Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 11 : Kawan Baik

1.7K 109 7
By FithFith

  "Raja,-"

  "Kau dah tahu, kenapa kau tanya lagi?"

  Diyana terjaga dari tidurnya. Melihatkan keadaan menakutkan seperti hendak perang di hadapannya, dia segera mengejutkan Irdina dan Hani.

  Sepasang remaja berdiri menghadap masing-masing. Kedinginan di antara mereka semakin terasa.

  "Jadi kenapa kau sembunyikannya daripada aku?" tanya Fithri, yang soalannya kekal tak berjawapan daripada Raja.

  Gambar keratan akhbar itu terbayang-bayang oleh kedua-dua Raja dan Fithri. Akhbar yang bertarikh bertahun-tahun lepas itu memaparkan suatu berita kemalangan jalan raya. Dua keluarga terkorban dalam nahas yang melibatkan dua buah kereta yang bertembung secara berhadapan. Nahas ngeri itu walau bagaimanapun tidak pula mengambil nyawa dua orang kanak-kanak berumur lima tahun, yang merupakan dua orang anak tunggal daripada dua keluarga itu.

  "Keluarga-keluarga tu... Bukan keluarga kita, bukan?"

  Raja hanya terus membisu, tetapi matanya sudah menunjukkan api kemarahan yang berbaur dengan perasaan lain. Melalui kaca matanya, mata Raja merenung tajam tanah tempat Fithri berdiri.

  "Raja... Kanak-kanak itu... Siapa mereka?"

  "Aku rasa kau dah boleh agak yang dua orang budak kecil itu ialah kita berdua."

  Meskipun sudah dapat diagak jawapannya, Fithri terkejut dengan pernyataan itu. Suara Raja yang keluar kedengaran begitu... menakutkan. Hafiz, Azim dan Izzah yang sudah bangun pun terkejut dengan suara itu.

  Jadi. Dia menjadi yatim piatu disebabkan kemalangan itu. Yang mengejutkan Fithri, Raja juga begitu disebabkan oleh kemalangan yang sama. Tetapi mengapa pula Fithri mula berkenalan dengan Raja sejak darjah satu, dan bukan sewaktu mereka berumur lima tahun? Serta, mengapa Fithri tidak ingat akan kemalangan yang menimpa keluarganya itu?

  Senang. Mungkin atas faktor usianya yang terlalu muda untuk menghadam peristiwa-peristiwa yang berlaku.

  Tetapi...

  "Tapi kenapa kau perlu sembunyikan perkara ini daripada aku? Kita kan kawan baik, kenapa kau tak ceritakan sahaja kepada aku?"

  "Kawan?"

  Fithri terkejut besar lagi. Kenapa pula dengan Raja ini?

  "Kau nak beritahu aku yang kita ni berkawan baik?"

  Berdebar-debar hati mereka yang masih duduk, 'menonton drama' di hadapan mereka.

  Raja memandang Fithri dan meninggikan suara, "kita tidak berkawan! Tak pernah sesaat pun kita berkawan! Pernahkah aku mengatakan atau mengiakan bahawa kita bersahabat baik??"

  "R-Raja... H-Hei, relakslah...-"

  "Kemalangan itu. Kemalangan tu berlaku disebabkan oleh kesalahan yang keluarga aku buat, dan disebabkan itulah... Kau kehilangan keluarga...

  ...Sebab itulah aku sorokkan perkara ini daripada kau! Aku rapat dengan kau sejak kecil semata-mata atas dasar rasa bersalah..."

  "Tapi kita boleh berkawan baik sekarang, dan kau tak perlu rasa bersalah lagi! Kenapa dengan kau ni? Kita masih boleh berkawanlah..!"

  Raja menjauhi apabila Fithri cuba mendekati. Riak mukanya masih sama dari mula.

