Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Memori I

1.5K 90 5
By FithFith

  "Weh, Abang! Abang!"

  "..."

  "Abang!!"

  "..."

  "Hoi, pekak!"

  "Berani kau panggil aku pekak??"

  "Dah beberapa kali aku panggil, kau tak jawab-jawab pun!"

  Aku lihat muka sepuluh sennnya itu. Nampak sangat sikap pemalasnya hendak melayan aku. Aku tahulah aku ni jenis suka berleter itu ini, tetapi apabila kau ada dengan aku, aku tidak dapat nak menahan keinginan untuk berleter!

  "Kau buat apa?"

  "Buat kuih."

  Abang tergelak kerana dia dapat mengenakan aku lagi. Huh, menyampah betullah aku!

  "Aku tahulah kau tengah kira duit... Tapi kenapa kau mengira duit? Kau nak beli apa-apakah?"

  "Taklah."

  "Habis tu?"

  Soalan aku dibiar bergantungan, melayang-layang ditiup bayu. Mulalah aku rasa nak naik angin. Tetapi aku tahan saja dulu. Aku nak juga tahu berapa ringgit Abang sudah kumpul di dalam tabung tinnya.

  "Lebih RM500."

  Aku terkejut. Abang tiba-tiba sahaja menjawab persoalan yang aku nanti-nantikan jawapannya selama tiga minit ini.

  Aku lihat muka Abang gembira. Boleh nampak seri yang berkilauan pada wajahnya yang tersenyum nipis, ala gaya macho. Apabila tengok lama-lama, rasa nak muntah pula aku.

  Abang menoleh, memandangku. "Sudah, pergi mandi. Busuk!"

  "Ala, aku nak ikut kau keluar beli barang sekali!"

  "Memanglah aku nak ajak kau pun!"

  "Oh, eh? T-T-Tapi balik rumah nanti, kena mandi lagi sekali pula!"

  "Hish, pengotor! Nanti tiada siapa nak kahwin dengan kau nanti!"

  Sambil kami berdua bergaduh-gaduh, kami mula bergerak, melangkah ke bilik masing-masing dari ruang makan itu. Aku masuk ke bilik dan mula bersiap untuk mandi. Ya. Nak atau tidak, aku tetap perlu mandi petang ni.

  Abang sudah berada di luar ketika aku baru hendak keluar. Aku tengok bajunya berwarna coklat gelap. kemudian aku pandang baju aku pula. Ah, coklat terang! Terfikir juga, nanti kami keluar berjalan-jalan nanti, mesti semua orang fikir kami ni pasangan kekasih! Malu, malu, malu, malu, malu!

  Tapi...

  "Kau sudah tanya warden?"

  "Sudah. Cepatlah! Nanti kita lambat!"

  "Lambat?" tanyaku sendirian, "kenapa pula kita boleh terlambat beli barang?"

  "Aku tak cakap pun aku nak beli barang, bukan?"

  Eh, menjawab pula kau ni. Selama ni, aku tanya kau terang-terang, malas nak menjawab. Aku tanya perlahan-lahan, rajin pula kau jawab?

  Beberapa minit kami berjalan dan berbual-bual kosong, kami berdua akhirnya sampai ke destinasi yang aku tak tahu pun tempat tu sebenarnya destinasi kami.

  "Eh, aku tak tahu pun ada taman tema di sini!"

  "Baru sahaja dibuka sebenarnya. Kawan aku ada yang kerja di sini, kau tahu."

  Aku hanya mengangguk-angguk. Abang mempunyai ramai kawan, tak kisahlah dari sekolah tadikakah, mahupun yang sudah bekerja kerani pejabat. Aku kagum sedikit. Lelaki di sebelah aku ni sudah macam magnet yang menarik kawan-kawan baharu.

  Sambil aku tunggu Abang mencari-cari sesuatu di dalam poketnya, dari luar aku memperhatikan permainan-permainan menarik yang berada di sebelah dalam pagar tinggi taman tema itu. Kemudian, aku menyorotkan mataku pada kaunter tiket di hadapanku sebelah kanan.

