Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 53

12.4K 421 28
By MissTaeyeon

"Bonda biar betul? Esok abang Zaf nak kahwin?!" Tengku Zarif seakan tidak percaya dengan apa yang telah dikhabarkan oleh Tengku Amalina.

"Betullah. Takkan bonda nak tipu Rif pula." Tengku Amalina merenung Tengku Zarif. Tajam sahaja renungan Tengku Amalina.

"Akak Raisya macam mana? Dia boleh terima ke?" Sekali lagi Tengku Zarif menyoal. Mana ada perempuan yang sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi, dalam keadaan yang sarat mengandung. Mesti mereka nak suami sentiasa ada di sisi dan memberikan perhatian yang lebih.

"Manalah bonda tahu. Pergi lah tanya dia. Lagipun abang Zaf kamu tu memang sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat." Kedua belah kening Tengku Zarif bertaut. Hairan kenapa Tengku Amalina seolah-olah marah dengan Raisya dan Tengku Zafran.

"Apa yang abang Zaf dah buat?"

"Dia dah rosakkan anak dara orang kamu tahu tak?!" Dada Tengku Amalina berombak cuba menahan marah. Malu kerana anaknya bersikap sedemikian.

"Astaghfirullahalazaim... tak mungkinlah abang Zaf buat macam tu. Bonda pun tahu kan abang Zaf tu macam mana." Tengku Amalina berdecit geram.

"Habis tu, Rif nak suruh bonda tuduh perempuan tu tipu bonda lah? Macam tu?" Tengku Zarif menggeleng kesal dengan perubahan sikap Tengku Amalina.

"Kenapa dengan bonda ni? Takkan lah disebabkan perkara macam ni hubungan di antara ibu dengan anak renggang?"

"Perkara ni melibatkan maruah tahu tak? Mana bonda nak letak muka bonda ni? Dah beristeri, tapi menggatal dengan perempuan lain. Entah manusia jenis apa abang kamu tu." Tengku Zarif cuma mampu beristighfar dalam hati. Tak sangka dengan perubahan drastik Tengku Amalina. Mana pergi sifat seorang ibu yang lemah lembut dan penyayang yang ada pada diri Tengku Amalina?

"Suka hati bondalah. Rif tak tahu nak cakap macam mana lagi." Sejurus itu, Tengku Zarif melangkah masuk ke dalam vila bonda dan ayahandanya semula.

**********

Tengku Zafran terpaksa menemani Maya fitting baju kahwin pada hari itu. Malas betul dia nak pergi.

"Awak tunggu sini kejap tau. Saya nak try fitting baju ni kejap. Lepas tu awak pula try fitting." Maya mengambil gaun kembang pengantin dari pegangan staf butik itu. Kemudian dia masuk ke dalam fitting room. Tengku Zafran cuma angguk lalu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya bagi menghilangkan bosan. Perempuan kalau dah fitting baju kahwin, mahunya sejam dekat dalam fitting room tu. Sempat lagi Tengku Zafran mengutuk.

Setelah beberapa minit berada di dalam fitting room, Maya akhirnya keluar.

"Cantik tak?" Maya menyoal sambil memusingkan badannya di hadapan Tengku Zafran.

Tengku Zafran yang sedang asyik menelek telefon bimbit di tangan, terhenti serta-merta. Matanya tertancap pada Maya yang sedang menggayakan gaun pengantin di hadapannya. Tiba-tiba sahaja dia rasa Maya nampak sungguh anggun pada pandangannya.

"Awak? Cantik tak?" Maya melambaikan tangannya pada wajah Tengku Zafran. Boleh pula dia termenung.

"Err... can... cantik." Sejak bila dia mula gagap berbicara dengan Maya?

"Thanks. Awak pula pergi try fitting baju. Saya tunggu." Maya mengarah seraya mengambil tempat duduk bersebelahan Tengku Zafran.

Tengku Zafran segera bangun tatkala Maya melabuhkan punggung bersebelahannya. Dia mengorak langkah masuk ke dalam fitiing room setelah mengambil baju pengantin dari staf butik itu.

"Baru pakai gaun pengantin, kau dah tergoda tengok aku. Agaknya kalau aku pakai lebih dari ni, mungkin jatuh terus iman kau tengok aku." Maya bercakap sendiri sambil mentertawakan Tengku Zafran dalam hati.

Setelah membayar pakaian pengantin, mereka menuju ke kedai emas untuk mengambil cincin yang telah siap ditempah.

Raisya terduduk lemah ke atas katil. Esok majlis akad nikah Tengku Zafran dan Maya akan berlangsung, namun Adam langsung tidak menjawab panggilannya.

"Macam mana dengan plan tu? Susah la kalau macam ni." Raisya meletakkan bantal ke atas ribanya sebelum dia menongkat dagu pada bantal itu.

Bosan pun ada sebenarnya bila asyik terperap dalam bilik hotel ni. Tapi, nak keluar jalan-jalan tak ada mood lah pula.

Raisya mengambil langkah menuju ke balkoni setelah mencapai telefon bimbitnya. Aplikasi whatsapp dibuka. Rindu nak berbual dengan Encik Suami. Nafasnya dihela sebelum jemarinya mula menari pada skrin telefon bimbit itu.

Raisya mengetap bibirnya. Huh, blue tick, tapi tak reti nak balas. Dah sejam aku tunggu.

"Maya, aku nak pergi toilet
kejap." Tengku Zafran bangun dari kerusi untuk menuju ke tandas.

Maya mengangguk lalu dia menyuap sesudu fruit salad ke dalam mulutnya.

Tiba-tiba Maya terperasan telefon bimbit Tengku Zafran sedang bergetar. Tanda ada mesej masuk. Hmm... kata orang, kalau suka silent phone ni, orang dia jenis berahsia. Entah betul entah tidak.

Maya memberanikan diri membuka aplikasi whatsapp itu. Ada mesej dari Raisya. Laju sahaja mesej itu dibuka.

Assalamualaikum. Macam mana esok? Dah ready?

Maya menjuihkan bibirnya. Raisya ni jenis hati batu ke? Takkan tak ada langsung perasaan cemburu walaupun sedikit?

Maya senyum sinis lalu dia membiarkan mesej itu naik blue tick. Biar dia sakit hati!

Sebaik sahaja dia ternampak susuk tubuh Zafran sedang mendekati meja makan yang mereka duduki, Maya kalut meletak telefon itu ke tempat asalnya semula. Iaitu di sebelah pinggan hidangan Tengku Zafran.

"Kau ada usik telefon aku ke?"

"Ma... mana ada! Buat apa saya nak usik telefon awak. Baik saya makan dari usik telefon awak." Laju saja Maya menyangkal. Dia fikir Tengku Zafran tak nampak apa yang dia buat.

Usai sahaja mereka menjamu selera, Tengku Zafran menghantar Maya ke rumah agam Tan Sri Mikhael.

"Mesti dia tengah sibuk bersiap untuk esok. Lantak lah. Malas aku nak kacau." Raisya keluar dari bilik hotel itu. Mood nak keluar tiba-tiba saja bertandang. Jaket disarung pada tubuhnya.

Raisya mendepakan tangannya sambil berpusing-pusing dalam ladang teh itu. Nyaman betul udara dekat sini, walaupun sejuk sehingga mencengkam tulang.

Rasa macam nak menetap terus dekat Pahang pun ada. Malas dia nak fikir masalah yang sedang membelenggu fikirannya. Bikin serabut aje!

Raisya mendongak melihat langit yang sudah bertukar ke warna jingga. Dah nak masuk waktu maghrib. Dia perlu pulang ke hotel segera. Agak lama juga dia bersiar-siar di sekitar ladang teh itu sehingga tidak sedar matahari sudah hendak terbenam.

Semasa berjalan menuju ke kereta, dia berasa kejang pada bahagian peranakannya. Raisya memejam rapat matanya. Bibir bawahnya digigit menahan sakit. Nak menjerit minta tolong pun tidak berdaya sekarang ni.
Seorang gadis yang melihat keadaan Raisya sebegitu, segera berlari mendapatkan Raisya. Mujur sahaja tidak berlaku pendarahan. Raisya ni agak kuat semangat juga orangnya.

Setelah sakitnya berkurangan, gadis itu membantunya drive ke hotel.

*****************

Televisyen yang menyiarkan drama romantik itu membuatkan dia rindu akan Raisya. Selalunya Raisya ada menemani dia menonoton drama romantik macam ni. Sekarang ni dia cuma menonoton sorang-sorang.

Baru dia teringat petang tadi Maya ada usik telefon bimbitnya. Pantas Tengku Zafran berlari naik ke tingkat atas untuk mengambil telefon bimbitnya. Televisyen dibiarnya terbuka macam tu aje. Hesh, membazir elektrik betul.

Tiada apa yang menarik pun pada telefon bimbit itu sebenarnya. Cuma ada satu yang membuatnya sedikit teruja pada malam itu. Mesej dari Raisya! Tapi kenapa blue tick sedangkan dia belum baca lagi mesej ni? Ah, ni mesti kerja Maya.

Last seen at 5:30 p.m.
Assalamualaikum. Macam mana esok? Dah ready?

Tengku Zafran melepaskan keluhan kecil. Tak. Abang tak pernah ready pun untuk semua ni.

Sayang, where are you? Kenapa langsung tak nak pick-up phone?

Blue tick

Tengku Zafran mengeluh lagi.

Kalau sayang tak nak bagitahu ada dekat mana sekarang ni, at least bagi lah semangat untuk abang menempuh hari esok. Sorry kalau terlebih jiwang sikit malam ni XD

Blue tick

Fine. Abang faham kalau sayang dah benci abang sekalipun. Abang minta maaf sebab marah sayang hari tu. Tapi, tolong lah jangan merajuk sampai macam ni.

Blue tick

Bye sayang. Love you. Good night. Doakan abang yang terbaik untuk esok.

Blue tick

Last seen at 23:30 p.m.

Raisya senyum hambar melihat mesej yang dihantar oleh Tengku Zafran. Perasaannya bertukar menjadi sebak bila terkenang hari esok. Sudah la Adam langsung tidak menjawab panggilannya. Rancangan yang telah mereka tetapkan pun entah jadi entah tidak.

Matanya terasa panas. Akhirnya kolam matanya yang sedia bertakung pecah juga.

Have a sweet dream. Love you too.

Last seen at 23:30 p.m

Mungkin dia dah tidur. Teka Raisya dalam hati.

-Bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

349K 11.8K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
925K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
67.2K 3.7K 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi ala...
406K 18.1K 52
"Kau pasti kau boleh jaga anak aku?" MIRZA DANIEL "Eh mestilah! Saya suka budak-budak tau. Budak-budak pun suka saya. Kalau tak buat apa kakak saya s...