Hipotesis Cinta

By greenypluto

107K 9.5K 1.6K

Dalam bercinta ni, ada tiga variable : 1)Manipulated variable - perasaan suka atau cinta? 2)Responding variab... More

2 - Makhluk Baru
3 - Chipsmore Expired
4 - Shopping?
5 - Caring
6 - Samseng ke?
7 - Malu 7 Keturunan
8 - Peminat Misteri
9 - Semanis Kismis
10 - Perhitungan
11 - Pelawaan
12 - Booking
13 - Fighting
14 - Celup Kecepelup
15 - Keluar
16 - Kasut Roda
17 - Miang
18 - Tuan Puteri
19 - Hamba
20 - New Ship
21 - Jatuh Hati atau Jatuh Sakit?
22 - Cem-Bu-Ru?
23 - Cik Bawang Merah
24 - Ppopgi
25 - Terang Lagi Bersuluh
26 - Cabaran
27 - Suka ke?
28 - Pelik
29 - HELL-O
30 - Selamat Tinggal
31 - Memori Lama
32 - Pilihan Sukar
33 - Hati
34 - Part Time
35 - Pencuri
36 - Pembubaran Rahsia
37 - Bersama Dia, Dan Bintang
38 - Dugaan
39 - Encik Tunang
40 - Gelap
41 - Kotak Hitam
42 - Kenapa?
43 - Rahsia Hati
44 - Resah

1 - Rakyat Bergaduh

9.7K 365 38
By greenypluto

[EDIT]

Assalamualaikum. Sis nak bagi sepatah dua kata (banyak, sebenarnya). Mula-mula sekali, terima kasih sebab terbuka hati, berniat untuk membaca cerita sis yang tak seberapa ni walaupun sinopsis macam hambar (sadisnya...)

Saya hargai kegigihan anda. *lempar bunga*

Next, jangan terlalu expect yang cerita ni akan jadi bagus sangat2 sebab saya takut awak kecewa, patah hati nanti, saya tak nak tanggung risiko. Hati sendiri pun tak terjaga (ouch).

Apapun, sis nak minta maaf banyak2 kalau cerita ni tak kena dengan citarasa anda. Lain orang, lain taste dia. Ingat! Don't expect too much!

Sekian, pesanan penaja. *tutup tirai*

******

Lain orang, lain kisah hidup dia. Tak terkecuali aku.
Kisah cinta? Huh.
Aku tak pernah percaya, terbayang pun. Makna perkataan 'Cinta' pun aku tak tahu weh. Apatah lagi nak rasa sendiri macam mana perasaan jatuh cinta tu.
Kalau makanan, kita still boleh describe macam mana rasa dia. Sedap- manis, masam, masin, pedas tapi secukup rasa.
Tak sedap- pahit, kelat, tawar,
terlebih/terkurang rasa.

"Kenapa pulak tetiba cerita pasal makanan ni?"

Oh ya, sebab aku suka makan.
Yelah... Siapa je tak suka makan, kan?
Makan untuk hidup, tahu?

Okay, jom sambung balik sebelum aku kena kecam dengan #BeliaBenciMakanan

Bagi aku, setiap apa yang berlaku ada hipotesis yang tersendirinya.
Contoh? Hmm...
Makin kita makan banyak sayur, makin tinggilah ketinggian kita.
Tapi conclusion yang aku dapat, The hypothesis is not accepted.
Setelah melakukan penyiasatan yang mendalam dengan bantuan pakar forensik, pakar doktor gigi dan pakar psikologi, rupanya...
Aku ikut genetik arwah mak aku.
Lagi kecewa bila dapat tahu genetik 60%-80%.
Tak expect duh genetic materials dalam deoxyribonucleic acid (DNA) aku mempengaruhi ketinggian aku.
Tinggi aku 160 cm.
Tapi aku nak 170 cm. Hmm.
Sedih.

Maaf atas keterlanjuran. Permohonan untuk sambung cerita pasal hipotesis, diterima dengan bulat hati.

Ya. Macam cinta.
Cinta pun ada hipotesis yang tersendiri.
Makin tinggi cinta pada sang suami, makin banyaklah pahala dapat.
Eh, yeke?
Okay, lain lain! Nanti aku kena kecam pulak sebab syiah. Sorry sorry.