  "Mahalnya! Satu tiket RM20 lebih!"

  "Tak apa. Aku ada ini!" Aku sengih saja melihat Abang yang juga tersengih bagai kerang busuk dan basi, memegang dua keping tiket di tangannya.

  Dan dengan itu, aku dan Abang melawat setiap gerai permainan dan gerai makanan. Ya! Makanan amat penting untuk mengisi perut yang lapar. Kami sudah biasa makan banyak sejak kecil kerana asrama anak yatim selalu menghidangkan sepinggan besar makanan dan pastinya, kami dipaksa untuk menghabiskan makanan itu supaya tidak membazir.

  Makanan yang dijual di sini agak mahal. Mungkin sebab itulah Abang mengira duit yang telah dikumpulnya sebelum keluar tadi, walaupun Abang ada tiket percuma untuk kami berdua masuk ke taman tema di tengah bandar ini. Tapi, mahal-mahal pun, sedap juga ya makanan di sini? Hohoho.

  Kami berdua sedang beratur untuk menaiki roller coaster apabila ada seorang remaja lelaki yang dikenali datang dan menegur kami.

  "Assalamualaikum!" orang itu berjabat tangan dengan Abang. Walaupun terkejut dengan kehadirannya, Abang menyambut sahaja tangan lelaki itu dengan sikap peramahnya.

  "Waalaikumussalam...!"

  "Kau dan Aqilah buat apa di sini? Bertemu janji, ya~?"

  Terus panas membahang muka aku apabila dengar dia cakap macam tu!

  "Woi, kau cakap baik-baik sikit, ya? Aku dan Ansar tak berdating!"

  Zaim hanya ketawa kecil. Aku lihat Abang. Nampaknya dia pun menahan malu.

  Zaim merupakan kawan sekelas kami sejak Tingkatan 1, dan kini, kami berada di Tingkatan 3. Perasan tak, aku panggil Abang sebagai Ansar tadi? Memanglah nama Abang 'Mohd Ansar'. Sejak kali pertama aku dan Abang berkenalan di rumah anak yatim ketika berumur 6 tahun, aku panggil dia 'Abang' dan dia akan panggil aku 'Adik'. Bukannya kami ada pertalian darah atau menjadi adik-beradik angkat pun. Saja-saja je nak panggil masing-masing macam tu. Tetapi apabila sudah bersekolah, aku akan panggil Abang 'Ansar' di hadapan kawan-kawan kami. Begitu juga Abang, memanggilku 'Aqilah'.

  "Aku ada tiket percuma untuk grand opening taman tema ni. Jadi alang-alang kawan baik, aku ajaklah Aqilah datang sini sekali." jawab Abang, tenang dalam bingit orang ramai di situ. "Kau, Zaim? Dating?"

  "Y-Ya..."

  "Mana teman wanita kau? Tak nampak pun?" tanyaku.

  Zaim mengeluh sedikit. "Fithri pergi beli aiskrim sekejap."

  Aku dan Abang mengangguk-angguk faham. Kemudian aku tanya lagi, "Eh, aku dengar dari Fithri, kau nak pindah sekolah tahun depan. Betulkah?"

  Zaim mengangguk. "Hmm. Ke sekolah menengah sains di Kelantan."

  Aku kagum sedikit. Keputusan PMR Zaim memberangsangkan. Memang patutlah dia dapat melanjutkan pelajaran Tingkatan Empatnya di sekolah sains berasrama penuh.

  "Sebenarnya, aku ajak Fithri ke sini untuk meluangkan masa bersama. Maklumlah, tahun depan, kami tak dapat berjumpa lagi..."

  "Baguslah tu! Kenapa kau bermuka sedih pula?" tanya Abang. Zaim mengeluh lagi.

  "Fithri ajak Raja sekali..." Tawa Zaim kedengaran menyedihkan. Ya, aku faham perasaan Zaim. Cemburu. Tiada privasi.

  "Tetapi bukankah itu lebih baik? Tak baik kau dan Fithri berdua-duaan sahaja. Nampak tak manis dipandang orang. Syaitan pula mengikut saja kamu berdua nanti. Jadi eloklah dia bawa orang lain untuk menemani."

  Pesan Abang itu mengejutkan aku dan Zaim. Kami berdua menunduk. Ya, memang terasa pedasnya.

  "Kata orang. Kamu berdua pula? Apa cerita?"

  Aku dan Abang berpandangan. "Kami tak bercinta macam kau dan Fithri, jadi tak mengapa kalau kami berdua-duaan." kata aku sambil menyiku-nyiku lengan Abang yang tergelak besar. Zaim hanya menggeleng-gelengkan kepala.

  "Okeylah, aku nak ke kafeteria sana. Rasanya Fithri sudah menunggu aku dengan aiskrim-aiskrim tu. Selamat tinggal!"

  Aku dan Abang melambai-lambai Zaim yang menapak pergi. Apabila aku pandang ke hadapan, aku terkejut bahawa sudah sampai giliran kami menaiki roller coaster.

  Tanpa sedar, aku dan Abang sudah berada di taman tema itu sehingga malam. Abang mengajak aku balik, tetapi yang peliknya, dia sendiri tiba-tiba menukar fikiran. Dia ajak aku menaiki roda ferris. Itu yang terakhir sebelum kita balik, katanya.

  Roda ferris yang besar itu kami naiki. Memang tinggi. Pemandangan malam yang dilihat dari atas sangat-sangat cantik dan mengagumkan. Cahaya berwarna-warni terang memancar dari bawah, ditambah pula keindahannya dengan bintang-bintang di langit gelap.

  Aku rasa sungguh terharu, tanpa sebab.

  Aku lihat Abang yang duduk di sebelahku. Dia juga sedang menikmati pemandangan indah di tingkap sebelah sana.

  Patutkah... Aku berterus-terang?

  Maksud aku, aku sudah lama menyimpan perasaan terhadap Abang. Dia baik dan selalu menolongku. Abang juga selalu di sisiku walaupun aku selalu membuat masalah di sekolah dan di asrama. Telinganya juga sudah lali mendengar leteranku setiap hari. Sejujurnya, dia memang seorang lelaki yang unik kerana dapat menahan kerenah aku yang pelik dan ganas ni.

  "Abang..."

  "..."

  "Abang!'

  "Ya?"

  Tarik nafas. Tahan. Dan...

  "A-Aku sebenarnya suka kaulah."

  Aku tunggu reaksinya. Menggigil badan aku! Takut pula, kalau-kalau aku ditolak begitu sahaja. Ataupun dia terima aku? Arh, betulkah ini waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaan??

  Aku tunggu beberapa minit lagi. Gigil badanku sudah hilang. Kini, aku tidak lagi takut. Aku rasa marah.

  "Hoi! kau dengar ke tak ni??"

  "Hah, hah? Kau cakap apa tadi? Maaflah, aku tertidur!"

  "Aku cakap..."

  Aku tersengih. Huh, malaslah aku nak ulang lagi. Hish, Abang ni memang tak pandai romantik-romantiklah! Pemandangan dah cukup cantik tadi!!

  "Aku cakap aku- Woi, janganlah tidur!!"

  Hari itu memang menyeronokkan. Aku dan Abang kembali ke rumah anak yatim dengan hati yang gembira dan puas hati. Tetapi, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila kami dimarahi warden kerana balik lewat.


Continue Reading

You'll Also Like

989 79 8
ON-GOING [Karya by:@White_memory] [Genre: teen-fiction, non-fiction, short story, thriller] Published: 2024 Siri: Dakwah Remaja 6 ⚠️cerita rekaan yan...
67.7K 4K 18
Masalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit...
194K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
16.4K 1.3K 14
Sambungan Psycho The truth thing about Mas