Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 73

11.5K 410 27
By MissTaeyeon

Sejak kebelakangan ini, Maya sering mengalami sakit kepala. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia sering sakit kepala sebegitu rupa. Seperti ada sesuatu objek berat yang menghempap kepalanya.

Ukaisya juga turut perasan akan perubahan Maya. Kasihan dia melihat Maya menanggung sakit seorang diri. Bila nak dibawa ke hospital, Maya berkeras menolak. Katanya, mungkin sakit kepala ringan sahaja.

“Sakit lagi ke kepala tu? Jomlah kita pergi hospital. Kita pergi check. Jangan dibiarkan melarat. Takut lain pula jadinya nanti." Ukaisya tidak jemu memujuk Maya supaya ke hospital.

“Dah banyak kali kan Maya cakap. Maya taknak pergi hospital. Kenapa Sya susah sangat nak faham?" Maya menggigit bibirnya cuba menahan sakit di kepala. Dia tidak mahu tunjukkan bahawa dia sakit ketika ini.

“Kalau Maya taknak pergi hospital, nanti Sya bagitahu umi." Ukaisya mengugut Maya. Ini untuk kebaikan Maya juga. Apa-apa pun dia perlu mendapat pemeriksaan juga.

“Okey. Maya pergi." Nafasnya dihela kasar. Lalu langkahnya diatur menghampiri meja solek. Sikat dicapai. Rambut lurusnya yang paras pinggang itu disisir.

Maya kaget setelah melihat helaian rambutnya banyak yang gugur. Ukaisya juga turut terkesan melihat.

“Macam mana rambut Maya boleh gugur banyak sangat ni? Dah, jom kita pergi hospital. Sya tak sedap hati lah tengok Maya macam ni. Dah la lagi dua hari nak kahwin." Maya tersentak. Baru dia teringat lagi dua hari dia dan Adam bakal diijabkabulkan. Macam mana boleh lupa ni?

“Mesti Maya lupa kan? Cepat bersiap. Sya tunggu Maya dekat kereta." Setelah itu, Ukaisya keluar dari bilik mereka untuk memberi ruang kepada Maya bersiap.

Maya terduduk lemah ke atas katil. Air matanya mengalir dengan deras. Sungguh, dia sudah tidak dapat menahan lagi sakit yang menyerang di kepalanya. Ya Allah... kuatkanlah aku.

Maya terpempan, terkedu, tergamam, dan segala jenis ter lagi yang dia rasakan sekarang ini. Antara percaya atau tidak, dia harus menerima kenyataan yang telah diberitahu oleh doktor di hadapannya ini.

Hampir sahaja dia ingin menangis di hadapan doktor itu. Patutlah selama ini dia sering mengalami  sakit kepala. Fikirnya, dia hanya sekadar mengalami sakit kepala biasa. Namun tekaannya salah. Dia bukan sakit kepala ringan, bukan juga migrain. Tetapi dia menghidap barah otak tahap tiga. Ya Allah... dugaan apakah ini?

“Terima kasih doktor. Saya balik dulu." Dengan langkah yang berat, Maya beredar dari ruangan doktor itu. Sayu hati doktor itu melihat wajah sugul Maya. Faham benar dia akan keadaan Maya. Siapa sahaja yang dapat menerima sekiranya mereka menghidap barah. Tetapi Maya lain. Dia tidak cepat melatah. Malah dia redha.

Sejurus Maya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di bahagian menunggu itu, dia terus tersedu-sedan menangis. Sebaik sahaja Ukaisya ternampak kelibat Maya, pantas dia berjalan menghampiri kembarnya itu.

“Kenapa ni Maya? Apa doktor cakap? Maya sihat aje kan?" Maya cuma geleng sebagai jawapan kepada soalan yang diutarakan.

“Maya... Maya..." Tidak sanggup rasanya untuk dia menyambung kata-kata seterusnya. Sampul bersaiz kertas A4 yang berwarna coklat itu diserahkan kepada Ukaisya.

Sampul itu dibuka secara perlahan-lahan. Sebaik sahaja isi di dalam sampul itu dikeluarkan, Ukaisya segera memandang Maya dengan pandangan yang sukar dipercayai.

“Ni semua tak betul kan? Apa yang tertulis dekat kertas ni semuanya palsu kan?" Ukaisya sedaya-upaya menahan air matanya yang bertakung itu dari mengalir.

“Sya jangan bagitahu siapa-siapa pun fasal ni. Tolong ya Sya? Terutamanya umi dengan Aiman." Maya memandang Ukaisya dengan penuh mengharap. “Kalau boleh, tolong gantikan tempat Maya masa hari pernikahan Maya nanti. Maya takut kalau Maya tak sempat kahwin dengan Adam. Tolong jagakan Aiman untuk Maya?" Ukaisya langsung tidak membalas. Tubuh Maya dipeluk erat.

“Maya jangan cakap macam tu. Adam dengan Aiman perlukan Maya. Tak boleh ke kalau Maya jalani pembedahan untuk buang barah tu?"

“Tak boleh Sya. Dah tak ada gunanya lagi. Barah Maya dah sampai stage 3.

“Kita balik dulu ya? Balik nanti kita bincang lagi. Maya perlu kuat. Kuat macam empat tahun yang lalu." Ukaisya menyalurkan kekuatan kepada Maya. Langsung tidak pernah terlintas di kotak fikirannya bahawa Maya menghidap barah otak.

                 *************

Tengku Imani mengorak langkah menghampiri Raisya yang sedang sibuk menaip sesuatu pada dada papan kekunci komputer riba itu. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sisi Raisya. Kepalanya dilentokkan pada bahu mamanya itu.

