Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !

1.6K 81 14
By FithFith

PENULIS : Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!!! Woooooo~~~~!!!! (Bertepuk tangan dengan sangat kuat. Suasana lebih meriah apabila semua watak utama HILANG juga bertepuk tangan sambil membuat bising persis orang gila.) Seperti yang para pembaca tahu, novel HILANG sudah disiapkan. Jadi, apa perasaan kalian tentang berita gembira ini?

RAJA : Aku rasa gembira sebab akulah yang menjadi hero bagi cerita ni...

IZZAH : Eh, apa pula?? AQILAHlah hero!

AQILAH : YA! AKU!

RAJA : Pada mata pembaca, mereka nampak aku. Mereka pilih aku sebagai hero. (Membuat raut sinis dan riak yang teramat.)

HAFIZ : Jangan riak, takbur bangga diri, RAJA! Beristighfarlah...!

PENULIS : Woi, janganlah gaduh-gaduh... Haih... Aku tanya orang lain sajalah. HANI? Apa perasaan anda?

HANI : Rasa gembira sangat kerana kami sudah curahkan segala ilmu, bakat dan tenaga kami dalam menjayakan cerita ini. Apa yang membuat aku lebih gembira ialah HILANG telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh pengguna-pengguna Wattpad yang lain.

PENULIS : Ya, benar. Buat pengetahuan para pembaca, HILANG telah pun mencapai bilangan pembaca sebanyak 2,400 pada awal bulan Januari 2016!

SEMUA : Wahhh~~~ (menepuk tangan lagi, cuma tidak segila tadi.)

PENULIS : Jika kalian yang tanya apa perasaan aku, tentu aku jawab "WUWUWU... AKU BETUL-BETUL TERHARU.... kerana walaupun ini buku pertama yang ditulis oleh seorang penulis yang lemah dalam imaginasi, HILANG telah mendapat sambutan hangat di Wattpad..." (menangis?)

FITHRI : H-Hei... Janganlah menangis... Don't be sad~!

ZAIM : Aku ni, kau tak pujuk pula? (menangis teresak-esak, sambil tangannya menyeka air mata palsu yang bertakung di mata)

PENULIS : Eh? Apa fasal kau menangis?

ZAIM : (belakangnya ditepuk-tepuk FITHRI, perlahan. Terpaksa dipujuk seperti perempuan... atau kanak-kanak.) Aku jadi watak jahat! Semua pembaca ingat aku ni jahat apabila mereka baca novel ni... (mengelap air mata dengan sapu tangan. RAJA menepuk dahi. Watak-watak lain tergelak kecil.)

HANI : Habis tu, siapa yang nak jadi watak jahat kalau kau tak nak? AZIM??

AZIM : E-Eh, kenapa nama aku disebut pula ni? (Ketawa singkat) Aku orang baik, aku takkan jadi orang jahat~

SEMUA : Ceh!

PENULIS : Baiklah, daripada kita teruskan perbualan kita yang entah apa-apa ni, lebih baik aku tanya ZAIM satu soalan. Bagaimana rasanya anda memainkan watak profesor jahat dalam cerita ni?

ZAIM : Sejujurnya, aku betul-betul rasakan yang watak ini terlalu jahat dan berat untuk aku 'lakonkan'. Cara percakapannya, cara berjalan, cara ketawa... Semua tu berlainan daripada apa yang aku biasa lakukan dalam kehidupan seharian.

PENULIS : Tapi anda tetap teruskan dan akhirnya anda berjaya membawa watak antagonis! Memang perwatakan yang anda bawa memberi kesan kepada para pembaca! (Memang pun. Kawan aku takut apabila dengar nama Zaim. =,=' ) IRDINA dan DIYANA pula?

IRDINA DAN DIYANA : Huh?

PENULIS : Kalian telah membawa watak orang bawahan ZAIM. Apa cerita?

IRDINA : Sejujurnya! Watak aku begitu susah untuk dimainkan kerana terpaksa membuat 'lakonan' dalam 'lakonan' dalam 'lakonan'! Tiga kali perkataan 'lakonan'! (Lawaknya berserta sedikit tawa. Yang lain-lain juga ikut ketawa.) DIYANA tak berlakon tiga kali macam aku, hanya dua kali saja! Lakonannya tak susah!

