Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 14 : Gunting dalam Lipatan

1.5K 101 3
By FithFith

  "Apa kita nak buat??"

  "Kita... Kita tak mampu nak buat apa-apa pun. Tiada cara untuk kita keluar dari sini..."

  "Fikirkanlah sesuatu!! Buatlah apa-apa pelan seperti yang kita buat sebelum ni!!"

  "Pelan itu gagal! Nak buat pelan apa lagi?!"

  Rasa bagai hendak mati sahaja apabila bunyi kunci mangga dibuka mengeggarkan gegendang telinga.

  Seorang lelaki berdiri di pintu. Megah. Berkuasa. Bagi mereka yang terperangkap di bilik itu, lelaki itu persis malaikat maut yang akan hadir mencabut nyawa-nyawa manusia.

  "Z-Zaim!"

  Zaim beraut serius. Baginya, kerjanya perlu diselesaikan secepat mungkin.

  "Bawa mereka keluar!"

  Dari belakang Zaim, muncul beberapa orang berpakaian Hazard Material, atau Hazmat yang dengan cepat menggenggam erat lengan-lengan Hani, Azim, Hafiz dan Izzah. Keempat-empat remaja itu cuba melepaskan diri. Disikunya orang-orang itu, dan disepaknya juga kaki orang-orang Zaim. Namun mereka tidak dilepaskan.

  Pada waktu itulah, mereka berempat perasan akan sesuatu.

  "Bagus risikan kamu berdua setakat ini. Sekarang, bawa mereka ke bilik bedah aku."

  "Baik, tuan."

  Situasi yang berlaku di hadapan mata mereka sukar dipercayai.

  "Apa semua ni? Irdina? Diyana?! Kenapa dengan kamu berdua??"

  Irdina dan Diyana hanya menyepikan diri. Tiada reaksi yang terpancar dari air muka Irdina. Diyana pula kelihatan agak kesal, menggosok-gosok perlahan lengannya atas rasa bersalah.

  Bergema lagi tawa sinis Zaim. Dia menggaru-garu kepalanya, mengusutkan rambut hitam-perangnya dan berpura-pura berasa kesal dengan kesilapannya.

  "Arh,... aku lupa hendak beritahu Fithri. Sebenarnya ada dua klon yang mampu aku kawal setelah implan mereka diperbaiki..."

  "T-Takkanlah..."

  Empat rakan sekelas itu seakan tidak percaya bahawa Irdina dan Diyana...

  ...sebenarnya merupakan dua orang perisik Zaim...

  "Sampai hati... aku ingat kita berkawan..." Hani merintih sedih. Rintihannya membuatkan Zaim gelak besar dalam ejekan.

  "Tak ada istilah kawan bagi mereka... Irdina, Diyana. Uruskan mereka."

  "Aku... A-Aku tak nak!"

  Diyana cuba membebaskan rakan-rakannya daripada pegangan orang-orang Zaim. Namun begitu, cubaannya gagal dan akhirnya Diyana juga tertangkap.

  "Langkah mayat aku dulu sebelum kau sentuh mereka dengan TANGAN KOTOR KAU TU!!! "

  Luas mata Zaim merenung marah pada Diyana yang menjerit senyaring boleh. Diketap rapat giginya dalam kemarahan.

  "Tch, tak guna... Kau juga begitukah, hah?"

  "Tidak, tuan." jawab Irdina.
 
  "Bagus," Zaim keluar dari bilik dengan keluhan kecil, "kita ada pertukaran rancangan. Kurung kembali mereka semua - kecuali Diyana. Aku selesaikan dia dahulu."

  "A-Apa?"

  "Kau yang minta aku untuk 'langkah mayat kau dahulu', bukan? Jadi aku akan buat."

  Zaim melangkah pergi. Orang-orang bawahannya serta Irdina menurut arahan. Lengan Diyana ditarik kasar Irdina, lalu membawanya keluar dari bilik. Hani, Azim, Izzah dan Hafiz terkurung semula.

  "Diyana..."

