Part 7

18K 805 11
                                    

Aku sudah dibenarkan keluar. Seminggu koma, seminggu lagi dah sedar tapi mereput dekat hospital. Orang yang pernah masuk hospital je tau betapa bosannya duduk dekat hospital. Tapi nasib baiklah ade tepon, so aku melayan wechat, wassap n COC.

"Abang, projek Serime tu lama lagi ke nak siap??" Tanyaku pada Abang Farish yang sedang memandu kereta. Dia memandangku sekejap. "Bolehlah. Adalah dalam 3 or 4 bulan lagi. Kenapa?" Aku memandang telefonku. Hatiku rasa bersalah.

"Actually adik nak minta maaf. Kalau adik hati-hati masa tu mesti abang masih boleh belajar kat UK. Takdelah abang tertinggal apa-apa ilmu...." Ucapku dengan nada sedih.

"Apalah kau ni dik. Kaukan adik abang, mestilah abang akan tolong kau. No matter what happen, kesihatan dan keselamatan kau lagi penting dari semua tu." Jawab abang Farish. Air mata dah tak dapatku tahan. Rasa sebak gila.

"Kau nikan dik, cepat sangat nangis. Dahlah, lap air mata. Poyo je nak nangis bagai. Tak sesuai betul dengan kerja kau dik!" Ini dah lebih. Apa kaitan kerja aku dengan menangis. Aku mengetap bibir.

"Auchh!! Sakit la sengal!" Abang Farish menggosok lengannya yang telah aku cubit. Puas hati aku. Aku memegang perutku. Masih lagi berbalut dengan bandage. Kurangla jugak.

Setelah setengah jam perjalanan dari hospital, akhirnya tiba juga dirumah sewaku. Aik, motor Ducati siapa tu? Aku membuka pagar. Aku membiarkan abang Farish lalu dulu sebab dia angkat bag baju aku.

"Abang balik dululah dik. Ada kerja lagi ni. Bye." Aku menyalami abang. Abang Farish mencium dahiku. "Jaga diri baik-baik." Pesannya sebelum berlalu pergi. Dina dengan Farah tak taupun aku balik harini.

Aku mendaki tangga satu persatu. Sunyi je. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berbual dibilik yang khas untuk kerja kami bertiga. Aku mendekati bilik itu.

"Aku rasa budak yang tembak Fiera ni adalah musuh Fiera. Dia juga dah lama memerhatikan Fiera. Kiranya yang tembak tulah dalang semua ni. Korang kena berhati-hati. Jangan percaya sesiapapun." Itu suara lelaki. Siapa lelaki tu? Kenapa dia siasat kes cubaan membunuh aku?

Aku memulas tombol pintu. Dina, Farah dan seorang lelaki memandangku. "Inspektor Naim?" "Detektif A89?" Kata kami serentak.

"A89?!!!" Farah dan Dina memandangku tajam. Aduhh... Naim ni buat masalahlah. Habis pecah tembelang. Aku menyengih. Aku menjeling kearah Naim.

"Kau kata kau pangkat F06. Asal tetiba A89?" Kata Farah. Aku pergi kearahnya. "Aku tipu korang sebab aku taknak korang terlalu berharap dekat aku. Korang nikan suka pandang tinggi dan mengharap dengan orang yang lagi arif dari korang. Aku taknak camtu. Aku nak korang yakin terhadap kemampuan korang. Sorry yehhh...." Aku memegang tangan mereka. Mereka tersenyum.

"Takyahlah nak sadis sangat. Bila nak siap kalau korang asyik buat drama je?" Naim memerli kami bertiga.

"Eh, by the way Naim, macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan kau kat Johor ke?" Soalku padanya. Dia mengangkat bahu lalu memandang Farah.

"Naim ni abang aku. Dia baru je dipindahkan ke sini. Emm, mana kau kenal abang aku?" Jelas Farah. Abang Farah rupanya. Tak hairanlah muka diorang hampir serupa.

"Ingat tak kes homisid yang melibatkan ketua pengedar rokok tu?" Mereka berdua mengangguk. Naim yang sedang menelaah fail-fail diatas meja tu hanya buat tak tahu.

"Naim nilah partner aku untuk kes tu." Mereka membuat mulut bentuk '0'. Aku merampas fail yang berada ditangan Naim. Dia membiarkan tingkahku. Tak marah ke?

Aku menyelak helaian demi helaian. Suspek pertama, Nur Fasha Syazna atau lebih dikenali sebagai Chika dikolej. Berumur 23 tahun.Sedang menjalinkan hubungan bersama Muhammad Arman Irfan iaitu seniornya yang berumur 25 tahun.Namun, aku melihat catatan pada helaian mengenai Chika ialah 'out from the list of suspect'.

Puteri Yang TerBuangWhere stories live. Discover now