Puteri Yang TerBuang

By ShyieFie

465K 21.3K 960

Syafiera seorang gadis biasa. Pada suatu hari dia dikhianati oleh rakan baiknya. Dan kerana itu dia melancong... More

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
PART 8
Part 9
Part 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
FINALE PART
Extra Part
Special Part 2

Part 2

28.6K 1.4K 80
By ShyieFie

Esok hari graduate. Tak sabarnyeh!! Haha, tak sabar nak tengok reaksi Arman bila tau aku siapa.

"Woi, berangan!" Aku terkejut. Ish, Dina ni suka sergah aku. Bagi penumbuk sebiji kang! Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

Dia hanya tersenyum menampakkan giginya yang putih dan teratur. Dia duduk disebelahku.

Aku sekarang ni kat perpustakaan. Saja study. Mana tau aku dapat ambik Phd terus semester baru nanti. In Shaa Allah.

"Senyap sikit. Fikir perpustakaan ni bapak kau punya?!" Marahku padanya tapi aku tetap mengawal suara. Takut nanti aku pulak yang kena marah. Tak ke naya?!

"Ye...ye..aku senyap. Babe, sapa tu nama dia? Hah, Putera Syafiq panggil kau mengadap dia dekat wakaf depan bilik kuliah 6 sekarang." Dina menyampaikan arahan dari Putera Syafiq. Aku terkejut.

Aku ada buat apa-apa salah ke? Tanpa mempedulikan Dina aku berlalu pergi untuk bertemu dengannya. Setiba je dekat wakaf tu aku tengok dia dengan seorang lelaki.

"Assalamualaikum tuanku. Tuanku nak jumpa saya ke?" Tanyaku apabila tiba dihadapannya. Dia memandangku begitu juga lelaki disebelahnya.

"Tak payah nak panggil saya Tuanku kat sini. Just panggil Syafiq je. Ni saya nak tanya, awak pandai buat cupcake kan?? Saya dengar cupcake awak sedap. Ye ke?" Soalnya. Aku terkejut. Ni mesti kerja Farah dengan Dina. Cuma diorang je tau aku pandai buat cupcake. Ni aku tak suka ni.

Hurmmm, terpaksalah ni nampaknya. "A'ah, bolehlah pandai. Kenapa?" Tanyaku kepada Putera Syafiq. Orang disebelahnya berdiri dihadapan Putera Syafiq. Putera Syafiq pula mengundur.

"Saya Aqiff, putera dari Negara Malijaze(ciptaan). Saya nak awak buatkan saya 100 cupcake. I want it the day after tomorrow. Can you?" Mak Aii, 100?!! Melampau gila!! Aku mengeluh.

Aku memandangnya. Haila Putera Aqiff ni. Malijaze ni negara yang berjiran dengan Almiano. Tak ada pemisah pun antara 2 negara ini. Sebab tu hubungan antara 2 negara ni baik gila.

"Emm, bolehlah. Tapi boleh Tuanku ambik dirumah saya?" Tanyaku. Tak kuasa aku nak memandu jauh. Dia mengangguk lalu mengambil kertas didalam begnya. Dia menulis sesuatu keatasnya lalu memberikan kepadaku.

Oh, nombor telefon rupanya. "Mesej saya alamat awak and telefon saya kalau dah siap. Understand?" Ujarnya. Aku mengangguk. Mereka pun berlalu pergi meninggalkan aku.

Aku mengeluarkan jam gajet ditangan. Aku menekan nombor 2 dengan lama sebab nak call Dina. Dina angkat. "Oi Dina jumpa aku dekat car park. Ajak Farah sekali. Bye!" Serentak itu aku mematikan talian tanpa sempat Dina cakap apa-apa.

Aku simpan jam itu dalam handbag aku. Takut ada orang nampak. Tak pasal-pasal diorang ingat aku mencuri. Aku terus menuju ke car park.

()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()

Setiba je dekat supermarket, aku terus mengeluarkan senarai barang yang perlu aku beli. Dina dan Farah menolong. Diorang tak cakap dengan aku sepatah pun. Dah habis aku basuh diorang masa dalam perjalanan tadi.

Nak tahu aku cakap apa? Aku cakap camni. "Korang tahu tak, Putera Aqiff minta aku buat cupcake 100. 100 tau bukan sikit. Korang tahukan aku tak suka orang tahu apa yang aku tau buat. Aku pantang. Korang kawan aku dah 3 tahun tau. Bukan 3 hari. Tolonglah. Aku harap sangat korang faham aku. Bukan senang aku nak kawan dengan orang. Sebelum aku kawan tu aku tapis betul-betul. Aku dah bagi seluruh kepercayaan pada korang. So, tolonglah. Cukup korang je tau dan rasa apa yang aku buat. Aku harap korang tak buat lagi!! Lagi sekali korang buat,korang pun taukan apa aku akan buat?" Itulah apa yang aku cakap.

Selesai aku beli barang aku pulang ke rumah. Pulang je kitorang terus ke bilik utama. "Ra, kitorang minta maaf. Kitorang janji tak buat lagi." Mereka meminta maaf. Dah berkaca mata budak berdua tu.

"Hemm, aku maafkan. Tapi janji jangan buat lagi. Aku nak buat cupcake tu harini. Esok konvo, takut tak sempat. Korang boleh tolong aku?" Tanyaku. Mereka mengukir senyuman lalu mengangguk pantas.