Aku pun ada hipotesis cinta aku sendiri.
Makin otak teringat dia,
Makin hati berdebar gila.
Aku tak tahu sama ada hipotesis ni valid ke tak sebab nak kata cinta, tak. Boleh dikategorikan dalam 'Suka'.

Sampailah satu masa tu, aku sedar sesuatu.
Setiap benda boleh berubah.

Yang suka boleh jadi cinta.
Atau,
Yang suka boleh jadi benci.

Hidup ni macam eksperimen.
Ada yang berjaya,
ada yang tak berjaya.
Eksperimen yang tak jadi, kena ulang balik sampai menjadi.

Dan ini kisah hidup aku.
Mungkin tak menarik macam kisah orang lain.
Mungkin tak cukup thrill macam kisah hidup kau.

Tapi ini cerita aku.
Kisah hidup aku.
Kisah cinta pertama aku.

🍙🍙🍙

Biccnaneun geotdereun manha

Geu anhe jinjjareul bwabwa
Call me baby, babe
Call me baby
Call me baby, babe
Call me baby

Lagu Call Me Baby - EXO melalak-lalak meminta diangkat. Mujur suara sedap-sedap hingga boleh melonggarkan skru lutut setiap gadis. Kalau tak, buat apa jadi boy group, kan?

Kelam-kabut Hanna berlari mencapai Samsung Note 2 miliknya sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari bilik air. Nasib baik tak jatuh terjelepok.

"Hello?" sapa Hanna terlebih dahulu.

Senyap. Cuma kedengaran pemanggil di sana seperti menarik nafas.

"Hello from the outsideeee~"

Erk?

Hanna melihat skrin. Ingin tahu siapa pemanggil itu. Bibir dicebikkan. Patutlah.

"Laaa, kau rupanya. Patutlah nak tercirit aku dengar suara merdu Adele kau tu. Nasib baik tak bertakung tahi telinga aku," perli Hanna. Lagu Adele, boleh dia terima lagi. Kalau lagu zaman P. Ramlee keluar, memang menari twist la dia hari ni.

"Amboi, kemain perli! Eh, suara aku ni mahal semahal-mahal platinum, okay? Adele pun angkat bendera putih, tahu? Silap hari bulan, menyorok dia celah gas dapur nanti. Huh!" Pemanggil di sana mendengus tak puas hati. Sekurang-kurangnya, suaranya belum capai tahap pecahkan koklea manusia lagi.

"Whatever lah, makcik. Kau nak apa ni, Fir? Jangan buang masa aku." soal Hanna, straight to the point.

Malas nak layan perangai gila-gila kawan baiknya itu. Lawan berdebat dengan dia, boleh buat mulut Hanna berbuih-buih sabun.

"Esok jangan lupa bawa komik Lawak Kampus tau! Aku nak pinjam untuk seminggu. Dan lagi satu... aku nak mi goreng buatan abang kau tu," pesan Fir.

Menggeleng Hanna seraya melebarkan sengihannya. "Amboi, kau! Banyak betul demand, ya?"

"Heheh. Sedaplah weh mi goreng abang kau hari tu. Sampai termimpi-mimpi aku, tahu tak? Fuh, memang terbaiklah!" puji Fir melambung-lambung. Jujur dia tak boleh lupa betapa terangkatnya kesedapan mi goreng tersebut.

"Baiklah, Tuan Puteri Cik Kembang Setaman Bunga Melur. Patik akan menurut perintah Tuanku," balas Hanna. Turutkan sajalah.

Fir ketawa di hujung talian. Masuk air dah kawan aku sorang ni. Hahah.

"Okaylah, aku nak beradu dulu. Katil aku dah seru aku tu. Memanggil-manggil, memekik-mekik... Nanti merajuk pulak katil aku tu. GTG. Jangan lupa mimpikan aku tau, Hanna."

Menjuling ke atas mata Hanna.

"Mimpikan kau? Aku tak nak mimpi ngeri. Sorry," kata Hanna berbaur gurauan.

"Kurengg punya kawan! Okaylah, bye! Assalamualaikum!"

Panggilan dimatikan sebelum sempat Hanna menjawab salam Fir. Marahlah tu. Mengadanya.

"Waalaikumussalam..." Hanna senyum seraya menggeleng-geleng kepala.

Fir merupakan kawan baiknya sejak tingkatan dua lagi. Sebelum mula-mula kenal dahulu, macam stranger dari planet mana entah. Seorang dari planet Pluto, seorang lagi dari Planet Zuhal. Tapi, tak sangka, sekepala. Alhamdulillah. Ini kut dinamakan kuasa jodoh. Kemerepekan apakah ini. *tepuk dahi*

🍓🍓🍓

Udara sejuk daripada pendingin hawa yang bercampur dengan bau buku-buku dihirup. Segar gila. Buatkan hatinya tenang. Hanya orang yang ulat buku sahaja faham.

Ya, Hanna sekarang berada di perpustakaan yang terletak tak jauh dari taman perumahannya. Selalu juga dia ke sini setiap kali ada masa lapang. Adakalanya dia datang untuk meminjam buku rujukan, baca buku cerita ataupun mengulang kaji di situ.

Hanna lemparkan senyuman manisnya kepada wanita yang menjaga kaunter, hampir dengan pintu masuk. Hanna kenal wanita itu sebagai Puan Qasidah. Penjaga kaunter itu turut kenal dia. Maklumlah, dah lama dah jadi pengunjung tetap.

Langkah diatur ke rak buku rujukan yang terletak agak jauh dari pandangan orang ramai.

Walaupun jauh ke dalam tapi dia lagi suka sebab kawasan itulah yang tak ada orang. Aman sikit dia nak pilih buku. Kalau ada pun, seorang dua je.

Nampak tak betapa rakyat Malaysia ni tak suka belajar? Hahah.

Sempat lagi Hanna melilaukan matanya ke sekeliling. Seperti biasa, tak ramai orang. Ada sekumpulan pelajar perempuan lingkungan bawah 15 tahun belajar berkumpulan di meja tak jauh dari kaunter. Dua orang tengah sibuk menelaah buku, seorang baca majalah gosip, dua orang lagi sibuk bermain dengan telefon.

Baik tak payah buat study group.

Hanna menggeleng kecil. Budak-budak sekarang. Macam-macam. Haih.

Sesampai sahaja di rak yang diingini, Hanna mencari-cari buku rujukan SPM Sejarah dan Biologi. Berhati-hati dia mencari dengan matanya yang ditajamkan.

Mana perginya buku Sejarah dengan Bio hari tu?

Kepala didongakkan. Mencari bahagian atas pula.

Hah, jumpa pun! Tapi... Asal tinggi sangat letaknya? Hesh!

Laju Hanna meliarkan matanya di sekeliling situ. Kalau-kalau ada kerusi untuk dia panjat. Apabila sudah jumpa apa yang dicari, Hanna menolak kerusi itu dengan kaki. Mujur kerusi itu ada roda kecil di bawahnya.

Usai itu, roda itu dikunci agar tak bergerak ketika dipanjat nanti. Alamatnya, memang jatuh macam nangka busuklah dia nanti. Tak pasal-pasal nangka yang lain semua gelakkan dia. Hahah.

Hanna panjat dengan berhati-hati. Dicapainya buku Sejarah dan Biologi yang tebalnya seperti satu buku Undang-Undang.

Lagu Call Me Baby - EXO bergema tiba-tiba.

"Oh mak kau minat EXO!"

Spontan Hanna melatah akibat terkejut ringtone telefonnya tiba-tiba berbunyi dengan kuat. Habis terlepas buku-buku tersebut dari tangan Hanna.

Impak dari itu, entah bagaimana badannya jadi tidak seimbang. Ya, dia akan jatuh. Hanna pejam mata serapat-rapatnya. Bersedia menahan sakit.

Tapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Dia tak jatuh.

Pinggangnya dipaut kemas oleh sepasang lengan. Mata yang dipejam rapat tadi dibuka sedikit. Ingin melihat apa yang terjadi sebenarnya. Kemudian, matanya terbeliak besar melihat wajah di depan matanya.

Lelaki?!

"Please be careful next time, miss."

