Hipotesis Cinta

By greenypluto

107K 9.5K 1.6K

Dalam bercinta ni, ada tiga variable : 1)Manipulated variable - perasaan suka atau cinta? 2)Responding variab... More

1 - Rakyat Bergaduh
2 - Makhluk Baru
3 - Chipsmore Expired
4 - Shopping?
5 - Caring
6 - Samseng ke?
7 - Malu 7 Keturunan
8 - Peminat Misteri
9 - Semanis Kismis
10 - Perhitungan
11 - Pelawaan
12 - Booking
13 - Fighting
14 - Celup Kecepelup
15 - Keluar
16 - Kasut Roda
17 - Miang
18 - Tuan Puteri
19 - Hamba
20 - New Ship
21 - Jatuh Hati atau Jatuh Sakit?
22 - Cem-Bu-Ru?
24 - Ppopgi
25 - Terang Lagi Bersuluh
26 - Cabaran
27 - Suka ke?
28 - Pelik
29 - HELL-O
30 - Selamat Tinggal
31 - Memori Lama
32 - Pilihan Sukar
33 - Hati
34 - Part Time
35 - Pencuri
36 - Pembubaran Rahsia
37 - Bersama Dia, Dan Bintang
38 - Dugaan
39 - Encik Tunang
40 - Gelap
41 - Kotak Hitam
42 - Kenapa?
43 - Rahsia Hati
44 - Resah

23 - Cik Bawang Merah

2.3K 198 22
By greenypluto

"Kenapalah berat sangat kotak ni? Kan senang kalau ada troli, haih. Fir ni pun satu. Menghilang aje dia. Pemalas punya kawan. Aku pulak kena buat kerja sorang-sorang. Dunia ni memang tak adil betul la," bebel Hanna sendirian.

"Tak apa kau, Fir. Tunggulah hukuman daripada aku nanti. Aku kerjakan kau habis-habisan." Hanna senyum jahat sebelum keningnya kembali berkerut menahan kesakitan. Tangannya mula rasa lenguh.

Leher terpaksa dipanjangkan ke kanan untuk melihat jalan. Saiz dua kotak yang agak besar bagi Hanna menghalang pandangannya. Sebab itulah lambat-lambat kakinya melangkah. Tak pasal-pasal pula percuma je dia dapat jatuh longkang hari ni. Malu tujuh keturunan weh!

"Assalamualaikum," tegur satu suara asing.

Terkejut Hanna apabila suara itu menyapa. Dari mana datang suara itu, tak dapat diketahuinya. Riak wajah Hanna bertukar cuak. Takkanlah kotak yang dia sedang angkat ini boleh bercakap kut? Dan, boleh bagi salam? Sejak bila kotak masuk Islam?

"Aih, kotak! Kau ke yang bercakap tadi? Kau jangan nak main-main dengan aku, kotak. Aku baling kau dalam longkang baru tahu," ugut Hanna. Suara diperlahankan. Dengar dek orang nanti, confirm dicop gila. Hahah.

"Ehem! Mak aku kata... kalau tak jawab salam, dosa."

"Wa... waalaikumussalam." Tergagap-gagap Hanna menjawabnya.

"Boleh ke angkat tu? Nampak macam berat je. Kalau tak larat, meh aku tolong angkatkan."

Belum sempat Hanna membalas apa-apa, sekelip mata sahaja dua kotak itu bertukar tangan. Terkejut Hanna gara-gara tindakan siapa-siapa entah itu. Barulah rasa ringan tangan tika ini. Hanna meregangkan tangan dan lengannya.

"Terima kasih..." ucap Hanna separuh. Bebola mata dialihkan kepada gerangan tersebut. Bertambah terkejut Hanna apabila lelaki itu sedang tayang senyuman manis kepadanya. Zarif?!

"Eh... err... tak-takpe, takpe. Aku boleh angkat sendiri. Bagi sini balik kotak tu," pinta Hanna. Tak tahu kenapa dia rasa janggal setiap kali dengan Zarif. Mungkin kerana tak selesa kerana Zarif ada hati padanya kerana arahan penulis?

Eh. Salahkan kita pulak.

"No. Biar aku tolong. Aku kesian tengok kau angkat kotak ni sorang-sorang. Dahlah besar, berat pulak tu. Tak lenguh ke tangan?" Zarif perasan ekspresi wajah gadis itu seperti tidak selesa dengan kehadirannya di situ. Tak semena hati terasa kecewa sedikit.

Menunduk Hanna. Penat hendak berbalah lagi. "Kalau macam tu, kau jalanlah dulu. Kau letak je kotak ni kat gerai yang hujung sekali. Khemah warna biru. Hati-hati bawak tau. Jangan jatuhkan sebab benda dalam ni senang pecah."

"Kau pulak nak pergi mana? Takkanlah aku nak kena hantar sorang-sorang je? Temankan aku sekali, boleh? Aku-- aku tak tahu jalan. Nanti aku salah gerai pulak haa macam mana?" Sengaja Zarif mereka-reka alasan sebegitu. Dia mahu meluangkan masa dengan Hanna. Sekejap pun jadilah. Gadis itu sering kali sahaja mengelak daripadanya seolah-olah ingin menolak cintanya secara halus.

#cararejecthalus #kahkahkihkihkuhkuh #padanmuka

Hanna gigit bibir.

"Err... okay, aku temankan." Mengalah juga Hanna. Sebolehnya, dia tidak mahu dekat dengan mana-mana pelajar lelaki yang popular di sekolah. Zarif pun salah satunya. Takut jadi bahan mulut orang-orang di sekolah. Dan juga kerana Zarif menaruh perasaan terhadapnya. Sebab itulah Hanna rasa canggung.

"Ada apa je dalam kotak ni? Barang niaga ke?" Soalan Zarif memecahkan suasana hening antara mereka. Serta-merta Hanna kembali ke alam nyata.

"Haah, barang niaga untuk gerai kitaorang. Ada balang-balang biskut je. Kenapa? Berat ke?" uji Hanna. Masa inilah nak menguji kekuatan seseorang itu. Lembik ke sado. Lagi-lagi spesies lelaki. Kalau kening tak berkerut dan tak mengetap bibir, bermakna dia okaylah tu. Kalau sebaliknya pula, bermakna dia sedang merana.

*gelak jahat*

"Laaa, balang biskut rupanya. Ingatkan berat sangat. Patutlah rasa ringan semacam je," jawab Zarif tenang. Muka selamba. Rileks je. Macam ringan sangat aje kotak yang diangkatnya itu. Hanna cuma angguk. Bagus, bagus. Ujian pertama, lulus. Ecewah. Kau pikir kau nak cari laki ke, Hanna?

"Hanna, aku mintak maaf," ucap Zarif tiba-tiba.

Terus Hanna mengerutkan dahinya. Kenapa pula tiba-tiba nak minta maaf padanya? Setahunya, Zarif tak ada buat salah apa pun. Kalau saja-saja nak minta maaf, raya lambat lagi. SPM pun lambat lagi.

"Err... kenapa mintak maaf tiba-tiba pulak ni?" tanya Hanna. Masih dalam zon tidak selesa.

"Aku... aku mintak maaf sebab confess kat kau hari tu. Aku tak sengaja. Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu. Sorry sebab aku pentingkan diri. Terlalu layankan perasaan ni. Aku tak patut suka kat kau. Lagipun, kita masih budak sekolah lagi. Kan?" luah Zarif. Dia senyum kecil. Nadanya seolah dia sudah berputus harap. Dia redha dengan takdir Tuhan walaupun hati separuh redha. Jujur, dia ikhlas sukakan gadis itu. Tapi kalau takdir tidak menyebelahinya apa lagi dia boleh buat?

Hanna cuma senyum. Faham.

"Tak apa. Bukan salah kau pun. Patutnya aku yang mintak maaf sebab ermm... aku yang buat kau sukakan aku. Jadi... aku..."

Hanna hela nafas sejenak sebelum menyambung kata-katanya. "... aku harap kau tak letak harapan tinggi kat aku. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab... aku tak boleh balas perasaan kau. Mungkin sebab kita masih muda lagi ataupun mungkin hati aku tak terbuka lagi untuk siapa-siapa."

