Gadis Skate

By Faviolet

261K 12.3K 635

(This story was originally published on 2015. I can't really remember when but I was still a kid tho. I don't... More

1 : Heroin Tak Jadi
2 : Si Botak Kerek
3 : Hadiah Deck
4 : Gaun Tidur
5 : Teman Kakak
6 : Rahsia Dia
7 : Impak Nur
10 : Tuan Boboi
11 : Selamat Malam
12 : Nur lagi?
13 : Tahan Nafas
14 : Bukan Pengganti
15 : Tikus Makmal
16 : Ikut Irfan
17 : Tikus Dara
18 : Sesal Khayal
19 : Luahan Perasaan
20 : Perempuan Murahan
21 : Penyamar Berjaya
22 : Pelarian
23 : Jilat Ludah
24 : Kena Tangkap
Fav's Note
25 : Dah Renggang
26 : Syarat Kahwin
27 : Mangsa
28 : Bagi Peluang
29 : Bakal Pengantin
30 : Akad Rahsia
31 : Bisa Onyang
32 : Tipu Sunat
33 : Beg Dadah
34 : CD
35 : Benda Lama
36 : Comeback
37 : Kemalangan
38 : Kehilangan
39 : Terbongkar
40 : Sedar

8 : Skate Comp

6.1K 368 9
By Faviolet

Aku meluncur di atas papan selaju di sekitar taman yang gelap tanpa cahaya lampu. Hanya lampu kecil yang menerangi lorong-lorong sekitar taman bunga ni. Tak terang mana pun sebenarnya. Buat syarat je asal ada lampu walaupun tak sampai 10volt dan cahaya macam sebatang lilin je. Kedekut betul lah.

Sejak dari dia kata dia akan 'join comp' tu, dia terus menghilang. Aku nampak dia masuk kawasan taman ni. Tapi pusing-pusing tak jumpa.

"Dann?", Aku memanggilnya. Dari kesamaran cahaya lampu taman aku dapat melihat susuk tubuh seseorang yang duduk disebuah bangku seorang diri dengan papan selaju disebelahnya.

Ketika aku menghampirinya secara perlahan-lahan. Aku seperti terdengar esakan. Dia menangis ke?

"Kau okey?"

Badannya kaku. Seolah terkejut. Seketika kemudian baru dia menoleh memandang aku, "Pahal?"

"Kau nangis eh? Eei".

Dann menjelingku, "Sakai ke?"

Aku tertawa kecil, "Hee macam aku tak tahu."

"Diorang mesti ada cerita pasal Nur, kan?", Duganya. Jelas riak marah bercampur baur diwajahnya seperti mahu dibaham semua kawannya.

Aku tak tahu kenapa aku rasa perit bila tengok Dann macam ni. Sayangnya dia dekat Nur. Cemburu, hm.

"Kau rindu dia?", 'Dia' yang aku maksudkan adalah Nur.

Dann tidak memberikan apa-apa respon. Okey, mungkin dia taknak bercerita apa-apa pada aku.

"Lek ah, Dann. Kitaorangkan ada. Kau mesti menang comp tu punya", Aku menepuk-nepuk bahunya perlahan. Menyalurkan sedikit semangat untuk Dann.

Tiba-tiba Dann meraih tangan aku, "Kau tak boleh ikut, Lyaa. Kau duduk je rumah. Jangan datang sini. Jangan ikut aku. Tunggu sampai aku balik. I'll call you".

Aku menarik semula tangan aku, "Mana boleh. Aku nak ikut. Kau kata nak bawa aku tengok comp?", Sedikit sebanyak aku terasa seperti anak kecil. Eh, ini Lyaa lah.

"Not this time", Tegasnya. Dann merenung anak mataku. Pandangan penuh dengan maksud yang sukar ditafsirkan. Aku sendiri tak tahu.

"Aku bukan Nur!", Aku tengah memberontak secara perlahan-lahan sekarang. Kalau setakat dia pandang aku macam Nur, pergilah mampus. Aku Lyaa. Bukan Nur. Dan takkan sesekali jadi Nur. Tak boleh ke layan aku macam aku ni, aku?

