Hidup

By izzosh

127K 1.5K 164

Kau patut bersyukur. Jadi kau- seharusnya menadahkan tangan bersyukur dengan hidup kau. Kau dapat kehidupan... More

Rasa
-1
-2
-4
-5
-6
-7 | x
-8
-9
-10
-11

-3

3.3K 133 17
By izzosh

Tiana

Pada mulanya, takutlah jugakkan. Bukan, takut gila. Walaupun Adrian itu kawan aku, dia tetap seorang lelaki. Nak hantar balik rumah lagi. Mana tau dia nak buat apa-apa, kan? Masih ada dara pun orang pandang macam takde dara, apatah lagi bila dah takde dara. Lagi teruk.

Ibu yang pelacur, diorang ingat aku pun jual badan. Sial. Sial seribu kali sial.

Tapi sebab tak mahu kecilkan hati Adrian, aku ikut juga. Nanti apa pula dia kata, aku tak percayakan dia?

Aku melambai tangan pada Adrian sambil tersenyum ke arahnya setelah tiba di rumahku yang jika dibandingkan dengan rumah Adrian, bagai langit dengan bumi. Jauh beza. Hidup pun berbeza.

"Jangan lupa esok!" dia mengingatkan aku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Ingatlah kot esok.

Aku terus masuk ke dalam rumah. Jam menunjukkan pukul 4 petang, lambatnya aku balik. Sebab sebelum Adrian terus hantar, dia belanja makan tadi. Sedap wo orang belanja Burger King.

"Woi betina, kau kenapa balik lambat sangat?" Aku disahut dengan soalan begitu oleh bapaku apabila tiba dirumah. Ibu dan bapak dah balik. Haih. Bukan nak tanya anak dah makan ke belum. Bukan nak tanya aku okay ke tak. Ni mem'betina'kan aku. Betina tu untuk binatang, aku manusialah. Kalau aku betina, ibu tu apa?

"Aku pegi rumah kawan tadi." tiada lagi kata hormatku kepada mereka berdua. Aku hilang hormat pada mereka, lebih-lebih lagi pada bapaku. Mereka pun tak marah aku guna bahasa kasar dengan diorang, jadi tiada masalahlah.

Lagipun, mereka tak pernah ajar aku cara menghormati diri mereka sendiri. So why bother.

"Kau pegi masak sekarang. Balik lambat-lambat. Bodoh. Macam tak tau pulak aku penat kerja nak kasi kau makan." kata ibuku pula.

Penat beromen ke mak.

Aku hanya mengeluh tanpa memberi sebarang jawapan. Baru sahaja ingin mengatur langkah ke dapur. Ibu panggil.

"Eh, kejap. Sape jantan tadi? Kawan? Ke kau nak jadi macam aku? Haritu aku suruh kau kerja dengan aku taknak, kau kan lawa. Patutlah, nak kaut lagi kaya. Porsche lagi. Mana layan cikai-cikai kan. Kau taste tinggi." kata ibu dalam nada sinis sambil tangannya menukar channel televisyen.

Aku naik bengis. Kalau mak bapak pun dah pandang aku macam ni, apatah lagi masyarakat lain. Aku dah takde tempat bergantung, nak luahkan perasaan marah, benci, sedih, kecewa. Sakit sangat rasanya.

"Apa kau mengarut ni? Kau ni jangan cari pasal boleh tak? Aku malaslah nak gaduh dengan kau. Nanti cop aku anak derhakalah apalah, padahal diri sendiri pun tak reti jaga anak. Pastu aku juga kena sepak terajang dengan bapak. Kan aku cakap tu kawan aku, maksudnya kawan akulah. Berapa kali aku nak cakap? Aku tak buatlah kerja tu semua. Cukuplah orang kutuk aku sebab korang, lagi teruk aku kena kutuk kalau jadi macam korang. Dah, aku nak masak. Kau nak makan, kan?" balasku tanpa memusing dan terus mengatur langkah ke arah dapur. Geram.

Malas nak layan tuduhan bodoh terhadap aku, kalau mak sendiri pun cakap aku nak jadi pelacur, apatah lagi masyarakat dunia yang tak pernah faham perasaan aku, yang mereka tahu, tuduh dan fitnah.

