Ternyata Salah Mencintaimu

By nurxdylxh

876K 27.2K 691

Kisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
part 4
Part 5
Part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 49
NOTES
Part 50
Part 51
Part 52
EPILOG
NOTES
PERHATIAN
NEW STORY!

Part 48

12.7K 377 11
By nurxdylxh

Seminggu sudah kematian Dayana. Namun, Ainul dan Ammar masih dingin. Ainul kembali ke rumah Ammar kerana menuruti pesanan arwah Dayana.

Ammar tidak berani hendak menegur Ainul. Malu mungkin? Entahlah!

Ammar memerhati saja gerak geri Ainul yang sedang menghidangkan makanan. Gigih benar dia menyiapkan makanan walaupun sarat. Jenuh Ammar melarangnya, namun Ainul berdegil.

"Abang makan" panggil Ainul.

Ammar menghampiri meja makan. Ammar menenung wajah isterinya itu, namun Ainul tidak memandang mukanya.

Ainul menceduk nasi dan lauk ke pinggan Ammar tanpa bersuara. Ammar berdehem kecil. Ainul memandang Ammar seketika, tapi kembali menundukkan pandangan. Sepi sungguh suasana.

Ammar memandang ke sebelah kerusinya yang kosong.

"Abang rindu Ain" ucap Ammar, seolah olah sedang bercakap sendirian.

Ainul hairan melihat tingkah Ammar yang pelik. Dia menjongket kening.

"Abang kenapa? Makanlah cepat" Ainul menegur.

Ammar tidak menjawab. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dia ketawa dalam hati.

'Dah tak betul ke laki aku ni?' Gumam Ainul.



Ammar mendekati tubuh Ainul yang tidur mengiring membelakanginya. Dia merangkul pinggang Ainul. Namun, Ainul pantas mengalihkan tangan Ammar.

"Tak baik tau buat suami macam ni. Takmau takmau" Ammar membisikkan ke telinga Ainul.

Mata Ainul terbuka. Dia lantas mengambil semula tangan Ammar dan diletakkan ke pinggangnya. Ammar tersenyum puas. Dia mengeratkan lagi pelukannya itu.

****

Ainul termenung sendirian di buaian laman rumahnya. Dia termenung sambil mengusap usap perutnya. Tiba tiba, dia terdengar bunyi petikan gitar. Dia terkejut! Dia lantas berpaling ke belakang.

Kelihatan Ammar yang sedang memetik gitar sambil tersenyum manis, menghampiri Ainul. Dan Ammar menyanyikan sebuah lagu untuk memujuk Ainul.

Mengapakah kita selalu berjauh hati? Selalu sendiri, dan terasa hati.
Apakah kita, tak sehaluan lagi?
Berat bagiku, berat bagiku......

Ammar tidak lekang dengan senyuman, berharap agar Ainul terpesona. Ainul hanya tertunduk. Terharu! Hatinya berbunga bunga.

Melepaskanmu....
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.....
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati....
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu.....

Ammar bernyanyi sambil sebelah tangannya mencuit pipi Ainul. Dia meneruskan bermain gitar. Dia menarik nafas sedalamnya untuk meneruskan nyanyian. Namun, belum sempat Ammar bersuara, Ainul lebih pantas menyambung bahagian lagu itu.

Apakah salahku, kau buatku begini? Selalu sendiri tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta, kau balas dengan dusta....
Berat bagiku..... uuuu....

Ainul menyanyikan bahagian lagu itu dengan penuh perasaan. Dia menepuk perlahan dada bidang milik Ammar.

Ammar tersenyum. Ada respons! Dia memegang bahu Ainul agar menghadap wajahnya. Ainul tertunduk, air matanya gugur. Namun, Ammar pantas menyeka air mata Ainul. Lalu, Ammar menyambung nyanyian.

Melepaskanmu....
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini....
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati.....
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu.....

Ku cuba pertahankan...
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu....
Episod cinta hitam ku ini berulang kembali....
Berulang kembali menguasai diriku ini......

"Sayang. Percayalah. Sayang sorang saja dalam hati abang. Takda orang lain" ujar Ammar.

ohhh Tuhan....
Ku mahu yang terbaik...
Terbaik buatku...
Insan kerdil ini....
Ohhh Tuhan...
Noktahkan kehilangan ini....
Munculkan dia... dia terakhir buatku..... 

Ammar meraih tangan Ainul dan menciumnya.

Dan buat dirinya........

Ainul mengangkat wajahnya.

"Habistu, siapa perempuan yang abang peluk?!" Teriak Ainul.

Ammar memandang ke arah pintu pagar.

"Perempuan tu ke?" Soal Ammar kembali sambil jarinya dituding ke arah seorang wanita yang berdiri di hadapan rumahnya.

Ainul segera memandang ke arah wanita itu. Dia ternganga!

Ammar mendekati wanita itu lalu memeluk dan mencium pipi wanita itu. Ainul masih lagi ternganga. Terkejut!

Tiba tiba, Ainul terasa sakit yang amat sangat di bahagian perutnya.

"Abang! Tolong... Ain..... sakiitttttt" laung Ainul.

Ammar segera mendekati Ainul yang sudah rebah itu.

"Ya Allah, sayang! Nak bersalin dah ke? Alamak! Macam mana ni?" Soal Ammar kepada wanita yang bertudung litup itu. Panik!

"Am sayang, apa lagi, bawak pergi hospital lah! MasyaAllah!" Marah wanita itu.

Ammar segera mendukung Ainul masuk ke dalam kereta dan menuju ke hospital. Perempuan itu juga turut sama ke hospital.

Sory lambat update. Sory sebab jalan cerita hambar. Sory sebab busy, huhuhu 😢😢😢 comentlah apa yg patut. Kalau sudi, vote dan follow. Thanks.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 287K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
266K 10.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
17.5K 1.6K 22
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...