DIA SI PEMBEKU CINTA : C

aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... Еще

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 81

24.2K 1.2K 20
aunisabiha

Hari berganti hari, hujan panas juga turut silih berganti namun begitu hubungan di antara Ilya Nasuha dan Tuan Naz seakan makin menyepi. Setelah dirinya dilamar oleh Tuan Naz tempoh hari, solat istikharah menjadi petunjuknya. Namun, kenapa yang hadir di dalam mimpinya itu adalah Isyraf Nazran? Adakah lelaki itu jodoh dia yang sebenarnya? Tapi, bukankah lelaki itu telah lama menjadi sebahagian dari sejarahnya?

"Isy dah lama pergi, tapi kenapa dia yang aku mimpi?"

"Apa mimpi tu sebenarnya satu petanda?"

"Petanda yang akan ubah jalan hidup aku?"

Ilya Nasuha cuba menyiapkan diri dengan segala kemungkinan. Hatinya cuba diteguhkan kembali agar dia tidak sekali lagi merasai rasa terluka bercinta di tengah jalan seperti di zaman remajanya dahulu. Bukankah bahaya luka di tengah jalan, buatnya ada lori tak ke sia sia dirinya di langgar nanti. Baik tepi jalan, inshaallah pasti dirinya akan selamat!

Hasrat lelaki itu telah diberitahunya pada kedua orang tuanya namun kedua mereka seakan setuju dan tidak membantah. Iman Naim juga seperti tidak ambil kesah akannya. Kenapa semuanya seperti buat tidak endah sahaja? Ini soal hidupnya, masa hadapannya namun kenapa semuanya seakan tidak mengambil pusing akan perihalnya? Malas dia mahu berfikir lebih mengenai mereka semua. Sekarang ini, keputusan hanya terletak di tangannya.

"Jadi keputusan apa yang harus aku pilih?"

"Bersedia untuk Tuan Naz memperisterikan aku atau terus menagih cinta dari Isyraf Nazran lagi?"

Kini, dia semakin rungsing dengan pemikiran dan semakin resah dengan kata hatinya. Apakah tindakan tepat yang perlu diambilnya tika ini? Sejak pertemuan pertama mereka di bank itu, dia berasa senang ketika bersama dengan Tuan Naz.
Perasaan senang itu terasa seperti mereka ini telah lama kenal dan berkawan.

"Ya Allah, setiap apa jua jalan hidupku yang telah kau lakarkan, aku berserah padamu."

"Hanya kau sebaik-baik perancang."

Akhirnya, dia hanya mampu berserah. Biar yang di atas sana menjadi penentu kerana dia tahu segalanya. Baik buruk semuanya Ilya Nasuha serahkan padaNya. Sesungguhnya dia maha mendengar, lagi maha mengetahui.

Hela nafas itu dilurutkan oleh Isyraf Nazran dengan perlahan. Ingatannya terus terimbau kembali akan kenangan suka dan duka di masa lalunya ketika dia masih bersama dan duduk sebumbung bersama ibu tua itu. Hatinya yang semakin terasa nan pilu itu cuba diteguhkannya kembali. Nombor yang sedari tadi sudah tertera di ruangan pemanggil lantas ditekannya. Tidak selang beberapa minit, talian itu akhirnya bersambung.

"Hello nak cakap dengan siapa?"

Suara itu. Lunak suara dari kelembutan seorang ibu itu jelas sekali berjaya memagut rasa rindu di dalam dirinya. Rindunya pada mama sungguh tidak tertahan lagi.

Isyraf Nazran tergamam buat sementara waktu. Rasa kesal mula menebal di dalam dirinya sekarang ini. Mengapa dia sanggup meninggalkan ibu tua itu seorang diri? Mengapa dia tidak mencuba untuk mendengarkan penjelasan ibu tua itu terlebih dahulu? Mengapa dirinya penuh dengan rasa sombong ke atas ibu tua itu sewaktu di zaman remajanya?

Air mata penyesalan itu laju sahaja menitis jatuh ke pipinya. Genggaman tangannya masih erat memegang telefon bimbit. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan ibu kandungnya itu.

"Hello siapa ni?"

"Telefon tapi tak bersuara?"

"Siapa ni?"

"Nak bercakap dengan siapa ya?"

Setiap pertanyaan itu tidak mampu dibalas olehnya. Air mata yang penuh tanda kekesalan itu semakin galak menuruni pipinya saat ini. Perit sungguh rasanya menangis namun tidak mampu untuk bersuara seperti sekarang ini. Namun, perit lagi jiwanya yang terseksa akan kesalahan zaman remajanya itu. Dia bagaikan telah dipenjara selama ini tatkala terkenangkan peristiwa itu.

Pasti mama sedang membencikan dirinya, bukan? Atau sebenarnya mama sedang marah kerana dia tergamak membuat keputusan untuk meninggalkan mama? Dia bukan sahaja meninggalkan mama, namun dia terus menjauhkan seraya menghilangkan diri dari ibu tua itu. Mengapa dia tergamak menghukum mamanya sebegitu rupa?

"Tak bercakap, saya tutup."

"Ma."

Suaranya lantas keluar walaupun perlahan sebutannya. Dia yakin ibu tua itu yang sedang berada di hujung talian pasti mendengar akan suaranya itu. Kini ibu tua itu pula yang terkedu seribu kata.

"Ma..."

Panggilnya lagi malah makin meleret-leret sebutan mama itu. Air matanya semakin deras mengalir saat perkataan mama itu diucapnya penuh rasa syahdu. Sungguh, dia rindu akan panggilan itu.

"Ni Isy ke?"

Ibu tua itu lantas menanya adakah lelaki di hujung talian itu anak lelakinya. Adakah ibu tua itu sudah tidak mengecam suara anak lelakinya itu lagi? Mungkin juga ya kerana selama tujug tahun ini, pelbagai perubahan telah dia jalani tanpa mamanya di sisi. Dan dia sendiri langsung tidak bertukar khabar dengan mamanya lagi.

"Ya ma." Jawabnya perlahan. Air mata yang membasahi pipinya itu lantas dia hapuskan. Dia tidak mahu pekerjanya perasan akan perubahan riak wajahnya yang semakin mendung.

"Ya allah, anak ma."

Kedengaran esak tangis di hujung talian. Hatinya bergetar tatkala tangisan ibu tua itu berlagu di telinganya. Terasa bagai hidupnya ini sedang dihempap dengan dosa yang menimbun banyaknya. Lebih-lebih lagi dosa di zaman remajanya. Namun begitu, dia sungguh tidak menyangka bahawa mamanya akan memanggil dirinya sebagai seorang anak lagi sedangkan dia sudah membuang ibu tua itu jauh dari hidupnya.

"Mama dekat mana sekarang?"

"Kedah."

"Mama sihat ma?"

"Sihat."

"Nak, kamu tak benci mama lagi ke sayang?"

Pertanyaan itu makin membuatkan hati lelakinya terguris kembali. Masakan dirinya mahu membenci seorang ibu yang bersusah payah mengandungkannya selama sembilan bulan, melahirkannya malah menjaganya dari kecil hingga besar disebabkan hal bodoh itu?

Lagipula, ketika itu dirinya masih remaja. Bak kata orang, masih berdarah panas. Pemikirannya juga tidak matang dan dia selalu mengambil jalan mudah dalam segala hal. Disebabkan ego dan rasa sakit hati, dirinya telah mengambil keputusan untuk pergi jauh dari ibu tua itu. Dia langsung tidak memberikan ibu tua itu sedikit peluang dalam menerangkan segalanya.

"Tak ma, Isy tak benci mama."

"Kedah area mana?"

"Mama duduk sana dengan siapa?"

"Siapa yang jaga mama di sana?"

Bertalu-talu soalan itu terpacul keluar dari mulutnya. Perasaan ingin tahu makin mengasak sanubarinya tika ini. Selama tujuh tahun itu, sudah pelbagai cara dia gunakan untuk menemui mama, namun siapa sangka, pada tahun ini Allah beri dia peluang untuk berjumpa kedua-dua cintanya kembali.

"Area pokok sena. Mama duduk seorang sebab mama jaga rumah peninggalan nenek kamu." Jelas mamanya tenang. Bibir tua itu lantas sahaja tersenyum manis. Siapa sangka, akhirnya Allah itu makbulkan jua doanya. Dia mahu anak lelakinya itu kembali padanya semula, dengan rela hati bukan kerana terpaksa.

"Nanti ws location." Pintanya.

"Isy nak buat apa? Datang?" Tanya mamanya hairan. Mana mungkin anaknya itu ingin datang secepat yang mungkin? Dia sendiri tahu, anaknya kini sudah terlalu sibuk menguruskan perniagaan bekas suaminya itu. Walau dari jauh, dia tetap setia mengikuti perkembangan anaknya itu.

"Ya mama, datang dengan hadiah."

"Hadiah apa pula?"

"Tunggu hari sabtu nanti."

Majalah yang berada di genggaman tangan itu direnung oleh Iman Naim lama. Sekali lagi wajah yang terpapar di ruang majalah itu direnungnya penuh dengan pelbagai rasa. Hatinya mula terbit dengan pelbagai macam persoalan yang mula bermain di mindanya.

'Aku pasti, kau akan kejar dia balik.'

'Cinta kau pada adik aku takkan pernah hilang.'

Gambar Isyraf Nazran yang terpampang luas di muka hadapan majalah itu ditatapnya lagi. Setelah puas menatap, majalah tersebut terus dicampaknya kembali ke atas meja.

'CEO Syarikat TTS Holding Sdn. Bhd. Yang Berjaya.'

Dibaca tajuk keratan majalah itu di dalam hati. Mustahil adiknya itu tidak mengenali siapa sebenarnya lelaki itu? Sudah hampir seminggu mereka berdua bekerja bersama, namun adiknya itu tetap tidak berubah, dia ceria seperti selalunya. Adiknya juga tidak pernah merungut akan hal kerja pada mereka sekeluarga. Adakah adiknya memang baik-baik sahaja?

Jika adiknya itu mengetahui siapa sebenarnya Tuan Naz, pasti awal-awal lagi adiknya itu sudah meletakkan jawatan, bukan? Tapi bukankah adiknya itu sudah melupakan Isyraf Nazran? Atau adakah rasa sayang itu masih sama dan masih ada di dalam hatinya buat lelaki itu?

Iman Naim juga tidak pasti kerana hati adiknya itu terlalu rumit untuk dia ketahui. Sedang dirinya ligat berfikir, telefon bimbitnya yang berada di atas meja tiba-tiba sahaja berdering. Senyumannya terus melebar ketika melihat ruangan pemanggil.

"Hai sayang." Ucapnya dengan penuh manja. Bibirnya terus mengukir senyum saat dia menerima panggilan telefon itu.

"Hai abang." Jawab si pemanggil dengan nada yang sama.

"Kenapa call?"

"Saja rindu."

"Sayang tengah buat apa?"

"Kerja lah abang."

"Oh tak busy?"

"Hahaha dah ah abang oi. Geli lah Suha dengar abang panggil Suha sayang ni. Eiww, tulah cari menantu untuk mama dengan papa tak nak en."

"Alahai, nak manja sikit pun tak boleh. Menyampahnya mentang-mentang nak khawin dengan Tuan Naz dia tu." Perli abangnya dihujung talian.

Ilya Nasuha hanya ketawa.

"Asal call ni Suha? Mustahil lah kau saja nak call abang kau yang hensem lagi kacak ni sebab rindu."

"Suha cuma nak ingatkan abang je, weeding Aina sabtu ni."

"Dahtu apa kena-mengena dengan aku pulak? Biarlah, dia yang kahwin bukan aku pun dek."

Ilya Nasuha hanya menggelengkan kepala akan telatah abangnya itu.

"Dia jemput satu keluarga bang oi! Kad kahwin pun dia dah bagi kat papa tau."

"Buat apa dia jemput aku? Dia kenal aku ke dek? Wah, tak sangka lah time sekolah pun kawan kau usya aku eh dek tu sampai kahwin pun siap berjemput bagai."

Ilya Nasuha makin bertambah geram. Makin dia berborak dengan abangnya itu, makin abangnya itu berloyar buruk dengannya. Tolonglah sesiapa, kahwini abang saya.

"Datang jelah! Banyak songeh."

"Adik pergi la sorang. Mama, papa dengan abang nak pergi kenduri mak long kat Johor. Adik kalau tak pergi kenduri mak long pun takdehal lah sebab keluarga mak long buat keduri kesyukuran aje." Iman Naim menolak lembut pelawaan adiknya itu.

"Em yelah. Abang, adik nak matikan ni. Apa-apa hal roger kat rumah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam sayang."

Ilya Nasuha tersenyum mengenangkan abangnya. Agaknya bila dia dapat merasa nasi minyak abangnya itu? Rakan-rakan abangnya yang dikenalinya sewaktu dia bersekolah kebanyakkannya sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Abangnya sahaja yang masih setia bergerak solo molo polo.

Itulah, siapa suruh banyak sangat scandle mandle sewaktu di zaman remajanya? Tak pasal-pasal sekarang ini abangnya itu membujang dengan begitu lama sekali. Mungkin sebenarnya abangnya itu telah disumpah oleh teman-teman wanitanya yang dahulu kerana abangnya tidak serius di dalam percintaan? Siapa yang tahu kesahihah dia, bukan?

"Otp dengan pakwe tidak dibenarkan di dalam office ini, harap maklum."

Tuan Naz yang ketika itu sedang melintasi meja Ilya Nasuha lantas sahaja bersuara. Jari telunjuknya sempat lagi menunjukkan pada telefon bimbit gadis itu sebelum dia membuatkan isyarat panggilan telefon tidak dibenarkan ketika bertugas pada gadis itu.

Ilya Nasuha menjeling. Telefon bimbitnya itu terus diletakannya kasar ke dalam beg tangan tanda protes. Sibuk sahaja Tuan Naz itu hendak menjaga tepi kainnya sekarang ini. Biarlah dia hendak berbual dengan sesiapa pun, bukan dia mencuri tulang di waktu bekerja ini. Langsung tidak logik dek akal jika tuannya itu hendak melarang dirinya ini menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

"Jelingan tajam pada bos pun tak dibenarkan sewaktu bekerja, Ilya Nasuha."

Ilya Nasuha terus sahaja membuat muka toya. Tidak penatkah Tuan Naz itu mengusik dirinya hampir setiap hari? Dia terus bangun dari duduknya dan segera berlalu keluar dari ofis itu. Malas dia hendak berlama, risau nanti dirinya bakal menjadi gossip terhangat lagi di antara pekerja. Walaupun sebenarnya dia sudah lali, namun dia tidak tahan jika terus dicaci maki oleh pekerja di sini.

Isyraf Nazran hanya tertawa kecil akan sikap gadis itu. Tidak dia sangka lakonannya yang pura-pura beriak tegas itu menjadi sehingga gadis itu memarahinya. Dia sebenarnya terdengar segala butir bicara gadis itu sedari tadi, jadi dia tahu apa yang gadis itu bualkan dan dengan siapa dia bualkan perkara itu. Langkah gadis itu segera dikejarnya sebelum gadis itu semakin berlalu pergi dengan lebih jauh.

"Jum."

Langkah kaki Isyraf Nazran bergandingan dengan Ilya Nasuha berlalu keluar dari bangunan TTS Holding Sdn.Bhd. Gadis itu yang sedang berjalan bersebelahannya dikerling sekilas. Perasaan sayang dan kasih terhadap gadis itu semakin hari terasa semakin mendalam lebih-lebih lagi sewaktu anak mata mereka berdua bertembung.

Sejujurnya, dia ingin cepat-cepat mematikan watak Tuan Naz ini. Dia sudah tidak mahu untuk terus berlakon bagi merebut hati Ilya Nasuha dengan mempergunakan identiti yang bukan dirinya sendiri. Tapi jika dia datang sebagai Isyraf Nazran, adakah gadis itu akan menerima dirinya dengan hati yang terbuka seperti gadis itu menerima kehadiran Tuan Naz di dalam hidupnya?

'Ilya Nasuha, ni aku Isy.'

'Kau langsung tak perasan hal itu?'

Hatinya masih tidak keruan tatkala memikirkan perkara itu. Tapi yang dia tahu, dia akan kembali merebut cinta gadis itu. Kerna cinta itu hanyalah untuk buat dirinya, diri Isyraf Nazran yang seadanya.

Kau jiwa aku Ilya Nasuha . Selamanya , di dalam hati ini .

Продолжить чтение

Вам также понравится

Kerana Dendam fallingwhitepetals

Любовные романы

176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
Taming The Devil 章昊

Любовные романы

154K 16.8K 64
[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not...
483K 24.3K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...
H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄 lemon dah tua 🍋

Подростковая литература

207K 27K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20