Sekali lagi, Hanna senyum. Dia tak maksudkan yang dia pernah jatuh cinta lepas tu patah hati lepas tu berikrar tak nak bercinta lagi. Dia bukan seperti itu. Memang hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapapun. Ada crush pun, suka-suka je. Tak ada la rasa obses seperti cinta pun. Cinta monyet je semua itu.

"Aku yakin Allah dah sediakan perempuan yang lebih baik untuk kau. Orang yang lebih baik daripada aku. Apapun, belajar dulu baru bercinta!" nasihat Hanna. Persis seorang kakak yang berkata pada juniornya. Hahah. Bukan apa... Hanna tidak mahu berselindung lagi. Lebih baik dia jujur sahaja. Sekurang-kurangnya, Zarif tidak akan berharap lagi padanya lepas ini.

"Auch. Nampaknya aku dah kena reject secara halus," kata Zarif seraya melepaskan tawanya. Akan tetapi, tiada siapa tahu hatinya terasa seperti terkena panahan beracun yang perlahan-lahan merebak racunnya. Racun yang menghancurkan hati.

Serba salah bersarang di hati Hanna.

"Aku betul-betul mintak maaf. Aku tak boleh. Aku tak mampu balas perasaan kau. Tapi kita boleh jadi... kawan. Kan?" Hanna pandang lelaki itu dengan riak serba salah bercampur senyuman yang agak canggung.

Zarif pandang tempat lain. Mengelak daripada memandang wajah Hanna. Takut hatinya bertambah terluka lagi.

"Aku tak berkawan dengan perempuan. Kau tahu kan... perempuan dengan lelaki mana boleh jadi kawan," bidasnya.

"Kalau tak sudi nak berkawan, cakaplah terus. Tak payah nak berkias-kias bagai dengan aku," kata Hanna. Muka sedih wajib ditayang. Baru nampak macam minta simpati. Campur minta penampar, hahah.

Zarif cuma ketawa menutup rasa.

Maafkan aku. Aku tak boleh terima kalau kita berkawan sebab aku dah anggap kau lebih daripada seorang kawan.

"Letak je kotak ni atas meja ni. Ermm... thanks sebab tolong angkatkan. Maaflah dah susahkan kau," kata Hanna. Tangannya ligat mengeluarkan balang-balang biskut dari kotak lalu disusunkan di atas meja gerai. Kalau tak ada orang sudi tolong dia, alamatnya sampai besok Subuh la baru dapat hantar kotak itu sampai ke gerai. Kemain lagi berat!

Zarif cuma memerhati sahaja pergerakan Hanna. Tidak mahu berganjak dari situ. Ada sesuatu yang dia ingin tanya kepada gadis itu.

"Hanna," panggil Zarif.

Gadis itu toleh. "Hmm?"

"Kau reject aku sebab itu je ke?" Terpacul soalan itu dari bibir Zarif. Dia ingin tahu sebab yang lain. Pasti ada satu sebab yang menyebabkan Hanna menolaknya. Satu sebab yang kukuh.

"Itu je la kut," balas Hanna.

"Atau... kau sebenarnya dah suka orang lain?" duga Zarif.

Tergelak kecil Hanna. Soalan lucu apa ni?

"Jangan nak merepeklah. Aku mana ada suka kat sesiapapun."

"Shareez Haikal. Kau suka dia kan?"

Hanna mendongak memandang Zarif di sebelah. Tak faham. Tak jelas. Apahal tiba-tiba sebut nama keramat tu? Soalan apa ni? KBAT ke KEBAB?

"Apa benda kau cakap ni?"

"Jangan tipu akulah, Hanna. Mungkin kau boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu perasaan kau sendiri. Aku tahu kau sebenarnya suka dia." Zarif menghela nafas berat dalam diam. Sungguh berat rasa hatinya apabila berkata begitu. Andai kata gadis itu suka pada Shareez, dia harus redha. Terpaksa redha dengan ketentuan Tuhan.

"Oh, lupa pulak! Aku ada hal kejap. Kau tolong jagakan gerai ni, boleh? Kejap je. Aku pergi dulu."

Hanna mencipta alasan untuk beredar dari situ. Langkah dilajukan meninggalkan Zarif jauh di belakang. Pening kepala Hanna memikirkan tuduhan tidak berasas Zarif itu. Jari diramas-ramaskan. Kenapa rasa berdebar semacam aje ni? Dan, kenapa tiba-tiba bayang Shareez muncul di mindanya?

Woi, pergilah! Semak dalam kepala aku, apahal?

"Hanna Arissa, dengar tak tuan kau tengah seru kau sekarang ni?"

Gulp!

Air liur diteguk seteko.

"Dah gila agaknya aku ni. Tu la. Banyak sangat makan gula-gula korea semalam," omel Hanna sendirian. Ingatkan nampak bayang Shareez dalam otak je, rupanya suara lelaki itu pun menghantui dia. Terngiang-ngiang suara Shareez di mindanya. Suara itu memanggil namanya lagi.

Hanna pusing belakang. Tak ada sesiapapun. Ah, sudah! Sah-sahlah ada 'benda' yang saja nak main-mainkannya. Hanna pura-pura tak dengar. Jangan tegur suara 'benda' yang tegur kita. Hanna mengingatkan diri sendiri. Malas nak ambil peduli, dia pusing depan semula.

"Oh, sotong kau masak tomyam!"

******
******
******
******

"Eh, Cik Bawang Merah!"

Senyap seketika mengisi ruang antara mereka. Semua kepala di situ memandang Remy dan Eira silih berganti. Keliru. Tak faham. Adakah teater dongeng sedang dimainkan tanpa mereka ketahui?

"Remy, kau kenal ke perempuan ni?"

"Nama panggilan awak Bawang Merah? Biar betul?"

"Awek kau ke, Remy?"

"Peliknya. Kenapa nama panggilan awak 'Bawang Merah'?"

"Remy, biskut Oreo aku mana?"

"Tak apa ke kitaorang panggil awak 'Bawang Merah'?"

Pelbagai pertanyaan diajukan kepada mereka berdua, bertubi-tubi dan berselang-seli. Remy hanya mampu tayang sengih sambil tangannya menggosok-gosok belakang kepalanya. Apa nak jawab eh? Nak jawab mana satu sekarang ni?

Reaksi Eira pula tak usah cakaplah betapa dia rasa malu, marah, dan keliru tika ini. Malu sebab kantoi dengan panggilan 'Bawang Merah' oleh Remy. Marah sebab Remy memanggilnya 'Bawang Merah' di khalayak ramai. Keliru sebab tak tahu nak balas apa dengan soalan-soalan para jejaka itu.

Tangan Remy bergerak-gerak, berpusing-pusing seperti mahu mengatakan sesuatu. Wajah Eira yang jelas sedang marah kepadanya dipandang. Air muka Remy masih kekal tenang dan selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Awak buat apa kat sini? Oh, awaklah yang akan uruskan rombongan sekolah saya eh?" soal Remy teruja.

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu. Kau buat apa kat sini? Kenapa kau... ergh!"

Eira tarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan dengan penuh kesabaran. Hendak marahkan lelaki itu, bukannya dia buat salah apa pun. Bukan salah lelaki itu kerana mengikuti rombongan tersebut dan bertemu dengan Eira dalam keadaan begini. Dah memang takdir, agaknya. Takdir yang menentukan supaya Eira menerima malu dan padahnya. Padah sebab memandai aje mencipta panggilan palsu itu.

"Kenapa... saya, apa?"

"Tak ada apa-apalah. Suruh budak-budak kau tu beratur dan bawa apa yang patut. Cepat, jangan lambat. Aku tunggu kat depan dewan tu."

Baru sahaja Eira ingin beredar dari situ, nama panggilan palsunya dipanggil. Kepala ditolehkan semula kepada Remy. Apa lagi mamat ni nak? Tak cukup lagi ke dah malukan dia? Jatuh maruah sebijik burgernya. Ugh.

"Err... Awak dah berkenalan ke belum dengan kawan-kawan saya ni?"

"Belum. Eh, penting ke? Buat apa aku nak kenal-kenal dengan diorang? Tak ingin aku. Buang masa je," balas Eira kasar. Mencerlung mata Eira melihat para pelajar itu sedang tayang sengih masing-masing. Tak ingin dia nak buat sesi berkenalan kat sini. Ingat ni kem motivasi ke nak ice breaking bagai?