  "Dan menyusahkan hidup aku sendiri lagi? Oh, tak. Aku dah penat. Menjaga dan menolong kau yang terlalu lemah tu hanya akan menyusahkan hidup aku saja."

  "Raja!" Hani berdiri mempertahankan Fithri yang menggigil kaku. Raja pula mula menapak pergi.

  Azim, dengan keceriaan palsunya, berkata, "aku dan Hafiz bermesyuarat sebentar semalam dan bersepakat untuk cari sungai supaya kita boleh keluar dari hutan tebal ni... Jadi, jom~"

  Cepat-cepat para remaja itu bangun dan mengejar Raja yang sudah agak jauh ke hadapan. Sambil mereka mengejar Raja yang ingin berseorangan waktu itu, sambil itulah mereka mencari sebatang sungai. Arah arusnya yang menuju ke laut boleh membawa mereka keluar dari hutan. Sememangnya, hutan merupakan tempat paling berbahaya untuk kita kekal berada di dalamnya.

  Kesemua mereka tidak berbual apa-apa pun ketika berjalan. Tiada siapa bertanyakan kepada Fithri mahupun Raja tentang apa yang telah berlaku antara mereka. Cuma Irdina, Diyana, Hani dan Izzah cuba menenangkan Fithri. Fithri tidak pula menangis. Sejujurnya, dia rasa malas hendak menangis. Memanglah sedih apabila kawan baiknya selama ini berkata sebegitu kepadanya, tetapi... Entahlah. Mungkin Raja stress?

  Raja pula masih marah akan Fithri. Sebenarnya, apa yang dimarahkan, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia tidak akan bercakap dengan Fithri lagi selepas ini. Bukan sebab terlalu marah, tetapi sebab Raja hendak bersendirian terlebih dahulu. Dengan cara itu barulah dia boleh selesaikan keadaan.

  Tetapi... Jauh di sudut hatinya, Raja merasakan sesuatu.

  Hafiz, Azim, Hani, Izzah, Irdina dan Diyana kekadang berpandangan sesama sendiri. Risau pula dengan dua orang rakan kelas mereka itu.

  "Patutkah kita tolong mereka berbaik balik?" bisik Diyana. irdina menggeleng.

  "Tak... Aku rasa kita patut biarkan mereka berada dalam 'gua' mereka sendiri dahulu..."

  Azim mencelah, "gua kelas kita pun kita tak tahu di mana. Macam mana pula mereka ada gua sendiri?"

  Hafiz tergelak sambil menepuk dahi. Izzah pula ketawa terbahak-bahak.

  Kepala Azim disekeh Hani, " kau ni! Maksud 'gua sendiri' tu, ialah dalam dunia atau fikiran mereka sendiri!"

  "M-Maaflah... aduh..."

  Berjam-jam mencari sungai, tetapi masih tidak dijumpai. Bunyi air terjun pun tidak didengari langsung. Pagi indah permai di hutan itu tidak pula membantu dalam mengembalikan semangat mereka semua. Rasa seperti diejek pula oleh burung-burung yang berkicauan gembira.

  "L-Lapar..."

  "Sabarlah, Irdina. Kau ni pun, fikir makan sahaja. Cuba fikir macam mana nak keluar dari hutan ni?" balas Izzah panjang. Irdina mula berfikir-fikir.

  "Tapi kita tetap perlu makan juga. Nanti kita mati kebuluran, macam mana?"

  "Kau nak mati kebulurankah, mati kena makan harimau?" tanya Hani sambil disertakan sedikit tawa. Terus sahaja yang lain-lain ketawa besar. cuma ada dua orang itu masih memeluk tubuh, bermuncung panjang.

  Mereka berhenti berehat sebentar, bersandar pada sebatang pokok sederhana besar yang berbentuk seperti pokok palma.

  "Macam tiada harapan saja... untuk kita terus selamat..."

