Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 12 : Terperangkap

1.5K 100 1
By FithFith

Azim terjaga. Dia mencelik sedikit demi sedikit, kerana cahaya yang menyilau menyakiti mata Azim.

Apabila penglihatannya sudah pulih, Azim yang masih terbaring melihat sekeliling. Putih. Semuanya putih belaka.

"Di... mana..."

Entah kenapa, Azim berasakan badannya begitu lemah. Hendak bercakap pun susah, inikan pula hendak mengangkat badan dari meja putih tempat dia baring itu. Kepalanya juga sakit semacam.

Mindanya cuba mencerna keadaan. Apa yang Azim tahu, dia sedang berada di sebuah bilik bercat putih. Hampir semua benda berwarna putih di dalam bilik itu.

Di hadapannya, ada cermin besar yang terletak di dinding. Azim melihat pantulan dirinya. Juga berpakaian putih. Pintu bilik itu jelas kelihatan berada di belakangnya.

Hidung Azim menangkap suatu bau. Bau yang sangat-sangat dikenalinya...

'Hospital... Aku di hospital?'

Gembiranya dia tak terkata apabila dia menghidu bau peluntur antibakteria yang selalu digunakan di kebanyakan hospital. Jadi, pada anggapannya, dia dan kawan-kawannya sudah diselamatkan dari pulau itu dan dibawa balik ke Malaysia untuk dirawat.

Monolognya terhenti apabila pintu bilik itu dibuka. Kelihatan dua orang yang tidak dikenali mendekati Azim, lalu membantu Azim berdiri dan berjalan keluar dari bilik itu.

Keadaan di luar bilik agak pelik. Dindingnya masih berwarna putih, cuma ada sedikit garisan cat biru cerah di tengah dinding sepanjang koridor. Ada pintu-pintu lain juga di koridor itu.

Ya, memang seperti hospital. Tetapi, hospital tidak mempunyai pengawal askar bersenjata di setiap pintu.

Berkenaan dua orang asing yang sedang memapahnya berjalan, mengapa mereka memakai pakaian... yang selalunya digunakan ketika berada di tempat beradioaktif? Pelik!

Kini, dia tahu bahawa tempat itu bukannya hospital. Semua itu merisaukan Azim. Ketika itu, apa yang paling dirisaukannya ialah...

'Mereka nak bawa aku ke mana?...'

"...A-Azim...?"

"...Hani!"

Hani cuba membalas, tetapi, sama seperti Azim, dia terlalu lemah untuk berbuat demikian.

Langkah perlahan mereka berdua berhenti. Pintu yang berada di hadapan mereka dibuka kunci mangganya. Daun pintu dibuka dan Hani serta Azim ditolak kasar, kemudian jelas kedengaran bunyi mangga dikunci kembali selepas pintu dihempas kuat.

"Kamu berdua tak apa-apa??"

Izzah membantu Hani yang terjatuh. Hani begitu lemah, sehingga Izzah dan Fithri terpaksa memapah Hani ke sofa putih berdekatan. Hani dibaringkan. Diyana dan Irdina tidak menolong. Mereka hanya terus berdiri kaku di hujung bilik.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kita di mana ni?" tanya Azim. Dia kini sudah kuat sedikit. Azim berjalan ke sofa lain dan duduk di sebelah Hafiz yang mengurut-ngurut kepalanya. Pening, mungkin.

"Aku tak tahu..." keluh Hafiz, "macam kau, kami dihumban ke bilik ni. Masing-masing dibawa dari sebuah bilik."

"Aku pun sama, dari bilik serba putih tu!" kata Azim.

Soalan utama masih tidak berjawab. Mereka di mana? Setahu mereka, mereka semua berada di hutan, di gunung selepas diserang serigala. Tiba-tiba pula, ketujuh-tujuh mereka dikurung di dalam bilik yang cuma ada dua buah sofa dan sebuah televisyen besar di dinding. Sama seperti bilik sebelum ini, bilik yang ini juga serba putih warnanya.

"Hani..?"

"Y-Ya..."

Izzah teriak gembira. "Baguslah, kau dah sedar! Duduk?"

"Ya..."

Lalu Izzah pun membantu Hani untuk duduk dari pembaringannya.

"Kita di mana?"

Izzah tertawa. Itulah kali kelima dia ditanya soalan sama.

"Sebenarnya... Kami pun tak pasti..."

"Aku... Aku mimpi...-"

Raut Fithri berubah serta-merta. Terkejut.

"Kau bermimpikan kenangan kau dahulu?" tanya Fithri. Hani mengangguk.

"Ya... Kenangan dan memori aku apabila berkawan dengan Azim dulu-dulu. Memori tu diimbas kembali dalam mimpi aku tadi, macam tayangan filem saja!"

Semua yang mendengar melopong. Tidak berkerdip langsung mata mereka.

Teriakan Azim mengejutkan semua orang, "aku pun! Aku juga bermimpikan memori fasal kita berdua!"

"Samalah dengan aku," Hafiz menyampuk, "aku bermimpikan ingatan aku mengenai bagaimana aku mula-mula berkawan baik dengan Izzah. Kau pun sama, Izzah?"

"Ya, aku pun bermimpikan kenangan kita dulu."

Keluhan berat Fithri dilepaskan. Kecewa menguasai diri. Durjanya ketika itu, sesiapa pun boleh tahu apa yang mengganggu jiwanya.

Kerana dia juga bermimpikan memori bersama kawan baiknya.

"Bersabarlah, Fithri..." Hani memujuk.

"Aku... aku tak percaya Raja dah tiada..." Fithri tidak menangis walaupun suaranya sudah berubah.

"Sudah tertulis takdir Raja pergi meninggalkan kita. Kita tak mampu berbuat apa-apa lagi dah..."

"Ya, kata Hafiz tu betul. Maafkan kami, Fith. Bersabarlah, kami juga sedih..." Izzah memeluk Fithri, bersama-sama dengan Hani. Pelukan itu menenangkan sedikit Fithri, namun air matanya mengalir juga.

"Hei, hei. Sudah-sudahlah tu. Aku dah senak perut dah ni." lawaknya membuat Izzah dan Hani melepaskan pelukan dengan tawa. Fithri mengalih pandangan ke arah dua orang lagi rakannya.

"Wei, Irdina, Diyana! Senyap saja kamu berdua? Marilah, duduk di sini! Tak letihkah, berdiri lama?"

Ajakan Fithri tidak disambut ceria seperti selalu. Hanya gelengan dan senyuman kecil sahaja dibalas oleh Diyana. Irdina? Dari tadi berwajah sedikit kelat. Situasi ini membuatkan yang lain-lain berasa sedikit risau akan dua rakan mereka itu.

...

"Ha! Aku ada idea!"

"Tak, Hani. Kita tiada telefon bimbit untuk call polis."

"Oh. Aku lupa kita pakai baju ni."

"Baju macam baju banduan, cuma berwarna putih."

"Haha, ya..."

...

"Kita patut cari cara untuk keluar dari sini."

"Betul kata Hafiz. Marilah, kita berbincang-"

Pintu dibuka tiba-tiba. Seseorang yang berpakaian sut Hazmat meletakkan perlahan-lahan sedulang makanan yang dibawanya tadi di lantai bilik. Kemudian orang itu keluar menutup pintu kembali.

"Arh, kita patut pukul dia dan keluar ketika pintu masih terbuka!"

Betapa benarnya pernyataan Fithri sehingga semua orang menepuk dahi. Serentak.

"Haih, tak apalah. Sekurang-kurangnya kita ada makanan."

Azim membuka penutup bekas makanan. Menjerit terus Azim dan rakan-rakannya apabila baunya yang harum semerbak memenuhi bilik.

"Marilah makan! Kita cuma ada sepinggan nasi dan seekor ikan keli masak cili api!"

"Aku nak ekornya!!"

"Ekornya aku punya!!"

[Selepas beberapa minit menjamu selera...]

"Jadi? Mari kita sama-sama fikir, macam mana nak keluar dari bilik ni?" kata Izzah sebelum meneguk sedikit air.

"Eh? Cepatnya habis air ni??"

"Ehehehe maaf, Izzah. Aku kepedasan tadi, aku minum banyak."

"Hish, kau tahu tak kita cuma ada sebotol air??" botol plastik itu hinggap di kepala Azim. Mujurlah botol tersebut sudah kosong.

"Huhu, maaflah..."

"Tunggu. Aku ada idea."

"Hafiz ada idea?"

"Begini...-"

Mereka berbisik selama beberapa ketika, namun hairannya, Irdina dan Diyana tidak bersama-sama mereka.

Baru sahaja mereka hendak mula beraksi untuk membebaskan diri dari bilik itu,...

'TSSSSSSSSSSSSSSSSS'

"A-Apa tu??"

Semua melihat lubang ventilator di atas hujung penjuru dinding bilik. Kelihatan jelas ada gas putih dikeluarkan dari lubang ventilator itu, membuatkan semua mula cemas.

"M-Mungkin gas beracun! Tahan nafas!"

"Bukan. Itu gas antibakteria. Jangan risau."

"Macam mana kau tahu, Irdina?"

Irdina hanya senyap. Rautnya kosong.

"HAHAHAHAAHHA"

Tawa jahat bergema di dalam bilik, mengejutkan semua yang berada di situ. Termasuklah Irdina dan Diyana.

"Lawaklah kamu semua ni. Gas beracun? Hahaha... mengalir air mata aku!"

"Siapa? Siapa yang bercakap tu??" Hafiz menjerit marah sambil mencari-cari speaker tempat dari mana datangnya suara itu. Hafiz juga tercari-cari mikrofon atau perakam yang merakam setiap perbualan mereka.

Dia tahu, ada seseorang sedang mempermainkan Hafiz dan rakan-rakannya. Dengar tawanya sahaja, sudah tahu orang itu berniat jahat.

"Kau... Aku kenal kau siapa!"

Hani, Izzah, Azim dan Hafiz memandang Fithri.

"Fith, kau kenal?"

"Alamak, aku tak patut bercakap dengan kalian lebih awal. Okeylah, aku pergi dulu!"

Bilik kembali senyap. Sangat sunyi, tetapi semua pasang mata yang penuh tanda tanya menambat pada Fithri.

"Fithri, siapa suara lelaki tadi?"

Fithri menghembus nafas, serius.

"Sejak kita berada di pulau, aku selalu bermimpikan seorang lelaki. Tetapi setiap kali aku terjaga, aku dah tak ingat siapa lelaki tu. Apa yang aku ingat... Itulah suaranya. Sama. Dia cuba membunuh aku dan telah mengugut untuk bunuh seorang kawan baik aku."

"Jadi, dia yang membunuh Raja..."

"Tak mungkinlah, Izzah! Raja meninggal dunia akibat kemalangan yang tak disengajakan!" Hani cepat-cepat membantah.

"Err, kamu semua... Pelan kita macam mana? Aku..." bisik Azim, takut didengari lelaki misteri itu tadi.

Semua memandang Azim. Ya, pelan untuk bebas perlu dijalankan sekarang.

"Baik. Azim, mulakan."

Azim berjalan ke pintu. Pintu itu diketuknya kuat, bagai dirasuk hantu.

"Tolong!! Bawa saya keluar!!! Saya nak ke tandas!!!!!"

Dua orang tentera bersenjata yang menjaga pintu, menjeling sesama mereka.

"Tolonglah, saya betul-betul dah tak tahan ni!!"

Seorang askar mengeluh, kemudian berteriak. "Lakukan sajalah di dalam! Kami takkan bawa kamu keluar!"

"Takkanlah??! Nanti kotorlah bilik ni nanti!"

"Biarlah kotor!" balas tentera itu, kasar.

"Nanti bilik ni berkuman dan ada banyak bakteria di dalam ni!!! Kami tak suka bakteria!!"

Tentera tadi terkelu. Dia memandang seorang lagi rakan tenteranya untuk meminta pandangan. Anggukan rakannya membuatkan tentera tadi mengeluh lagi.

"Baik, baik. Kami akan bawa kamu keluar!"

"Begini, memandangkan Azim sudah minum terlalu banyak air, pastinya dia akan mahu ke tandas. Azim akan berlakon untuk memujuk tentera pengawal pintu itu untuk membawanya ke tandas."

"Tapi, bukankah cara tu terlalu clichè? Pasti tentera tu takkan percaya dengan helah kita...!"

"Aku rasa rancangan Hafiz akan berjaya. Sebab aku rasa, mereka di luar sana tu sangat mementingkan kebersihan tempat ni. Buktinya, bau peluntur lantai sangat kuat apabila kita berada di koridor, dan gas yang dikeluarkan selepas makan tadi ialah gas antibakteria. Semestinya, mereka tak akan biarkan Azim kencing ni bilik ini sahaja."

"Ya. Dan selepas tentera itu buka pintu, dua orang daripada kita perlu ketuk leher dan kepala mereka dengan dulang besi dan pinggan kita tadi tu. Dua orang lagi cuba rampas atau tahan saja senapang mereka daripada digunakan."

"Ha, cepat! Siapa yang nak ke tan-"

'Ktukk!'

'Prang!!'

"Kemudian apabila mereka sudah pengsan, kita keluar cepat-cepat. Semasa kita lari di koridor, aku nasihatkan kita sorok-sorakkan diri, jangan terus guna senapang yang kita rampas."

"Kerana bunyi tembakan akan menarik lebih ramai tentera pengawal untuk menangkap kita."

"Bagus! Sekarang kita masih mengikut rancangan kita- oh."

Baru sahaja mereka melangkah ke koridor, ramai tentera bertopeng dan berperisai, bagaikan pasukan SWAT telah berkumpul, mengacukan senapang pada wajah-wajah tahanan yang dikepung mereka.

Seorang tentera memberi arahan keras. "Masuk ke dalam bilik itu! Saya ulang, masuk ke dalam bilik itu!"

Lemah dan tidak mampu melawan, para remaja lepasan sekolah itu kembali ke bilik dengan penuh kecewa.

"Kamu, keluar."

"Apa? Tidak!"

Fithri ketakutan apabila dia diarah keluar dari bilik dan terpisah dengan kumpulan rakan-rakannya. Dia menolak kerana dia tahu, tentera itu takkan berani memegang mahupun menyentuh Fithri yang mungkin dianggap berbahaya oleh pasukan tentera itu. Namun, Fithri ditarik juga keluar dari bilik oleh 'saintis-saintis' berpakaian sut Hazmat.

"Lepaskan!"

"Fithri!"

Hani dan Izzah cuba menolong tetapi pintu telah ditutup dan terus dikunci. Mereka terperangkap sekali lagi. Rancangan mereka tidak menjadi.

Kini, mereka tidak begitu risau tentang diri mereka lagi. Mereka berempat risau akan Fithri. Entah ke mana akan orang-orang jahat itu bawa Fithri.

"Kalian nak bawa saya ke mana ni?"

Pertanyaan Fithri tidak berjawapan.

"Kita pergi ke mana?"

Masih tiada respons. Orang-orang yang berada di kiri dan kanan Fithri memegang kuat lengan Fithri, masih menyeret Fithri sepanjang koridor yang lurus. Langkah mereka laju. Selepas dua tiga kali mereka membelok di setiap persimpangan koridor, mereka berhenti menapak.

Pintu di hadapan mereka bertiga diketuk oleh seorang yang berada di kiri Fithri. Suara dari dalam bilik itu seperti telah menghentikan degupan jantungnya.

"Masuk."

Beberapa angka dikodkan masuk untuk membolehkan pintu dibuka.

Bilik itu kelihatan seperti bilik bedah. Lampu, peralatan, tirai langsir... Cuma katilnya boleh didirikan secara vertikal. Seperti bilik-bilik sebelumnya, bilik itu juga serba putih.

Fithri terlihat akan bayang-bayang seseorang di sebalik tirai yang melindungi rak peralatan di sebelah katil. Tidak sempat untuk memikirkan apa-apa, terdengar lagi suara lelaki memberi arahan ringkas.

"Ikat dia."

"Apa? Wei, jangan-!"

Fithri disandarkan pada katil yang tegak berdiri. Tangannya lurus ke bawah, pergelangan tangannya diikat dengan pengikat besi. Begitu juga dengan pergelangan kaki Fithri.

Dari tempat itu, dia boleh jelas nampak seseorang di rak peralatan, membelakangi Fithri. Garis badan dan ketinggian lelaki itu seperti telah dikenali Fithri.

"Kau tahu. Aku dah malas nak pakai alat penukar suara ni lagi. Kalau tukar kepada suara perempuan, tak apalah juga. Ini sama saja, suara garau lelaki juga. Perbezaan suara itu sedikit saja pun..."

Lelaki itu menoleh. Fithri yang dari tadi berkerja keras hendak melepaskan diri, kini terkaku. Lututnya terasa lemah.

"Eh, kau yang mereka bawa ke sini? Ahaha... Aku ingat mereka bawa Hafiz atau-"

"Z-Zaim..."

Zaim mengeluh. Dia berpaling kepada dua orang 'saintis' tadi dan mengarahkan mereka beredar. Waktu itu, tinggallah mereka berdua sahaja di bilik itu. Zaim dan Fithri.

Continue Reading

You'll Also Like

515 86 17
Selamat datang ke Cristal_Snow Gallery! Tempat dimana saya meletakan cover book saya apabila saya kebosanan. Hanya sekadar cover yang buruk sahaja ya...
4.9K 442 21
Bersemadilah kau bersama dosa-dosa kau ☏Kisah yang 100% tiada romance. Tidak ada adegan di mana si pembunuh akan jatuh hati. Jangan menaruh harapan y...
32.5K 1.3K 6
Watak Bts Ulzzang girl Pasal kehidupan bts sebelum bts khawin dan selepas bts khawin...
67.8K 4K 18
Masalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit...