Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❀

Bab 70

13.8K 459 19
By MissTaeyeon

MEJA KERJA Maya dipandang sekilas. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya sebaik sahaja dia lalu di hadapan meja bekas pekerja merangkap bekas kawan baiknya itu. Rindu. Sebenarnya, sedikit sebanyak Raisya sudah dapat memaafkan Maya atas perbuatannya yang lalu.

"Bos! Buat apa tu?" Tania dan Sofian berjalan menghampiri Raisya yang sedang berdiri kaku di hadapan meja kerja Maya.

"Ha? Tak ada buat apa-apalah. Jom kita turun. Kejap lagi majlis dah nak start." Tania dan Sofian mengangguk lalu membuntuti langkah Raisya turun ke tingkat 19.

Raisya mula mengambil tempat pada meja VIP yang telah dikhaskan buatnya sekeluarga. Matanya meliar mencari kelibat Tengku Zafran dan Tengku Imani.

"Mana diaorang ni? Dah la call pun tak reti nak angkat. Baik campak aje phone tu dalam lombong." Raisya mengomel sendiri sambil mendail nombor Tengku Zafran buat ketiga kalinya.

"Mrs, may I sit here?" Seorang client yang berasal dari London itu meminta izin untuk duduk bersama di meja VIP.

"Sure. Have a seat." Mr. Edward mengukir senyuman mekar kepada Raisya sebagai tanda terima kasih.

Mr. Edward tersenyum sungging melihat Raisya seperti tercari-cari seseorang sedari tadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Tidak menunggu lama, laju sahaja dia membaca pesanan ringkas itu.

Remember what I've told you last week? -Tengku Zafran-

Of course. -Mr. Edward-

So, let's start our plan now. -Tengku Zafran-

"Mrs. I want to take some drink first. Would you like to?"

"No, thanks." Mr. Edward mengangguk seraya bangun dari duduknya. Apple juice menjadi pilihannya pada malam itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Raisya dan...

"Sorry!" Mr. Edward segera meletakkan gelas yang berada dalam genggamannya lalu beberapa helaian tisu diserahkan kepada Raisya.

Segera Raisya bangun dari duduknya tatkala apple juice itu selamat tersiram pada blouse dan skirt labuh yang dipakai.

"What have you done?!" Nada Raisya sudah bertukar sedikit keras. Namun suaranya masih dapat dikawal. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di situ.

"I'm so sorry. But, can you take this? Erm... As a sign of apologise." Mr. Edward menghulurkan beg kertas yang berada di tangan kepada Raisya. Terbit kerutan di dahi Raisya cuba mengintai isi yang terkandung di dalam beg kertas itu.

"Hmm... It's okay. But, where did you get this?" Beg kertas itu diambil. Belum sempat dia ingin membuka untuk melihat isi di dalamnya, Mr. Edward terlebih dahulu menghalang.

"Just go to the ladies and wear it." Raisya semakin hairan. Namun dituruti juga apa yang diarahkan oleh Mr. Edward. Mungkin dia ganti baju aku kut. Tapi macam mana dia boleh tahu saiz aku pulak ni? Hish, pelik.

Sejurus Raisya mengambil beg kertas itu, laju sahaja dia menuju ke ladies yang berdekatan.

Tengku Zafran dan Imani segera berlari-lari anak naik ke pentas setelah diberi isyarat tangan oleh Mr. Edward.

Now, let us start the plan!

**********

UKAISYA melangkah keluar untuk membersihkan halaman rumah memandangkan Maya mengambil tugas memasak pada hari itu. Rutin harian mereka kini adalah bergilir-gilir menggantikan tugas masing-masing. Kalau bukan dia yang membersihkan halaman, Maya yang akan mengambil alih.

"Assalamualaikum." Serta-merta pandangannya terlempar ke arah seorang jejaka yang sedang memberi salam di hadapan pintu pagar rumah mereka.

"Waalaikumussalam. Encik ni siapa?" Ukaisya membalas sopan.

"Please lah Maya. Takkan kau benci sangat dengan aku sampai pura-pura tak kenal siapa aku?" Adam menatap Ukaisya dengan pandangan sayu.

"Apa yang Encik cakap ni? Saya bukan Maya, saya Ukaisya." Penyapu yang di tangan, disandarkan pada tembok pagar itu. Geram pula dia dengan jejaka yang tidak dikenali itu.

Look, Maya. Kau cuba nak mengelak dari aku sebenarnya, kan? Mana Aiman?"

