Isteriku Cik Bos [Republish]

By MissTaeyeon

1.3M 45.4K 1.5K

[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Epilog
Special Part Ramadhan I
Special Part Ramadhan II
Special Part Raya I
Special Part Raya II
Last Special Part
Special Gift [ImAim]❤

Bab 19

17.3K 588 8
By MissTaeyeon

DERINGAN telefon bimbit mematikan perbuatannya daripada terus mengelamun. Sempat dia melihat nama yang terpapar pada skrin, memikirkan sama ada perlu untuk dijawab atau tidak panggilan tersebut. Maklumlah, Raisya juga boleh dikatakan seseorang yang tidak suka membuang masa berurusan dengan yang tak dikenali.

Unknown number?'

"Hello?" Raisya cuba menyapa. Mana tahu mungkin itu adalah nombor kliennya yang tidak termasuk dalam contact list.

Tidak semena-mena kedengaran tawa halus bergema di corong telefon. Naik turun nafas Raisya dengan balasan yang dia dapat.

"Siapa ni? Jangan nak main-main boleh tak?!" Geram pula dipermainkan oleh si pemanggil misteri itu. Dia sudi menjawab panggilan pun sudah cukup bagus.

"Garangnya..." Hampir sahaja telefon bimbit itu terjatuh dari genggaman. Suara itu. Dia kenal suara itu.

Tan Sri Mikhael.

Tengku Zafran meraba-raba katil bersaiz king yang menjadi alas tidur lenanya. Berkerut dahinya apabila mendapati tempat tidur bersebelahannya kosong tanpa penghuni. Penghuni di hati, hmm.

"Mana dia ni? Baru ingat nak peluk." Tengku Zafran bangun dari pembaringannya seraya turun ke tingkat bawah. Sejak terbiasa tidur berteman, jadi lain pula bila tidur berseorangan.

"Apa yang kau nak lagi dari aku?! Ei, jangan jadi tak guna sangat lah orang tua!" Raisya tidak kisah sekalipun nampak kurang ajar dengan bahasa yang digunakan. Baginya, tidak perlu pun nak hormat Tan Sri yang otak senget sebelah macam ni.

"Kau jangan ingat aku tak tahu plan kau, Raisya. Kau gunakan Tengku Zafran aje kan?" Tepat sekali tebakan Tan Sri Mikhael. Raisya mengetap bibir. Bagaimana dia boleh dapat tahu semua ini pun Raisya tidak pasti. Atau, mungkin dia sengaja menebak?

"Memang! Memang aku gunakan dia aje! Aku tak ikhlas pun kahwin dengan dia! Puas?!" Sekali lagi Tan Sri Mikhael ketawa sinis di hujung talian. Raisya gigit lidah. Bukan itu yang dia mahu katakan. Bukan.

Terhenti langkah Tengku Zafran dari terus menuruni anak tangga. Apa yang terlintas di halwa telinganya, benar-benar telah mencalar ego sekaligus meretakkan hati lelakinya.

"Raisya!" Pantas Raisya menoleh ke arah Tengku Zafran yang masih berdiri di tangga. Dek kerana terlalu kaget, telefon bimbit yang masih melekap di telinga jatuh menghempap sofa. Jantungnya bekerja lebih masa melihat renungan yang terpancar dari mata Tengku Zafran.

Explain!" Terhinjut bahu Raisya dek ditengking oleh Tengku Zafran. Semakin dekat langkah lelaki itu menghampirinya, semakin tidak tentu arah jadinya. Tengku Zafran yang selama ini lembut tutur bicaranya, dalam sekelip mata berubah persis lelaki bersifat baran.

"Explain what?" Soal Raisya selamba. Sehabis baik dia mengawal diri supaya terlihat biasa di mata Tengku Zafran.

"Awak memang tak ikhlas pasal semalam, kan?" Kali ini Raisya memang tidak mengerti. Apa yang dia cuba maksudkan ni?

"Tak ikhlas apa?"

"Boleh tak bila saya tanya tu tolong jawab? Bukannya asyik balas dengan soalan balik." Tengku Zafran menahan geram.

"Saya tak faham apa yang awak tanya lah!" Raisya membentak keras. Rasa takut tadi perlahan-lahan lenyap berganti dengan sakit di hati.

"Nampak sangat awak memang terpaksa semalam." Akhirnya Raisya dapat menangkap maksud apa yang berlaku 'semalam'. Terasa seperti dirinya seorang isteri yang rendah di mata suami. Mana tidak, dituduh sebegitu tatkala hati sama-sama rela melayari hubungan cinta.

'Sampai hati dia cakap aku terpaksa. Kalau aku terpaksa, dah lama aku smackdown dia jatuh katil lah! Tak apa, dia yang mulakan dulu semua ni.  So, aku akan teruskan.'

