[C] ❝ mingyu in love ❞

De naegaseha

63.5K 5.7K 586

▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya... Mais

[MIL] : ONE
[MIL] : TWO
[MIL] : THREE
[MIL] : FOUR
[MIL] : FIVE
[MIL] : SIX
[MIL] : SEVEN
[MIL] : NINE
[MIL] : TEN
[MIL] : ELEVEN
[MIL] : TWELVE
[MIL] : THIRTEEN
[MIL] : FOURTEEN
[MIL] : FIFTEEN
[MIL] : SIXTEEN
[MIL] : SEVENTEEN
[MIL] : EIGHTEEN
[MIL] : NINETEEN
[MIL] : TWENTY
[MIL] : TWENTY-ONE
[MIL] : TWENTY-TWO
MINGYU IN LOVE

[MIL] : EIGHT

2.4K 250 28
De naegaseha

" Kamsahabnida. " Mingyu tersenyum manis seraya menundukkan sedikit kepalanya kepada seorang pelayan yang sedang meletakkan dua buah cawan kopi ke atas meja. Pelayan itu sekadar membalas senyuman dan kembali menyambung tugasnya.

" Nah .. " Mingyu menghulurkan secawan kopi latte kepada Eunji. Eunji mencapai cawan itu kemudian diletaknya ke tepi.

" Mingyu-ah .. " Mingyu yang sedang khusyuk menghirup vanilla latte-nya mendongakkan kepala memandang Eunji yang sedang duduk di hadapannya.

" Eo? " soal Mingyu. Eunji menekapkan kedua tapak tangan antara satu sama lain dan dagunya ditongkatkan.

" Bila mummy dengan omma nak balik? Aku rindu Manse lah. " soal Eunji. Jelas terpancar di wajah Eunji betapa dia merindui adik kesayangannya itu. Mingyu meletakkan cawan kopinya ke tepi.

" Molla. Mummy cakap lepas tiga minggu, diorang baliklah. And minggu ni dah masuk minggu yang ketiga. Mungkin esok atau lusa baliklah tu. " Mingyu memberitahu info yang dia dapat daripada Puan Kim. Eunji hanya mengangguk perlahan.

Muka comel Manse mula bermain di kotak minda Eunji. Tanpa dia sedari, sudah tiga minggu mereka tidak bersua muka. Dan sudah tiga minggu jugalah dia bergelar isteri kepada seorang idol terkenal, Kim Mingyu. Sejujurnya, Mingyu sudah pun terpahat di hatinya. Namun disebabkan dirinya yang heartless, susah untuk dia menyampaikan rasa cinta itu kepada Mingyu.

Lamunan Eunji tersentak tatkala kepalanya disembamkan ke permukaan meja secara mengejut tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Eunji merengus. Dia cuba untuk mengangkat semula kepalanya, namun dilarang keras oleh Mingyu.

" Jangan cakap apa-apa. " Mingyu memberi amaran. Mujurlah Eunji sudah siap memakai hoodie di kepalanya, tidaklah kantoi.

" Tapi, kenapa? " Eunji masih bersuara namun dalam nada berbisik. Mingyu menundukkan kepalanya ke permukaan meja bagi bertentang mata dengan Eunji.

" Hoshi, Woozi dengan Dino ada dekat sini. " beritahu Mingyu. Mata Eunji terbuntang luas. Perlahan-lahan dia menolehkan kepalanya ke belakang bagi melihat sendiri apa yang dikatakan Mingyu.

Kelihatan tiga orang lelaki sedang berdiri di kaunter, langsung tidak menoleh ke kiri mahupun ke kanan. Dan kemungkinan besar, mereka masih lagi tidak menyedari kehadiran Mingyu dan Eunji di situ.

Eunji membeliakkan matanya. Kepalanya kembali dihadapkan ke hadapan, melihat muka Mingyu yang sedikit cemas.

" Wah, tak sangka Hoshi lebih hensem bila tengok dengan mata kepala sendiri. " Eunji memberitahu sambil tersengih sumbing. Mingyu menjulingkan matanya ke atas.

" Habistu, sebelum ni masa kau tengok Hoshi dalam gambar, kau guna mata lutut ke? " sindir Mingyu. Kepala Eunji ditolak ke tepi membuatkan Eunji mengaduh. Tangan kanannya ralit mengusap-usap kepalanya yang menjadi mangsa 'dera' Mingyu, manusia tidak berperikemanusiaan.

" Kau ni kan, eish. " bentak Eunji geram. Mingyu memeluk tubuhnya dan mukanya dipalingkan ke arah kaunter. OMAIGAD !

Mingyu kembali menyembamkan muka Eunji ke permukaan meja. Eunji hanya mampu menghela nafas redha.

" Mingu-ah ! " teriak Woozi. Mingyu hanya mampu menyimpul senyuman palsu. Woozi, Hoshi dan Dino mula melangkah mendekati meja Mingyu dan Eunji.

" Kau tak tidur lagi rupanya. " Hoshi bersuara seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di sebelah Eunji. Dia mengintai Eunji yang masih lagi menyembamkan mukanya ke permukaan meja.

" Pehal dengan budak ni? " soal Hoshi, hairan. Semua mata kini tertumpu ke arah Eunji. Mingyu menepuk dahinya dengan tangan kanan. Eunji menutup rapat matanya sambil mengetap bibir. Ini semua salah Mingyu. Sekarang, Eunji yang kena tanggung malu.

" Ah, ni cousin aku, Jung Eunji. Yah Eunji-ah, dah-dah lah tu merajuk. " mujurlah Mingyu ni bekas pelakon sinetron, boleh jugalah jadi penyelamat. Hoshi memandang Mingyu sekilas sebelum kembali merenung Eunji di sisi. Eunji menghela nafas berat. Acting has began!

Perlahan-lahan kepalanya diangkat, memandang muka Mingyu dengan pandangan tidak puas hati. Mingyu mengenyitkan sebelah matanya, tanda please-tolong-teruskan-lakonan-ni. Eunji akur.

" Kau janji, belikan aku ice cream tu esok? " Eunji mulakan lakonannya, walaupun tiada kaitan langsung dengan perbualan mereka tadi. Mingyu mengangguk kepalanya laju.

" Okay. " Eunji menghirup kopinya, tanpa langsung menghiraukan Hoshi, Woozi dan Dino yang sedang ralit merenungnya. Cawannya diletak ke tepi dan pandangannya dialihkan, memandang setiap muka yang sedang ralit merenungnya bagai nak tembus.

" Wae? " Eunji menyoal, walaupun hatinya mendesak untuk pulang ke rumah dan berselubung di dalam selimut seharian. Malu.

Dino menggelengkan kepalanya seraya bersuara, " Aniya, neo yeppeoyo. "

Hampir tergelongsor badan Eunji ke bawah meja apabila dipuji sebegitu. Mingyu menyilangkan tangannya ke dada.

" Jangan puji sangat budak ni, cepat kembang. Tengoklah hidung dia tu, dah kembang kempis. " sindir Mingyu, pedas. Eunji menghadiahkan jelingan maut ke arah Mingyu. Kemudian kaki Mingyu dipijak sekuat hati, membuatkan muka Mingyu berkerut dan berona merah menahan sakit. Serve you right, Kim Mingyu.

" Korang ni tengah dating ke apa? Keluar berdua pagi-pagi buta macam ni. " Woozi menyoal.

" Yucks ! Dating dengan budak hingusan ni? Oh please. Aku lebih rela dating dengan Wonu hyung daripada dengan dia ni. " Mingyu memandang Eunji atas bawah, sebelum menjeling ke arahnya. Mata Eunji terbuntang luas tatkala mendengar sindiran pedas Mingyu itu. Fine.

" Aku nak keluar kejap, ambik angin. Dalam ni panas. " Eunji menjeling tajam ke arah Mingyu sebelum melangkah ke arah pintu masuk. Mingyu sedikit terkejut dengan tingkah laku Eunji itu, namun masih dikawal agar tidak terlalu ketara di hadapan kawan-kawannya.

" Cousin hyung memang macamtu eh? " soal Dino. Mingyu hanya mengangguk kecil, mengiakan. Hoshi bangun dari kerusinya.

" Aku nak pergi 7E dekat sebelah kejap. " sebaik sahaja dia memberitahu hasrat 'palsunya' itu, dia mula melangkah ke arah pintu masuk. Muka Mingyu mula cemberut. Dia sudah dapat agak apa yang Hoshi akan buat.

--

" Hi .. " Hoshi melabuhkan punggungnya ke atas bangku di luar coffee shop tersebut. Eunji menoleh ke sisi, dan dahinya sedikit berkerut. Ingatkan Mingyu yang datang memujuk, rupanya dia hantar PA pula.

" Hi .. " ujar Eunji acuh tak acuh. Dia memeluk tubuh kecilnya, bagi memberi kehangatan buat tubuhnya yang terasa seperti mahu membeku. Hoshi tersenyum kecil.

" Awak dengan Mingyu memang rapat eh? " Hoshi memulakan bicara. Eunji mengalihkan pandangannya ke arah muka comel milik lelaki di sebelahnya itu.

" Bolehlah. " jawab Eunji sepatah. Keadaan masih terlalu janggal untuk membenarkan dia banyak bercakap. Hoshi mengangguk kecil.

" Patutlah, sampai keluar berdua pagi-pagi buta macamni. " ujar Hoshi. Dia turut memeluk tubuh, baru terasa sejuk mungkin.

" Wae? Cousin tak boleh keluar berdua ke pagi-pagi buta macamni? " Eunji bertanya. Hoshi tergelak kecil tatkala mendengar soalan Eunji yang agak kelakar dipendengarannya itu.

" Aniya .. Mingyu tak pernah cerita pun yang dia ada cousin secantik awak ni. " kata Hoshi. Eunji menghela nafas berat. Tadi Dino, dan sekarang Hoshi pula. Terasa macam nak bunuh diri pun ada. Gosh.

Eunji sekadar tersenyum sebagai balasan untuk kata-kata Hoshi tadi. Hoshi mula bangun dari bangku, dan kepalanya ditundukkan memandang Eunji yang masih duduk.

" Jomlah masuk balik. Awak tak sejuk? " ajak Hoshi. Eunji mengangguk kecil dan turut bangun dari bangku tersebut.

Hoshi menghulurkan sekeping kertas kepada Eunji, membuatkan dahi Eunji berkerut penuh tanda tanya.

" Apa ni? " soal Eunji. Hoshi menggaru belakang tengkuknya.

" My LINE id. Kalau awak ada masa, tegurlah. " ujar Hoshi malu-malu. Eunji tersenyum dan mengangguk kecil. Kertas itu disambut dan dimasukkan ke dalam poket jaketnya. Entah bila Hoshi tulis id tu, dia sendiri tak tahu.

TO BE CONTINUE

Thanks to thrhndzr sebab sudi sedekah idea, ily ._.

And happy birthday to Taehyung and Joshua oppa. Ily guys. Even dekat korea dah 31 Dec, aku kesah hape HAHAHAHA.

30th December : Kim Taehyung and Joshua Hong birthday ♥

Continue lendo

Você também vai gostar

44.5K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
4.3K 1K 14
"seru namaku dan aku akan jadi peneman disaat kau kesunyian" Cover by : @god's menu graphic shop Start : 24 October 2020 End : 9 December 2020
18.9K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...