  Hanya bunyian unggas mengiakan pernyataan Diyana. Yang lain sebenarnya bersetuju. Mereka semua sudah dicengkam rasa putus asa yang kian menebal di jiwa.

  Kapal terbang terhempas, terperangkap di pulau yang tidak berpenghuni. Aqilah dan Ansar masih tidak dapat dikesan, tidak tahulah sama ada mereka berdua masih hidup atau tidak. Spesis serigala yang sepatutnya tidak wujud di pulau besar telah menyerang, barangkali telah mengambil nyawa sebahagian daripada 5 Sains 1. Minoriti 5 Sains 1 pula masih terperangkap di dalam hutan. Setiap saat berada di dalam hutan tebal meningkatkan kadar peratusan bahawa mereka akan diserang binatang buas, bila-bila masa sahaja.

  Malang apa lagi yang akan berlaku selepas ini?

  Perut-perut rancak berbunyi sedih. Wajah-wajah kotor terus sahaja memaparkan durja kesedihan. Badan-badan bersemangat lemah cuma bersandar pada batang pokok mati yang masih tegak berdiri.

  "Ini... Ini pokok apa?"

  "Pokok melaka."

  "Azim, kita tak nampak apa-apa peristiwa pelanduk menendang anjing di hadapan kita."

  "Habis tu, kenapa tanya? Bukannya pokok ni boleh buat apa-apa pun, wahai Hani."

  Hani memandang ke atasnya. Daun-daun pokok tropika itu bagai sedang menghadapi musim luruh.

  "Tak adalah... Mungkin pokok ini ada buah? Ataupun daun-daunnya yang kita boleh makan?"

  Hafiz mengeluh kecil. "Pokok ini sudah lama mati. Tunggu nak tumbang sahaja..."

  Semua sekali mengeluh. Fithri memandang langit. Sedih. Sebak. Lalu dia memandang daun-daun pokok yang kelihatan turut menyedihkan itu...

  "Eh, ini kan pokok sagu!" Fithri akhirnya bersuara.

  "Jadi?" tanya Izzah.

  "Walaupun sudah mati, tetapi di dalam batangnya, ada sesuatu yang kita boleh makan! Marilah, kita tumbangkan pokok ni!"

  Dengar sahaja fasal makanan, serta-merta remaja-remaja itu berdiri dan menolak jatuh batang pokok itu. Mujur sahaja akar pokok itu sudah lemah, senanglah pokok sagu itu tumbang.

  "Ambil batu tajam dan belah batangnya secara memanjang!"

  Arahan Fithri yang kedengaran begitu tidak sabar menghangatkan semangat rakan-rakannya yang kebuluran. Apa yang ada di dalam batang itu memang dinanti-nantikan!

  Jadi, belahan dibuat, dan batang lembik yang berserat itu dikopek-kopek.

  "WUARGHHHHH!!!"

  Bagai ada api besar tiba-tiba muncul di depan muka, semua orang terkejut sampai terpelanting ke belakang, kecuali Fithri, dan Raja yang sememangnya sudah jauh dari batang itu.

  "Heh. Aku tak tahu apa masalah engkau." Raja dengan dinginnya menegur Fithri. Terbakar rasanya hati Fithri apabila mendengar kata-katanya yang bernada sangat sangat SANGAT MEMERLI.

  "Huh. Ulat sagu ni boleh dimakanlah!"

  "Jangan cakap dengan aku, aku tak kenal kau siapa."

  "Tak guna."

  Izzah menjerit nyaring, "kau biar betul, Fith??"

  Hani mendekati dalam takut-takut ke arah batang itu. Boleh nampak ada makhluk-makhluk kecil, berwarna putih dan gemuk-gemuk serta berkepala hitam kecil, mengeliang-geliut keluar dari batang.

  "A-Aku pernah tengok benda ni dalam rancangan Korea... Mereka pernah makan benda ini..."