Sial.

Usai memasak, makanan aku letak diatas meja untuk dihidangkan. Aku taknak makan. Dah kenyang. Aku hanya menjerit.

"Woi makanan dah siap!"

Aku tahu ia terlalu kurang ajar, tapi perlu ke aku hormat manusia yang tak hormat aku? Meluat.

Lantas aku masuk ke dalam bilik.

1.

2.

3.

Setitis jatuh.

Dua titis jatuh.

Banyak pula yang jatuh.

Aku menangis seorang diri disini. Menangis teresak-esak. Mengenangkan nasibku. Ibuku sendiri kata aku nak jadi pelacur.

Mungkin tidak lama lagi aku juga akan dijual? Dijual tanpa rela oleh ibu mahupun bapa? Yang kekurangan pendapatan?

Sanggup ke mereka jual aku? Biarkan hidup aku musnah, di sarang pelacuran?

Rasanya, tengok muka masing-masing memang sanggup tu.

Mungkin? Aku menangis seorang diri. Persoalkan masa depan aku yang sudah terang-benderang gelap.

Sekali, lagi.

Aku kecewa sangat.

Dari dulu lagi, ibu tak pernah bagi aku sambung belajar. Walaupun dia tahu aku ni agak pandai, tapi dia kata pandai tak bawa ke mana, orang kutuk juga.

Dia menggalakkan aku mengikutnya ke sarang pelacuran, melacur diri kepada jantan-jantan bernafsukan syaitan. Aku benci. Cara pandangan mereka. Sentuhan mereka.

Bukan aku tak pernah nampak, kadang kadang bila ibu bawa pelanggan balik ke rumah, dia memandang aku dengan senyuman nakal.

Bodoh, kau jantan. Kau pelanggan mak aku, bukan aku.

Ada sekali tu, ibu tertangkap olehku, sedang melakukan pekerjaannya di bilik dengan pintu terbuka. Terus aku masuk ke bilik. Tidak sanggup. Tidak sanggup melihat betapa teruknya ibuku. Aku tak sanggup lihat wajah wanita yang melahirkan aku buat perkerjaan terkutuk sebegitu di hadapan mata aku.

Bapak pulak dayus. Ibu melakukan pekerjaannya dihadapannya, dia tidak ambil tahu, asalkan dapat duit. Duit haram. Aku benci. Bilalah aku nak keluar dari tempat sial ni. Rumah sial ni.

Air mata aku lap. Seperti biasa, pisau di atas meja aku capai.

Maaf, aku tak kuat.

◆◆◆

Satu tendangan hinggap diperutku, ketika aku sedang leka menonton televisyen. Bapak balik dalam keadaan mabuk. Dia menggoncangkan badanku.

"Aku nak duit! Aku nak duit! Duit!" jeritnya kepadaku dalam keadaan terhuyung-hayang.

"Aku takde duitlah!" kataku sambil menahan kesakitan dan berusaha melepaskan genggamannya. Kuat gila dia cengkam. Sakit bahu aku.

"Kau tak payah nak bohong aku." Aku ditendang pula. Tidak cukup dengan itu. Aku ditampar. Seraya dengan itu, bapak mengambil tali pinggang yang terlilit di sekeliling pinggangnya dan memukulku.

"ARGHHHHHHHHHHH!" aku meraung kesakitan. Kenapa aku? Sakitlah bodoh. Rasanya jiran-jiran pun boleh dengar aku jerit. Sakit sangat rasanya.

Berbirat. Pedih. Menangis je aku mampu.

"Aku nak duitlah bodoh! Aku nak duit!" Katanya lagi tanpa perasaan, macam tak buat apa-apa dekat aku.

"Kan aku dah kata, aku takde duit." kataku sambil tersendu-sendu. Sakit sangat.

Tidak percaya barangkali, dia masuk ke dalam bilikku dan menjumpai RM50.

"Kalau kau bagi dari awalkan senang! Bangang!" Dia terus keluar dengan muka tak bersalah. Tanpa kata maaf. Mahupun ucap terima kasih. Obviously lah kan.

