Truth Or Dare

Da letmirtellyouastory

42.1K 2.6K 322

"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulaka... Altro

Prolog
Permulaan
Misteri
Aneh
Start
Bingung
Board
Choose
Tahu
Pintu
Change
Ganti
Teruskan
Hilang
Nampak
Tujuh
Siapa
Jaga.
Dalang
Tipu
....
Terowong
Dunia Cermin
Seri
Lihat
Jalan.
MIKA
POKOK
TEKA
Draft
Rahsia
Mimpi
Hampir
APA
KEBENARAN
Hakikat
SESAL
KUNCI
MUNI(E)lla
TERUNGKAI
AKHIR

SEKSA

1.2K 78 35
Da letmirtellyouastory

Badan Mika yang tergantung lemah menjadi tatapan mereka kini. Raqy tergamam melihat semua ini.

Wajah Mika jelas menunjukkan penyeksaan yang dia rasa. Tangan dan kakinya yang diikat kiri dan kanan, kepalanya yang dilekatkan pada pohon kayu dan kulitnya yang disiat sehingga nampak isi.

"Raqy..." panggil Mika. Raqy tersentak. Dia terus lari mendapatkan Mika.

"Raqy.. jangan!" Jerit Zahid. Belum sempat dia menarik baju Raqy, mereka berdua sudah tercampak jauh ke belakang. Semua terpinga-pinga.

"Ap..pa..kah?" Ujar Aky. Dia dan Munue terus berlari mendapatkan Zahid dan Raqy.

Raqy yang terhentak kuat didahan terus pengsan tak menyedarkan diri.

"Hik..hik..hik..." suara gelakan Mika terasa berada sangat hampir dengan mereka. Semua mata melilar mencari tuan empunya suara. Hampa. Mereka hanya mampu melihat jika mereka memegang bahu Raqy. Munie mengangguk ke arah Zahid yang menunjuk ke arah bahu Raqy. Mereka terus memegang bahu Raqy.

"Astaughfirullahalazim" ucap Munie apabila segalanya jelas dimata. Mika yang tadinya tergantung lemah kini sedang elok berada di depan mereka. Bola matanya yang dihiasi dengan warna putih dan hitam kini tekah menjadi hitam semuanya. Kulitnya yang disiat masih terjuntai di tangannya. Tangannya yang diikat ketat sudah berdarah tidak berhenti. Bibirnya menguntum senyum yang menyeramkan.

"Za..Zahid.." panggil Munie ketakutan. Zahid berpaling ke arah Munie. Munie kini sudah memejamkan mata.

"Zikir dalam hati" pesan Zahid. Dia perlahan-lahan mengeluarkan sapu tangannya itu lalu terus menbaca sesuatu. Senyuman Mika semakin lebar.

"Baca apa tu.. ?" Tanya Mika perlahan. Kepalanya disengetkan sambil melihat Zahid. Dia terbang mendekati Zahid dengan senyuman seramnya. Zahid langsung tidak terkesan. Dia teruskan membaca apa yang dia tahu sambil sebelah tangannya sedia untuk melibas kainnya itu

Ternampakkan kesusahan Zahid memegang kain itu, Mika terus ketawa mengikih.

"Boleh ke tu...?" Tanya Mika. Suaranya semakin lama semakin berubah. Dari suara lembut milik Mika kini sudah menjadi suara nyaring umpama suara seorang nenek.

Zahid mendengus kasar.

"Mun. Tolong letak tangan Raqy dekat bahu aku " pinta Zahid. Munie mangangguk. Tangan Raqy diangkat ke bahu Zahid. Mika menjegilkan matanya melihat apa yabg dilakukan Munie. Dia terus berusaha menjauhkan diri dari Zahid tapi tidak sempat kerana Zahid mendahului satu langkah daripadanya. Kain milik Zahid dilibas tepat ke arah badan Mika sehinggan badannya itu jatuh ke tanah.

Mika mengerang sakit.

"Zahid..." panggil Mika. Suara yabg tadinya menyerupai nenek sudah kembali menjadi suara Mika semula. Mika memeluk tubuhnya. "Sakit... Zahid...." Mika terusan meminta simpati.

Zahid ketawa sinis. "Kau ingat senang kau perbodohkan aku?"

Mika mengangkat muka. Dahinya dikerutkan. "Apa maksud kau, Zahid...." rintih Mika. Dia lalu menangis perlahan.

Raqy terjaga dari pengsannya. Matanya melekat kearah Mika yang sedang mengerah kesakitan.

"Mika...." panggil Raqy lemah. Perlahan-lahan dia cuba berdiri untuk pergi ke arah Mika. Perasan akan tindakan Raqy, Zahid cepat-cepat menahan bahu Raqy. Dia tahu Benda tu sedang berlakon. Dia tahu Mika sudah tiada.

Raqy terpinga-pinga. Kenapa aku tak boleh gerak ni? Munie yang perasan wajah aneh Raqy terus berbisik kepadanya.

"Zahid yang tahan kau. Itu bukan Mika" bisik Munie. Raqy terkejut. Dia berpaling ke arah Aky. Aky mengangguk.

"Raqy...tolong saya...." rintih Mika lagi. Rintihan Mika membuatkan Raqy was-was hendak mendengar kata teman-temannya atau membantu kekasihnya.

"Jangan kau berlakon lagi" kata Zahid. "Buang masa." Tambahnya. "Raqy. Kau ikut aku." Kata Zahid..

"Aku tak nampak kau. Macam mana aku nak ikut kau?" Kata Raqy. Mika di sana masih mengerah kesakitan. Semakin lama semakin kuat suaranya dibuat

"Kau jalan dekat dengan dia. Ikut arahan aku." Kata Zahid lagi. Seterusnya dia memberi isyarat kepada Munie supaya tangan Raqy diletakkan atas bahunya seperti tadi. Munie mengangguk lalu terus mengangkat tangan Raqy. Aky hanya memerhati. Pegangannya dilepaskan. Jadi dia tak tahu apa yang mereka lakukan.

"Pegang bahu aku kuat-kuat" kata Zahid. Raqy mengangguk.

Zahid mula membuka langkah silatnya. Dibaca beberapa surah pendamping yanv boleh membantunya. Sekali kain itu dilibaskan, Mika terus terpelanting kebelakang. Namun Mika masih lagi dengan lakonannya.

Libasan kedua, Mika jatuh telentang. Lakonannya dihentikan. Dia terus merenung Zahid dengan pandangan tajam. Badannya dicangkungkan dengan wajah bengis memandang Zahid. Dia cukup pantang apabila dia dicabar.

"Durjana kau!!!!" Jerit Mika. Sekarang sudah jelas bahawa Mika didepan itu bukanlah Mika mereka. Raqy tersentak. Pegangannya dibahu Zahid terlepas. Mereka terpinga-pinga.

"HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAAHA" Mika terus mengambil kesempatan itu untuk membalas pukulan Zahid memangdangkan Zahid tak dapat melihatnya. Zahid terpelanting ke belakang. Raqy tergamam dengan apa yang dilihatnya tadi. Mika yang kini tersenyum sinis perlahan-lahan merangkak ke arah Raqy. Raqy berjalan ke belakang satu langkah demi langkah

"Kenapa awak taknak tolong saya tadi?" Rintih Mika. Raqy mulai menggigil ketakutan. Jiwanya lemah ketika ini. Mika yang perasan akan wajah ketakutyang dipamer Raqy kini tersenyum lebar. "Awak tahu tak saya sakit..." sambungnya lagi.

Raqy makin mengundur apabila Mika makin menghampirinya

"Atau sekarang ni aku tak cukup sakit?" Tanya Mika. Raqy masih diam. "Kau nak tengok apa yang lebih menyakitkan?" Tanya Mika lagi. Raqy menggeleng. Namun gelengannya tiada makna.