"Encik faham tak nama saya Ukaisya. U-K-A-I-S-Y-A." Ukaisya mengeja satu-persatu namanya untuk menyedarkan jejaka di hadapannya bahawa dia bukanlah Maya yang dimaksudkan.

"What? Kau tipu, kan?"

"No. Saya kembar Maya Kayla." Adam seperti teragak-agak untuk mempercayai kata-kata Ukaisya. Kembar? Tak mungkin. Sepanjang dia mengenali Maya, tidak pernah pula dia tahu bahawa Maya punya kembar. Seiras pula tu.

"Nama saya Amira Ukaisya." Ukaisya sendiri memperkenalkan dirinya kepada Adam tanpa disuruh.

"Oh... so, mana Maya? Dia tinggal dekat rumah ni juga kan?" Ukaisya mengangguk sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Maya ada kembar?" Adam menggumam sendiri. Baru sahaja dia ingin bersandar pada keretanya, kelibat Maya bersama Aiman datang menyapa pandangan.

"Adam? Macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini? Kau nak apa datang sini? Please, balik. Jangan kacau hidup aku dengan anak aku." Ukaisya yang setia berdiri di samping Maya cuma jadi pemerhati. Tetapi yang sebenarnya, pemerhati Adam.

"Masih belum ada peluang untuk aku ke?" Maya menggeleng laju. Sesekali dia mengerling ke arah Ukaisya yang sedari tadi asyik merenung Adam. Tangkap cintan ke apa kembar aku sorang ni?

"Nantilah aku fikirkan. Tapi aku minta sangat kau balik dulu." Adam hanya mampu akur walaupun hatinya berat untuk tinggalkan Maya dan juga Aiman.

Sebelum kereta yang dipandu meninggalkan kawasan perumahan Umi Rahimah, Ukaisya dan Aiman sempat membalas lambaian Adam. Manakala Maya cuma buat tak endah sahaja.

Sah, kembar aku ni jatuh cinta pandang pertama ni. Tak apa, nanti aku korek rahsia dia.

**********

BUNGKUSAN pemberian Mr. Edward tadi segera ditarik keluar isinya. Tepat seperti yang dijangka, sehelai dress labuh berteksturkan kain chiffon berjaya memukau pandangan matanya. Terdetik sesuatu di fikiran tatkala melihatkan dress tersebut.

“Sayang pandang apa yang lama sangat tu? Dah siap pilih barang-barang yang nak beli?" Tengku Zafran merapati ke arahnya.

Raisya mengangguk laju. Namun sorotan mata masih melekap di dalam butik mewah itu.

Hai lah nasib... Time macam ni jugak lah terlupa bawak purse. Raisya merungut sendiri mengenangkan kecuaian diri. Melepas nak beli dress cantik tu.

“.... jom." Telinga Raisya sempat menangkap bicara Tengku Zafran di hujung telinganya.

“Hah? Apa yang jom?" Seperti tersedar kembali ke alam nyata, Raisya menyoal kembali Tengku Zafran.

“Jom kita balik lah, sayang. Kan dah siap beli barang. Nak buat apa duduk kat mall ni lama-lama." Raisya sekadar mengangguk pasrah.

Hmmm... Nak mintak tolong dia belikan tak, eh?

“A... Awak!"

Tengku Zafran yang sedang berjalan di depan, menghentikan langkah. Dia menoleh pada Raisya yang masih belum berganjak.

“Ya sayang. Ada apa-apa ke?"

“Erm... Tak ada apa lah. Jom kita balik."

Kecewa tak kecewa, tu belakang kira. Dia tak nak menyusahkan Tengku Zafran. Alah, lagipun bila-bila masa aje dia boleh beli dress tu.

Hakikatnya, dress tersebut tersangatlah limited edition dan Raisya akhirnya cuma mampu redho.

“Right! Memang tak salah lagi. Ni lah dress tu!" Sungguh Raisya ingin saja menangis di dalam tandas wanita itu. Gembira tahap nak lompat ke bintang. Melampau kau, Raisya. Melampau.

Tidak menunggu lama, dress itu sudah sedia tersarung di tubuhnya.

Raisya terasa seperti hendak pitam sahaja tika ini. Dah kenapa pula tiba-tiba keadaan bertukar menjadi gelap? Macam mana aku nak jalan macam ni? Langsung tak nampak apa weh. Dah la phone pun kau tertinggal dekat dalam hall.

