Part 10

14.9K 730 30
                                    

Seminggu kemudian,

Di Malaysia,

Akhirnya sampai juga kat Malaysia. Dina menahan teksi untuk menuju ke Kuala Lumpur iaitu bandar metropolitan.

"Kita nak duduk rumah siapa ni Fiera?" Dina bertanya padaku. Aku hanya mengukir senyuman penuh makna padanya.

Setiba je di sebuah banglo yang agak besar, kami turun dari teksi. Pakcik teksi mengeluarkan luggage kami dari bonet dan meletakkannya disebelah kami.

"Thanks pakcik. Berapa ye?" Pakcik itu tersenyum. "RM 84." Aku mengeluarkan wallet dari handbag. Dekat airport tadi baru aku tukar mata wang kalau tak.. naya jaa..

"Alamak pakcik, saya tak ada duit pecahlah." Memang semua dekat wallet aku ada seratus berkeping-keping je. Tak ada 50 or 10 or 5 or 1.

Pakcik itu mengambil dompetnya di poket belakang. Belum sempat pakcik itu menarik dompetnya,aku menghulurkan not 100 sekeping. "Pakcik amik duit ni. Balancenye amik je." Kataku sopan.

Not 100 itu bertukar tangan. "Terima kasih ye nak." Ujar pakcik itu sambil mengukir senyuman . Pakcik itu masuk kedalam teksi lalu pergi. Rasa tenang je hati kalau kita sedekah dengan hati yang ikhlas.

"Woi, cik kak! Berangan je tau! Cepatlah bagi salam. Kaki aku dah penat nak berdiri ni." Aku menjeling kearah Dina. Aku pergi ke guard yang berada di tepi.

"Pakcik, saya anak Tan Sri Faiq. Boleh tak bukak pagar and bagi saya kunci rumah?" Tanyaku pada pak guard yang berada dalam lingkungan 40-an gitu.

"Kod?" Alahai, nak masuk rumah sendiri pon nak kod kaa? " Glückliche Familie." Jawabku ringkas. Pak guard itu mengukir senyuman. Dia menghulurkan sekeping kad lalu menekan button. Dia juga memberikanku kunci. Kunci rumah agaknya.

Aku menuju kepintu utama. Sliding youh. Aku tak pernah jejak rumah family aku dekat Malaysia ni. Hahah..

Tapi kenapa takada tempat untuk aku cucuk kunci ni? Ada tempat slide kad je. Aku slidekan kad dekat situ. Ada bunyi tink. Aku tarik sliding tu. Okay. Aku masuk kedalam rumah.

Faturistik plus moden deko. Cantik. "Rumah siapa ni Fier?" Tanya Dina sambil memerhati disekeliling rumah.

"Rumah family aku." Aku dan Dina mendaki tangga satu persatu. Ada 2 laluan tangga. Agak-agaklah beli rumah macam ni ma, pa.

"Kau masuklah bilik tu." Kataku pada Dina setelah aku melihat pintu yang ditanda 'Guest Room'.

"Before that, lepas kau kemas barang, mandi tau. Kita keluar Dinner pastu shopping barang jap." Dina membuat tangan 'ok'. Aku menuju kebilik yang dipintunya tertulis namaku 'Puteri Syafiera'.

Aku kemas baju di bilik wardrobe.Ada lagi 3 almari kecil. Aku tak buka pun almari tu. Mungkin kosong agaknya.

Selesai mengemas, aku mandi dan memakai seluar jeans dan memakai hoodie Adidas. Cantik! Aku keluar menuju ke ruang tamu utama.

Dina dah ada dekat bawah. "Dina,kau pergi tanya pak Guard tu, kat sini ada kereta tak?" Dina berlalu pergi. Aku menuju kedapur untuk melihat barang dapur yang tak ada. Cek peti ais. Lengkap. Cek kabinet. Okay sardin, pasta, sos pasta and others. Lengkap. Pokoknya, semua lengkap. Hihi,shopping jelah.

Aku menuju kedepan. "Pak Man kata ada dekat garaj. Kuncinya dia dah bagi kau tadi." Lah itu kunci garaj ke? Aku ingat kunci stor ke loteng ke.

Aku keluar dan mengunci pintu utama. Aku dan Dina menuju ke garaj. Setelah aku membuka kunci garaj, aku menaikkan pintu itu. Aku dan Dina berpandangan. Kami kembali memandang kehadapan.

Puteri Yang TerBuangWhere stories live. Discover now