“Amboi, manja semacam aje anak mama ni?" Raisya berhenti menaip. Jemari mulusnya mengusap perlahan rambut lurus Imani. Dahi anak gadisnya itu dikucup.

“Kalau Imani tanya ni, mama jangan marah eh?"

“Insha-Allah tak. Imani nak tanya apa?" Raisya mula memberi tumpuan kepada Imani. Macam suspen aje.

“Kenapa mama yang jadi bos? Kenapa bukan papa? Bukan selalunya lelaki ke yang jadi bos? Tapi kenapa perempuan?" Petah Imani menyoal. Selalunyan kalau dalam drama melayu yang dia tengok setiap pukul tujuh malam tu, semuanya lelaki yang jadi bos. Tetapi situasi mama dan papanya terbalik pula.

“Sebab mama suka mengarah. Sebab tu lah mama jadi bos." Tengku Zafran tiba-tiba mencelah perbualan di antara dua beranak itu.

“Ish, sibuk aje papa ni. Orang tanya mama la. Bukannya tanya papa." Imani menghadiahkan jelingan tajam kepada Tengku Zafran. Budak ni bila dah besar sikit, muka sebiji macam mama dia. Macam copypaste!

“Ala, biarlah papa nak jawab. Dah mama lambat sangat nak jawab. Papa jawab aje lah. Tak salahkan?" Tengku Zafran mengerdipkan matanya beberapa kali seperti yang sering dilakukan oleh Raisya.

“Ada-ada aje lah abang ni. Nasib baik suami. Kalau tak, dah lama ada orang kena smackdown terjun bangunan."

Merah muka Imani menahan tawa.

Smackdown aje mama. Biar papa senyap. Asyik kacau kita aje." Tengku Zafran mengetap bibir. Dua beranak ni memang nak kena. Siaplah kauorang.

“Oh... dah pandai eh kauorang berkomplot." Tengku Zafran maju melangkah menghampiri Raisya dan Imani. Kedua-dua permata yang berharaga dalam hidupnya itu digeletek silih-berganti. Sampai meleleh air mata dua beranak itu ketawa.

               ***********

“Mama... kalau kita suka seseorang tu, apa patut kita buat?" Aiman duduk di birai katil sambil merenung tepat anak mata Maya yang berwarna coklat gelap itu.

“Amboi anak mama ni... kecil-kecil lagi dah pandai tanya soalan macam ni. Anak mama ni dah jatuh hati ke?" Maya tersenyum mengusik. Aiman pula sudah menunduk malu. Dia perlu kuat demi anak kecil ini.

“Mana ada. Saja aje Aiman nak tanya. Mama bagitahulah Aiman." Aiman cuba mendesak Maya.

“Okeylah... Tapi nanti-nanti ajelah bagitahu. Cuma satu aje yang penting, dia kena jumpa mama dulu. Mama mestilah nak tengok orang yang macam mana anak mama suka. Kalau Aiman dah besar nanti, jaga diri baik tahu-tahu. Jaga ibu dengan nenek. Jangan melawan cakap diaorang. Sebab mama akan pergi suatu hari nanti. Tak lama lagi."

“Oh... mama nak pergi mana? Aiman nak ikut mama juga." Belum sempat Maya ingin menjawab pertanyaan Aiman, ada panggilan masuk. Nama Adam terpapar pada skrin telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum wife-to-be. Tak tidur lagi ke? Dah nak dekat pukul dua belas ni. Esok nak pergi jumpa photographer kita lagi." Maya senyum simpul sebaik sahaja suara Adam menyapa gegendang telinganya.

“Walaikumussalam. Kejap lagi saya tidurlah. Tak payah nak risau sangat. Eh, awak kan photographer. Kenapa upah jurugambar lain tangkap gambar kita?"

“Mestilah kena upah photographer lain. Kalau tak, siapa yang nak bergambar dengan awak." Kedengaran hilai tawa Maya bergema di corong telefon bimbit Adam. Bahagia dia mendengar Maya ketawa.

“Mama, nak cakap dengan papa juga." Maya mengangguk seraya menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aiman.

“Papa, good night. Tak sabar tunggu papa kahwin dengan mama."

Good night too. Papa pun tak sabar nak kahwin dengan mama. Dah, Aiman pergi tidur. Esok sekolah. Love you. Cakap dekat mama, papa sayang mama sangat-sangat. Jangan bagi mama nakal-nakal tahu. Okey my good boy?"

“Okey papa. Bye. Assalamualaikum."

“Waalaikumussalam." Sebaik sahaja perbualan mereka tamat, Aiman menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada mamanya.

“Mama, papa cakap dia sayang mama sangat-sangat. Papa juga cakap, mama tak boleh nakal-nakal. Tu aje. Good night." Pipi Maya dikucup sebelum dia beredar ke bilik tidurnya.

Maya memerhatikan Aiman keluar dari biliknya melalui ekor mata. Senyuman pahit terukir di bibirnya. Aku pun sayang kau juga Adam. Gumamnya.

-Bersambung-

P/S Habuk masuk mata :'(

Promote Again!

1. Cinta Untuk Minah Tomboy
By NurArifah8

2. Tetap Dalam Hati
By weirdo______

3. Encik Suami Terlajak Macho
By Miss-aeygo

Okay. That's all. Do read and vote their works and my works too XD
                    

Continue Reading

You'll Also Like

749K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
345K 11.7K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
86.7K 4.8K 51
DAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan...
1.2M 39.5K 51
#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaj...