Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 49

11.8K 428 17
By MissTaeyeon

"Apa semua ni Zaf? Betul ke apa yang papa tengok ni?" Pandangan Datuk Faizal tajam menikam ke dalam anak mata Tengku Zafran.

"Tak papa. Zaf tak buat pun semua ni. Sayang percaya abang kan?" Raisya yang sedang bersandar pada sofa dihampiri. Raisya cuma memandang wajahnya dengan pandangan yang kosong.

"Jangan nak menegakkan benang yang dah basah lah Zafran! Kau mesti bertanggungjawab ke atas Maya!" Sekali lagi mereka ditempik oleh Tan Sri Mikhael.

"Kita bincang elok-elok tentang hal ni. Malu kalau jiran-jiran dengar." Datuk Faizal cuba meredakan suasana yang semakin tegang itu.

"Malu? Owh... kau fikir malu kau aje?! Kau tak fikir ke kalau perut Maya tu membesar nanti?! Lagi teruk kami kena tanggung malu!" Datuk Faizal melepaskan keluhan berat. Makin serabut jadinya.

Tengku Zafran dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Semangatnya hilang kerana Raisya seolah-olah tidak mempercayainya.

"Kahwin dengan Maya. Then, I will trust you." Raisya mencelah setelah sekian lama berdiam.

"What?! Kahwin dengan perempuan tu? Sayang, abang tak akan buat semua ni. Kenapa mesti abang kahwin dengan dia?" Raisya pandang Tengku Zafran dengan penuh mengharap. Kemudian bibirnya dirapatkan pada telinga Tengku Zafran.

"I know abang tak buat semua tu. Just buat apa yang saya suruh. Percayalah, sayang tak akan biar perkahwinan ni terjadi. Pura-pura aje dengan semua ni. Then, I will find the truth. Okay, my dear hubby?" Sempat lagi Raisya merangkul tubuh Tengku Zafran setelah dia berbisik ayat itu.

Semangat Tengku Zafran kini sudah kembali. Mujur Raisya mempercayainya. Mesti lah dia percaya. Sebab selama ni, Tengku Zafran sentiasa ada dengan dia. Dan, dia pun tahu sikap perempuan licik seperti Maya tu. Entah anak siapa yang dia kandungkan, suka hati aje suruh orang lain jadi pak sanggup.

"Alahai... nak buat romantic pula dekat sini." Maya tayang muka menyampah setelah melihat drama sebabak itu.

"Dah habis bincang? So, bila Maya dengan Zafran boleh kahwin?" Datuk Faizal cuma diam. Dia tak tahu nak cakap apa. Lagipun, keputusan tu terletak pada tangan Raisya dan Tengku Zafran.

"Saya ikut aje." Jawab Tengku Zafran. Manakala Raisya tidak lepas merenung tajam ke arah Maya.

"Minggu depan. Kalau kau lari dari majlis tu, kau tengok lah apa akan jadi pada kau dan keluarga kau." Tan Sri Mikhael memberi amaran sekaligus menetapkan tarikh perkahwinan.

Raisya terkaku sebentar. Cepatnya. Sempat ke aku nak cari kebenaran di sebalik semua ni?

**************

"Abang, sayang nak pergi jumpa Fasya kejap. Ada sesuatu yang sayang nak bagitahu dia. Sayang harap bonda dengan ayahanda dapat terima semua ni. Abang bincang lah dengan diaorang baik-baik. Good luck!" Kedua belah bahu Tengku Zafran ditepuk memberi kekuatan. Tengku Zafran senyum memandnag wajah Raisya. Dia bersyukur mempunyai isteri yang mempercayainya serta bijak. Betul lah apa yang dinasihatkan oleh Datuk Faizal, hidup berumah tangga ni perlu saling mempercayai.

"Terima kasih sayang." Raisya mengerutkan dahinya.

"Terima kasih untuk apa?"

"Sebab percayakan abang." Raisya tertawa kecil. Kemudian kepalanya disandarkan pada dada bidang Tengku Zafran.

"Sama-sama kasih. Raisya tak akan biarkan sesiapa pun hancurkan rumah tangga kita, terutamanya perempuan licik seperti Maya tu." Tengku Zafran mengangguk setuju lalu merangkul erat pinggang Raisya. Sebuah kucupan dihadiahkan pada ubun-ubun Raisya.

"Sorry akak. Lama ke tunggu?" Faysa mengambil tenpat duduk berhadapan Raisya.

"Tak lah, baru tiga puluh minit aku tunggu kau. Rasa macam tiga minit aje." Tutur Raisya dalam nada perlian.

"Ala... sorry la akak. Ada apa akak nak jumpa Fasya ni?"

Raisya pun memulakan kisah dari Tan Sri Mikhael dan Maya datang ke banglo Datuk Faizal. Bila sampai part Raisya bagitahu yang dia dah ada rancangan sendiri, Fasya laju mencelah.

"Biar betul akak? Akak yakin rancangan akak ni akan berjalan lancar? Entah-entah, abang Zaf dengan perempuan tu memang dah pernah tidur sekali." Fasya masih ingat lagi, semasa dia terserempak dengan Tengku Zafran dan Maya di restoran dalam sebulan yang lepas.

Raisya cuma diam. Mungkin Fasya cakap macam tu sebab Maya selalu menggedik dengan Tengku Zafran.

"Tak. Aku percaya abang Zaf. Dia tak akan buat macam tu." Fasya tayang muka tak puas hati.

"Suka hati akak lah. Fasya takut akak menyesal aje nanti."

"Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat. Kau tengok aje lah nanti." Ujar Raisya dengan penuh yakin walaupun hatinya agak gusar ketika ini. Minuman laici sejuk itu disedut sedikit untuk menghilangkan dahaga.

"Fasya harap akak berjaya." Hanya itu sahaja yang Fasya dapat katakan. Ya, dia harap apa yang Raisya rancang, akan berjalan seperti yang diharapkan.

******************

Raisya senyum sinis. Boleh dikatakan Maya dengan Tan Sri Mikhael ni agak kurang bijak juga. Bukan nak menghina, tetapi kenyataan. Sebab apa? Sebab kamera digital yang Maya dengan Tan Sri Mikhael bawa hari tu, diaorang tinggal dekat rumah Datuk Faizal.

Raisya bertekad membawa kamera itu ke kedai sunting gambar. Dan, tepat seperti yang dijangka. Gambar-gambar Tengku Zafran dan Maya dipercayai telah disunting. Raisya sempat merakam apa yang diperkatakan oleh si penyunting gambar itu.

Kau tak akan terlepas lah Maya.

Raisya simpan kembali kamera itu ke dalam tas tangannya. Sebelum Raisya beredar, si penyunting gambar itu memanggilnya.

"Puan Raisya. Lelaki yang sebenarnya patut ada dalam gambar tu, adalah gambar saya." Raisya tergamam memandang si penyunting gambar itu.

"Err, Encik..."

"Encik Adam." Lelaki itu seolah-olah memahami apa yang ingin disoalkan oleh Raisya.

"Betul ke Encik Adam?" Raisya menyoal sekali lagi meminta kepastian. Adam mengangguk.

'Alhamdulillah... Kau telah permudahkan segalanya Ya Allah.'

Raisya senyum penuh makna memandang Adam. Dia pasti, Adam dapat membantunya.

*****************

Semasa di pejabat, Raisya terpaksa menceritakan masalahnya kepada Tania dan Sofian. Kalau nak diikutkan hati, dia tak nak ceritakan masalah yang berkaitan dengan rumah tangga macam ni. Tetapi, setelah didesak oleh mereka berdua, dia terpaksa lah menceritakan juga. Pantang nampak wajah Raisya serabut semacam, mula lah nak menyoal itu ini. Tengku Zafran pula lesap entah ke mana. Mungkin dia ada di pantry kut.

"Dahsyat lah bos. The best boss ever in life. Erk, betul tak? Ke English broken?" Alahai Sofian... sempat lagi kau buat lawak ya.

"Haha entah. Aku pun tak reti sangat bahasa barat ni." Mereka bertiga ketawa terkekek dengan telatah masing-masing.

"Kauorang ni... aku tengah serabut fikir fasal plan ni, sempat lagi nak buat lawak eh?" Serta-merta Sofian dan Tania berhenti ketawa.

"Bos jangan lah terlalu berfikir sangat. Takut bos stress nanti. Tak baik untuk kesihatan bos dengan baby." Sofian memberi nasihat. Riak wajahnya sudah bertukar serius.

"Emm kauorang, dah lama aku tak nampak Maya masuk kerja. Dia pun dah tak tinggal dekat apartment aku lagi." Sofian jungkit bahu. Malas dia nak ambil kisah tentang Maya.

"Dia dah berhenti. Dah la berhenti macam tu aje. At least bagi lah surat perletakan jawatan. Aku tahu pun, sebab dia bagitahu masa dia serbu rumah papa aku hari tu." Jelas Raisya. Meluat pun ada tatkala menyebut nama Maya.

"Owh..." Hanya itu sahaja yang terpacul dari bibir Tania. Bagus lah dia pindah. Menyusahkan orang aje kalau dia ada. Desis hati Tania.

"Dah la tu. Aku nak sambung kerja. Sofian, kejap lagi aku ada meeting kan?"

"Ya. In 30 minites from now." Sofian menelek jam di tangannya. Raisya mengangguk sebelum dia menghambat Sofian dan Tania keluar dari bilik pejabatnya.

-Bersambung-

P/S Seperti yang korang harapkan tak bab ni?

Continue Reading

You'll Also Like

788K 30.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
751K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
316K 13.9K 39
Cinta? Cinta yang kau buang lima tahun lalu? - Inara Rania 5 tahun Inara Rania hidup tanpa seorang lelaki bernama suami. 5 tahun dia mencari bahagian...
374K 13.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...