Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 17 : Epilog - Hero?

1.8K 107 12
By FithFith

  "Ha, Ansar!" teriak Raja dengan mulutnya masih penuh dengan piza lumat, menarik perhatian rakan-rakannya di bilik mesyuarat mereka.

  "Kau kata, kau dan Aqilah lalui pengembaraan hebat semasa kau hilang di hutan. Pengembaraan apa?"

  "Eh? Aku ada cakapkah?"

  Terus tertawa Fithri apabila melihat Ansar dalam keadaan keliru-paniknya itu.

  "Adalah... Kau ni, cepat betul lupa!"

  Ansar menggaru-garu kepalanya, sambil memikir-mikir.

  "Apa ya...?"

  "Biarlah si Aqilah bercerita!"

  Aqilah tersedak mendengar Fatin berkata sebegitu. Habis air gas termasuk dalam hidungnya. Pedih!

  "Ya, Aqilah! Cepatlah cerita!!!"

  "Please~"

  "Fine, fine, aku cerita."

  Maka dengan itu, satu kelas mengelilingi Aqilah.

  "Aku rasa macam aku ni dah jadi nenek, nak bercerita kepada cucu-cucunya..."

  "Hish, cerita sajalah, Nenek Qilah!"

  "Erh. Alkisah...............

  Selepas Ansar marah-marah aku, aku rasa sedih yang teramat. Ditambah pula apabila dia pergi meninggalkan kita semua macam itu saja. Aku rasa betul-betul sedih, sehingga aku jatuh pengsan.

  Apabila aku terjaga, aku terus teringat akan Ansar. Ansar, kawan baik aku, berada di luar sana... Di dalam rimba yang penuh bahaya itu. Keputusan muktamad aku ambil, aku nak keluar mencari Ansar.

  Tetapi pastinya aku tak nak ajak kamu semua sekali mencari Ansar pada waktu malam. Bahaya! Aku tak nak kalian tercedera atau diapa-apakan. Biarlah aku seorang yang keluar, kalau aku mati pun, hanya seorang sahaja yang mati. Kawan-kawan sekelas aku yang lain takkan mati..."

  "Aw.... So sweet...."

  "Itu yang kalian kata sweet? Itu ialah keputusan paling teruk pernah aku dengar!"

  "Diamlah, Raja."

  "Erh."

  "Jadi, aku sorok-sorok keluar dari gua ketika kamu semua berbincang mengenai sesuatu. Buat beberapa jam mungkin, aku berjalan-jalan mengharungi hutan tebal itu sambil mata ini bekerja keras mencari Ansar dalam gelap. Mujurlah, aku jumpa Ansar, sedang tidur di bawah sepohon pokok, dengan ada beberapa ekor arnab dan tupai comel tidur di paha dan bahunya..."

  "Biar betul??"

  Satu kelas merenung Ansar, dengan riak tidak percaya.

  Mereka tahu semua perempuan tertarik dengan Ansar, tetapi haiwan-haiwan comel? Haiwan comel sekali tertarik???

  Ansar bukan Snow White!

  "Aku tak ingat pula yang itu..." Ansar tersengih, bak kata orang, 'sengih poyo'.

  "Apa-apa pun... Apabila aku kejut Ansar, dia masih marah akan aku. Berteriak macam-macam, sampai arnab dan tupai kecil tadi pun meninggalkan kami berdua. Tetapi waktu tu aku tak kisah sangat. Aku cuma nak selamatkan dia, keluarkan dia dari hutan ni. Jadi aku terus heret dia ke gua semula.

  Sepanjang perjalanan tu, dia asyik memekak sahaja! Tak henti-henti! Macam nenek tua- Eh tak, macam mak mertua! Berbulu telinga aku ni mendengar setiap bait bicaranya yang menyakitkan hati. Sudahlah memaki hamun aku, dia tambah lagi dengan carutan-carutan gila tu! Tapi aku sabar~ Aku tetap sabar.

  Namun kami sesat. Aku tak jumpa jalan ke gua. Aku sudah mula berputus harapan apabila aku jumpa cahaya terang di tengah-tengah hutan. Aku dengan gembiranya berlari menuju cahaya itu sambil menyeret Ansar yang masih membebel-bebel."