  Lidah Azim kelu. Hafiz hanya terkejut kecil. "Setahu aku benda ni kaya dengan protein dan serat. Orang kata rasanya seperti sagu."

  "Sebab ulat-ulat tu sendiri makan sagu?"

  "Ya kut."

  "Boleh dimakankah dalam syariat Islam?"

  "Sebenarnya, tidak. kerana semua ulat dianggap jijik dalam Islam dan kita haram memakannya."

    Fithri menggaru-garu kepala. "Alamak, yakah, Hafiz? M-Maaf..."

  "Padan muka."

  "Kau senyaplah, Raja!'

  "Tak apalah, kita boleh ambil batang sagu tu. Kita boleh cuba masak dan makannya."

  "OK!~"

  Dalam sejam, mereka mengambil isi batang sagu itu dengan penuh berhati-hati agar tidak 'dibaham' ulat sagu. Kemudian, mereka kunyah-kunyah sahaja serat batang yang tawar dan sedikit berlemak rasanya. Serat-serat kering yang telah dihisap, diluahkan semula. Tanpa bekalan air dan 'perkakasan dapur', mereka tidak dapat merebus isi batang sagu itu dan mengekstrak sagu.

  "Sudah kenyang?" tanya Azim.

  "Bolehlah~" jawab rakan-rakannya.

  "Marilah kita berbincang, hendak ke mana lagi kita selepas ini."

  Irdina mengangkat tangan, meminta perhatian semua. "Apa kata kita mendaki gunung tu? Suku jalan pun, jadilah."

  Semuanya menoleh dan menghadap ke langit selatan.

  "Eh, ada gunung?"

  "Hani, Hani. Gua terbentuk di kaki gunung atau bukit. Kau ingat macam mana boleh adanya gua yang kelas kita duduki selama ni?" kali ini Azim pula yang sekeh Hani.

  "...Oh. Aku tak perasan pun selama ini. Mungkin sebab banyak sangat pokok kut." sengih Hani. Yang lain hanya ketawa... Sudah pastinya, kecuali Fithri dan Raja yang masih membisu.

  Izzah bertanya, "kenapa kita nak mendaki pula?"

  "Supaya kita dapat mencari sungai dan jalan keluar dari hutan. Kita boleh tahu dengan melihat dari sudut atas! Bagus cadangan kau, Irdina!"

  Mendengar pujian Hafiz, Diyana menjeling Irdina yang berada di tepinya.

  Rakan-rakan lain turut gembira. Semua kembali bersemangat. Remaja-remaja itu berdiri dan mula mengorak langkah, ke arah gunung yang berada tidak jauh dari tempat mereka berada.

  Dalam sejam berlalu apabila mereka sampai di kaki gunung. Gunung batu yang berwarna kelabu kehitaman itu tidak diselaputi apa-apa tumbuhan berbatang pun. Hanya batu dan sedikit rumput. Puncaknya yang tinggi nampak tajam memacak di hujung.

  Dengan arahan Azim, mereka bergerak sedikit keliling kaki gunung untuk mencari tempat mendaki yang selamat bagi mereka untuk mendaki tanpa menggunakan tali.

  Beberapa ketika selepas sedikit 'taklimat' daripada Azim dan Hafiz, barulah mereka semua mula berjalan naik. Walaupun agak hairan, tetapi mereka bersyukur kerana terdapat sedikit semacam haluan yang seperti telah pun ditereh dan disediakan untuk pendaki-pendaki gunung. Namun kadang-kadang itu, ada juga tempat-tempat di mana mereka perlu merisikokan nyawa untuk mendaki lereng gunung yang sangat curam. Habis tangan-tangan mereka luka akibat berpaut pada dinding cenuram yang kasar.

  Semua itu akhirnya membuahkan hasil. Azim, Hafiz, Raja, Hani, Izzah, Irdina, Diyana dan Fithri akhirnya berhenti berehat di lereng gunung. Lereng itu persis laluan yang akan dilalui putera untuk meyelamatkan puteri yang terperangkap di dalam menara naga di puncak gunung...

  "Azim, jangan mengarut."

  "Tapi betullah! Cuba bayangkan kisah dongeng, di mana kau, Putera Hafiz akan selamatkan Puteri Izzah di puncak gunung-"

  "Daripada kekejaman Naga Azim." sambung Hani yang kemudiannya disertakan dengan gelak tawanya.

  "Huh!"

  "Apa-apa pun, kita dah berjaya! Dari sini, kita dah boleh nampak laluan sungai mengalir ke laut!" teriak Izzah gembira. Bersama-sama Hafiz yang masih sakit kakinya, mereka berdua terlompat-lompat teruja.

  Azim dan Hani yang duduk di tebing juga tersenyum puas. Penat lelah mereka mendaki gunung ini, walaupun tak sampai separuh perjalanan, namun ia membuahkan hasil.

  Diyana dan Irdina di tepi juga menumpang gembira sekali. Namun durja Diyana tidaklah seteruja Irdina. Mungkin sekali disebabkan oleh ketakutannya terhadap ketinggian...

  Itu cerita tiga pasang rakan baik. Sepasang lagi?

  "Wah, cantiknya pemandangan di sana, Raja- Oh, aku lupa."

  "Diamlah."

  "Aku dah kata aku terlupa, bukan?"

  "Aku kata diam."

  "Huh!"

  "Diam!"

  "Aku diamlah ni!"

  "Kamu berdua ni, berbaik-baik sajalah!"

  Izzah tidak dipeduli. Raja dan Fithri terus bersilang tangan dan memeluk tubuh.

  "Jangan risaulah, Izzah. Nanti tak lama lagi berbaiklah dua ekor tu. Macam biasa~"

  "Tapi bila, Hani? Selalunya dalam beberapa minit saja mereka dah berbaik. Ini dah berjam. Dan mereka tak sepatutnya bergaduh pada waktu-waktu macam ni!"

  Raja dan Fithri masih senyap dengan ego masing-masing walaupun kata-kata Izzah begitu pedas didengari telinga.

  "Sudahlah... Mari kita turun. Aku dah tangkap gambar pemandangan sebagai peta dengan telefon aku," ajak Hafiz. Yang lain menurut.

  Baru sahaja beberapa langkah, Fithri yang berada di belakang sekali dengan Raja, tiba-tiba berteriak, mengejutkan semua orang.

  "S-SERIGALA!"

  Semua menoleh ke belakang dan memang benar. Ada seekor serigala. Menderam ganas mempamerkan taring.

  "Lari!"

  Dengan itu, semua memecut laju menuruni haluan gunung itu. Namun serigala itu mengejar lebih pantas, sehingga seorang tertangkap.

  "Raja!"

  Raja terbaring, melawan serigala yang hendak membahamnya. Bahu serigala itu sedaya upaya ditahan. Rahang haiwan itu hanya beberapa inci sahaja daripada muka Raja, boleh terbau bau hanyir darah dari mulutnya!

  Larian yang lain-lain terhenti. Azim dan Hafiz cuba menolong Raja dengan membaling batu-batu dari jauh untuk mengalihkan perhatian serigala itu. Namun sang serigala bagai berdendam benar dengan Raja.

  Azim mengambil risiko mendekati dan terus menghentam penumbuk pada kepala serigala. Serigala yang terkejut menolak Raja ke tepi dengan kasar, menyebabkan Raja terpelanting ke tebing. Mujur sahaja tangan kanannya sempat memaut tebing, menghalang daripada tubuhnya jatuh ke hutan tebal. Dengan ketinggian itu, nyawa sesiapa sahaja boleh melayang jika terjatuh dari tebing gunung. Fithri cepat-cepat menolong Raja untuk naik ke atas dengan menarik lengan dan kolar bajunya.

  Azim dan Hafiz terus menerus cuba menumbuk dan menyepak serigala. Hani, Izzah, Diyana dan Irdina membuat bising sambil membaling batu-batu kerikil untuk menakut-nakutkan serigala. Serigala itu berasa terancam dan mula meraung kuat.

  "Selamatkanlah aku! Kau pegang baju, takkan jadi apa-apa pun! Ia akan koyak!"

  "Dan aku pegang tangan kau? Erh, jangan harap!"

  Habis sahaja ayat itu, tangan Raja terlepas dari tebing dan Fithri tangkas memaut lengan kanan Raja.

  "Fuh, nyaris-nyaris saja tadi! Sekarang, bawa aku naik!"

  "Kau bukannya kawan baik aku! Malas pula aku nak selamatkan kau!"

  "Sekarang bukan masanya nak bergaduh lagilah!"

  "Minta maaf dulu!"

  "Takkan!"

  "Okeylah, kalau macam tu...-"

  "Ya, ya, aku minta maaf!"

  Fithri menoleh ke belakang dan berteriak untuk meminta pertolongan rakan-rakan perempuannya. Terkejut dia apabila kini ada lagi seekor serigala mengancam Hani, Izzah, Irdina dan Diyana.

  "Ah, tiada siapa dapat menolong aku. P-Pegang aku kuat-kuat!"

  Kedua-dua tangannya yang memaut lengan Raja tergelincir sedikit-sedikit. Genggaman Fithri diperkuat.

  "Aku pun minta maaf, sebab menggunakan telefon bimbit kau tanpa izin."

  "Memang aku tak izinkan langsung pun!"

  "Erh. Tapi kenapa kau marah-marah dekat aku sampai tak nak kawan sekali? Betulkah apa yang kau kata tu?"

  "Aku kata apa?"

  " 'Aku berkawan dengan kau hanya atas sebab rasa bersalah' semua tu."

  "B-Betul... Aku berkawan baik dengan kau sebab aku rasa bersalah. Tapi aku marah-marah sampai tak ingat dunia tu sebab kau guna telefon aku tanpa izin! Kau tahu kan, lelaki paling pantang apabila barang-barang privasinya diambil tanpa izin?!"

  "Ya... M-Maaf... Tapi selama ini kau marah akan aku sebab benda remeh itu saja?!"

  "Ia bukan benda remehlah!!"

  Genggaman Fithri semakin lemah dan tangan Raja tergelincir lagi, sehingga kini, Fithri memaut bukan lagi lengannya, tetapi pergelangan tangannya. 'Pemandangan' di bawah dilihat Raja sejenak. Raja menelan air liur.

  "Azim! Hafiz! Sesiapa, tolonglah aku!"

  Tiada siapa mendengar jeritan Fithri kerana sibuk mempertahankan diri masing-masing daripada serigala-serigala ganas. Raja mulalah rasa takut.

  "Aku akan mati!!!"

  "Diamlah, Raja! Pegang sajalah dan bertahan!"

  Raja memandang Fithri. Berkerut-kerut muka Fithri, cuba mengangkat berat Raja ke atas. Tebing yang berada di bawah badan Fithri pula dipandang. Retakan di situ mengejutkan Raja.

  "Fifi, kau-"

  "Diam! Kau buat aku tak fokus!"

  Raja tertawa sedikit. Tadi berleter sama-sama, tidak terganggu pula kefokusannya?

  "Lepaskan sajalah aku ni."

  "Apa kau gila?!? Cepat sangatlah kau putus asa! Bertahan sajalah dulu! Aku kuat lagi!"

  "Bukan fasal kau kuat atau tidak! Tebing ni dah nak runtuhlah! Ia takkan dapat tampung berat kita berdua!"

  Fithri terdiam sejenak, sebelum menjawab, "kisah apa aku. Tak perlu fikir fasal tu, kau akan selamat! Kita tunggu Azim dan Hafiz!"

