Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.3K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 46

12.4K 409 7
By MissTaeyeon

"Kau nak buat apa ni setan?! Tak ada kerja ke bawa aku masuk bilik kau?!" Maya menolak bahu lelaki itu agak kuat.

"Kenapa kau lari time hari pernikahan kita tinggal lagi seminggu?! Kalau tak, sekarang ni mesti kita dah jadi suami isteri yang paling bahagia. Betul tak sayang?" Lelaki itu mencengkam agak kuat kedua belah pipi Maya.

"Kau jangan nak berangan lah! Aku tak akan sekali-kali kahwin dengan kau. Even kau anak sultan sekalipun!" Maya menempik lelaki itu kerana kesabarannya sudah sampai tahap maksimum.

Pang!

Satu tamparan hebat hinggap ke pipi kanan Maya. Tamparan yang kuat itu menyebabkan Maya rebah ke atas katil. Lelaki itu atau dikenali sebagai Adam, mengukir senyuman jahat sebelum dia memanjat ke atas katil lalu menindih tubuh Maya.

*******************

"Aduh!" Ukaisya mengipas-ngipas tangannya akibat terkena pisau semasa memotong sayur.

"Kenapa ni Sya? Macam mana jari boleh luka ni?" Umi Rahimah menyoal anak angkatnya kerana prihatin. Peti kecemasan yang terletak pada kabinet dapur itu dicapai. Luka pada jari Ukaisya dicuci sebelum disapukan ubat.

"Lain kali buat kerja hati-hati. Kan tak fasal-fasal aje jari dah luka." Apa yang dikatakan oleh Umi Rahimah ibarat angin yang bertiup sepi. Dia rasa seperti risaukan seseorang. Tetapi, dia sendiri tidak tahu gerangan siapa yang dia sedang risaukan.

"Sya?" Panggil Umi Rahimah apabila Ukaisya hanya diam memerhatikan gerak-gerinya.

"Ya umi." Segera Ukaisya kembali ke alam nyata.

"Dengar tak, apa yang umi cakap?" Umi Rahimah menyoal sambil memperkemaskan balutan plaster pada jari Ukasya yang terdapat kesan luka itu.

"Hah? Err... umi ada cakap apa-apa ke tadi?" Umi Rahimah mengeluh perlahan.

"Lah... mengelamun rupanya budak ni. Umi cakap, lain kali hati-hati bila buat kerja." Ukaisya cuma menundukkan wajah sebelum dia mengundur diri ke biliknya.

********************

"Maya tak masuk office lagi ke Tania? Dah masuk waktu lunch hour pun." Raisya menelek jam di tangan. Setelah itu, pandangannya diliarkan memandang ke arah meja kerja Maya yang kelihatan kosong. Mana pergi semua barang dia?

"Sayang, jom turun lunch." Tengku Zafran datang memaut bahu Raisya. Tania senyum memandang pasangan di hadapannya.

"Eh bos, next week kitaorang bertunang. Jemput lah datang. Kitaorang ada buat majlis makan-makan." Ujar Sofian lalu mengambil tempat bersebelahan Tania.

"Wah... tahniah ya. Elok lah tu, dah lama sangat kauorang bercinta. Sepatutnya kahwin aje terus. Tak payah nak bertunang bagai. Macam aku dengan Zaf." Tidak semena-mena pipinya ditarik oleh Tengku Zafran. Huhu... makin lebar lah pipi aku lepas ni. Eh, pipi boleh melebar ke?

"Biarlah diaorang nak bertunang dulu. Kita lain, kita special case." Tengku Zafran tersenyum bangga. Tak habis-habis dengan sifat poyo dia tu.

"Eeii... meluat lah dengar. Special case konon." Sofian dan Tania mecebik ke arah Tengku Zafran.

"Suka hati aku lah..."

"Ish kauorang ni... sudah-sudah la tu. Jom kita pergi lunch. Aku dah kebulur tahu tak." Raisya segera menghentikan suasana itu. Perut dah menyanyi sakan.

"Haha, okey jom." Mereka berempat keluar menuju ke kafe yang terdapat dalam syarikat itu. Syarikat maju lah katakan.

*****************

Maya terasa ada sesuatu yang melingkari pinggangnya. Segera matanya terbuka luas, tatkala terpandangkan suasana bilik yang berlainan dari biliknya. Dan, Maya terkejut bukan kepalang setelah mendapati dirinya dan Adam dalam keadaan naked.

"Kau... kau rogol aku?! Jantan tak guna! Hei, bangun lah!" Bahu Adam digoncang berkali-kali.

"Apa ni... aku mengantuk lah." Maya mengetap bibir geram.

"Berani kau rogol aku! Tak guna kau Adam! Kenapa kau buat aku macam ni?!" Maya menangis teresak-esak sambil bersandar pada kepala katil itu. Adam cuma mampu memerhati. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa dia boleh bertindak sebegitu rupa.

"Maya, can I give you a hug? Just for let you calm down. Not more than that." Maya mengesat tubir matanya denagn kasar. Wajah Adam dipandang denagn penuh rasa benci.

"Kau ingat sebodoh tu?! I won't ever let you touch me again Adam! Never!" Maya segera mencapai pakaiannya sebelum dia beredar dari apartment milik Adam.

"I love you Maya. That' s why aku terpaksa buat semua ni. Aku tak nak kau lari dari aku lagi." Namun sayang, kata-katanya itu langsung tidak berkesan pada pendengaran Maya.

"Tan Sri, kitaorang tak berjaya cari Cik Maya." Lan dan Bobby menunduk menekur lantai. Pasti Tan Sri Mikhael akan mengamuk.

"Kauorang dah cari betul-betul ke?!"

"Dah Tan Sri. Kitaorang dah pusing satu Kuala Lumpur cari dia." Ya, memang hampir semalaman juga lah mereka terpaksa mencari Maya. Pada mulanya, Lan merungut macam-macam. Teapi, setelah diberi amaran keras oleh Bobby, Lan terpaksa akur. Almaklumlah, Bobby dah kuat dan lebih berani dari Bobby yang dulu.

Tan Sri Mikhael diam sejenak. Dia tahu, Bobby dan Lan tidak pernah menipu dia. Jadi, mangsa tuduhannya sekarang adalah Datuk Faizal.

"Kauorang boleh keluar sekarang. Aku ada hal yang perlu diselesaikan." Bobby dan Lan mengangguk lalu mereka beredar dari situ.

Tidak menunggu lama, telefon bimbitnya dicapai.

"Faizal! Mana kau sembunyikan Maya?!" Tanpa memberi salam terlebih dahulu, Tan Sri Mikhael terus menuduh tanpa usul periksa.

"Apa ni Mikhael? Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak culik Maya. Aku tengah sibuk uruskan syarikat sekarang ni. Lagipun, kau ada bukti ke yang aku culik Maya?"

"Jangan buat-buat tak tahu lah Faizal! Aku tahu lah kau berdendam dengan aku."

"Kau cakap baik-baik sikit. Siapa yang berdendam dengan siapa sekarang ni? Aku ke kau? Kalau aku berdendam dengan kau, aku tak akan bagitahu kau dekat mana Maya berada hari tu. Fikir biar guna otak lah Tan Sri Mikhael." Hah, sekali Datuk Faizal sembur, baru padan muka Tan Sri Mikhael. Datuk Faizal segera menamatkan panggilan. Dah la mengganggu waktu pejabatnya.

Tan Sri Mikhael termangu sendiri. Kalau bukan Faizal yang culik, ke mana anak aku menghilang?

*******************

"Bonda buat apa tu?" Raisya menyapa Tengku Amalina yang sedang sibuk menyiapkan puding strawberry.

"Bonda buat dessert. Kalau Raisya nak tahu, puding strawberry ni salah satu dari dessert kegemaran Zaf." Raisya mengukir senyum sambil terhangguk-hangguk.

"Bonda ajar Raisya buat puding ni boleh?" Raisya mengerdipkan matanya berkali-kali. Acah-acah comel lah tu. Errr... tolong lah.

"Mestilah boleh. Jom tolong bonda." Raisya tersengih teruja. Mesti dia suka nanti.

Setelah puding strawberry siap, Tengku Amalina dan Raisya menghidangkan ke atas meja makan. Raisya senyum bangga melihat puding hasil buatannya dan Tengku Amalina.

"Pandai menantu bonda ni. Dah, pergi panggil Zaf makan puding. Mesti dia suka hasil air tangan isteri dia yang sorang ni."

"Alah, Raisya tolong sikit-sikit aje. Selebihnya, bonda yang
buat."

"Hah, ya lah. Dah, pergi panggil dia cepat." Raisya berlari anak mendaki tangga. Hesh, tak padan dengan mengandung. Kalau tersadung, tak ke naya?

Tengku Zafran tersepak botol kecil yang sudah kosong ke hadapan pintu bilik. Entah bagaimana botol itu boleh ada dalam bilik, dia pun tak tahu.

Raisa menolak daun pintu. Senyuman serta-merta terukir tatkala melihat Tengku Zafran sedang berdiri pada penjuru katil. Raisya berlari-lari anak nendapatkan Tengku Zafran kerana terlalu teruja. Tetapi, belum sempat dia mendapatkan Tengku Zafran, tubuhnya serasa seperti melayang ke udara. Matanya dipejam rapat.

Dan....

Bedebuk!

"Sayang!"

-Bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

394K 22.2K 38
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lai...
316K 13.9K 39
Cinta? Cinta yang kau buang lima tahun lalu? - Inara Rania 5 tahun Inara Rania hidup tanpa seorang lelaki bernama suami. 5 tahun dia mencari bahagian...
86.8K 4.8K 51
DAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan...
67.2K 3.7K 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi ala...