Aku terus menutup televisyen dan masuk ke bilik. Menangis lagi. Itulah rutin harian. Tiga sebab air mataku ini jatuh bercucuran hari ini. Satu, sebab pedih. Pedih sangat badan aku disepak, ditendang, dibelasah, ditampar, diterajang. Pedih.

Dua, duitku diambil, tu jelah duit belanja sekolahku untuk bulan ini. Apa aku nak makan? Kebulurlah aku. RM50 je kot, pergi cari kerjalah sial cari duit sendiri!

Tiga, sedih, sedih sebab ada bapak tak guna macam kau! Aku benci kau sial! Kau bukan bapak aku! Sial! Kenapa? Kenapa aku tak diberi peluang untuk bahagia?

Aku nak jugak merasa kasih sayang seorang bapa. Yang bertanggungjawab ke atas anaknya. Yang mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Kenapa macam ni jadinya? Hidup pun terseksa. Parents dua-dua tak guna.

Aku nak jugak bahagia macam orang lain, dimanjakan oleh ibu dan bapa, dicurahkan cinta sebagai seorang anak dari ibu bapa, aku benci hidup aku.

Benci. Sangat benci.

◆◆◆

11:30 pagi. Aku bangun lambat. Dek kerana terlalu penat menangis. Dan agak sukar untuk lena dengan badan yang sakit ni. Tersedar pun dek bunyi hon. Pelacur dan penagih dadah tu memang tak baliklah, matahari terbenam keluar, matahari terbenam jugaklah balik. Aku tengok melalui tingkap. Adrian Ezryl. Dia datang?

Asal dia datang, tak malu ke datang rumah orang pagi-pagi buta?

Eh, dah pukul 11 lebih.

Oh! Dia ajak keluar! Aku terus meluru ke arah keretanya dan bertanya.

"Aik. Kita tak set time pun kan?" kataku dalam kehairanan.

"Memanglah adik manis. Tapi saya whatsapp awak tak balas." katanya sambil menjeling.

Lantas itu, aku mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy W yangku beli dahulu setelah aku ikat perut tak makan selama 3 bulan.

Wow. Banyak gila dia whatsapp, 76 new messages from whatsapp? Tersilent pulak.

Sorreh, Adrian.

"Sorry ah. Aku silent phone semalam. Aku penat. Tak perasan." kataku sambil tersenyum. Haah, penat. Penat dengan mak bapak aku tu.

"Habis tu taknak siap ke? Kan dah janji dah keluar. My treat. Lupa ke?"

Aku hanya tersenyum pahit. Dengan muka tak bermaya aku berkata.

"Masuklah dulu. Jap aku siap."

Bukan sebab dia nak belanja, tapi sebab taknak hampakan dia. Beria kot dia ajak. Dia mengekoriku masuk ke dalam rumah. Duduk di sofa burukku.

Aku mengenakan baju lengan panjang berwarna coklat yang terbuka dibahagian bahu. Dipadankan dengan jeans berwarna hitam, kegemaranku, rambut ikal mayangku aku ikat tinggi. Sling beg berwarna khaki aku capai.

Aku sekadar pakai bedak asas dan aku calitkan lipmatte Sobella code Walinong Sari. Terus aku capai kasut converse di tepi almari baju.

"Jom Ezryl?" kataku.

Adrian terkaku sebentar. Mungkin sebab aku pakai baju coklat dan Adrian pun pakai baju coklat juga. Walaupun shadenya berbeza, tapi masih dari warna yang sama.

Saja nak nampak sweet sikit.

Pipiku merona merah bila Adrian pandangku tak berkerdip. Bongoklah dia ni!

"Weh, cepatlah!"

Adrian tersedar dari lamunannya akhirnya. Kantoi usha anak dara orang.

"Oh, oh. Joㅡ Jom... Siㅡ Silakan, jalan duㅡ dulu.." Lawa sangat ke aku sampai tergagap?

Ke buruk sangat? Aku ni kan, kuat perasan lawa? Buruk ke?

"Okay." aku hanya berjalan dulu. Apabila dia dah keluar dari rumahku, aku kunci pintu. Setelah kunci pintu, Adrian menarik pergelangan tanganku, dan saat itu aku mulai rasa pedih menyelubungi diri.

“Aduh!”

Continue Reading

You'll Also Like

7.3M 130K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
4.7M 109K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...