  "Diyana mengorbankan diri dia untuk kita..."

  Tangisan kaum Hawa kedengaran sayu di dalam bilik itu. Yang lelaki bernafas deras, mengumpul semangat yang semakin lenyap dalam diri...

  "TV tu terbuka lagi!" teriak Hafiz, membawa tiga lagi rakannya mendekati skrin televisyen yang terpasang.

  Imej-imej tiga orang yang dikenali tersiar. Fithri sudah tiada di dalam bilik itu, barangkali mayatnya disimpan untuk kajian Zaim bagi masa akan datang.

  Irdina mengikat Diyana di katil vertikal itu. Boleh terdengar oleh mereka, esakan dan sedu-sedan Diyana yang begitu meruntun hati.

  "Irdina. Sediakan cecair racun yang aku cipta itu."

  "Baik, tuan." nada suara Irdina yang tidak berperasaan menyakitkan lagi hati Hani, Izzah, Azim dan Hafiz.

  Picagari menyedut beberapa mililiter cecair jernih daripada dalam botol simpanan makmal.

  "Ubat itukah... yang telah bunuh Fithri...?" tanya Hani dengan suara yang bergetar-getar. Azim hanya mengangguk dan membenarkan, namun hatinya berdoa agar dia boleh menafikan persoalan Hani.

  Irdina mendekati Diyana daripada rak makmal dan bergerak ke belakang Diyana. Kepalanya ditolak kasar ke bawah dan tengkuknya didedahkan.

  Izzah menjerit-jerit merayu pada kaca televisyen itu, namun sudah pasti, rayuannya itu tidak didengari Zaim dan Irdina.

  "M-Maafkan aku..., kerana bersekongkol dengan Zaim sejak dulu tanpa memikirkan keselamatan kamu semua..."

  Zaim bersilang kaki apabila dia duduk di kerusinya. Dia tersenyum halus, menikmati setiap saat dia menyeksa dan mengambil jiwa manusia.

  Diyana tersedu-sedan dalam pintaan maafnya. Sebelum nyawanya diambil, Diyana  meminta maaf dengan rakan-rakannya melalui kamera CCTV.

  "Aku... Aku tak halang Irdina daripada terus berikan idea yang membawa kalian kepada Zaim... Aku takut... Aku takut Zaim akan bunuh aku jika aku tak terus berlakon menjadi perisik bersama-sama Irdina..."

  Ya, idea survival dan idea mendaki gunung untuk mencari sungai yang dicetuskan Irdina telah meletakkan semua nyawa pelajar 5 Sains 1 dalam bahaya.

  "Senyaplah, pengkhianat! Kau sepatutnya patuh kepada arahan ketua-"

  "Biarkan, Irdina. Itu kata-kata terakhirnya yang manis." Senyuman halus Zaim melebar.

  Diyana masih tertunduk, akibat tolakan paksa pada kepalanya oleh Irdina.

  "Maaf... Sebab aku mementingkan diri... Maaf!... Aku sepatutnya boleh selamatkan kalian daripada semua ni...! Aku patut lawan Irdi-"

  "Diyana!!!"

  Bilik kurungan dibanjiri air mata. Melihatkan rakan mereka dibunuh malah diperlakukan sebegitu rupa oleh rakan baiknya sendiri...

  Hati mereka tidak mampu bertahan lagi...

  "Aku tahu kau marah, Irdina, tapi kau tak perlulah patahkan lehernya pula selepas kau racuni dia..."

  "Maaf, tuan."

  Zaim menongkat dagu. Matanya yang kekosongan merenung Diyana yang sudah longlai.

  Dia bingkas bangun dari kerusi dan berjalan ke arah kamera CCTV di hujung bilik.

  "Aku dah letih. Giliran kamu semua, esok-esok sajalah, ya?"

  Rasa lega bertapak di hati, namun ia terlalu sedikit untuk menenangkan mereka yang menonton rakaman itu.

  Mundar-mandir Zaim berjalan di dalam bilik bedahnya itu. "Uruskan mayat tu."

  "Baik, tuan."

  "Simpan badan itu di bilik mayat di bahagian barat tingkat ini, bersebelahan dengan mayat Fithri."

  "Mendengar arahan, tuan."

  Irdina dilihat membawa mayat Diyana dengan stretcher ke luar bilik.

  Televisyen tiba-tiba tertutup, namun suara si jahat menggegar bilik kurungan.

  "Apa yang mampu aku beritahu kalian..., ialah aku dah hapuskan kesemua 17 orang klon. Hampir semuanya aku bunuh melalui bantuan alam semula jadi hutan dan cuaca, termasuk Raja. Hanya Fithri dan Diyana saja yang aku selesaikan di makmal."

  "Kenapa pula kau nak beritahu kami fasal semua itu??" teriak Izzah, marah. Yang membalas, ialah sedikit tawa kecil.

  "Sahaja. Aku nak kalian terseksa dulu. Patah hati. Putus harapan. Itu semua makanan aku. Memang macam tu, tak boleh nak buat apa~"

  "Tak guna kau, Zaim!! Pergi mampuslah kau!!!"

  "Azim, Azim... Aku? Mampus? Hahaha kaulah yang akan mampus dulu. Tunggu saja."

  Suara Zaim tidak kedengaran lagi. Lutut Azim sudah lemah, menggigil ketakutan. Terus sahaja dia melutut tanpa perlu dia endahkan maruahnya sebagai seorang lelaki.

  Kolam mata Azim sudah pecah. "Kenapa dia tak bunuh kita saja hari ni? Kenapa perlu tunggu esok...?"

  "Dia nak lihat kita terseksa dengan permainan dia. Zaim dah kata, itu makanan dia..." Hafiz menunduk, memegang kepalanya. Kepalanya terasa begitu berat, terlalu berat baginya untuk diterima dek akal.

  "Aku dah tak tahan!! Apa salah kita sampai macam ni pula jadinya, hah?? Bunuh sajalah aku sekara--"

  Terhinggap satu tamparan pedih pada pipi Azim, menghentikan jeritan histerianya. Hani teresak-esak lebih kuat dalam tangisan.

  "Janganlah begini! Kita masih ada harapan! Mungkin harapan itu belum ada, tapi janganlah kau putus asa pula!!"

  "Tapi-"

  "Siapa yang ajar aku untuk tak berputus asa, ha?? Siapa??"

  Azim terdiam. Izzah dan Hafiz melihat sahaja drama yang berlaku di hadapan mereka, sambil mereka berdua menenangkan diri masing-masing.

  "Cuba fikir positif, Azim. Akan ada yang menolong kita nanti..."

  "Err, aku agak kau betul. Lihat ni!"

  Hafiz menghulurkan sekeping kertas nota berwarna kuning kepada Hani. Tulisan yang dicoret pada kertas kecil itu dibaca, sambil berkerut-kerut kening mereka.

Sentiasa senyap jika nak terus hidup. 

  "Mana kau dapat ni, Hafiz?" bisik Azim perlahan.

  "Terselit di bawah pintu."

  "Siapa pula yang bagi ni? Kalau orang luar yang datang nak selamatkan kita, macam mana pula dia boleh selitkan kertas ni tanpa buat tentera pengawal pintu tu perasan?" bisik Hani pula. Azim dan Hafiz mengangguk, mengiakan.

  "Orang dalam. Tengoklah tandatangannya. '--Pepe' " Izzah tersengih hampir tergelak dengan tandatangan yang kelakar itu, namun ada raut kehairanan pada mukanya.

  Hani terkejut besar. "IRDINA??"

  "SHHHH!"

  "Oh, maaf. Tapi... bukankah dia...?"

  Mereka hanya mampu mengangkat bahu dengan soalan Hani.

 

Continue Reading

You'll Also Like

386K 37.1K 151
Satu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasu...
4.7K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
32.5K 1.3K 6
Watak Bts Ulzzang girl Pasal kehidupan bts sebelum bts khawin dan selepas bts khawin...
195K 475 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...