Sweet Stalker [ COMPLETED ]

By leynaterry

155K 6.5K 100

Dear Readers , Saya cuma perlukan imaginasi yang tinggi daripada anda semua . Bayangkan anda mempunyai seora... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Hi Fantastic Readers!

Bab 15 (Finale)

13.1K 671 42
By leynaterry

Adrianna termenung . Merenung langit yang membiru seperti air laut . Keluhan lemah dilepaskan . Rindunya dia pada jejaka bernama Nik Darren . Betapa hatinya bimbang akan lelaki yang masih bergelar suaminya itu . Hari ini dia akan pulang ke Malaysia di atas arahan Darren sendiri sebelum dia ditahan polis Sydney yang berkerjasama dengan Polis Malaysia .

Sayang ..

Kenapa lah suara Darren asyik terngiang-ngiang dalam otaknya ? Hana dah cuba yakinkan dirinya bahawa Darren pergi tak lama . Pasti ahli keluarganya akan mengikat jamin beliau dan Adrianna sendiri akan membantu kes ini dengan memberi keterangan palsu . Ya , palsu . Tak mungkin dia akan menceritakan bahawa Darren menculik dirinya .

"Adrianna ? We're arrived . Come"

Hana menghulurkan tangan untuk membantu Adrianna bangun . Adrianna tersentak . Terus digenggam jari jemari Hana yang terasa sejuk membeku akibat pendingin hawa . Langkah diatur meninggalkan kapal terbang mereka . Adrianna memandang Hana sekilas .

"Hana , kita akan jumpa Darren kan ?"

Hana mengangguk .

"Tapi lagi seminggu baru kita jumpa dia . Saya pun tak faham kenapa .. Tapi , apa yang penting kita jumpa mak dan ayah awak dulu"

Hana mendongak mencari-cari kelibat ibu-bapa Adrianna . Sempat dia menghubungi Syamim semalam . Meminta nombor telefon ibu bapa Adrianna . Kerana terpaksa dia mencari Syamim . Terpaksa ..

"Adik ?! Adik !!"

Hasya Nabila . Kakak kepada Adrianna itu mengatur langkah laju mendapatkan Adrianna . Sebak tidak dapat ditahan lagi . Sungguh dia bersyukur adiknya masih selamat . Kelihatan Redwan , suami kepada Hasya setia berdiri di samping isterinya . Cuba menenangkan mungkin .

"Adik ! Kakak tak sangka kawan baik engkau boleh buat kau macam ni ! Apa motif dia ?!"

Tiba-tiba ibu dan ayah Adrianna berlari dari kejauhan cuba mendapatkan anak bongsu mereka .

"Ya Allah adik ... Adik sihat tak ? Adik dah makan ? Dia ada apa-apakan adik tak ?"

Adrianna diam . Ditenung semacam lantai KLIA seperti ingin ditebuk . Kenapa Syamim sanggup buat cerita sampai semua orang ingat Darren tu boleh bunuh aku ? Hatinya berbisik kecewa . Bagai diseru , muncul juga dari kejauhan lelaki yang paling dibencinya .

"Ibu , ayah dengan kakak dah salah . Dia tak cederakan adik pun . Adik yang ajak dia lari dengan adik ! Adik yang nak kahwin dengan dia ! Laki tu .. Laki tu yang jahat ! Dia tipu adik ! Dia tak bertanggungjawab !"

jari telunjuk Adrianna diarahkan tepat ke batang hidung Syamim . Terkedu seketika lelaki itu dibuatnya .  Semua mata memandang ke arahnya . Apabila mata Syamim bertembung dengan Hana yang setia menyaksikan drama ini berdekatan , Hana berbisik sesuatu kepada Syamim sebelum beredar .

"Game over , idiot"

Ayah Adrianna kelu .

"Syamim ni .. Tak bertanggungjawab ? Maksudnya ?"

Encik Sofwan memandang tepat ke anak mata Syamim , meminta penjelasan . Syamim kaku . Adakah segala rahsia hitam yang tersimpan rapi bakal terbongkar ?

"Cerita lah Syamim"

Tiba-tiba suatu suara yang asing menggempur drama swasta yang hebat ini . Adrianna menoleh dan ya dia kaget . Kerana dia kenal wanita yang sedang berjalan menghampiri mereka ini .

"Tell them how you've made me PREGNANT , tell them how you leave me with a baby when I'm still studying , tell them how you seduce Adrianna to get marry with you and get rid of me from your mind and how you KILLED OUR BABY with that abortion pills !  Tell them . Tell them EVERY SINGLE THING THAT THEY SHOULD KNOW !!"

Helena yang entah daripada mana tiba-tiba muncul dengan sebuah bagasi berwarna ungu disisinya . Adrianna semakin kaku . Bukankah Helena bersekongkol dengan Darren untuk menjatuhkan Darren ? Kenapa akhirnya Helena membantu dia ? Dan , baru dia tahu .. Pil keguguran yang Helena makan untuk membunuh bayi mereka sebenarnya ialah kerana Syamim yang memaksanya ! Sungguh , dia benar-benar perlu membuat perhitungan dengan lelaki ini .

"Dasar jantan murah !"

Namun Redwan sudah terlebih dahulu meninggalkan kesan lebam dibahagian dagu lelaki itu . Keadaan di perkarangan KLIA kecoh dengan insiden itu .

"Abang !"

"Ya Allah .. Redwan!"

"Itu balasan untuk lelaki murah macam kau !"

Keadaan semakin tegang . Adrianna memegang tangan Helena kemas sebelum mereka semua akhirnya bergerak dengan Startrek Hyundai milik Ridwan . Meninggalkan Syamim yang sedaya upaya cuba untuk bangun . Adrianna hanya diam di dalam kereta . Menilik Syamim yang cuba dibantu oleh beberapa orang berdekatan . Satu masalah sudah selesai . Tinggal dua saja lagi yang perlu  dihadapi .

.................

2 hari sebelum hari perbicaraan ..

Hasya menilik adiknya yang kelihatan manis berbaju kurung moden . Tudung berwarna emas yang sedondon dengan baju kurungnya nampak elok apabila gadis secantik Adrianna yang menggayakannya .

"Cantik sangat adik akak ni .. Mesti suami dia terpegun .."

Hasya tak habis-habis memuji kecantikan adiknya . Semenjak dia pulang daripada Sydney , Adrianna hanya kelihatan muram dan asyik menangis di pangkuan Hasya . Mungkin terlalu rindukan suaminya . Jadi , Hasya mengambil keputusan untuk meminta bantuan Hana menghantarnya ke balai polis dimana Darren ditahan sementara siasatan berjalan .

"Cantik ke kak ? Betul ni ?"

Hasya mengangguk-ngangguk sebelun kereta Hana kedengaran mengehon daripada luar rumah .

"Adik ! Hana dah sampai tu !"

Kedengaran suara Puan Salmah menjerit daripada ruang tamu . Adrianna bergegas mengambil tas tangan dan bersalam dengan semua ahli keluarganya sebelum berlari anak masuk ke dalam kereta mewah milik Hana .

"Cantik Adrianna hari ni ! Mesti Abang Darren suka ! Pakai seatbelt ! Kita jalan jauh ni !"

Adrianna tersenyum dengan pujian Helena yang berada di seat belakangnya  sebelum menarik seatbelt membalut pinganggnya . Betapa dia bahagia hari ini dia dapat juga melepaskan rindunya pada Darren . Senyumannya tak lepas daripada bibir sehingga akhirnya dia terlelap ..

................

"Nik Darren B. Abdullah ?!"

Darren yang hanya terbaring lesu di atas lantai besi itu terbangun dengan suara salah seorang pegawai polis yang memanggil namanya . Lambat-lambat dia bangun dan mendekati pegawai polis bermisai lebat itu .

"Ya tuan ? Ada apa ?"

Pegawai polis yang bernama Gilbert itu memandangnya bengis .

"Kamu ada pelawat"

Darren terpinga-pinga . Dirinya dibawa ke sebuah bilik pengasingan yang hanya ada sebuah telefon dan dinding kaca lutsinar . Ini ialah pelawatnya yang ketiga setelah Helena dan papanya datang melawat tempoh hari . Helena telah menceritakan bagaimana penculik upahan Syamim menculiknya dan memaksa Helena menceritakan keadaan sebenar Darren dan Adrianna atau dia akan dicampak ke dalam gaung . Tiba-tiba muncul seorang gadis berbaju kurung , manis orangnya dan ya , itu isterinya . Serentak tangan mereka berdua melekap di balik cermin pemisah setelah hampir seminggu tak bersua muka .

Adrianna pantas mengangkat telefon yang berada disisinya pabila melihatkan Darren sudah sedia dengan telefon ditelinganya .

"Assalamualaikum Adrianna .."

Adrianna menjawab salam tersebut lembut . Air matanya laju bercucuran walaupun bibirnya menitikan senyuman . Sebak melihat lelaki yang dicintainya sedang berjuang di sebalik cermin itu .

"Awak sihat ? Saya rindu sangat kat awak .. "

Darren mengangguk sebelum tangan kirinya lembut menyentuh cermin pemisah . Ingin sekali dia mengusap air mata gadis yang dia cintai itu .

"Saya pun rindu kan awak .."

Adrianna mengusap air matanya apabila perasan akan reaksi Darren yang ingin mengusap air matanya pergi .

"Kenapa ada cermin pemisah diantara kita ? Kenapa kena ada dugaan waktu kita dah mula saling menyayangi ?"

Darren tersentak dengan soalan itu . Adakah hari ini dia dapat mendengar kalimah hikmat dituturkan oleh Adrianna ?

"Sebab .. Tuhan nak uji sejauh mana kita saling mencintai .. Awak cintakan saya tak ?"

Soal Darren lembut . Tapak tangannya bertemu dengan tapak tangan Adrianna . Walaupun ditengah-tengahnya ada cermin yang menghalang , dia masih dapat rasakan kehangatan yang ingin gadis itu sampaikan .

"Cinta .. Saya cintakan awak seluruh jiwa raga saya .. Kita pasti akan bersama nanti .. Janji dengan saya tabah ya ? Jangan mengalah ya ? Saya sentiasa akan setia menunggu awak . Jangan pernah jatuhkan talak tau !"

Sekali lagi empangan air mata gadis itu pecah . Sumpah ! Dia teringin sekali memeluk suaminya erat ! Ingin sekali dia menyampaikan rasa rindu itu . Darren semakin sebak . Air matanya juga tidak dapat ditahan lagi . Sungguh dia rindukan gadis dibalik cermin itu .

"Saya cintakan awak juga .. Saya janji saya takkan tinggalkan awak .."

"Masa melawat dah tamat !"

Tiba-tiba pegawai polis itu mengheret Darren pergi tanpa belas kasihan . Adrianna mengetuk cermin pemisah itu sekuat hatinya . Namun dia tahu itu sia-sia .. Hana tiba-tiba datang bersama Helena . Cuba memujuk Adrianna yang terduduk di atas lantai . Menangis seperti tiada lagi hari esok ..

"Adrianna .. Stay strong dear .. Stand up ! Darren would cry watching you lost your spirit . Please , for Darren"

Helena cuba memujuk . Hana sudah mengusap-usap airmatanya . Sebak melihatkan Adrianna begini . Hanya tahu menangis dan menangis kerana dia tidak punya kuasa melawan qada' dan qadar Allah . Kini , semuanya terletak pada tangan peguam bela Darren .. Hana akhirnya cepat-cepat membantu Adrianna bangun .

"Darren .. Jangan tinggalkan saya .."

"I would never leave you , sayang .."

Darren memegang foto dia dan Adrianna semasa hari pernikahan mereka yang Helena ambil secara senyap-senyap . Dikucup gambar itu lembut sebelum air matanya tumpah tepat ke atas wajah Adrianna .

"Sungguh aku mahu kau milikku"

.............

6  b u l a n  k e m u d i a n . . .

"Selamat hari jadi sayang !"

Adrianna kaget sebelum bibirnya menyimpul senyuman manis . Berjalan perlahan ke arah suaminya yang berdiri di hadapan balkoni rumah mereka .

"Eh sayang .. Watch out .. Our first baby ni ..."

Darren cepat-cepat mengatur langkah mendekati Adrianna . Membantunya berjalan dan mengambil tempar disisi Helena . Darren kembali ke meja yang ada sebiji kek vanila dan bermacam-macam hadiah daripada tetamu kerana ingin meletakkan lilin di atas kek tersebut .

"Hey Adrianna ! Careful .."

Adrianna menggenggam erat meja sebelum duduk di atas kerusi bersebelahan Helena . Direnung wajah suaminya yang beria-ia mengadakan surprise birthday party untuknya hari ini .

"Hey , you know what Adrianna . Saya dahulu pernah tersuka Darren tau ! Tapi , saya sedar yang saya takkan mampu bahagiakan dia seperti awak mampu bahagiakan dia"

Adrianna ketawa kecil mendengar kisah Helena itu .

"Because you're over despair , you decided to get married with Kamal ?"

Helena ketawa terbahak-bahak . Sejak bila dia ovee despair bila Darren tinggalkan dia pun tak tahu lah ..

"She got married with me becaue she love me okay ! She deeply in love with me !"

Kamal tiba-tiba muncul diantara mereka menyebabkan Adrianna semakin galak tertawa . Helena mencebik geram sebelum menampar lengan Kamal kuat .

"Since when ha ?! Eee , suka mereka-reka cerita .. Huh !"

Darren datang dengan sejambak bunga lalu dihadiahkan kepada isterinya . Semua tetamu ketawa kecil dengan keletah pasangan baru itu . Adrianna menyambut huluran tangan Darren dan dibawanya ke meja yang terdapat kek dan lilin .

"Blow the candles and make a wish , sayang"

Adrianna tersenyum ke arah suaminya sebelum meniup lilin-lilin tersebut . Semua tetamu bertepuk tangan .

"What did you wish for ? A handsome son just like his father ?"

Adrianna ketawa sebelum menggeleng .

"Saya berdoa , supaya kita berdua akan jadi pasangan suami isteri hingga ke jannah . Dan awak takkan cari bidadari yang lebih cantik dari saya kat syurga nanti !"

Darren tertawa sebelum mencuit lembut hidung isterinya .

"In shaa Allah .. Awaklah satu-satunya bidadari untuk saya . Termasuk anak kita ni"

Diusap lembut perut isterinya yang membesar dengan anak pertama mereka didalamnya . kebahagiaan yang sukar untuk mereka kecapi , akhirnya Allah kurniakan juga dengan tambahan seorang cahaya mata yang menyinari kehidupan mereka .. Sungguh , cinta itu hadir kerana ketulusan .

~ T H E  E N D ~

*THANKS FOR ALL OF MY READERS YANG SUDI MENCUBA KARYA SAYA . DAN JIKA ANDA SUKAKAN CERITA INI , JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT YAA ! TAK PAKSA ! TAPI KALAU BOLEHLAH .. HEHE . RASANYA SAMPAI DISINI SAJA . JUMPA LAGI DALAM KARYA SAYA YANG LAIN ! BYE :)*

Continue Reading

You'll Also Like

619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
121K 3.3K 10
"Wah wah wah. Ayu eh kau? Kenapa nak jadi setan ke duduk lama-lama dalam bilik air tu? Ouhh lupa , kau memang setan dah pun. Sanggup musnahkan kebaha...
2.8K 230 44
husna lovestory ? Bermula hanya sekadar senior lalu menjadi seseorang yang akan menemani hingga akhir hayat . Fariz Haikal × Airin Husna ' slow up...
8.2K 515 15
[COMPLETE] 1st MILIK SERIES SERA SEROJA x EDRA EDHAN He fall first, but she fall harder 🫶🏻 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penuli...