"Alaaaa kejap aje, awak. Cuma kenal-kenal nama je pun dah cukup. Bukannya perlu bagitahu semuanya macam pergi temuduga. Tak baik tau awak layan tetamu macam ni," kata Remy. Mengendur suaranya.

Terkedu Eira. Hatinya bagai rasa sesuatu. Seolah-olah dibalut dengan perasaan serba salah bercampur dengan rasa sentap. Ada benar juga kata-kata Remy itu. Kenalkan nama aje pun. Bukannya dia perlu bagitahu tentang hobi dan cita-citanya sekali macam yang selalu dilakukan ketika hari pertama persekolahan setiap tahun.

Hmm. Susah sangat ke, Eira?

Kemudian, matanya menoleh semula kepada jejaka-jejaka SMK Wira Jati itu. Niatnya ingin tunjuk muka garang dan bersikap kasar supaya pelajar yang nakal mendengar katanya. Mengingatkan bahawa mereka ialah tetamu dari luar, Eira sedar dia sepatutnya memberi layanan yang baik dan bukannya bersikap kasar.

"Yelah, yelah... tapi kejap je," putus Eira.

Berubah ceria terus air muka Remy. Bercahaya matanya. Teruja tak terhingga! Bersorak kegembiraan Remy seperti lelaki yang berjaya melamar seorang wanita.

Ceh.

"Guys, kenalkan... ini Bawang Merah. Aku nak korang kenalkan diri kat Cik Bawang Merah kita ni dengan penuh sopan. Jangan berani nak 'ayat' dia eh! Sebarang pickupline tidak akan dilayan." Remy bagi amaran awal-awal.

Menjuling mata Eira tanda menyampah namun rasa geli mencuit hatinya. Bibirnya rasa gatal nak senyum namun dia putuskan untuk kawal air mukanya dengan rapi. Wajah garang dikekalkan.

"Hai, Cik Bawang Merah! Nama samaran saya Ali. Awak boleh panggil saya Tengku Azrin Shah."

"Eh! Sejak bila nama kau ada Tengku? Menipu aje kerja kau. Cik Bawang Merah, awak jangan percaya kawan saya ni. Dia ni kaki penipu."

"Cik Bawang Merah, awak jangan percaya dia ni. Dia ni lagi lagilah penipu. Suka sangat menipu yang orang lain pun penipu macam dia jugak."

"Jangan layan dua orang malaun ni, Cik Bawang Merah. Diorang memang macam ni. Suka bergaduh aje kerjanya."

"Nama saya pulak... Eh, diam boleh tak? Aku nak cakap nama aku pun susah. Bisinglah!"

"Ha, giliran aku pulak! Hai, Cik Bawang Merah! Saya Eddie. Awak panggil je saya Didi. Comel kan nama tu? Haa tengoklah siapa tuan dia."

"Kejap, kejap! Sejak bila nama kau Eddie? Bukan ke nama kau Abu?"

"Woi, Abu! Sedarlah sikit. Berangan nak nama glamor aje!"

"Suka hati akulah nak letak nama glamor ke nama manja ke. Yang korang semak sangat apahal?"

"Cik Bawang Merah, abaikan je The Three Idiots ni! Buang masa je layan diorang. Baik awak layan saya je. Hai, nama saya Harry. Orang selalu panggil saya Harry Styles. Mungkin sebab saya ada iras-iras macam Harry Styles. Awak rasa siapa lagi handsome? Saya ke Harry Styles?"

"Woi, kambing Pak Seman! Dahlah menipu, ciplak nama artis pulak tu. Asyik menipu aje kerja korang semua, ya? Macam tak ada kerja lain. Kambing betul la korang ni!"

"Tengok tu, Cik Bawang Merah! Buat pengetahuan awak, dia ni kan... tak habis-habis meng'kambing'kan kitaorang. Lama-lama muka dia pun dah tak ada beza dengan kambing Pak Seman."

"Wah, sedap betul mulut kau mengutuk aku, ya? Sekurang-kurangnya, aku lebih handsome lagi kacak dan bergaya daripada kau. Betul tak, Cik Bawang Merah?"

"Err..." Suaranya tersangkut. Eira tak tahu apa yang perlu dia katakan.