Langkahnya diatur dengan berhati-hati supaya tidak tersilap langkah. Kalau tertungging dekat sini mahu patah riuk tulang pinggul.

Malang sungguh nasibnya Mulutnya telah ditekup oleh seseorang dengan sapu tangan. Entah bersih entah tidak. Nak menjerit pun tidak berdaya sebab bau sapu tangan tu busuk tahap ya ampun. Nak mati agaknya orang yang buat kerja gila dalam syarikat aku ni. Eh, pengawal mana pengawal? Nak pertahankan diri sendiri pun tak boleh. Sebab dress yang dipakai ini memang membataskan pergerakannya.

"Ikut kami." Wait, kami? Siapa lagi yang buat kerja ni. Hesy... Ini boleh menimbulkan kemarahan!

Tiba-tiba ada barisan lilin yang sedang disusun oleh... Bobby dan Lan? Ya, tak salah lagi. Walaupun hanya nampak kelibat mereka dalam samar-samar cahaya lilin ini. Serta-merta tekupan pada mulutnya dilepaskan perlahan-lahan. Fuh, akhirnya. Dapat ku bernafas dengan nyaman.

Lampu berwarna jingga pada pentas pula dinyalakan. Suasana yang sepatutnya dijadikan dewan makan untuk dinner mereka semua, bertukar menjadi suasana yang sangat romantis. Dengan taburan kelopak bunga mawar di sepanjang jalan yang disusuni lilin itu membuatkan Raisya ingin menangis terharu. Tengku Zafran keluar di sebalik pentas sambil membawa sebuah giitar di tangan. Dia mengambil tempat betul-betul berhadapan Raisya yang sedang berdiri pegun.

Dengan kiraan tiga, alunan muzik Cukup Indah nyanyian Alif Satar dimainkan oleh Tengku Zafran. Jari-jemarinya mula memetik gitar. Semua diam menunggu nyanyian dari Tengku Zafran.

Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai.

Usai sahaja Tengku Zafran menamatkan nyanyiannya, tepukan gemuruh daripada semua pekerja serta client mereka dari luar negara bergema kuat.

Tengku Zafran mendapati tubir mata Raisya sudah bergenang. Alahai... Cik bos, eh Puan bos kita terharu lah.

Giitar yang berada dalam genggamannya, diletakkan ke bawah. Dia berjalan menghampiri Raisya. Tubir mata Raisya dikesat sebelum dia melutut di hadapan Raisya. Kedua belah tangan Raisya digenggam. Serentak dengan itu, seorang kanak-kanak perempuan iaitu Tengku Imani berlari keluar dari pentas. Kemudian,  sejambak bunga diserahkan kepada Tengku Zafran.

"Happy anniversary kita yang kelima,  sayang. I love you." Sejambak bunga mawar merah itu diserahkan kepada Raisya. Terdapat kotak baldu berbentuk hati di sebalik jambangan bunga tersebut.

Bunga mawar tadi diambil lalu Raisya juga turut melutut bersama Tengku Zafran.

"Thanks. Untuk semua... yang awak dah buat malam ni" Tidak semena-mena Raisya menghamburkan tangisannya pada bahu Tengku Zafran.

"Your most welcome, wife... My beautiful angel. " Tubuh Raisya dipeluk erat. Mereka semua bahagia melihat pasangan itu. Imani, Tania, Sofian, dan Dato' Faizal sekeluarga turut berada di situ bagi menjayakan rancangan Tengku Zafran. Tidak lupa juga Mr. Edward.

-Bersambung-

-PROMOTE-

1. Suamiku, Pelajar Hot!
By: imnotsofiah

2. Mr Tengku I Love You
By: Aisyah_GD

Do vote and comment~

Tata~

P/S Uhuk-uhuk! Lori gula tergolek ke ni? Alahai... sweet tak diorang? Sorry sebab sis selalu lambat update. Almaklumlah, kehidupan seorang pelajar. Paham² lah ye readers sekalian. sekian. Emm...so nak tamatkan cepat² ke nak oanjang sikit lagi? Ish, dah macam sinetron pulak cerita ni. Haha...

Continue Reading

You'll Also Like

788K 30.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
1.8M 51K 69
COMPLETE βœ… (The Best Floriarity Romance 2020πŸ…) (TopπŸ₯ˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
923K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
316K 13.9K 39
Cinta? Cinta yang kau buang lima tahun lalu? - Inara Rania 5 tahun Inara Rania hidup tanpa seorang lelaki bernama suami. 5 tahun dia mencari bahagian...