"Hik..hik..hik" Mika perlahan-lahan memusingkan kepalanya 360 darjah. Bunyi patah riuk tulang Mika menjadi lagu yang didengari mereka. Mika masih tersenyum. "Sudah cukup sakit atau mahu lagi?"

Raqy menggeleng. "Jangan.. jangan sakitkan dia lagi!" Rayu Raqy. Mika melebarkan senyumannya. Pisau dipoket Mika dikeluarkan lalu digunakan untuk mengkikis kulit mukanya. Bukan itu sahaja, kaki Mika juga kini sudah tidak menjejaki tanah. Raqy memejamkan mata. Tak sanggup untuk melihat

"Allahuakbar!" Jerit Raqy sambil melibaskan kainnya ke arah Mika yang sedang menyakiti dirinya sendiri.

"Arghhhhhhhhhh!!!" Jerit makhluk didalam Mika. Akibat tidak tahan dengan kesakitan libasan tersebut, makhluk itu terus terbang keluar dari badan Mika.

Aky dan Munie terkejut apabila ternampak tubuh Mika terjatuh ke tanah. Mereka terus lari mendapatkan Mika.

"Mika..." panggil Raqy. Dia menggoncang lembut bahu Mika. "Mika bangun sayang.." kata Raqy lagi. Yang lain hanya memerhati. Zahid memandang Munie dengan satu pandangan sayu. Munie menekup mulutnya.

"Raqy.. Mika dah tak ada" kata Munie perlahan. Air matanya jatuh mengalir.

"Tak.. dia hidup lagi"

Aky menepuk perlahan belakang Raqy. "Dia dah tak ada Raqy. Jangan siksa dia dengan air mata kau" pujuk Aky. Raqy menggeleng laju. Masih tidak mahu menerima takdir. Zahid hanya diam memerhati. Tiba-tiba matanya terlekat pada sesuatu ditangan Mika.

"Apani?" Tanya Zahid ke Munie. Bekas torehan ditangan Mika ditunjuknya. Munie perlahan-lahan mengangkat tangan Mika.

"Misteri.." baca Munie. Yang lain turut memandang bekas torehan itu.

-

"Tangkal..."

Tangkal berpaling. "Munie?"

Putri menggeleng. Tahulah Tangkal yang dia sedamg bercakap dengan 'kembar tak rasmi' Munie. "Kau buat apa sorang-sorang kat sini?"

Tangkal mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu dia buat apa sorang-sorang kat sini. Yang dia tahu, dia terpisah dengan Zahid dan kawan-kawannya yang lain. Penat dia pusing mencari Zahid tapi hampa. Balik-balik tempat sama. Batang hidung Zahid pun tak dijumpainya.

"Kau tahu tak tadi kau selisih dengan kawan kau?" Tanya Putri. Tangkal pamerkan riak terkejut.

"Seriouslah? Mana?" Tanya Tangkal laju. Putri tersenyum.

"Diorang dah jauh semula dah" katanya. Tangkal mengeluh. "Lagipula, kalaupun kau jumpa bukan kau dapat tahu pun. Kau tak boleh dengar mereka" tambah Putri. Makin kuat keluhan Tangkal. Ya tak ya juga.

"Kau tahu mana Zahid?"

"Tidak. Tapi aku tahu seorang kawanmu sudah tiada"

"Maksud kau?"

Putri masih tersenyum. "Mereka sudah mula membuat kerja kotor mereka" katanya. Senyuman semakin lebar. "Satu nasihat daripada aku, kalaupun kau sudah jumpa jawapan untuk keluar dari pulau ini, jangan sampai mereka tahu. Diam-diam saja"

Putri terus terbang meninggalkan Tangkal yang masih terpinga-pinga.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

2.6K 396 42
Tatkala keadaan dunia semakin tenat. Muncul manusia-manusia yang ditakdir mempertahankan dunia daripada hancur di tangan sekeping jiwa yang obses kep...
407K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
611K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
880K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...