  Azim dan Hafiz waktu itu masih lagi sibuk melawan serigala. Begitu juga yang kaum Hawa.

  Ada beberapa kali Hani dan Izzah cuba menolong Fithri, tetapi, serigala itu mengejar mereka berdua, seperti menghalang mereka berdua daripada membantu Fithri dan Raja.

  Tebing meretak dengan lebih teruk.

  "Fifi, tebing ni akan runtuh!" teriak Raja cemas.

  "Jadi??"

  "Kau akan jatuh sekali kalau kita kekal macam ni!"

  "Aku akan naikkan kau ke atas..!"

  Fithri cuba menaikkan Raja, namun setiap cubaan memburukkan lagi keadaan. Sebahagian kecil tebing di situ sudah runtuh. Raja panik.

  "Fifi..."

  "Tebing ni tak akan runtuh...! Tebing ni... Tak akan runtuh...!"

  Fithri mula teresak-esak. Genggamannya pada tangan Raja diperkemas.

  Raja mengetap gigi. Hatinya serba sedikit mula berasa sebak, terutama apabila melihat Fithri menangis kerananya.

  "Aku... Bukan nak berlagak hero walaupun aku memang selalu nak berlagak hero, tapi... lepaskan sajalah aku ni."

  "Tak nak!"

  "Nanti kau akan mati juga kalau kau tak lepaskan!"

  'Aku akan bunuh orang yang kau sayang.'

  "AKU TAKKAN BIARKAN KAU MATI!" Fithri menjerit sepenuh-penuh hatinya, dan air matanya makin deras mengalir.

  Raja mengambil nafas berani, kemudian mengeluh agak kuat. Fithri dipandangnya.

  "Kau ni degillah."

  Raja melepaskan genggamannya pada tangan Fithri dan menguncupkan jemarinya. Tangan Raja terus sahaja tergelincir dari pautan Fithri. Raja memejam rapat matanya, membiarkan tubuhnya jatuh disapa angin laju ke atas.

  "RAJA!!!!!!"

  "Fithri, ke sini cepat!" Diyana dan Izzah menyeret Fithri ke dinding cenuram. Tepat pada masanya, tebing tempat Fithri berada tadi terus runtuh, menjadi batuan besar dan kerikil kecil.

  "R-Raja! Selamatkan dia!.. Kamu semua! Kenapa tak tolong aku tadi?! Cepat, selamatkan Raja..!"

  Fithri teresak-esak kuat dalam pelukan Hani. Serigala-serigala tadi sudah pergi, menghilang entah ke mana. Baru sahaja mereka hendak menolong Fithri, Raja sudah pun memutuskan untuk pergi...

  Izzah mendekati. "Maafkan kami, Fithri. Tapi kita perlu pergi dari sini."

  Azim mengiakan. "Ya, mari pergi sebelum serigala itu-"

  Beberapa siri bunyi seperti letupan kecil membingitkan telinga mereka semua sebelum ketujuh-tujuh remaja itu sempat menapak turun dari gunung. Tiba-tiba sahaja, pandangan mereka menjadi gelap dan badan-badan mereka terbaring lemah di lantaian batu.



Continue Reading

You'll Also Like

67.7K 4K 18
Masalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit...
983 79 8
ON-GOING [Karya by:@White_memory] [Genre: teen-fiction, non-fiction, short story, thriller] Published: 2024 Siri: Dakwah Remaja 6 ⚠️cerita rekaan yan...
515 86 17
Selamat datang ke Cristal_Snow Gallery! Tempat dimana saya meletakan cover book saya apabila saya kebosanan. Hanya sekadar cover yang buruk sahaja ya...
4.1K 417 9
[Kekuatan ini umpama senjata yang mampu dimilikki sesiapa. Jika senjata yang hebat ini jatuh pada orang yang baik. Akan digunakan sejata itu untuk me...