya untuk bergegas turun untuk mencari Haera.

Sampai di lobi, Kyungsoo baru saja hendak bertanyakan pengawal tentang isterinya. Tapi, niatnya terbantut apabila melihat pengawal berkenaan tidur dengan mulut ternganga di kerusi. "Aish."

Sebaik Kyungsoo melangkah keluar bangunan, dia terus ditimpa hujan dingin. Orang lalu-lalang yang berpayung memberi pandangan pelik pada Kyungsoo. Lelaki berkenaan kelihatan seperti ibu kucing yang kehilangan anak pula. Tak keruan dan menyedihkan.

Habis kuyup Kyungsoo sebaik dia kembali ke dalam bangunan kondominium. Wajah menunduk menyembunyikan hati yang membengkak. "Awak pergi mana, Haera..?"

Haera seakan baru tersedar. Leka dia menonton filem yang ditayang di kaca televisyen. Telefon bimbit dicari namun Haera baru teringat bahawa dia tertinggal gajet itu di rumahnya.

"Chanyeol, pukul berapa dah sekarang?" gesa Haera pada Chanyeol yang masih khusyuk mengunyah bertih jagung. Selepas diulang sekali lagi, barulah Chanyeol mendengar.

"Ah, ah jap!" Kalut lelaki itu mencari telefon di celahan sofa. "Hah! Dah jumpa pun. Jap," butang kunci ditekan. "Pukul 6.30 petang."

Haera mencungap nafas terkejut dengan perlahan. Alamak. Mesti Kyungsoo sudah pulang ke rumah sekarang. Pasti dia tercari dirinya. "Ah, thanks Chanyeol sebab ajak saya ke rumah awak. Tapi dah lewat ni, saya kena balik dulu."

Masih memegang bekas berisi bertih jagung, Chanyeol mengiringi Haera ke muka pintu dan melambai bila Haera bergegas pergi.

"Kyungsoo!" Haera terus mengejar susuk yang berjalan longlai di samping koridor; turut menuju ke destinasi yang sama. Wajah lencun Kyungsoo mengheret rasa kesal pada Haera. "Awak cari saya ke? Maafkan saya! Saya pergi rumah kawan tadi." Badan dingin Kyungsoo Haera peluk erat. "Jom masuk rumah. Nanti awak dapat demam pulak."

Kyungsoo tidak bereaksi. Hanya diam mengunci bibir, menunggu hati untuk kembali pulih.

Benarkah,

Setiap kali bumi dihujani;

Guruh dan petir pasti akan mengiringi?

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 224 56
"Awanama Kosmos", makhluk jelik yang datangnya dari luar galaksi telah bereaksi dengan bahan ujikaji yang ada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) me...
7.3M 130K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
17.9K 3.2K 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalanka...