Hilang

Par FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... Plus

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Memori II

1.4K 92 6
Par FithFith

  Suasana di dewan makan agak bising. Maklumlah, sudah sampai waktunya untuk kami untuk bersarapan pagi. Semuanya berbual-bual kosong dengan kawan masing-masing.

  Seperti biasa, aku beratur untuk mengambil makanan di kaunter. Dan seperti biasa, akan ada budak-budak lain yang lebih tua daripadaku memotong barisan. Tiada barisan pun sebenarnya. Aku rasa aku seorang saja yang mengikut arahan warden asrama yang selalu memekak pagi-pagi buta.

  Budak-budak lain, semua sudah di meja. Kini tinggal aku seorang di kaunter. Akhirnya, dapatlah aku mengambil sarapanku.

  Aku berjalan ke meja makan apabila...

  "Ouch!"

  "Huh?"

  A-Aku terlanggar seorang abang...

  MUJURLAH ROTI BAKAR DI DULANG KAMI TIDAK TERGOLEK JATUH!

  "M-M-M-Maaf..........."

  Aku terlihat muka abang itu. Cepat-cepat aku menunduk. Aku takut. Apa yang aku tahu, dia beredar pergi sejurus selepas aku meminta maaf.

  Dengan segera, aku berjalan ke meja makan di lokasi yang terpencil dan tidak ramai budak lain yang duduk di meja itu. Usai kami semua membaca doa makan, aku pun menjamu selera.

  Hari ini hari Sabtu. Cuti sekolah. Seperti kebiasaan, aku akan siapkan kerja sekolah di bilik sejurus selepas sarapan. Apabila sudah siap, bolehlah aku keluar bermain dengan Apit.

  Dengan kebenaran warden, aku keluar dari rumah anak yatim itu. Aku terus berlari menuju ke sebuah rumah banglo tinggal, beberapa meter dari rumah anak yatim.

  "Apit~!"

  "Meow~"

  Ah, comelnya!!

  Aku duduk di lantai ruang tamu banglo yang kotor itu. Kepala Apit aku garu-garu perlahan. Anak kucing jantan itu menggosok-gosok manja badannya pada kakiku. Habis bulu hitamnya melekat pada seluar jeans aku!

  "Apit dah makan?"

  "Meow~"

  Aku bawa keluar sepeket kecil makanan kucing yang aku beli semalam selepas balik sekolah, lalu aku beri Apit makan.

  "Apit! Tadikan, aku terlanggar seorang abang ni. Aku rasa takut sangat, sebab apabila aku tengok muka dia, mata dia nampak macam mata hantu!

  Dia pandang tajam dekat aku. Nampak macam dia marah. Tetapi masa tu, aku terlanggar dia. TERlanggar! Jadi bukan salah aku, bukan?"

  Apit, sudah semestinya, tidak memberi apa-apa respon. Dia tengah sibuk menjamu selera. Takkan dia nak balas kata-kata aku pula? Mana tahu, tiba-tiba Apit kata, "ha, memang bukan salah kau pun.", mahu aku lari tak cukup tanah.

  Aku suka bermain-main dan menemani Apit. Setiap hari, sama ada pagi atau petang, aku pasti ke rumah tinggal di kaki bukit ini. Ramai kata, rumah ini berhantu. Tapi aku tidak kisah. Aku nak menemani Apit.

  Semasa aku jumpa Apit di rumah ini beberapa bulan lepas, dia keseorangan. Dia begitu lemah kerana dia baru berusia beberapa minggu, pada anggapan aku. Sejak itu, aku menjaganya. Aku buatkan tempat tidurnya dengan menggunakan kotak. Aku beri Apit makanan setiap hari.

  Bagiku, hanya Apit satu-satunya kawan aku. Dia dengar sahaja semua cerita atau aduan yang aku leterkan kepadanya. Memanglah, dia cuma seekor kucing yang tidak memahami apa-apa, tetapi...

  Aku anggap Apit sebagai kawan baikku. Kami berdua, sama-sama anak yatim piatu. Sama-sama takut akan dunia luar. Sama-sama keseorangan.

  Aku perasan, aku ini seorang yang pemalu tak bertempat. Seorang penakut. Seorang pendiam. Mungkin sebab itulah ramai tidak mahu berkawan dengan aku. Mereka anggap aku sombong. Malah, aku sendiri tidak tahu macam mana nak buat kawan baharu. Di sekolah, di rumah anak yatim... Sama sahaja.

  Aku keseorangan.

  "Meow~"

  "Hehe, aku tak menangislah! Eh, Apit dah habis makan?"

  Aku baru sahaja hendak membelai Apit lagi apabila aku terasa kepala aku sakit, kerana rambutku ditarik seseorang.

  "Ha! Budak yatim ni lagi!"

  Rambutku ditarik lagi, sehingga aku perlu berdiri untuk mengurangkan sakit.

  Aku lihat sekeliling. Ada dua orang budak lelaki di hadapan, salah seorang daripada mereka sedang memegang Apit dengan kasar. Di sebelah pula, ada seorang lagi budak lelaki yang masih menarik rambutku.

  Aku kenal mereka. Mereka telah datang ke sini dan membuli aku dan Apit beberapa hari lepas. Aku agak mereka berada di Darjah Empat, ataupun lebih tua. Ketua mereka adalah yang sedang menarik rambutku. Namanya... Bahari, jika tak silap. Yang memegang Apit itu Syamsul, dan yang seorang lagi ialah Jay. Aku tahu nama mereka melalui perbualan mereka bertiga hari tu.

  "Bukankah kami dah beritahu supaya pergi dari sini? Menyemak betul! Aku paling tak suka ada budak tak beribu ayah ni!" Bahari menyentap rambutku, terus membuat aku menangis kesakitan.

  Jay merampas kasar Apit dari pegangan Syamsul, "kami tak suka kucing hitam! Kucing hitam membawa malang!" Jay memegang ekor Apit dan membiarkan Apit bergantungan. Aku menangis lebih nyaring apabila mendengar Apit mengiau sayu.

  Rambutku disentap lagi, "diamlah! Sikit-sikit menangis!"

  Aku masih menangis, tetapi kali ini, aku cuba memberanikan diri untuk bersuara.

  "L-Lepaskan... Apit..."

  "Apa? Aku tak dengar?"

  Aku teresak-esak, mengumpul nafas, "Lepaskan Apit...!"

  Aku terkejut apabila mereka bertiga tiba-tiba ketawa. Syamsul berkata, "mana boleh! Kucing hitam bawa malang, jadi kami perlu matikan kucing ni!"

  Apit dibaling, bagai anak patung, dia terpelanting menghempas dinding. Aku meraung kuat, melawan-lawan Bahari yang mula menyentap lagi rambutku.

  "Apit!!!"

  Kenapa...? Apa salah aku diperlakukan sebegini?

  Hanya sebab aku ni anak yatimkah, mereka jijik melihat aku lalu menghalau aku pergi?

  Apit... Aku lihat dia sudah tidak bergerak. Tidak mengiau lagi. Aku takut... Takkanlah Apit sudah...

  "Baik aku uruskan budak yatim ni pula!"

  Bahari menyepak kakiku dan aku terjatuh. Rambutku yang masih dipegangnya, ditarik kuat, membuat aku diseret menuju ke luar rumah tinggal itu.

  "Hihihihiiiiiiiiiiiiii......................"

  "B-Bunyi apa tu?!"

  "Hahahahahahahaha!!!!"

  "S-Siapa... Siapa tu?! Keluar sekarang!"

  Aku lihat tiga orang budak lelaki itu ketakutan apabila mendengar tawa seorang budak, yang kedengaran entah dari mana.

  "H-Hei, Bahari. Rumah ni kan... berhantu... Bukan?"

  "J-Jangan mengarut! Mana ada hantu di-"

  Tiba-tiba terdengar bunyi perabot jatuh ke lantai. Bunyi itu mengejutkan mereka bertiga lalu terus lintang-pukang budak-budak bertiga itu lari ke luar rumah.

  Aku keliru. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

  Terkejut aku apabila ada seorang budak lelaki berjalan keluar dari ruang dapur rumah yang agak tersorok. Budak itu lebih tinggi daripadaku jadi mungkin dia lebih tua- Tunggu, bukankah itu abang yang aku langgar secara tidak sengaja semasa di ruang makan rumah anak yatim tadi??

  "Huh... Nampaknya aku dah jadi hero tak bertauliah."

  Jadi... Abang itulah yang pura-pura jadi hantu tadi... Untuk selamatkan aku...

  "Huwaaaaaaa!!" Aku berlari dan terus memeluk abang itu lalu menangis sekuat hati. Aku ketakutan. Aku betul-betul rasa takut.

  "S-Sudahlah, tak perlu menangis lagi..."

  Abang itu menunjal dahiku dan menolakku perlahan menjauhi dia. Aku cuba untuk berhenti menangis.

  "T-T-Terima... K-Kasih..."

  Mataku digosok-gosok. Badanku masih terhenjut-henjut, cuba menahan tangis. Abang tadi, tiba-tiba sahaja mengusap-usap kepalaku dengan lembut. Tenang terus rasanya.

  "Kucing itu okeykah?"

  Aku teringatkan Apit. Cepat-cepat aku menghampiri Apit yang terbaring di lantai.

  "Apit...?"

  "Meow~"

  Gembiranya aku!! Apit sebenarnya berpura-pura mati ketika tiga orang pembuli itu masih ada di sini!

  Apit aku dukung dan aku memeluknya erat. "Hebatnya Apit~! Apit memang kuat dan pandai!!"

  Aku terpandang abang tadi yang duduk bersandar di dinding, memandangku. Boleh pula aku terlupa fasal abang tu! Malunya aku! Aku tak biasa menjerit-jerit ceria macam ni depan orang!

  Aku duduk di sebelah abang itu. "Terima k-kasih, tau."

  Abang yang dari tadi memandang tajam diriku dengan matanya yang menakutkan di sebalik kaca matanya, kali ini memandang ke tempat lain dan menggosok-gosok tengkuknya, tanda malu. Agaknya.

  "Sama-sama."

  Sudahlah matanya menakutkan, suaranya pun menakutkan juga?

  "Jadi, kucing itu cederakah?"

  Aku periksa Apit yang bermain-main di pehaku. "Kakinya luka sedikit. Ekornya pun terluka sebab kena tarik tadi."

  Ah, itu pertama kali aku bercakap begitu panjang dengan seseorang.

  "Marilah, kita rawatkan dia."

  Kami ke bilik abang itu secara senyap-senyap. Warden sebenarnya tidak membenarkan budak-budak perempuan untuk pergi ke bilik budak-budak lelaki tetapi... Kali ini tidak mengapa, kut. Aku ada kucing yang perlu dirawat.

  Abang tadi itu membasuh dan membersihkan tempat luka pada kaki dan ekor Apit dengan menggunakan air. Kemudian dia menyapu minyak gamat pada tempat luka itu dan menampal tempat luka itu dengan plaster. Sambil abang itu sibuk merawat Apit, aku menguruskan rambut ikal mayangku yang sudah kusut masai dengan teruk.

  "Wah... Macam doktorlah~"

  Aku sebenarnya tidak sedar yang aku memuji abang tadi. Abang itu, aku lihat tersenyum nipis. Pertama kali aku lihat dia tersenyum. Barulah nampak kacak sedikit.

  Aku ambil dan usap-usap Apit. Kami bertiga duduk-duduk di katil empuk abang itu. "Terima kasih..."

  "Hmm. Lain kali jangan bermain di situ lagi. Budak-budak pembuli tadi hendak jadikan tempat itu sebagai tempat persembunyian mereka."

  "Persembunyian?"

  "Mereka nak merokok tanpa diketahui keluarga."

  Aku usap-usap Apit yang sudah tidur. "Tapi, di mana Apit nak tinggal nanti? Warden tak kasi kita bawa masuk haiwan ke rumah anak yatim ini."

  "Bela saja dia di bilik kau dahulu. Nanti aku fikir-fikirkan. Nama kucing kau Apit?"

  Aku angguk-angguk. Abang itu buat raut muka kehairanan.

  "Kenapa pelik sangat namanya?"

  "Nama panjangnya Brad Pitt. Nama pendeknya Apit. Saya letak Brad Pitt sebab pelakon itu sahaja yang saya tahu namanya."

  Abang itu tergelak. Aku hanya tersengih. Abang itu kelihatan lebih mesra apabila dia ketawa. Sebelum ni dia hanya buat muka macam nak marah orang sahaja.

  "Nama kau siapa?"

  "N-Nama saya... Nurul Fithriyaani."

  "Nama kau lagi pelik daripada nama Apit."

  Aku ketawa. Tak boleh nak buat apa. Itulah nama yang arwah ibu ayah aku beri.

  "Nama aku Raja Izzuddin Shah."

  "Keturunan rajakah?"

  "Rasanya."

  Aku bertepuk tangan. "Wah, hebatnya abang!"

  "Kau panggil aku 'abang'?"

  "K-Kenapa? Abang lagi tua, bukan?"

  "Kita sebayalah. Kita Darjah Satu! Itulah, kau ni pendek sangat."

  Aku terkejut. Betullah, abang yang di depan aku ni memang tinggi...

  "Abang makan apa jadi tinggi sangat?"

  "Entahlah- Eh, berhenti panggil aku 'abang'!"

  Aku garu-garu pipi. "Habis tu, nak panggil apa? 'Raja'?"

  Abang itu mengeluh. Mungkin sebab aku tanya banyak sangat, kut.

  "Ikut kaulah..."

  "Okey, Raja! Tapi, macam mana Raja tahu yang kita ni sebaya?"

  Raja diam sahaja. Muka menakutkannya itu kembali lagi. Nasib baiklah ia tak berkekalan lama apabila Raja tiba-tiba mengusap kepalaku. Sekali lagi, aku rasa sangat-sangat tenang. Seperti ada aura ketenangan yang dikeluarkan dari tangan Raja, melalui kepalaku dan terus bergerak menuju ke jiwa. Ceh!

  "Sudah, keluar dari bilik aku ni. Seluar kau yang kotor tu mengotorkan tilam aku!"

  Sejak hari itu, aku dan Raja menjadi kawan baik. Aku dapat tahu bahawa Raja juga tidak mempunyai kawan sebelum ini (mungkin sebab mukanya yang menakutkan kerana tak selalu senyum). Jadi, aku rasa gembira untuk menjadi kawannya.

  Walaupun sebaya, Raja lebih matang dalam semua perkara. Aku, yang masih pemalu, penakut, pendiam dan kebudak-budakkan ni diajar untuk cuba berbual-bual dengan orang lain dan melawan jika ada orang cuba membuli. Aku sedih juga kerana aku ni seorang budak perempuan yang terlalu lemah, tapi dengan Raja di samping aku ni, aku dah tak takut apa-apa.

  Aku janji untuk jadi lebih kuat dan lebih berdikari!

  "Tunggu. Nama kau apa tadi?"

  "Nurul Fithriyaani."

  "Nama pendek?"

  "Err... Fithri."

  "Heh. Nama lelaki. Kau perempuan, jadi aku akan panggil kau 'Fifi'."

  Aku tersenyum lebar, sangat-sangat teruja.

  "Okey!"


Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

63.7K 543 5
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
16.4K 1.3K 14
Sambungan Psycho The truth thing about Mas
195K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
4.7K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...