DIYANA : Eh, aku punya lakonan pun susah juga! Watak aku perlu banyak menangis, dari mula-mula cerita hinggalah ke akhir cerita.

PENULIS : Jadi itulah perwatakan atau sifat bagi watak DIYANA. Boleh mereput biji mata jika selalu menangis! Tapi, dalam banyak-banyak watak, aku paling suka perwatakan watak AZIM.

ANSAR : Kenapa? Sebab dia jenis yang suka buat lawakkah? (PENULIS mengangguk-angguk sambil tersengih.)

AZIM : Haha! Watak aku suka baca buku cerita dongeng, kemudian suka terapkan kisah dongeng dalam setiap jenaka yang dibuat. Itu yang lawak! (RAJA berkata "tak lawak pun." dalam nada berbisik, terlalu perlahan untuk ditaip dalam bentuk dialog. Haha)

PENULIS : Yup, betul tu. Hmm, HAFIZ? IZZAH? Sejujurnya aku suka lakonan kamu berdua, terutama di bahagian apabila kaki HAFIZ tercedera teruk dan watak kamu berdua ketika kecil dalam bab MEMORI 3.

IZZAH : Yakah? Ehehehe terima kasih~!

AQILAH : (Mengangkat tangan kanannya setinggi boleh) Aku ship kalian berdua!!

HAFIZ DAN IZZAH : WHAT?!

HAFIZ : Bukankah sudah aku beritahu, kami berdua tak ada apa-apa hubungan??

IZZAH : Ya! Tiada hubungan!

PENULIS : Haish, sudah-sudahlah tu... Ni, aku nak tanya ni. HAFIZ, lakonan anda sangat memberangsangkan. Kebanyakan pembaca perempuan amat meminati anda walaupun anda cuma watak dalam buku cerita!!

HAFIZ : (Ketawa besar, terkejut) Serius?? Hahaha... Mungkin sebab watak yang aku bawa itu merupakan seorang yang tak banyak cakap, misteri. Zaman sekarang, perempuan suka lelaki yang agak misteri, tak banyak cakap atau berlawak dan berperwatakan seperti menyimpan banyak rahsia.

ANSAR : Ha... Habislah kau, AZIM...!

AZIM : Huhu... Aku akan berubah mulai hari ini!

HANI : Tak perlu. Kau kena jadi diri kau saja... Be yourself!

RAJA : Betul. Dan kau tak payah cari lain, AZIM. HANI sudah tersedia untuk kau.

AZIM DAN HANI : SENYAPLAH, RAJA.

PENULIS : Ish, boleh tak kalian berhenti memekak dekat temuramah kita ni?!? Haihhhh!!

IZZAH : Bersabarlah, ya, PENULIS?

PENULIS : Hmmmmm....... (=-=) Ha, IZZAH? Ada apa-apa komen mengenai watak anda?

IZZAH : (Berfikir.... .. ..) Tak ada komen kut. Watak aku biasa-biasa saja, tetapi apabila adanya watak HAFIZ, watak aku terus bersinar. (Ketawa besar. Walaupun dia tidak buat lawak.)

PENULIS : Hahaha begitu? Hmm soalan terakhir. Bab mana dalam cerita HILANG ini, yang paling kalian suka?

SEMUA : (Kecuali ANSAR dan AQILAH) Bab 17! Epilog- Hero!!

PENULIS : Heh, aku rasa aku dah tahu part mana yang kalian suka sangat tu~ (menjeling sinis ANSAR dan AQILAH)

ANSAR : Aku... Aku tak tahulah nak komen apa fasal bahagian tu. Watak aku perlu berperangai macho dan segak, jadi aku kena melawan rasa malu yang membuak-buak waktu tu!

AQILAH : SERIUSLAH, MALU GILA AKU MASA TU!!! (Tekup mukanya, selepas dia 'membelasah' ANSAR yang malang di sebelah.