"Fine! Memang saya terpaksa. Anything else?" Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu setelah dia meluahkan kenyataan palsu itu.

"Tak sangka kan..."

"Tak sangka apa? Awak tipu saya tentang status awak boleh pulak?" Terus berubah riak wajah Tengku Zafran setelah isu statusnya dibangkitkan semula. Balik-balik perkara itu yang Raisya akan ungkit.

"Tahniah sebab awak dah berjaya mainkan dan hancurkan perasaan saya. Saya tak sangka ada isteri yang sanggup 'pergunakan' suami sendiri. Muka aje cantik, tapi perangai... Argh, apa-apa aje lah!" Usai berkata sebegitu, Tengku Zafran terus menuju ke kamar mereka. Dia tidak mahu mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilabelkan kepada Raisya. Kerana disebabkan wajah cantik itu juga telah membuatkan lenanya terganggu sepanjang malam menahan rindu.

Raisya bersandar lemah pada sofa empuk yang didudukinya. Perasaan sedih yang sedang tertahan, akhirnya terhambur menjadi tangisan. Ini kali pertama air matanya mengalir hanya kerana seorang lelaki yang bergelar suami.

"Kenapa aku jadi lemah hanya kerana seorang lelaki? Aku benci lelaki!" Mukanya diraup kasar setelah air mata yang bersisa di pipi tadi dikesat. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk membuat panggilan kepada Fasya. Cuma Fasya saja boleh menjadi tempat luahan hatinya kala ini.

"Fasya, aku nak jumpa kau please?" Suara Raisya bertukar menjadi serak semula setelah dapat berbual dengan adiknya. Lama dia tidak bersua dengan Fasya semenjak berpindah ke rumah baru.

"Fasya ada dekat rumah papa ni. Akak datang aje lah sini."

"Tak. Aku nak cakap sesuatu dengan kau. Aku tak nak papa tahu tentang hal ni." Fasya diam sejenak sebelum membalas. Dia seperti dapat mengesan sesuatu melalui intonasi suara Raisya.

"Akak ada masalah dengan abang Zaf,  eh?" Tebak Fasya yang ingin mengambil tahu. Siap lah kalau Tengku Zafran yang buatkan kakaknya berubah mood seperti ini!

"Nanti lah aku bagitahu kau. Kita jumpa dekat Pavillion petang ni?"

"Ya lah kalau macam tu. Nanti Fasya minta izin abang Rif dulu."

"Okey." Raisya melepaskan keluhan berat setelah panggilan ditamatkan. Kuat lah, hati.

"Ada apa akak nak jumpa Fasya ni?" Dia melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Raisya. Dia cuba mencari sesuatu dari anak mata kakaknya yang seorang itu. Mungkin dari situ dia boleh dapat jawapan tanpa perlu Raisya menceritakan.

"Amboi, nak jumpa dengan adik sendiri pun tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Tapi abang Rif suruh Fasya balik awal." Raisya mengangguk faham sebelum memanggil pelayan restoran untuk membuat pesanan.

"Tadi aku gaduh dengan abang Zaf." Terus Fasya mendongakkan wajah daripada terus menghadap telefon bimbit. Hairan. Jarang Fasya dengar kes diaorang bergaduh. Selalu keras macam mana pun layanan Raisya terhadap Tengku Zafran, lelaki itu tetap sabar sahaja melayan.

"Kenapa kauorang gaduh?"

"Sebab Tan Sri tak guna tu lah." Berang Raisya jadinya bila mengingatkan semula kata-kata Tan Sri Mikhael.

"Tan Sri Mikhael?" Raisya angguk. Dah tu, ada lagi Tan Sri lain yang aku gelar tak guna ke?

"Abang Zaf dapat tahu yang aku cuma gunakan dia aje." Membulat terus mata Fasya yang memang sedia bulat itu. Oh, My... Ini memang parah!

"Lepas tu abang Zaf mesti mengamuk, kan?" Jangan kaget dulu. Fasya sudah lama tahu tentang semua plan Raisya selama ni. Cuma dia diamkan saja. Itu pun dia tahu secara tidak sengaja semasa Raisya membebel seorang diri. 

Raisya menggeleng pula kali ini. Fasya mula fade-up apabila Raisya hanya memberi respon dengan angguk dan geleng sahaja.

"Aku nak jumpa kau ni pun sebab nak luahkan perasaan aje. Ya lah, aku bukannya ada kawan rapat sangat." Mana nak ada kawan rapatnya kalau pandang orang pun seperti hendak ditelannya hidup-hidup.

Fasya tersenyum memandang Raisya. Tak sangka pula yang selama ini dirinya dianggap sebagai rakan selain adik.

"Tak apa. Fasya sudi pasang telinga untuk akak." Tangan Raisya digenggam erat. Dia faham benar sikap Raisya bagaimana. Panas barannya, angin monsunnya, manjanya, semua Fasya sudah biasa menghadap.

"Thanks." Genggaman pada tangannya dipereratkan lagi.

Pulang saja daripada berjumpa dengan Raisya, dia disambut dengan bebelan Tengku Zarif yang sedang menunggu di sofa. Dah suruh balik awal pun dia tetap balik lambat jugak.
"Awak pergi mana tadi? Saya call bukannya nak angkat. Asyik masuk voicemail aje." Bebel Tengku Zarif mengalahkan emak yang sedang marahkan anak.

"Alah, awak ni. Saya pergi jumpa akak kejap tadi. Papa mana?" Matanya liar mencari kelibat Datuk Faizal. Selalunya waktu-waktu sebegini Dato' Faizal lebih senang membaca akhbar di ruang tamu.

"Ouh... Papa pergi berehat dalam bilik dia. Kita nak balik rumah pukul berapa ni? Esok kan dah kena masuk kerja." Soal Tengku Zarif setelah meneguk segelas jus oren yang sedia terhidang.

“Kejap lagi lah. Kita teman papa lama sikit. Kesian papa, mesti dia sunyi." Fasya memujuk. Bukan apa, dia tahu semenjak dia dan Raisya telah mendirikan rumah tangga, mereka semua tidak lagi bermesra selalu seperti dulu.

***********

TASIK titiwangsa yang dibanjiri manusia itu menjadi destinasi tujuannya. Angin sepoi yang menyapa tubuh berjaya menenangkan kegusaran di hati, ditambah lagi dengan keindahan suasana petang yang hampir melabuhkan tirai. Sesekali matanya meneroka gelagat manusia yang berkunjung ke situ. Kebanyakannya datang bersama pasangan, ada juga yang datang bersendiri membawa hati yang lara.

Haih... apa yang aku mengarut ni? Macam lah aku tahu apa yang tersirat dalam hati diaorang tu.

Raisya memeluk tubuh sambil menghirup udara segar. Matahari sudah hendak terbenam, namun dia masih belum rasa ingin pulang.

‘Kan best kalau dapat tengok matahari terbenam dengan insan yang tersayang atau lebih tepat lagi, cinta.'

“Tengku Zafran." Matanya terpejam rapat menahan sendu.

Ah, tiba-tiba sahaja nama itu meniti di bibirnya.

Matanya kembali terbuka perlahan-lahan. Dia tidak boleh lemah sebegini
Dia perlu kuat. Dia tidak mahu hanya kerana cinta dia berteluk lutut seperti ini.

"Cantik." Sapa seseorang secara tiba-tiba. Kedudukan mereka yang dekat itu membuatkan Raisya mengambil jarak sedikit. Sakit hati macam mana pun dengan sikap Tengku Zafran, dia masih belum pasang niat untuk mengkhianati hubungan mereka.

"Ciptaan Allah mestilah cantik." Raisya membalas sekadar saja. Kalau dibiarkan sepi tidak berjawab, nanti dicop sombong pula.

"Lama saya tengok awak termenung dekat sini. Dah nak maghrib ni, awak tak nak balik ke?" Soal pemuda itu. Ya, pemuda. Daripada raut wajahnya, Raisya dapat merasakan lelaki yang berdiri di sebelahnya itu mungkin lebih muda darinya. Mungkin lebih kurang setahun dua begitu.

"Kejap lagi saya balik," balas Raisya sambil tersenyum memandang pemuda itu. Terkagum Raisya melihat sisi wajah pemuda yang mempunyai iras seperti Tengku Zafran itu.

"Oh, okey lah kalau macam tu. Tapi jangan lewat sangat balik tu. Tak elok maghrib-manghrib macam ni ada kat luar, banyak syaitan yang berkeliaran. Saya balik dulu." Pamit pemuda itu. Raisya hanya mengangguk. Sempat Raisya mendongak ke arah langit sebelum mengambil langkah untuk pulang.

Betul lah tu. Lagipun ini bukan sikapnya yang suka lari dari masalah. Raisya Amyra tidak pernah lari daripada masalah, tetapi berdepan dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

-Bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

534K 97 3
{ This story kinda cringe, redflag, cliche, a lot of typo(s). Read on your own risk! } cerita ni terlalu extremely cringe kerana ini cerita pertama y...
3.5M 46.6K 24
Ranking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsu...
5.7M 240K 104
Ranking number 1 in romance 4/8/19 "you are mine, naura. Tiada sesiapa yang boleh rampas kau daripada genggaman aku. Selamanya, kau milik aku."-Aryan...
4.1M 248K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...