"Dah, salin baju lepas tu kita turun bawah." Arahku. Kitaorang pakai baju dan seluar sedondon. T-shirt lengan pendek dengan short pants warna blueblack. Haha, kembar triplet la katakan...

Dina keluarkan barang yang diperlukan. Aku bancuh dan Farah masukkan bancuhan dalam bekas and manymore. Semua kerja dah dibahagikan. So cepat siaplah. Bakar esok lepas siap konvo. Aku punya cupcake ni lain sikit.

Lepas siap je cupcakes tu kitorang masukkan dalam freezer. Dah siap!! Itulah penting semangat kerjasama. Kami menuju ke ruang tamu. Toto dah bentang. Bantal dengan selimut pun dah siap. Thanks tu Dinalah. Dia yang bawak turun semua ni.

Aku mengeluarkan Samsung Megaku dari kotak. Baru tadi aku beli. Sim dan memori kad aku masukkan. Then, aku mesej Putera Aqiff. Nak bagi alamat bukan nak kacau.

Tapikan Putera Aqiff tu hensem gila. Kalau nak describe...emm.. mata dia coklat pelat, bibir dia macam Lee Min Ho, hidung dia mancung, bentuk muka dia macam Jungkook BTS. Badan dia jangan tanya sebab dia pakai baju longgar masa tu. Tapi besar badan dia sedang-sedang je. Bolehlah..taste aku..Eh, Fiera apa kau merepek ni. Kau tu siapa dia tu siapa. Sedar diri sikit ye.

Aku melihat dikiri kananku. Dina dengan Farah dah tidur. Tangan budak berdua ni dah melingkarkan pinggangku. Patutlah rasa berat.

Diorang nijelah kawan aku dunia akhirat. Thanks to Allah for give me this kind of friends. Aku melelapkan mataku. Esok nak kena bangun awal.

______________________________________

Majlis konvo sedang berlangsung. Aku, Dina,Farah duduk dibahagian hadapan bersama semua pelajar lain yang lulus peperiksaan.

"Baiklah, dipersilakan Tan Sri Muhd Faiq iaitu pro counselor merangkap pemilik universiti ini menyampaikan ucapan." Ucap pengerusi majlis. Aku memandang Dina dan Farah. Dua-dua dah senyum macam kerang busuk.

"Assalamualaikum dan terima kasih kepada pelajar dan ibubapa pelajar kerana dapat menghadiri majlis konvokesyen ini. Saya juga berterima kasih kepada anak saya kerana memberi idea untuk tema konvo kali ini." Kata si pro counselor.

Pelajar semua bercakap antara satu sama lain. "Dia ada anak kat sini ke?" "Siapa anak dia?" Itulah dialog pelajar. Aku,Farah dengan Dina senyap.

"Dipersilakan Puteri Syafiera Al-Mizza naik kepentas untuk menerima hadiah kerana telah memberi idea dan menguruskan hiasan pentas bersama rakan-rakannya." Ujar pro counselor merangkap my papa. Adopted papa actually.

Aku naik ke pentas. Dia menyium dahiku. Aku menyium pipinya. Semua dah ternganga. Arman lagilah. Muka dia dah merah. Tulah, buli orang lagi. Padan muka!

Majlis graduasi tamat pada jam 4 petang. Aku,Dina and Farah dapat menjadi pelajar terbaik kolej. Alhamdulillah. So, tahun depan dapat ambik PhD teruslah. Gred baik punya!

Kami menaiki kereta Swift milik Farah. Setiba kami kami dirumah, kami terus membakar cupcakes. Ambik masa 1 jam setengah je.

Dah siap tu aku call Putera Aqiff. "Hello Putera Aqiff, your cupcakes is already done. You can take it now." Ujarku lembut. Baik punya tone.

"Oh okay, lagi setengah jam saya sampai." Katanya dihujung talian. Bwo?! Setengah jam?! Dia dekat mana sekarang. Istana Malijaze dengan tempat aku ni jauh. Hurmm..nevermind.

Tepat setengah jam bunyi hon dari luar rumah kedengaran. Aku keluar membawa cupcakes.

"Saya dari rumah Syafiq, sebab tu cepat. Berapa semuanya?" Walletnya sudah dikeluarkan. Macam tetau je aku nak tanya dia dari mana.

"Oh, semua D$100. Dia menyerahkan not 50 dua keping dan juga kad jemputan?! Okay. Tah-tah dia nak kahwin tak?

"Bukan saya nak kahwin, kakak saya punya birthday. Datanglah. Saya pergi dulu." Erk, dia dapat baca fikiran aku. Oh gosh!!

Dahlah pakai lamborghini Aventador(tengok gambar atas). Kimia kami kuat. Wah, tak sangka. Ada chance ni. Eh, Fiera tolonglah!!

Aku menuju semula dalam rumah. Aku memberikan kad jemputan itu pada Dina dan Farah. Kami semua bercadang nak pergi. Lusa majlisnya.
Tak sabarnyeh!!

################################

Okay. Hows??
Mesti bab ni tak bestkan?
I know that. Huhu..
By the way, thanks to..
iced_king
@hairahumaira
Sebab sudi vote and memberi komen yang membuatkan semangat untuk menulis semakin membara. Thanks a lot!

❤With Love
-Amateur_Novelis-

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 60 17
Siapa sangka kalau pensyarahku adalah suamiku?!
266K 8.4K 19
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan I...
745K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
485K 1.2K 17
Mula mula