Isteriku Cik Bos [Republish]

بواسطة MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... المزيد

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 52

12.5K 446 18
بواسطة MissTaeyeon

Sudah genap empat hari Raisya dan Tengku Zafran berpisah buat sementara waktu. Dia sekarang sedang menginap di hotel yang terletak di Pahang. Global International Holdings juga turut terbengkalai. Tapi tak ada lah terbengkalai sangat pun. Sebab Raisya pesan kepada Sofian agar menyuruh Tengku Zafran mengambil alih tempatnya buat sementara waktu. Dia tahu, Tengku Zafran sudah arif dalam selok-belok bussiness and management. Jadi dia meletakkan kepercayaannya kepada Tengku Zafran. Walaupun hatinya masih sedih dengan sikap Tengku Zafran.

Raisya melepaskan keluhan kecil. Dia asyik menelek dirinya dari pantulan cermin itu. Wajahnya tampak sedikit pucat. Dah macam orang putus cinta pun ada keadaan dia sekarang ni. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Hah, begitulah keadaan Raisya sekarang ni. Semua itu disebabkan dia rindu Tengku Zafran.

Sesekali dia ada juga memikirkan, Tengku Zafran rindu dia juga ke? Atau lagi seronok bila tanpa Raisya di sisi?

Sofian dan Tania merenung Tengku Zafran tidak puas hati. Nampak tenang aje wajah Tengku Zafran. Tak rindu bini ke mamat ni?

"Weh Zaf. Kau tak rindu Raisya ke?" Tania cuba menyoal.

Tengku Zafran tidak menjawab pertanyaan Tania, malah dia meneruskan suapannya pada tengah hari itu.

"Orang tanya tu jawablah." Sofian geram dengan riak bersahaja Tengku Zafran itu.

"Masa makan tak elok cakap." Tania dan Sofian menjulingkan mata. Tak elok konon, nak mengelak cakap aje lah!

"Mesti kau suka nak kahwin dengan Maya. Sebab tu lah kau buat tak kisah dekat Raisya. Betul tak?" Tania pantas menyiku lengan Sofian. Matanya memberi isyarat supaya Sofian tidak meneruskan percakapannya.

"Kau ni kenapa? Jangan nak sebut nama perempuan tu depan aku lah! Memang! Memang aku rindukan Raisya. Puas?" Nada Tengku Zafran tiba-tiba saja bergetar.

Sofian terdiam. Dia tahu, Tengku Zafran pura-pura beriak seperti tidak ada apa-apa kerana dia tak mahu terlampau tertekan. Tapi, Sofian sendiri tak tahu kenapa dia sakit hati melihat Tengku Zafran cuba berlagak tenang.

"Aku nak bagi dia ruang. Aku tak nak menambahkan lagi tekanan dia. Mungkin malam ni aku akan cuba berbincang dengan dia. Itu pun kalau dia jawab panggilan aku. Aku harap kauorang faham kenapa aku seolah-olah macam tak rindukan Raisya. Memang luaran aku nampak macam tu. Tapi hati aku, aku rindu gila dekat dia." Tengku Zafran merenung wajah Sofian dan Tania silih-berganti.

"Sorry Zaf. Aku tak bermaksud pun nak cakap macam tu dekat kau tadi." Sofian memohon maaf. Tengku Zafran cuma geleng sambil mengukir senyuman pahit.

"It's okay. Kau tak salah pun."

"Kauorang ni... janganlah buat drama band dekat sini. Tengok ni, aku pun dah nak menangis." Tania mengesat tubir matanya dengan menggunakan tisu yang disediakan di restoran itu.

Mereka bertiga tersenyum sesama sendiri sebelum menyambung suapan masing-masing.

*************

"Awak! Tunggu lah saya." Lengan Tengku Zafran dipaut. Tengku Zafran mendengus. Waktu balik pun nak kacau orang, perempuan ni.

"Kau nak apa lagi?! Puas akn hati kau buat hubungan aku dengan Raisya jadi macam ni?!" Maya senyum dalam hati. Memang aku puas! Tapi, kalau kauorang bercerai lagi aku puas! Namun, semua itu hanya mampu dia jawab dalam hati. Mahu mampus dia jawab macam tu depan-depan. Silap haribulan, tak kahwinlah aku dengan dia.

"Kenapa awak cakap macam tu? Kita kan dah nak kahwin. Sepatutnya kita berbaik dari sekarang." Maya melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Zafran.

"Lepas lah Maya! Cukup-cukuplah apa yang kau dah buat sekarang ni. Cukup bagus tahu Raisya tak laporkan kau pada pihak polis." Serta-merta Maya melepaskan pautannya pada lengan Tengku Zafran.

"Oh ya, before that. Lepas kita kahwin nanti. Saya tak nak awak asyik lebihkan dia aje." Tengku Zafran cuma balas dengan jelingan sebelum dia menerobos masuk ke dalam perut kereta.

"Remember that ya my future husband. Love you." Sempat lagi Maya melambaikan tangannya kepada Tengku Zafran.

Adam yang menjadi pemerhati setia sebentar tadi, mengukir senyum sinis seraya menyilangkan tangannya.