"Agak-agak kaulah kan... kalau aku rosakkan rambut pacak kau tu, hilang tak handsome kau yang secebis tu?"

"Jom rosakkan rambut dia!"

Dan, berlakulah sesi merosakkan rambut antara satu sama lain.

Rosaklah cerita penulis ni. *sigh

Keadaan menjadi huru-hara menambahkan lagi kehangatan suasana. Remy mengeluh kecil. Dah mula dah perangai kanak-kanak Ribena mereka itu. Malukan nama sekolah aje lah korang ni! Remy hanya mampu menjerit dalam hati.

"Berani kau rosakkan rambut aku, kambing? Penat aku berdandan, tahu tak? Meh sini kau! Haa amik ni!"

"Kau panggil aku kambing? Habis, kau tu apa? Tapir? Aku masak kau jadi tapir masak kicap karang!"

"Yang kau rosakkan rambut aku sekali, apahal? Kau ni memang cari pasal la! Nah, amik stoking aku ni!"

"Kuasa Stoking Yang Memeningkan!"

"Aku rasa kasut aku ni sesuai jadi mahkota atas rambut kau. Penangan Kasut 'Wangi'!"

Sumpah Remy mati kutu tika ini. Apa harus dia lakukan sekarang? Pasti sikit sahaja lagi gadis itu akan mengamuk sakan kerana ahli-ahli rombongan sekolahnya tidak tahu menjaga adab. Riak wajah gadis itu pula tak dapat Remy agak. Marah ke dia? Remy genggam jemari.

"BERHENTI !!!"

Jeritan Remy terlepas juga. Kuat. Tidak semena-mena pergerakan mereka semua terhenti. Suara Remy mengejutkan mereka sehinggakan terhenti pergerakan masing-masing secara spontan. Mata semua pelajar lelaki tersebut tertala kepada ketua rombongan mereka, Remy.

Ternganga luas Remy apabila melihatkan keadaan ahli-ahli rombongannya itu. Ada yang kasut terletak kemas di kepala, ada yang sedang memegang rambut antara satu sama lain, ada yang saling memanjat belakang badan, ada yang tangan bersarungkan kasut dan... ada yang sepasang stoking tergantung di kedua-dua belah telinga.

Pecah juga tawa Eira akhirnya. Tak dapat ditahan lagi oleh perutnya. Penat dia menahan gelak tapi tercetus juga apa yang dia tahan itu.

Tawa Eira menjadi perhatian menyebabkan semua orang di situ kaku, termasuk Remy. Mata mereka bersinar-sinar. Bagai melihat intan permata. Mereka seolah-olah terpanar dengan keindahan yang Allah kurniakan itu. Ada yang pipi merah dan ada juga yang meleleh habis air liurnya.

"Comelnya dia gelak," kata mereka serentak.

******
******

"Ada apa awak datang sini?" soal Dato' Hamid dingin.

Matanya fokus kepada kertas kerja. Ada banyak lagi dokumen yang dia perlu semak sebelum menurunkan tandatangannya sebagai pengesahan. Projek-projek yang berjuta-juta kosnya pula tu. Jadi, dia perlu semak isi kandungan dokumen-dokumen itu dengan teliti dahulu.

"Aih. Takkanlah I tak boleh jumpa suami I sendiri kut? Tak salah pun kan?"

Datin Rozita melabuhkan punggung di atas sofa tiga berangkai yang terletak di bilik pejabat Dato' Hamid. Matanya jeling sekejap pada suaminya itu. Nampak sibuk bebenor.

"Memanglah tak salah tapi kita boleh je jumpa kat rumah. Abang ada banyak kerja kat pejabat ni so abang tak boleh nak layan awak sangat," jelas Dato' Hamid.

"Kenapa you macam tak suka je I datang jumpa you kat pejabat? Bukannya selalu pun. Atau... you ada simpan perempuan lain kat ofis ni? Sibuk dengan kerja konon. Entah-entah you sibuk bermadu asmara dengan perempuan lain. Kan?!" tempelak Datin Rozita. Diperlinya lelaki itu.

"Apa benda awak mengarut ni? Main tuduh-tuduh abang pulak. Jangan sampai abang hilang sabar, Rozi. Dah lama dah abang tahan dengan perangai awak, tahu tak? Tak habis-habis cakap abang ada perempuan lain," balas Dato' Hamid.

Malas dia nak marah pada isterinya itu. Dengar dek staf-staf ofis, jatuhlah maruahnya kerana membawa masalah peribadi ke pejabat. Jatuhlah air mukanya kerana bergaduh dengan isteri di pejaba. Manusia ni, mana boleh jangka perbuatannya. Mengumpat, memfitnah, menjatuhkan maruah orang lain aje kerjanya.

Merengus geram Datin Rozita. Jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki itu. Sebalnya rasa apabila dia mati kata-kata. Tak ada modal nak berdebat lagi. Datin Rozita membelek-belek majalah yang diambil di atas meja kaca di depannya bagi menghilangkan rasa bosan. Helai demi helai dia selak.

"I nak tanya ni. Anak you yang sorang tu tak nak melawat you ke? Dah balik Malaysia tapi lupa jalan balik rumah," perlinya. Malas-malas Datin Rozita bertanya. Bukannya dia ambil peduli pun dengan Shareez, anak tirinya itu. Sekarang ni pun, dia cuma pura-pura ambil tahu.

"Kenapa pulak awak baru nak tanya sekarang? Tiba-tiba je sibuk nak ambil tahu. Bukan ke awak tak suka anak abang yang sorang tu?" perli Dato' Hamid.

Erk!

Terasa esofagus bersimpul hingga ke usus. Datin Rozita tak tahu nak balas apa lagi. Majalah di tangan dicampak kasar ke atas meja kaca. Hilang terus moodnya. Sebal!

"Eeii buang masa je cakap dengan you ni. Baik I pergi shopping. Lagi bagus! Boleh juga hilangkan semua stress I."

"Awak ni... tak habis-habis shopping. Tahu menghabiskan duit je. Cubalah guna duit tu untuk kerja-kerja kebajikan ke... ada faedahnya juga. Dapat pahala pulak tu," Dato' Hamid dah mula berceramah. Menggeleng dia dengan perangai si isteri. Boros!

"Kalau shopping barang yang lain, tak apa la jugak. Ni... awak asyik beli handbag je. Kat rumah kita tu, penuh satu stor dengan handbag-handbag awak, tahu tak?" Dato' Hamid sambung lagi bebelannya.

Cemberut wajah Datin Rozita apabila kena brainwash dengan suaminya itu. "You ni kalau nak berkhutbah, pergilah kat masjid sana tu. I malas nak dengar. Okaylah, I pergi dulu."

Tanpa membuang masa lagi, Datin Rozita mempamitkan dirinya. Ruang pejabat itu menjadi senyap semula seperti tadi. Keluhan halus Dato' Hamid kedengaran. Pening dia dengan perangai Datin Rozita. Kejap baik, kejap mengada-ngada perangainya. Pelik... pelik...

Kemudian, dia teringatkan anaknya pula. Shareez Haikal. Sudah lama dia tak bertemu dengan anaknya itu. Peristiwa dahulu masih lagi terpahat kemas di kotak memorinya. Peristiwa dia menghalau anak kandungnya sendiri dari rumah. Peristiwa dia membuang anak kandungnya sendiri dari keluarga. Dato' Hamid meraup mukanya.

"Maafkan daddy, Reez."

******
******

Setelah kawan saya merayu-rayu agar saya meng-update bab yang baru, inilah hasilnya! *air mata terharu*

Bukan apa... saya cuma busy. And today, I have just done my oral test that I had prepared physically and mentally for 3 days. Speaking uolss, hahakss.

Alhamdulillah I did my best! It ended well. I had the chance to talk infront of the whole class, yay. Nervous tu, memang nervous. Selawat banyak-banyak. InsyaAllah, hilang nervous tu. Yang penting, sporting dengan audience!

Peace!

Trying to be the best,
Pluto.

Continue Reading

You'll Also Like

29.2K 288 29
𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔⁣ Tapi saya tak bagi dia kahwin⁣ Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia...
27.9K 1.3K 18
Tiada istilah cinta dan sayang dalam perkahwinan Qhalid dan Aisha. Seorang ke kiri, seorang ke kanan. Namun apabila hati mula terbuka untuk memberi d...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...