Yes I'm a Vamp!

By SparkleLittleStar

172K 12.3K 1.7K

"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24

Part 11

7.8K 575 67
By SparkleLittleStar

Benarlah kata orang , dunia ini penuh dengan kejutan.Kejutan yang tidak pernah disangka-sangka oleh diri kita sendiri.Dan kejutan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan kita merasa telah dikhianati oleh dunia.Orang yang kita anggap hanya manusia biasa selama ini rupa-rupanya satu penipuan semata-mata.

"Jimin? Itu bukan cikgu Ji Hyo ke?".Tanya Chumin.Tangannya dan Jimin masih bertaut kemas.

Jimin turut memandang orang yang dianggap oleh Chumin sebagai cikgu Ji Hyo itu.Matanya kemudian menangkap kelibat itu , memakai gaun berwarna putih sehingga mencecah paras lutut.

"Aha.Itu memang cikgu Ji Hyo.Kenapa?".Jimin memandang risau ke arah Chumin yang agak terkejut dengan kenyataan itu.

"Wah~ Daebak! Selama ni aku ingatkan korang semua ni manusia biasa.Rupa-rupanya aku ditipu bulat-bulat dengan luaran korang.Selain cikgu Ji Hyo , siapa lagi guru vampire yang mengajar kat sekolah tu?".Chumin masih memandang ke arah cikgu Ji Hyo yang sedang tertawa kecil mendengar celoteh seorang lelaki yang kelihatan seperti cikgu Gary.

"Sebenarnya semua Cikgu kat sekolah tu vampire.Pengetua Kim pun vampire".

Jimin merenung tangannya yang masih bertaut kemas dengan tangan Chumin itu.Senyuman manis terukir di bibirnya.Terasa lapang dadanya yang asyik risau dan cemas sebentar tadi.

'Patutlah Pengetua Kim Soo Hyun tu nampak muda aje.Memang satu kejutan budaya , muda macam tu dah jadi pengetua.Rupa-rupanya..'.Fikir Chumin.

"Nampaknya , kami semua kat sekolah tu , macam orang bodoh ajelah.Tak tahu pun yang ada makhluk lain selain manusia ada di sekolah tu".Chumin mengeluh perlahan.Dia terasa dikhianati setelah mengetahui hal sebenar.

"Tak lah.Kamu semua tak bodoh pun.Korang cuma tak tahu kebenarannya sahaja.Lagipun , bahaya untuk puak vampire jika manusia mengetahui kewujudan vampire".

Jimin menarik pinggang Chumin.Dia memeluk Chumin untuk menenangkannya.Tangannya mengusap perlahan belakang badan Chumin.Berulang kali dia melakukan itu.(aww~ so sweet~ ㅋㅋㅋ)

Setelah memastikan Chumin tenang dari rasa terkejutnya , dia membawa Chumin ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Mana Gaeun?".Mata Chumin melilau mencari kelibat Gaeun yang tidak kelihatan.

"Dia kat sana.Tengah makan".Ringkas jawapan V.

'Gaeun..Gaeun..Time-time macam ni sempat lagi kau nak makan.Aku yang terlebih terkejut ni pun dah tak ada selera nak makan'.Fikir Chumin.Matanya melekat pada sosok tubuh Gaeun yang berdiri di hadapan bahagian makanan.Dia amat yakin , Gaeun tidak akan berganjak dari tempat itu.

"Nah!".

Chumin merenung air yang dihulurkan oleh Jimin itu.Warnanya kuning keemasan.Terasa takut untuk merasa minuman itu.Rupanya seperti minuman beralkohol.Walaupun mereka boleh meminum minuman itu , tetapi umur mereka belum mencecah pada peringkat yang dibenarkan untuk meminum benda itu.

"Haha".Jimin tertawa kecil melihat riak muka Chumin yang memandang minuman di tangannya itu seperti hendak membunuh minuman itu menggunakan pandangannya.

"Jangan risau.Ni cuma air zapple je".Jimin masih tersenyum melihat Chumin yang menghembus nafas lega itu.

"Aku nak jumpa someone kat sana jap.Kau sesuai kan lah diri kau kat sini.Dan jangan risau , dia orang takkan serang kau".Jimin mencium pipi Chumin sebelum berlalu pergi.

Chumin tergamam dengan tindakan berani Jimin yang mencium pipinya itu.Tak pernah pun lelaki yang berani melakukan perkara itu kepadanya kecuali appanya.

Setelah sedar dari rasa terkejut yang kesekian kalinya , Chumin mula merayap mengikut hala tuju kakinya.Dia tidak tahu mahu ke mana.Dia hanya mengikut langkah kakinya.

Matanya kemudian menangkap kelibat seorang wanita sedang menyendiri dari himpunan ramai orang ataupun himpunan ramai vampire di dalam sebuah dewan itu.Dewan yang sebesar padang bola sepak itu penuh dengan manusia dan vampire dari serata dunia.

Berdasarkan kata-kata Jimin , tidak semua vampire datang menghadirkan diri ke perjumpaan itu.Ada yang mempunyai masalah keluarga.Ada yang terpaksa menguruskan bisnes mereka.Maknanya , tidak hampir separuh pun dari komuniti vampire yang menghadiri perjumpaan itu.Tetapi dewan itu sudah hampir penuh.

Chumin baru mengetahui , bahawa banyak vampire yang memilih untuk hidup seperti manusia di dunia manusia.Mereka hidup seperti manusia biasa iaitu , pergi berkerja , ke sekolah dan macam-macam lagi.Dia juga baru mengetahui , cara hidup vampire serupa dengan manusia.Mereka juga berkerja untuk menyara hidup keluarga mereka.

"Mian mengganggu.Tapi apa yang Cik buat kat sini? Cik tak takut ke seorang diri?".Chumin menyoal perempuan yang kelihatan bersedih mengenai sesuatu itu.

"Haha.Tempat ni memang berbahaya.Tapi saya taklah rasa takut".Perempuan itu tertawa kecil mendengar soalan Chumin.Seperti soalan itu sebuah lawak bodoh.

"Hehe.Saya cuma risaukan Cik aje.Apa yang Cik buat sorang diri kat luar ni?".Chumin menyoal lagi.Rasa-rasanya tabiat suka jaga tepi kain orang sudah pun sebati dengan dirinya.

"Awak ni memang lain daripada yang lain.Selalunya orang takkan ambil peduli tentang apa yang berlaku.Mereka lebih suka mengurus hal sendiri".Perempuan itu menyeka air matanya yang masih mengalir laju di pipinya.

"Well.Anggap ajelah saya bukan orang yang suka jaga tepi kain sendiri.Saya lebih suka ambil peduli mengenai seseorang jika dia dalam kesusahan".Chumin berdiri di sisi perempuan itu.Dia selesa berbual dengannya.

"Nampaknya , masih ada lagi orang yang baik hati macam awak ni kat dunia kan? Alangkah bagusnya jika vampire pun mempunyai personaliti seperti awak".Perempuan itu menundukkan kepalanya.Dia kembali merasa sedih.

"Saya rasa tak perlu kot vampire ada personaliti macam saya.Trust me , kalau semua vampire mempunyai personaliti macam saya , confirm dunia vampire ni porak poranda".

Perempuan itu hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Chumin yang berbaur gurauan itu.Rasa sedih yang dirasakan sebentar tadi beransur-ansur menghilang dan diganti dengan rasa gembira.

"Awak memang berbeza.Oh ya , nama saya In Na.Yoo In Na.Nama awak?".

"Chumin.Park Chumin".

Chumin gembira melihat In Na mula selesa berbual dengannya.Semenjak dia menjejakkan kaki ke perjumpaan itu , dia hanya bergaul dengan orang-orang yang dikenalinya sahaja.Dia kurang selesa berbual dengan orang yang baru di kenalinya.

Atau lebih tepatnya lagi dia malu.Itulah sisi sebenarnya yang sering dia sembunyikan dari sifat dingin yang sering dia tonjolkan.Hanya yang rapat dengannya mengetahui sifat sebenarnya.Iaitu appanya , ommanya , oppanya dan Gaeun , sahabat karibnya.

"Kalau tak keberatan , boleh saya tahu kenapa awak menangis tadi?".Chumin menunjukkan sisi prihatinnya kepada In Na yang jarang dia tonjolkan.

"Saya sememangnya sedang memerlukan seseorang untuk bercerita hal ini.Memandangkan awak dah baik hati nak mendengar , biar saya luahkan aje lah kat awak".

In Na menghembus nafas berkali-kali.Cuba mengumpul semangatnya semula supaya air matanya tidak gugur sekali lagi.

Chumin pula hanya mendiamkan diri.Dia membiarkan In Na mengambil waktu untuk dia meluahkan segalanya.Dia faham bagaimana perasaannya , apabila tiada sesiapa di sisi kita ketika kita memerlukan sokongan dan tempat meluah.Malahan dia terlebih faham.

"Saya dah ada suami.Nama dia Ji Hyun Woo".In Na berjeda sebentar.Sebuah senyuman terukir ketika dia menyebut nama itu.

Dari pandangan Chumin dia tahu , In Na amat menyayangi suaminya itu.Semuanya sudah terang lagi bersuluh melalui senyuman manis yang terukir di bibir In Na.Hanya menyebut namanya sahaja sudah mampu membuatkan dia tersenyum.Apa lagi maksudnya kalau bukan sayang dan cinta.

"Kami berdua berjumpa 5 tahun lalu.Haha.Kalau diingat semula , cara pertemuan kami memang lucu dan sedikit menakutkan bagi saya.Well , mana-mana orang pun tak kira manusia atau vampire pasti akan takut kalau ada lelaki tiba-tiba ceroboh masuk ke dalam rumah.Bukan setakat ceroboh masuk rumah aje , lelaki tu turut ceroboh masuk dalam bilik mandi".

"Rasanya macam tu lah kamu berdua berjumpa?".

"Ya.Haha.Walaupun saya ni vampire , sudah tentu akan ketakutan kalau ada lelaki tiba-tiba muncul di hadapan saya , time saya tengah mandi.Dah tu dia cakap saya mate dia".In Na tertawa kecil ketika menceritakan kisah hidupnya kepada Chumin.

"Bermula dari situlah kami semakin rapat.And then , kami sepakat nak disatukan dan lengkapkan mating process.Perasaan saya ketika tu memang amat gembira.Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.Tapi..kegembiraan tu cuma sebentar".

Senyuman yang terukir di bibir In Na sejak dia meluahkan perasaan itu semakin pudar.Dia memaksa dirinya untuk tersenyum apabila Chumin memandangnya penuh risau.Orang tak betul pun akan tahu , senyuman yang dipamerkannya itu senyuman paksa dan bukannya dari hati.

Chumin membuat keputusan untuk mendiamkan dirinya sahaja.Dia membiarkan In Na untuk meluahkan semua yang terbuku di dalam hatinya.

"Dia..dia kemudian mula sibuk dengan perkerjaannya.Kadang-kadang dia tak pulang pun ke rumah.Pernah sekali tu , dia tak balik rumah dalam seminggu.Naik risau saya dibuatnya.Rupa-rupanya dia sibuk mengurus kes baru , itu pun adik lelakinya yang beritahu saya.Rasa macam saya ni tak penting aje dalam hidup dia.Lepas sedar kesalahan dia , dia akn meminta maaf dengan memberikan saya hadiah-hadiah yang mahal.Macam rantai , beg , kasut.Dia selalu buat macam tu kalau dah sedar kesalahan dia.Tapi..".In Na berjeda sebentar.

"Tapi bukan itu yang saya mahu.Tak dinafikan , perempuan memang suka benda-benda macam tu.Cuma saya tak nak semua tu.Saya cuma nak dia luangkan lebih masa dengan saya.Dengan anak dia".In Na mengusap perutnya perlahan.

"Awak mengandung? Suami awak tahu?".Chumin terkejut dengan kata-kata In Na.

"Tak.Saya tak bagitau lagi.Kandungan ni dah masuk 3 minggu".

"Kenapa awak tak bagitau dia? Mungkin dia akan sedar lepas tu dia akan luangkan lebih masa dengan awak".

"Saya tak nak ganggu tumpuan dia dari kerja-kerja dia yang dah berlambak".

"Tapi sekurang-kurangnya dia perlu tahu.Lagipun , awak dengan anak kat dalam perut tu lebih penting daripada kerja dia.Walaupun saya tak tahu apa kerja dia".

In Na tertawa kecil merenung Chumin.

"Haha.Awak ni matang.Tak padan dengan umur.Mesti awak masih pelajar sekolah kan?".

"Hehe.Yup.Macam mana awak tau?".

"Bau Putera Jimin melekat dengan awak.Mesti awak ni salah satu kawan dia".

Muka Chumin berubah merah sebaik sahaja mendengar kata-kata In Na.Dia kembali teringat ketika Jimin memeluknya.Mukanya bertambah panas.

"Haha.Ya , saya kawan Jimin.Awak tak nak masuk ke?"

"Tak lah.Saya nak tenangkan fikiran saya dulu.Lepastu saya masuk.Awak masuklah dulu".

Chumin kemudian melangkah masuk meninggalkan In Na.Dia tahu In Na memerlukan masa untuk menenangkan dirinya.Chumin kemudian melangkah perlahan sambil memerhatikan suasana perjumpaan.

Perjumpaan ini seperti perjumpaan yang biasa manusia lakukan untuk merayakan sesuatu atau ada majlis besar.Mata Chumin kemudian terpaku melihat seorang lelaki yang kelihatan risau mencari seseorang.Lelaki itu menyoal satu persatu tetamu yang ada di dalam dewan itu.

Lelaki itu kemudian menuju ke arah Chumin.Matanya memancar rasa risau yang tinggi dan rasa bersalah.

"Tumpang tanya , awak ada nampak tak perempuan yang pakai dress warna hitam purple , dia pendek paras bahu saya aje lepastu.."

"In Na?".Chumin memotong kata-kata lelaki itu.Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh lelaki itu walaupun dia belum habis memberitahu ciri-ciri orang yang dicarinya.

"Yes!! Dia ada kat mana?".Lelaki itu memegang bahu Chumin dengan kuat.

"Erk.Dia ada kat luar".

Lelaki itu kemudian membuka langkah mahu mencari In Na.Tetapi Chumin menahannya untuk memberitahu sesuatu.

"Bukan niat saya nak masuk campur , tapi apa yang akan saya beritahu ni amat penting untuk kebahagian kamu berdua.Saya syorkan , awak luangkan masa dengan In Na lebih kerap lagi.Dan satu lagi nasihat dari saya , jangan beli hadiah untuk tenangkan dia.Kalau awak ada di sisi dia , itu sudah mencukupi".

Lelaki itu sedikit terkejut mendengar kata-kata Chumin.Satu senyuman manis kemudian terukir di bibirnya.

"Thanks.Saya tak tahu apa yang In Na dah beritahu awak.Tapi rasanya saya dah tahu apa nak dibuat nanti.Thanks to you".

"You welcome".Chumin membalas senyuman lelaki itu.

Lelaki itu kemudian melangkah pergi meninggalkan Chumin.

"Nampaknya anak saya dah hampir berjaya dengan perjanjian kami tu".

Chumin terkejut apabila mendengar suara lelaki yang begitu hampir dengan telinganya.Desahan nafas lelaki itu juga terasa di lehernya.Dengan pantas Chumin berpaling untuk menjauhkan diri dari suara itu.

Namun kakinya tersadung sesuatu membuatkan dia hampir terjatuh.Chumin hanya menutup matanya.Dia tidak tahu mahu melakukan apa lagi.Itulah satu-satunya tindakan yang dia mampu lakukan.

"You are safe darling.Open your eyes".

Sekali lagi suara itu kedengaran amat hampir dengan Chumin.Chumin pun membuka matanya semula.Dia terkejut melihat muka lelaki yang begitu hampir dengannya.Perlahan-lahan dia menolak badan lelaki itu darinya.

'Siapa dia ni? anak? perjanjian? Apa benda mengarut yang dia cakap ni? Well , sekurang-kurangnya dia handsome.Senyuman dia comel.Muka halus dan putih.Telinga dia capanglah.Hahaha.Yang tu lawak'.

"Done checking me out? *smirk*".

Muka Chumin berubah merah.Dia ditangkap merenung anak teruna orang tanpa rasa malu.

"Appa jangan kacau dia".

Chumin berpaling untuk melihat siapa yang memanggil lelaki handsome itu appa.Sebab dia kelihatan terlalu muda untuk dipanggil appa.Dan yang mengejutkan ialah , Jimin yang memanggil lelaki itu appa.

"Appa?".Chumin menyoal Jimin yang kelihatan tidak senang dengan kehadiran Chanyeol itu.

"Erm.Ni appa aku".

"Boleh pula kamu panggil appa ni appa.Sebelum ni kamu tak suka pula panggilan tu.Kuat juga pengaruh yeoja ni".Chanyeol tersenyum sinis merenung Chumin.

"Appa , saya tak ada masa nak bertengkar dengan appa".Jimin memandang tajam ke arah Chanyeol.

"Ok.Appa takkan kacau.Appa cuma nak ingatkan perjanjian kita tu.Baiklah , memandangkan kamu tak nak apa appa dekat sini , appa nak cari teman berbual dulu.Anyeong~ .Bye young lady.Until we meet again *wink*".Chanyeol lantas meninggalkan Jimin dan Chumin yang terkejut dengan tindakannya itu.Dia tertawa kecil setelah berlalu dari situ.

'Rasa-rasanya aku dah tahu kenapa si Jimin ni pervert.Dah memang ada dalam genetik dia rupanya'.Chumin memandang muka Jimin lama tanpa dia sedari.

"Apasal pandang aku macam tu? Nak kiss ke? *smirk*".

'See! Inilah yang aku maksudkan.Memang sah , darah dia tu ada gen pervert'.Chumin hanya menjeling tajam Jimin untuk menutup rasa malunya.

"Betul ke lelaki tadi tu appa kau?".Chumin memulakan perbualan setelah agak lama mereka berdua berdiri dan senyap.

"Yup.Kenapa tanya?".

"Just nak pastikan.Appa kau nampak masih muda.Tu yang aku macam tak percaya".

"Appa aku tu bukannya muda lagi.Cuma luaran aje nampak muda.Vampire royal biasanya akan berhenti berusia ketika berumur 20".

"Owh~Patutlah".

Suasana senyap kembali.Mereka berdua tidak tahu mahu berbual apa lagi.

"Putera Jimin".

Jimin dan Chumin berpaling melihat orang yang memanggil nama Jimin dan menggelarnya 'putera'.

'Putera? Tadi In Na pun gelar Jimin putera.Dia ni anak raja ke apa?'.Chumin berfikir sambil merenung Jimin.

"Jangan tenung aku macam tu.Kalau aku tak dapat nak kawal diri aku ni , jangan salahkan aku *smirk*".Mata Jimin masih melihat orang yang sedang berjalan ke arahnya itu.Namun , kata-katanya itu jelas ditujukan kepada Chumin.

"Pabo!".Chumin menggumam perlahan.Dia turut melihat orang itu menuju ke arah mereka.Bibirnya kemudian mengukir senyuman apabila melihat orang itu ialah In Na dan Hyun Woo.

"Putera apa khabar?".Soal Hyun Woo.

Chumin dan In Na hanya mendiamkan diri.Mereka tidak mahu masuk campur urusan Jimin dan Hyun Woo itu.

"Macam biasa sahaja.Haha".

Mereka pun berbual beberapa perkara mengenai dunia vampire sebelum Hyun Woo meminta diri dan berterima kasih kepada Chumin kerana membantu mereka dalam mengeratkan lagi hubungan mereka.

"Tak sia-sia aku tinggalkan kau tadi.Rupa-rupanya kau dah sesuaikan diri dengan orang-orang besar kat sini".Jimin merenung Chumin penuh bangga.

"Orang-orang besar?".

"Erm.Hyun Woo tu sebenarnya salah satu ahli council.Nampaknya kamu memang senang nak bergaul dengan orang-orang yang penting".

"Kamu?".Sekali lagi Chumin mengajukan soalan.

"Yes.Kau ngan Gaeun.Kau nampak tak Gaeun dengan seorang perempuan kat sana tu?".

Chumin merenung ke arah yang ditunjuk oleh Jimin.Kelihatan Gaeun sedang berbual mengenai sesuatu dengan seorang wanita yang anggun dan jelita.

Chumin hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Jimin.

"Perempuan tu ialah salah satu anak ahli council juga.Nama dia Sandara".

"Owh".

Tanpa Jimin dan Chumin sedari , ada sepasang mata yang sedang melihat mereka dengan pandangan cemburu yang meluap-luap.Kalau boleh , hendak dibunuhnya Chumin ketika itu.Dia sakit hati melihat senyuman dan tawa Jimin ketika berbual dengan Chumin.

"Jimin.Teman aku jap".

Jimin merenung V yang sedang terkepit-kepit itu.

"Teman kau pergi mana? Aku malas arh".

"Alah.Temankanlah aku ke tandas jap.Aku takut.Please~".V memberikan pandangan puppy eyesnya kepada Chumin untuk meminta bantuan darinya.

"Kau temankan ajelah dia ke tandas.Tak pasal-pasal basah juga seluar dia nanti".Chumin menolak badan Jimin ke arah V untuk menemani V ke tandas.

"Urrghh! Ok.Dah jom.Cepat!".Jimin berjalan di hadapan V sambil menyelitkan sebelah tangannya ke dalam poket seluarnya.

Chumin hanya tersenyum melihat mereka berdua berlalu pergi.Kini hanya dia seorang kembali.

"Hai".

Atau tidak.

"Ha..Eh! Encik!".Chumin terjerit kecil melihat orang yang menyapanya itu.

"Haha.Hai.Tak sangka pula boleh berjumpa dengan kamu kat sini".Lelaki itu tersenyum gembira.

"Yup.Encik ni pun Vampire ke?".

"Haha.Boleh dikatakan macam tulah.Sekali lagi terima kasih sebab tolong saya cari cincin ni".

"Tak ada masalahlah Encik".

Lelaki itu kemudian merenung Chumin lama.Dia seperti membaca kisah hidup Chumin hanya melalui pandangan mata sahaja.Lelaki itu kemudian mempamerkan wajah kasihan.

"Saya sepatutnya balas jasa kamu tu.Kalau kamu tak keberatan , saya nak berikan kamu sesuatu".

"Tak apalah Encik.Saya tolong Encik hari tu bukan nak harapkan balasan dari Encik".Chumin cuba menolak dengan baik.

"Tapi saya berkeras.Selagi saya tak balas jasa awak tu , selagi tulah saya rasa tak tenang".

"Suka hati Enciklah".Chumin hanya mampu tersenyum dengan sikap keras kepala lelaki itu.

"Saya akan berikan cincin ni sebagai tanda terima kasih.Saya cuma minta awak untuk jaganya dengan baik.Kalau awak dalam kesusahan , cincin ni akan membantu".Lelaki itu pun menyarungkan cincin itu ke jari telunjuk Chumin.Disebabkan saiz jari Chumin yang agak kecil itu.

"Tapi..inikan cincin Encik yang Encik cakap penting tu".Chumin merenung ke arah Cincin yang ada di jarinya itu.Dia merasa cincin itu seperti mengecut di jari telunjuknya tadi.

"Ya.Sebab pentinglah saya berikan kepada awak.Awak kena jaga dengan baik-baik tau".Lelaki itu masih tersenyum.

"Ok".Chumin memegang Cincin itu.Design cincin itu benar-benar unik.

"Chumin?".

Chumin berpaling dan melihat orang yang memanggil namanya.Kelihatan Gaeun dan Jin merenung pelik ke arahnya.

"Kau berbual dengan siapa?".Soal Gaeun.Dia masih memandang pelik ke arah Chumin.

"Aku berbual dengan..".

Kata-kata Chumin terhenti apabila melihat tiada sesiapa di sisinya.Lelaki yang berbual dengannya tadi sudah pun menghilang.

"Chumin kau berbual sorang diri tadi.Tu yang aku dengan Gaeun ke sini".Jin turut merenung Chumin dengan pandangan pelik.Seperti Chumin orang yang hilang akal.

"Tak! Aku memang berbual dengan sorang namja ni tadi".Chumin menafikan sekeras-kerasnya apa yang Jin katakan.Dia belum gila sampai nak berbual sorang diri.

"Kenapa ni?".Jimin dan V turut masuk ke dalam perbualan itu.

"Aku nampak Chumin berbual sorang diri tadi".Jin memberitahu Jimin sambil memandang risau ke arah Chumin.

"Aku tak berbual sorang dirilah!".Naik geram Chumin dibuatnya.

"Siapa yang berbual sorang diri ni?".

Kali ini , Rap Mon , J-Hope , Jungkook , Suga dan Baekhyun muncul di antara perbualan mereka.

"Aku tak berbual sorang diri! Macam mana aku nak yakinkan korang ni".

Tiba-tiba Chumin teringatkan Cincin yang diberikan oleh lelaki itu.

"Hah! Ni! Ni bukti aku tak berbual sorang diri tadi.Namja tu bagi aku cincin ni".Chumin menunjukkan cincin itu.

"Namja?".Jimin menyoal.

"Jimin.Itu tak penting sekarang.Cincin tu..".Mata Baekhyun membulat merenung cincin yang ada di jari Chumin itu.Dia benar-benar terkejut melihat cincin itu.

"Itukan cincin..".

Rap Mon turut terdiam melihat cincin itu.Mereka semua cukup terkejut melihat cincin itu.Kecuali Chumin dan Gaeun yang terpinga-pinga melihat mereka.Mereka tidak tahu apa sebenarnya cincin itu.

_________________________________________
VOTE.COMMENT.SHARE = ̄ω ̄=

☆Hohoho..siapakh org yg stalk Jimin dan Chumin itu? siapa pula namja itu? Dan apakah cincin itu sebenarnya? Muahahaha nantikan jawapan di part seterusnya.dah macam drama korea lah pula..hahaha..

☆Rasa2nya part ni panjang sngt.kan?

☆Best x part ni? ke boring?

☆kjap2..*bow 90°*

"thanks everyone , sbb support ff ni , slalu vote ff ni and rjin komen ff ni walaupun sy kekadang x bls..mian sbb sy x bls..sbb sy x tau nk ckp apa..haha..sy cuma mmpu ckp trima ksih..Saranghae ❤"

-YG IKHLAS-
SparkleLittleStar.

Continue Reading

You'll Also Like

698 38 23
Emmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celest...
146K 10.1K 42
Sekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon b...
105K 4.5K 54
[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Se...
35.6K 2K 28
Mengisahkan empat orng pelajar yng sedang bercuti disebuah hutan yng terletak di Pulau Jeju..Mereka terkejut kerana kehilangan Jihyo semasa bersama...