  "Aku tak ingat pula aku mencarut?"

  Aqilah mengeluh, mengecilkan mata, merenung Ansar yang berada di sebelahnya.

  "Aku minta maaf, Aqilah."

  "Hahaha! Itulah yang aku nak dengar selama ni!"

  "Jadi...," Qistina mengangkat tangan, ingin bertanya, "apa yang berlaku seterusnya, Aqilah?"

  "Ya, cahaya apa sebenarnya yang kau jumpa tu?" tanya Joanne. Kemudian Aqilah menyambung ceritanya.

  "Aku terlihat sebuah bangunan besar, dengan askar-askar yang mengawal pintu pagar utamanya. Aku menghampiri mereka untuk minta pertolongan, namun aku dan Ansar ditangkap. Kami digari, dilayan dengan kasar dan dibawa masuk ke dalam untuk berjumpa tuan mereka.

  Betapa terkejutnya aku apabila di sebuah bilik, aku lihat Zaim, dengan pakaiannya yang seperti doktor! Diakah tuan mereka?? Mula-mula tu aku pelik juga, tetapi hati aku meronta-ronta ketakutan. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku, terutama apabila melihat cara askar-askar itu melayan kami dan melihat wajah Zaim yang macam saintis gila datang mendekati kami berdua sambil membawa picagari berisi sesuatu.

  Sebelum Zaim mendekati aku, aku perlu lepaskan diri. Aku perlu selamatkan Ansar. Tetapi aku tahu, tiada gunanya aku bergelut untuk melepaskan diri. Kami digari dan dipegang kuat askar-askar tadi. Tetapi aku ada idea.

  "Ansar?"

  "Apa kau nak??"

  "Aku cuma nak beritahu--"

  "Beritahu apa?? Cakap sajalah!!"

  "Askar di belakang kau tu, kata kau berbau busuk seperti peluh nenek tua yang cuba bersenam."

  "APAAAAA????!?!?!?"

  Seperti yang aku jangkakan, Ansar bergelut kuat melepaskan pegangan askar yang berada di hadapannya dan terus menumbuk muka askar malang itu. Askar yang memegang aku, melepaskan pegangan dan bersedia untuk menembak Ansar. Tetapi aku bertindak pantas dengan melilitkan rantai gari aku di leher askar itu. Apabila aku pasti dia sudah tidak berdaya, aku ambil senapang askar tadi dan tembak askar yang cuba melawan amukan gerila Ansar.

  Aku lihat Zaim. Dia sudah pergi. Tak tahulah dia ke mana, tetapi mungkin pergi mendapatkan tentera-tentera lain untuk menangkap kami, ataupun dia ketakutan melihat Ansar yang naik angin. Hahaha...

  Aku tembak rantai gari aku dan Ansar supaya ia putus, agar tangan kami bebas berbuat apa-apa.

  Sekali lagi, aku seret Ansar untuk keluar dari bangunan itu. Nasib baiklah aku ingat jalan tempat kami lalui ketika askar-askar itu menangkap kami. Kami berdua berjaya keluar, namun terpaksa menyorok di sekitar bangunan itu juga. Tak mampu kami keluar dari pagar kerana diawasi askar-askar lain.

  Isi bangunan itu mula kecoh, bising dengan arahan dan bunyi siren. Aku tiada pilihan, aku terpaksa menyorok di dalam bilik sampah di mana itu satu-satunya pintu yang tidak berkunci yang boleh dimasuk dari luar bangunan.

  Aku tak kisah kalau itu sampah domestik, tetapi aku dan Ansar terpaksa menyorok di bilik sampah sisa-sisa klinikal! Baunya... Erh....

  Tentera bodoh, mereka tidak mencari kami dengan betul pun. Malahan, mereka berbincang mengenai pelan jahat Zaim - di depan pintu bilik sampah! Aku  tahu aku perlu selamatkan kawan-kawan yang lain daripada Zaim.

  Jadi, kami duduk saja di situ sampai bantuan tiba."

  "Hek eleh........!!!"

  "Itu bukannya pengembaraan yang hebat! Itu jalan-jalan cari fasal!"

Aqilah buat-buat muka sedih, Ansar di sebelah pula buat-buat kasihan akan Aqilah apabila mendengar komen-komen para pendengar.

  "Jadi, hero yang selamatkan kita semua ialah Fithri dan Raja!!!" teriak Fatin, melakukan tugasnya sebagai penolong ketua kelas, agaknya.

  Sharan turut berteriak, "Ya! Fithri dan Raja, datang secara tiba-tiba, dan menyelamatkan keadaan!"

  Semua mencapai kata sepakat, dengan menobatkan Fithri dan Raja sebagai Hero mereka,...

  ...sehinggalah ada seorang membantah.

  "Apa pula? Aku rasa Aqilah heronya!"

  Segala mata di situ memandang Ansar.

  "Kenapa pula?" tanya Shahira.

  "Entahnya! Biarlah aku menjadi hero! Semua orang sudah setuju!!"

  Bertentanglah mata Raja dengan mata Aqilah. Fithri rasa gerun, kerana kini, ada dua orang yang mempunyai mata yang begitu menakutkan.

  Ansar mempertahankan Aqilah. "Dengarlah dahulu, sambungan cerita Aqilah!"

  "Ada sambungan?" tanya Azim, nampaknya dia teruja hendak mendengar cerita.

  Sengihan nakal terukir sebelum Aqilah menyambung ceritanya.

  "Aku, Aqilah yang bijak pandai, memeriksa telefon bimbit aku. Aku hampir sahaja berteriak gembira, hampir menangis, kerana aku lihat, kawasan sekitar bangunan itu ada mempunyai liputan rangkaian telefon! Jadi, cepat-cepat aku telefon polis. Pada mulanya, mereka tidak percaya, tetapi...

  "Kami tahu pesawat Boeing 328 hilang tanpa kesan. Tengah kecohlah ni, di semua kaca televisyen dan di setiap corong radio. Jadi, semua orang tahu fasal tu dan semua orang boleh buat panggilan palsu mengenai tragedi tu. Sebab tu kami tidak percaya akan kamu!"

  "Tanyalah saya apa-apa soalan mengenai penumpang-penumpang pesawat tu. Percayalah, saya dan kawan-kawan saya antara para penumpang tu!!"

  "Huh... yalah... Baik, senang cerita, beri kami nombor kad pengenalan kamu. Serta nama."

  "Siti Aqilah Bt. Azhar. 981212345678."

  "Baik, beri kami masa untuk periksa senarai nama dan butir peribadi penumpang tu."

  "Baik! Terima kasih, ya!"

  Talian dimatikan, dan sejak itu, aku tunggu sahaja pihak polis telefon aku semula, tetapi tiada. Entahlah. Tetapi aku tidak hilang harapan, aku tunggu sahaja di dalam bilik busuk tu.

  Sehinggalah pasukan SWAT datang. Aku rasa mereka perasan akan nama dan IC aku dalam senarai penumpang pesawat tu, lalu mereka jejaki telefon bimbit aku untuk lokasi kita.

  Masa tu malam, dan aku agak Fithri sedang berlawan dengan Zaim berdasarkan apa yang kalian ceritakan kepada aku. Aku dan Ansar dibawa keluar, dan mereka bawa Ansar keluar untuk rawatan mentalnya tu. Aku? Aku bantu SWAT sebagai pemberi maklumat.

  JADI AKU BERHAK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBGAI HERO KAMU SEMUA!!!"

  Mulut-mulut para remaja yang mendengar, terlopong.

  "YYYYYAAAAAAAAA!! Aqilahlah hero kita yang sebenar!!!"

  "YEAHHHHHHHHHHHH!!!!"
 
  Dahi Raja merah kerana ditepuk tangan sendiri. Sambil dia mengeluh, dia berpandangan dengan Fithri. Fithri hanya tersengih dan mengangkat bahu.