Si penyelamat misteri itu melepaskan pegangannya daripada pinggang Hanna. Cermin mata hitam, topi dan hoodie yang dipakai oleh lelaki itu menambahkan lagi kemisteriannya. Tak dapat Hanna nak cam wajahnya.

Terkebil-kebil Hanna dibuatnya. Rasa janggal. Kepala yang dibaluti tudung digaru-garu. Mat salleh ke mamat ni? Nak balas dalam bahasa Inggeris juga ke? Ah, hentam sajalah.

"Terima... Err, thank you."

Jejaka itu sekadar senyum sebelum berlalu ke rak sebelah, bertentangan dengan rak yang Hanna ambil buku Sejarah dan Biologi tadi.

"Kenapa ni? Hanna, kenapa bising-bising tadi? Terjumpa lipas ke?" Kelam-kabut Puan Qasidah menyoal Hanna. Turun habis darahnya tadi terdengarkan jeritan nyaring dari kawasan buku rujukan.

Hanna sengih. "Takde apa-apalah, Puan. Tadi saya hampir nak jatuh masa panjat kerusi ni."

"Saya ingatkan ada apa tadi. Itulah, kamu ni kelam-kabut sangat. Hati-hati sikit. Nasib tak patah kaki," ujar Puan Qasidah.

Menggeleng-geleng dia apabila Hanna tersengih sekali lagi, lalu dia beredar dari situ, ingin menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Mujur tiada perkara buruk berlaku.

Sebaik sahaja Puan Qasidah hilang dari pandangan, Hanna meluku kepalanya sendiri.

Kemudian, Hanna mencuri pandang jejaka yang menyelamatkannya tadi, tak jauh dari tempat Hanna berdiri. Lelaki itu membelakanginya dan kelihatan sibuk dengan buku.

Mengenangkan kejadian dia melatah dan hampir jatuh tadi, Hanna pasti lelaki itu ada dengar dia melatah tadi. Aduhai...

Hanna merapatkan diri dengan rak buku tadi. Ikutkan hati, nak je dia hempuk kepala pada rak tersebut. Hanna menekup muka yang terasa panas.

"Ya Allah, malunya! Apa kena dengan aku hari ni? Mabuk ke apa? Aduhmak... Lagi satu, macam manalah aku boleh lupa silentkan phone? Siapalah pulak yang call aku masa-masa ni?" bebel Hanna perlahan.

Teringatkan itu, Hanna seluk telefonnya dari poket seluar. Ingin melihat siapa gerangan pemanggil 'bertuah' itu.

Di hujung sudut situ, lelaki tadi tak habis-habis senyum seorang diri.

🍉🍉🍉

"Apa kecoh sangat tu?"


"Weh, ada budak gaduhlah. Jom tengok weh! Jom!"

"Macam WWE doh diorang bergaduh. Gila gempak!"

"Apahal gaduh tu?"

"Sayangnya... dua-dua handsome tapi bergaduh macam budak-budak. Bilalah nak matang..."

Itulah sajian telinga Hanna sebaik sahaja dia masuk ke perkarangan sekolah. Dah biasa dah. Sememangnya di sekolah Hanna terkenal dengan samseng-samseng yang suka bergaduh. Tak tahulah apa masalah mereka.

Kurang kasih sayang, mungkin. Tapi kalau ikutkan, Hanna juga kurang kasih sayang sebab ada abang je tapi tak pula jadi samseng. Lain orang lain pemikirannya, agaknya.

Samseng-samseng di sekolahnya suka sangat buat onar. Bergaduh, sabotaj kereta cikgu, ponteng kelas dan sebagainya. Pelajar yang ada banyak masalah disiplin seharusnya dibuang sekolah tapi di sekolah Hanna, lain.

Pengetua di sekolahnya jenis yang bertimbang rasa. Terlalu bertimbang rasa. Tapi tak bertempat. Katanya, setiap orang berhak diberi peluang kedua. Boleh terima dek akal atau tidak, entahlah. Malas Hanna nak ambil tahu.

Hanna terus melangkah menuju ke kelas dengan banyak perkara bermain di mindanya.

"Hanna! Sampai jugak kau. Haa, mana komik dengan mi goreng yang aku mintak tu?"

Baru sahaja tiba di pintu depan kelasnya, Hanna diterjah dengan kehadiran Fir yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Tersengih-sengih Fir macam kambing minta penampar.

Hanna buat muka. Gelojoh betul kawannya. Tak menyempat.

"Spesies kawan apalah kau ni. Tunggulah aku duduk dulu, bagi aku minuman dulu ke. Masuk kelas pun belum lagi, tahu tak? Eeii aku siku kang," marah Hanna. Siku pun hampir naik dah. Pagi-pagi lagi dah buat orang naik angin.

Hanna berjalan masuk ke kelas dan terus menuju ke tempatnya. Tanpa membuang masa lagi, Fir membuntuti Hanna.

"Nah!"

Mi goreng di dalam tupperware dan komik Lawak Kampus dihulur kepada kawannya itu. Bersinar-sinar mata Fir dibuatnya. Hanna tergelak kecil. Kebulur sangat agaknya.

Selepas sahaja Hanna melabuhkan punggung, Fir membuka mulut. "Kau tahu tak weh..."

"Tak. Aku tak tahu," potong Hanna.

Fir ketap bibir. Geram. Ish, orang tak habis cakap lagi dah potong. Sekeh kang, pengsan seminggu!

"Sabarlah! Bagi aku habiskan dulu. Ni... bukan gosip tapi cerita sensasi yang masih belum basi! Panas dari oven! Kau tahu tak weh, aku dengar cerita... Ada dua orang rakyat kita bergaduh," cerita Fir dengan bersemangatnya.

"So?"

Hanna tayang muka 'tak hingin nak ambil tahu'. Sikit pun tiada riak muka terkejut. Biasalah, budak bergaduh.

Walaupun Hanna tak pernah lihat pergaduhan samseng di sekolahnya, cerita macam itu sudah biasa jadi sajian telinganya. Dia tak pernah lihat pun hanya sebab dia malas nak ambil tahu. Not interested at all.

"Seorang tu budak baru dari New York. Seorang lagi tu budak kelas mana entah," sambung Fir lagi.

Hanna hanya mengangguk kecil. Dilayan juga kisah tauladan kawannya itu.

"Sekian laporan pada pagi yang berbahagia ini. Aku nak balik kelas aku dulu. Nah, surat daripada peminat kau! Chauww!" Sepantas kilat Fir meninggalkan Hanna bersama dengan sepucuk surat.

Again? Termasuk ni, dah 6 kali dah. Haih...

Surat itu dihidu. Hmm... wangi! Berapa botol minyak wangi disembur ni? Ataupun... direndam dalam air yang wangi semalaman? Malang sekali, Hanna memang tak gemarkan bau wangian itu. Ada bau alkohol. Pening kepalanya.

Dibelek-belek surat itu.

Daripada : Peminatmu, The Charming AZ.

Makin banyak timbul persoalan di minda Hanna.

Siapalah AZ ni? Entah-entah Aizat Zaid, si pondan tu? Eeeiii simpang malaikat 4 kuasa tiga! Takpun... Amir Zulkifli atau Azad Zikri. Eh, impossible! Tapi... diaorang kan dah ada awek? Awek cun melecun ala-ala Nora Danish pulak tu. Don't play-play ah!

Hanna simpan surat itu di bawah meja. Tak ada mood nak baca. Dan dia tak pernah baca pun mana-mana surat daripada peminat misteri itu. Rasa geli walaupun belum baca. Sebelum ada yang tercekik baldi, baik cegah dulu.

Continue Reading

You'll Also Like

61.7K 1.4K 24
SINOPSIS ======== Nur Inaara Tajul. Si andartu comel yang mampu meruntun hati lelaki untuk dekat. Luarannya nampak comel dan lembut. Dalamannya begit...
1M 113K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
281K 13.3K 52
Song Jihyo,seorang werewolf yeoja yang mewarisi Silvermoon pack.Dia mempunyai satu misi iaitu mencari dalang pembunuh Alpha Jeon dan Luna Song.Satu p...
9.1K 1.2K 9
Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti? Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah. Bacalah. Itupun kalau kau cukup berani men...