"Aku tak pernah anggap kau Nur. Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak hargai apa yang ada dekat depan aku sekarang ni", Dia melarikan pandangan ke arah lain.

Dup-dap-dup-dap. Aish Dann ni malu-malu pun kacak.

"Please Lyaa. Kali ni je", Pintanya.

Di hadapannya, aku akur. Aku anggukkan saja kepala. Padahal dalam hati, aku dah rancang sesuatu. Huhuhu.

Ini Aleah Hana lah. Kalau nak, mesti dapat.

------

Terjingkit-jingkit aku memasuki kawasan Skatepark tersebut. Semua orang sedang berkumpul di suatu tempat. Aku tak pasti apa namanya. Tapi aku dapat lihat seorang lelaki sedang bercakap-cakap di mikrofon dan para penonton bersorak.

Aku duduk di bangku kosong di bahagian atas supaya senang untuk aku memerhatikan Dann.

"Sorang?", Sapa seseorang. Aku toleh saja sudah ada susuk tubuh seseorang duduk disebelah aku.

"Er.. ya?", 'Ya' tu bukan bermaksud aku iyakan soalan dia tapi lebih kepada 'kau nak apa?'.

"Boleh duduk?", Pintanya.

Heh dah duduk dah pun boleh lagi nak tanya-tanya.

"Dan tiba masa yang dinantikan. Pertemuan semula Dann The Pro's dengan Afif Nazali."

Para penonton menjerit kuat. Mereka menyebut nama idola mereka. Aku je kena diamkan diri tak pasal-pasal kang kena kecam dengan Dann.

"Pembukaan pertandingan pada malam ini akan dimulakan dengan...", Juruacara seolah sengaja mahu kami semua menjerit seperti tercabut anak tekak.

"Dann!!", Seorang dua perempuan menjerit-jerit memanggil Dann.

"Afif!!", Perempuan dihujung barisan pula menjerit memanggil Afiq.

"Dia sudah lama tidak memasuki apa-apa pertandingan. Kali ini datang bersendirian dengan semangat baru. Danniell!", Lelaki yang memegang mikrofon tersebut memanggil Dann untuk ke hadapan.

Kemudian dia memperkenalkan Afif kepada semua orang. Eleh tak ada lah kacak sangat.

Game start!

"Tak bawa kawan temankan awak ke?", Lelaki disebelahku masih mencuba nasib mahu bersembang denganku.

Aku menjulingkan mataku ke atas. Tapi cover sikit ah. Tak nak lah dia perasaan aku betul-betul menyampah, "Kan sorang je ni".

Aku kembali fokus pada Dann. Dia sedang melakukan trick. Whoa perfect!

Aku suka tengok Dann bila dia tengah bersungguh buat trick walaupun gaya dia bersahaja dan selamba. Tapi dia ada gaya tau. Cool je.

"Jadi boleh lah saya teman?"

Ei mamat sebelah ni bila nak diam? Aku datang sini bukan nak bersembang dengan dia. Aku nak tengok Dann.

"And now, Fakie Bigspin."

Wah Dann mesti tak suka. Dia tak suka Fakie Bigspin.

Dia kata kaki dia pernah terkehel waktu buat ni. Benda entah mamat tu. Macam mana boleh terkehel bagai, kata pro? Pro pale kucing.

Aku perasaan muka Dann dah gelabah semacam bila Afif boleh buat.

"You can do it, Dann!", Entah macam mana dalam ramai-ramai yang menjerit tadi, suara aku juga jadi perhatian. Tiba-tiba je diorang senyap. Malu sial.

Aku nampak dari ekor mataku Daus, Am dan Fudhail yang kat bawah tu dah perasankan aku kat sini. Ala mati.

Semua menjerit suka apabila Dann berjaya buat. Fuh legaaa.

"Awak minat Dann?", Lelaki disebelah aku bertanya. Lah aku ingat dah mati. Memang suka soal selidik orang ke apa? Carilah orang lain. Ish.

Aku hanya mengangguk, "Minat. Suka. Semualah. Dia idola", Aku tersenyum tanpa sedar.

"Dia kawan awak?", Soalnya lagi.

Hampir saja aku mahu mengangguk. Aku teringat pesan Dann. Katanya mata-mata Afiq ni ada je kat mana-mana.

Bunyi 'boo' tiba-tiba diseru disekeliling aku. Alah apa aku terlepas tadi?

Pandang saja dibawah aku lihat Afif sudah tergolek sambil memegang sikunya. Eh injured? Kesiannya. Diorang buat trick apa tadi?

Bip bip.

Telefon bimbit didalam poket seluar jeansku berbunyi.

Come, and join us.

Alah ni apa pulak panggil aku macam ajak daftar masuk Molly Fantasy ni?

Get yourself away from that bastard. Itu orang kanan Afiq. Kau nak mati ke?

Aku menelan air liur. Hmm, macam mana ni?

Kitaorang tunggu kau kat luar.

Aku pandang lelaki yang duduk kat sebelah aku tadi. Aku nampak dia bermain mata dengan beberapa orang gadis yang duduk dihadapan kami.

Asal muka dia macam pernah nampak eh? Tak ingat lah kat mana.

Sedang aku tengah khusyuk scan muka dia. Telefon bergegar lama. Sah, Am si gelabah tu telefon. Hello, tak nampak ke aku tengah berusaha ni?

"Eh nak balik dah? Game tak habis lagi?", Tanyanya.

Aku mengangguk. Sempat aku melihat kelibat Dann hilang dalam kesesakan orang ramai dibawah. Memang Game banyak lagi. Tapi Dann tak dah lawan lagi. Dia balik, aku balik lah.

"Awak cari Dann?"

Ergh, menyampah juga orang banyak tanya ni. Rasa nak sumbat pakai stokin busuk yang dah dua minggu aku tak basuh ni. Haa bayangkan bau kaki terperap dia macam mana.

"Nak balik. Tepi sikit", Dia memberi laluan untukku.

Aku ni pun bukan tak reti berbahasa sangat. Sebelum blah tu sempatlah aku kata jumpa lagi. Dia punya senyum peh melebar sampai aku naik meluat tengok.

------

"Apa yang kitaorang kata minggu lepas?"

"Aleah, kitaorang kata jangan ikut. Jangan ikut. Kau faham tak?"

"Kau tahu tak siapa yang cuba dekat dengan kau tadi?"

Baik Am. Daus. Atau Fudhail. Masing-masing taknak dengar apa yang aku nak jelaskan.

Babi. Aku tak suka kena bebel macam budak kecil.

Tapi sebab aku fikir salah aku. Aku diamkan diri je lah. Teruskan membebel. Aku sukaaaa dengar.

Lepas aku ikut je malaun tiga ekor ni. Masing-masing dah buat turn nak membebel dekat aku. Waktu macam ni rasa macam nak Dann pulak. Mana dia pergi?

"Okey stop. Rileks dah. Dia tak buat apa-apa pun tadi. Dia cuma ajak aku berborak je. Serius."

"Kau mungkin tak nampak bahayanya sekarang, Lyaa. Kenapa kau degil sangat?"

Dann.

Suara Dann.

"Aus pinjam kereta sekejap. Bak kunci", Aus terus membaling kunci keretanya kepada Dann.

Dann menarik aku kasar menuju ke kereta Aus.

"Sakitlah. Kau kenapa do?", Aku menepis tangannya.

"Ingat aku tak sakit hati bila kau degil macam ni?", Tajam matanya merenung anak mataku.

Tak pernah nampak dia marah macam ni. Cuak. Mahu tak mahu aku masuk juga ke dalam kereta Myvi milik Aus.

"Nak pergi mana ni?"

Kereta terus dipandu laju.

------

Vote .
Comment .

Continue Reading

You'll Also Like

56.9K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.6M 92.3K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
180K 8.8K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...
1.6M 76.6K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...