  Ansar senyum simpul memandang Aqilah, dipeluk-peluk oleh rakan-rakannya yang bergembira sakan. Entah apa yang penting sangat gelaran 'hero' itu, dia pun tidak tahu.

  "Walaupun banyak yang aku tak ingat, tapi ada satu perkara lagi yang Aqilah tak ceritakan pada kamu semua."

  Kebisingan tadi segera terlerai. Aqilah terkejut besar.

  "A-Apa yang aku tak ceritakan? Aku rasa, a-aku dah luahkan semua..."

  Terkejut. Berdebar laju detak jantungnya.

  Jiwanya merayu supaya Ansar tidak ingat akan 'perkara' itu...

  Ansar senyum gaya macho. Gerak tangannya yang refleks memegang dagu membuatkan Raja rasa hendak muntah.

  "Sebenarnya, Aqilah--"

  Ansar tiba-tiba diheret paksa, keluar dari bilik itu. Aqilah kelihatan serius. Semua orang berpandangan sesama sendiri, tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku sebenarnya.

  Aqilah berhadapan dengan Ansar di koridor betul-betul di depan bilik mesyuarat.

  "Apa yang kau fikir, huh??"

  "Apa?"

  "Kau nak beritahu semua orangkah?"

  "Apa??"

  "Baik kau rahsiakan saja, atau baik kau lupakan saja perkara tu! Aku... Aku..."

  "Kenapa muka kau merah?"

  "Ahh-ahhhhh!!! S-Senyaplah!"

  Risau Ansar melihat Aqilah yang lain macam tu.

  "Janganlah marah, aku tak buat salah apa pun..."

  "Kau...!-- Tunggu. Kau tak ingat fasal perkara tu?"

  "Perkara apa?"

  "Huh..," Aqilah menarik nafas lega sedikit, "m-maaf... Aku...... Maaf."

  Kakinya laju, baru hendak menapak pergi kerana malu namun...

  "Kalau aku tak ingat apa yang kau kata semasa di dalam bilik sampah itu pun, sekurang-kurangnya aku ingat kata-kata kau semasa kita di dalam roda feris."

  Jantungnya bagaikan terhenti detaknya. Aqilah menoleh.

  "A-A-Apa?"

  Gaya macho Ansar kembali. Tangannya diseluk ke poket seluar, bibirnya tersenyum sinis.

  "Pengakuan berani kau tu. Aku tahu."

  Muka Aqilah merah padam. Panas berasap pipinya menahan malu. Ingin sekali dia berganjak dari situ namun kakinya tidak mendengar kata.

  Ansar mendekati. Aqilah sudah tidak terkata. Otaknya bercelaru. Mungkin sebab itulah kakinya masih tidak berganjak. Tidak menerima impuls saraf dari otak agaknya.

  "Aku pun rasa begitu juga."

  Terbuntang mata Aqilah. "Maksud kau......"

  "Ya. Aku pun suka kau juga."

  Aqilah menggigil malu. Dia renung sahaja lantai berjubin putih. Akibat terlalu malu, agaknya, kakinya menerima saraf impuls untuk beredar secepat mungkin. Sorokkan senyuman gembira yang tiba-tiba terukir.

  "H-Hei, Aqilah! Kau nak pergi mana tu?"

  Betul-betul sebelum Ansar melangkah mengejar Aqilah, dia lontar pandangan ringkas kepada rakan-rakan sekelasnya di pintu bilik yang melihat adegan itu dari mula. Raja beri thumbs up. Ansar sengih sahaja.

  "Aqilah! Tunggulah aku~~!"

  Mereka, kaum Hawa yang melihat Ansar pergi, semuanya menekup muka yang terbakar rasanya.

  "Damn, that's so sweeeeeeeeettttt~~~~~~~"

  "Happy ending terbaik pernah berlaku depan mata aku!!!"

  "Sudahlah, jom sambung makan piza!"

  "Yeah! Kita raikan cinta hero kita~!"
 

Continue Reading

You'll Also Like

232K 15.7K 75
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .M...
560K 38.7K 121
Highest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takd...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...
16.4K 1.3K 14
Sambungan Psycho The truth thing about Mas