ZAIM : (teriak bagai nak runtuh bilik itu) Kita patut undi mereka berdua sebagai THE BEST COUPLE dalam Anugerah Filem!

SEMUA : YAAAAA!!!!

ANSAR DAN AQILAH : (Malu tahap gaban; rasa macam nak korek lubang dan tanam muka macam burung unta saja.)

PENULIS : Oh ya! Sebelum kita akhiri temuramah kita, apa kata kita saksikan ini dahulu!

DIYANA : YEAYYY~~~

RAJA : Saksikan apa pula ni?

[Bilik tiba-tiba gelap, membuatkan HANI, IRDINA, DIYANA dan AZIM terjerit nyaring. Skrin layar lebar yang berada dekat dengan mereka di dalam bilik, kelihatan bercahaya. Terpampanglah suatu imej seorang remaja yang sangat dikenali mereka.]

IRDINA : Eh, itu kan FATIN?

FATIN : Nak cakap apa ni?

CAMERAMAN : Cakap saja fasal HILANG.

FATIN : Gembira sangat apabila HILANG sudah habis. Sebagai penolong ketua kelas 5 Sains 1, aku harap para pembaca terus menyokong cerita ini. Bye~ [Imej bertukar.]

SOFIA DAN SYAHINDAH: Aku tak sangka ZAIM sebenarnya jahat. Huhuhu... [FITHRI terpaksa pujuk ZAIM lagi ketika menonton skrin itu.]

HANI-SU DAN QISTINA : YEAY! HILANG sudah lengkap untuk dibaca oleh semua~!!

SHAHIRA DAN SHOBANA : (Tepuk-tepuk tangan) Terima kasih kepada semua yang bekerja bersama-sama kami~

LIYANA : Kau siapa? (Semua yang menonton ketawa, melihat LIYANA yang keliru.)

CAMERAMAN : Nak ucapan. Mengenai HILANG.

LIYANA : Nak cakap apa ni?

CAMERAMAN : Cakap saja apa-apa pun.

LIYANA : 'saja apa-apa pun'.

[Kamera bergegar seketika, mungkin kerana CAMERAMAN tepuk dahi. Semua watak termasuklah PENULIS tergelak golek-golek di lantai.]

LIYANA : Hahaha... Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi membaca novel ni sampai habis...

AMRIT DAN SHARAN : Kami pun nak jadi hero juga!!! (*muka tak puas hati*)(AQILAH tertawa kerana dia tahu, mereka berdua tidak berpuasa hati dengan AQILAH seorang.)

JOANNE DAN AMIRA : Kami pula teringin nak jadi orang jahat!!!!- Eh, tak, gurau saja~♡

[Kali ini terpampang gambar kesemua sebelas watak sampingan, membentuk suatu kumpulan.]

SEMUA(SAMPINGAN) : TERIMA KASIH PARA PEMBACA!!!~ WE LOVE YOU ALLZ~~! (Imej pada skrin layar lebar perlahan-lahan malap, lalu terus gelap. Lampu bilik kembali terpasang.)

PENULIS : Dan dengan itu, tamatlah sesi temubual kita kali ini! Semoga kita berjumpa lagi!!

SEMUA : (Membingitkan susasana dengan tepukan dan teriakan) Bye!!! (ANSAR buat bentuk hati dengan tangannya sambil mengenyit sebelah mata dan memuncungkan mulut. RAJA dan AQILAH yang melihat terus berasa mual. Temubual segera ditamatkan kerana mereka berdua perlu ke tandas secepat mungkin. Manakala AZIM, dari tadi asyik gelak tak tentu fasal, menyebabkan IZZAH, FITHRI dan ZAIM terjangkit sama. Yang cuba meleraikan keadaan cuma HANI. HAFIZ, IRDINA dan DIYANA segera meninggalkan tempat kejadian.)

Continue Reading

You'll Also Like

97.2K 4.6K 45
Korang hanya perlu pilih 1 sahaja daripada banyak-banyak pilihan yang telah diberi , tengok next chapter (answer) . Dari situ korang akan tahu person...
232K 15.7K 75
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .M...
176K 10.7K 48
#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturuna...
4.7K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...