Setelah meletakkan kereta di bawah garaj pada vila itu, Tengku Zafran ternampak sesusuk tubuh yang sangat dia rindui selama empat hari ini.

Dengan segera, dia keluar dari perut kereta untuk mendapatkan gadis itu.

"Sayang?" Tengku Zafran mencuit bahu gadis yang sedang duduk di atas buaian itu.

Gadis itu menoleh ke belakang seraya melemparkan senyuman manis kepada Tengku Zafran.

"Sayang, jangan tinggalkan abang lagi. Kita kena batalkan sekarang juga majlis pernikahan abang dengan Maya sebelum terlambat."

Jiran-jiran di sekeliling vila mereka, memerhatikan Tengku Zafran dengan pandangan yang pelik.

"Encik Zafran!" Sapa seorang jejaka yang tinggal bersebelahan dengan vila mereka.

"Ya? Ada apa?"

"Encik Zafran cakap dengan siapa tadi?" Jejaka itu cuba mencari kelibat gerangan yang sedang berbual dengan Tengku Zafran.

"Isteri saya lah." Tengku Zafran menoleh semula ke arah gadis yang disangkanya Raisya.

Namun, gadis yang disangka Raisya itu lesap entah ke mana.

Beberapa jiran yang lalu-lalang di situ mentertawakannya.

"Err... saya masuk dulu." Tengku Zafran segera masuk ke dalam vila. Ya Allah, malunya!

***********

"Faizal, kau dah siapkan apa yang patut untuk majlis pernikahan Maya dengan Zafran?" Tan Sri Mikhael menyoal sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam banglo itu.

"Belum." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

"Kenapa belum lagi? Kau tahu kan lagi tiga hari diaoarang nak kahwin? Hish, teruk lah kau ni!"

"Cermin diri kau dulu sebelum nak kata orang teruk. Macam lah kau tu bagus sangat." Tan Sri Mikhael cuba menahan geram memandangkan Datuk Faizal bakal menjadi besannya.

"Ah, apa-apa aje lah. By the way, aku tabik dekat Raisya sebab dia tak macam perempuan lain." Datuk Faizal cuma membalas dengan senyuman bangga.

"Well, anak aku kan. Aku kesian betul dekat Maya. Macam desperate sangat aje." Datuk Faizal tertawa sinis.

Tan Sri Mikhael menghempas kasar bantal pada sofa itu.

"Kau jangan berani nak cakap macam tu dekat anak aku!"

"Kenapa? Marah? So, batalkan aje lah perkahwinan ni."

"In your dream." Setelah itu, Tan Sri Mikahel beredar dari banglo itu dengan perasaan sebal. Manakala Datuk Faizal senyum puas hati.

***********

Tengku Zafran melempar telefon bimbitnya ke atas katil. Geram kerana panggilannya sering kali masuk peti suara.

Dia melangkah ke arah balkoni sambil memeluk bantal milik Raisya. Bulan pada malam itu kelihatan terang sekali.

"Sayang ada dekat mana sekarang ni? Kenapa tak nak pick-up phone?" Tengku Zafran bercakap sendiri sambil memandang ke arah bulan. Masih merajukkah Raisya?

"Petang tadi, mesti jiran-jiran ingat abang gila. Sebab abang cakap sorang-sorang. Tapi, sekarang ni pun abang tengah cakap sorang-sorang. Sampai hati sayang tinggalkan abang kan? Seksa jiwa abang macam ni. Dah la hari perkahwinan abang dengan Maya tinggal lagi tiga hari aje." Terbit keluhan kecil dari bibirnya.

"Kalau memang jodoh abang dengan Maya, abang terpaksa terima. Tapi, abang harap sangat ada hamba Allah yang akan batalkan perkahwinan tu. Tapi, kalau sayang sendiri yang batalkan lagi abang suka. Good night sayang."

Raisya cuma pandang sepi sahaja telefon bimbitnya. Hampir dua puluh missed call dari Tengku Zafran. Sebenarnya, dia nak sangat jawab panggilan dari suami tercinta dia. Tapi akalnya menegah.

Raisya senyum melihat bulan dan bintang. Tiba-tiba dia senyum sendiri. Memori saat dia dan Tengku Zafran melihat bulan dan bintang bersama, terlayar pada fikirannya.

Telefon bimbitnya dicapai. Raisya menguak rambutnya ke belakang. Angin pada malam itu menampar lembut wajahnya.

Aplikasi galeri dibuka. Imej Tengku Zafran ditatap dengan penuh rasa rindu.

"Don't worry abang. Sayang akan usaha untuk batalkan majlis perkahwinan abang dengan Maya. Good night abang."

Akhirnya, imej Tengku Zafran menjadi teman tidurnya pada malam itu.

-Bersambung-

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

1.8M 51K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
650K 19.9K 71
💫 C O M P L E T E 💫 - Untuk menutup mulut orang tua aku dengan jalan ni aku terpaksa lamar p.a aku sendiri - Aiden nazri [ Maaf dialog diatas han...
788K 30.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
1.2M 39.5K 51
#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaj...